Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label aliran ahli sunnah. Show all posts
Showing posts with label aliran ahli sunnah. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Membela Syeikh Nazim Haqqani dari fatwa JAKIM

Assalamulaikum wb saudara pengikut blog Cahaya Kehidupan Tauhid 
Alhamdulillah malam ini diberi kelapangan untuk komen isu Syeikh Nazim , ramai saudara tersalah anggap seolah- olah seperti saya menuduh Syeikh Nazim Sesat , sebenarnya saya dah nyatakan tempoh hari dalam tulisan saya dahulu saya hanya tidak bersetuju dengan anak murid Syeikh Nazim cium kaki guru , itu sahaja saya tegur dari sudut syariat . Telah saya nyatakan saya sangat hormati ulama sufi dan beradab dan bersangka baik ,saya tidak pernah menghukum tariqad Syeikh Nazim sesat seperti yang difatwakan JAKIM . Bukan semua fatwa JAKIM saya terima bulat-bulat dan bukan semua Fatwa JAKIM saya tolak . 
Saya amat hormati Syeikh Ahmad Mamduh dan saya amat yakin dengan keilmuan beliau sebagai ahli majlis tertinggi Fatwa Mesir , lebih menyakinkan saya apabila beliau ziarah Tuan Guru Hj Salleh Musa di Pondok Sik , Syeikh Ahmad Mamduh amat waraq dan tawaduq dan beramal dengan ilmu seperti yang digariskan oleh ahli sunnah . Alhamdulillah Syeikh Ahmad Mamduh telah memberi pandangan seperti tetera diabawah ini . Kenyataan dari kalam Syeikh Ahmad Mamduh menjadi pencerahan kepada kita ummah di Malaysia

ALHAMDULILLAH 
Berita gembira saya dapat jawapan Syeikh Ahmad
 Mamduh dari facebook sahabat saya 
Ustaz Hasif Lebai Fansuri . Maklumat seperti berikut : 
semasa di dalam majlis bersama Syeikh Ahmad Mamduh Saad al-Azhari ada seorang ikhwan yang bertanyakan tentang Mawlana Syeikh Nazim Haqqani...ikhwan itu bertanya kepada Syeikh Ahmad M
amduh tentang bagaimana pandangan Syeikh terhadap Mawlana Syeikh Nazim kerana menurut ikhwan itu ajaran Syeikh Nazim nih di fatwakan sesat oleh JAKIM...
Subhanallah, hebat akhlak Syeikh Ahmad...beliau berkata "Wallahu a'lam, Aku tidak pernah mendengar melainkan perkara-perkara yang baik sahaja tentang Mawlana Syeikh Nazim, bagiku mungkin pendapat yang mengatakan sesat itu mungkin ada perkara yang di kaji oleh JAKIM tersebut."
Allah....sukar di cari akhlak begini... untuk ikhwan tersebut ketahuilah bahawa Mawlana Syeikh Nazim adalah bekas Mufti Cyprus/Qubrus, ulama' dan alim dalam mazhab Hanafi, malah mendapat pujian yang cukup banyak daripada ulama2 muktabar di seluruh dunia seperti Almarhum Syeikh Ahmad Kiftaro, Almarhum Muhaddith Syeikh Abdullah bin Muhammad Siddiq al-Ghumari, Almarhum Muhaddith Syeikh Muhammad Alawi Al-Maliki, dan ramai lagi.... malah Tok Guru Dr.Haron Din pun mengaku beliau anak murid Syeikh Nazim..
Apa yang menyedihkan al-faqir, org yang suka menyesatkan ini kenapa tak siasat sendiri, mai halaqah zikir, pi zawiyah Mawlana sendiri, kemudian nilai la dengan ilmu tinggi menggunung kamu itu! nih pakai maklumat kat internet mana boleh! dahtu..bila kebenaran datang...tak mau mengaku yang dia tersilap... ni ka sikap orang yg kononnya berilmu...masuk pondok? al-faqir tak tujukan kepada sesiapa secara khusus tapi ini ialah secara umum.. kalau antum sesatkan orang umum di public, BERASNI KA MENGAKU KESILAPAN DI PUBLIK PULA? TARIK BALIK KENYATAAN ITUI...
Fatwa sesat itu telah ditarik balik hasil usaha Almarhum Syeikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Syah serta Mawlana Syeikh Adnan Qobbani...

Wahai orang yang mengaku berilmu, beradab, mewar-warkan sayang ulama dan adab.... bukalah hatimu 

Wednesday, October 10, 2012

Pengamal Tariqat Naqshbandi jangan Taksub sebab mana boleh sujud pada Makhluk

Pandangan peribadi saya berkaitan ahli pengamal Tarikat Naqshabandi janganlah terlalu taksub pada guru . Guru kalian adalah makhluk . Saya mengikuti facebook mengenai gambar diatas ini ada juga komen dari pengikut Tarikat Naqsyabandi yang mengatakan syujud ini bukan sujud ibadat tetapi sujud hormat kepada guru . Setahu saya setakat pengajian yang saya pelajari, tidak ada sujud bagi makhluk ,adapun sujud malaikat kepada Nabi Adam bukan sujud seperti kita dalam solat,  malaikat hanya tunduk kepada tanda hormat sahaja , tidak ada istilah sujud hormat guru dalam pengajian ahli sunnah . Mengikut pengajian aliran ahli sunnah wal Jamaah dari bahasan ilmu aqidah dan ilmu fekah haram rukuk dan sujud pada makhluk . Saya menyeru kepada pengamal Tariqat jangan hanya kalian hanya hendak bezikir, dalamilah ilmu agama seperti  Tauhid , Fekah , Tasauf yang mana merupakan ilmu asas dalam Islam  . Islam bukan di pakaian dan kumpulan . Wajib kita pelihara Iman dan Islam kita jangan kita taksub .

Pada suatu hari seorang arab Badwi bertemu Rasulullah
Rasulullah sedang menunggang unta , Badwi itu bertanya Rasulullah saipa kamu ?
Rasulullah menjawab " Ana Rasulullah "
Badwi itu menjawab " Saya tidak percaya "
Badwi berkata lagi " Apa bukti mu yang membuktikan kamu Rasul Allah "
Rasulullah kata " Kamu pergi ke arah pohon tamar yang mati itu , kamu bagi tahu kepada pokok itu Muhammad kirim salam "
Badwi itu pun laksanakan suruhan Rasulullah .
Takdir Allah Pokok tamar itu begerak dan datang kearah Rasulullah dan condong tanda hormat pada Rasulullah "
Melihat mukjizat Rasulullah , Badwi itu rasa sangat hairan dan dia minta izin dia hendak sujud pada Rasulullah .
Rasulullah larang Badwi itu dari sujud kepada baginda .
Larangan Rasulullah ini memberi faham HARAM MAKHLUK SUJUD KEPADA MAKHLUK !!!
(Cerita ini ada dalam kitab Muhimmah dan saya belajar dari guru saya Tn Guru Hj Salleh Musa Sik Kedah)
ampuni kami