Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label Bakurah. Show all posts
Showing posts with label Bakurah. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Muzakarah Kitab Bakurah (m/s 7) Siri 13

Al Alim Alamah Syeikh Ismail Fathani memulakan bahasan sifat yang berkait dengan Allah SWT
Sifat pertama yang wajib bagi Allah dan wajib kita pelajari adalah sifat Wujud .
Wujud Allah dengan maksudnya mesti ada diri Allah yang tidak seperti makhluk .
Ada Allah merupakan Wujud Zati ( ada Allah tidak seperti ada makhluk )
Dalilnya kita fikir , dalil Allah ada adalah dari keadaan alam atau makhluk ini yang berubah-rubah .
Makhluk ini mulanya tidak ada , makhluk ini harus Allah cipta atau tidak mahu cipta .
Maka makhluk ini ada mesti ada tukang yang menjadikannya , iaitulah Allah SWT
Alam atau makhluk ini ada dengan sebab Allah menjadikan .
Allah buat alam dari sebab adanya sifat Quderat , Iradat , Ilmu dan Hayat Allah SWT .
Sifat ini wajib ada pada Allah , maka sifat mesti ada zat (diri untuk sifat itu tumpang)
Kesimpulanya Allah mesti Ada .
Dalil akal ini menyokong dalil Al Quran dan Hadith

Wednesday, March 23, 2011

Muzakarah Kitab Bakurah m/s 6,7 (siri 12)

Assalamualaikum . Maaf sudah lewat malam ini . Jam 11 malam tadi baru selesai muzakarah . Apa pun saya telah janji semalam Insyallah malam ini walau sedikit saya bahas harap Allah memberkati .

Sifat yang berkait dengan Allah yang wajib kita dalami bagi jalanan mazhab Imam Maturidiah adalah 20 yang WAJIB bagi ALLAH SWT . Dan wajib belajar 20 yang Mustahil yang tidak boleh ada pada Allah sekali-kali dan satu yang harus pada Hak Allah . Saya dah bahas diawal dulu
Tauhid Ahli sunnah adalah perkara yang berkait pada Allah , Rasul dan Samiyat .
Bukan 20 sahaja sifat wajib bagi Allah tetapi sangat banyak sifat kemulian yang wajib bagi Allah .
Wajib belajar 13 sifat wajib bagi ALLAH S WT atas pendapat Imam Abu Hassan , manakala Imam Abu Mansur berpendapat 20 yang wajib kita pelajari . Bukan berakna sifat wajib yang lain lain kita tolak dan bukan bermakna yang lebih dari sifat yang 2 tokoh ini tekankan tidak boleh pelajari . Boleh pelajari tapi kita tekankan yang 13 atau 20 ini dulu kerana ia merupakan sifat sangat penting perpenting .

Beza Wajib Akal dan wajib Syara .
Wajib akal ialah perkatara yang mesti ada atau mesti sungguh .
Seperti adanya Allah mesti sungguh ALLAH SWT ada dan tidak terima akal jikalau Allah tiada .
Adapun wajib syara itu andai kita mengerjakannya dapat pahala dan andai kita tinggal maka dihukum berdosa.Contohnya andai kita tidak solat fardhu 5 waktu hukumnya adalah doasa/fasiq.

Wajib akal ialah perkara yang mesti ada iaitu perkara yang mesti sungguh . Maksudnya tidak terima akal benda wajib itu tiada pada Allah .

Mustahil akal pula ialah perkara yang mesti tiada dan mesti tidak boleh sungguh .

Harus akal pula ialah perkara yang boleh terima ada /ada sungguh atau tidak /tiadak sungguh .

#Perhatian ***
Hukum akal yang sebenar bukan wajib , mustahil dan jaiz . Akan tetapi hukum akal adalah WUJUB , ISTIHALAH , dan JAWAS .

Wujub ertinya Mesti ada dan mesti sungguh sifat yang wajib bagi Allah dan Rasul .

Istihalah adalah perkara yang mesti tidak boleh ada dan mesti tidak boleh sungguh segala sifat mustahil pada ALLAH dan RASUL .

Tuesday, February 8, 2011

Kitab Bakurah m/s 6 (Siri 11)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Pohon Maaf kepada seluruh pengikut setia blog ini kerana sudah hampir-hampir 2 minggu saya tidak mempembaharuai tulisan kerana banyak urusan terutamanya 2 rakan saya meninggal dunia dan urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan .
Insyallah saya kembali dengan Taufiq Allah SWT ...

Terus pada pembahasan (khulasah ) kitab Bakurah muka surat 6
Tn Kitab Syeikh Ismail Ra membahaskan hukum mendalami ilmu tauhid adalah wajib .
Ilmu tauhid sudah lama diajar oleh Rasulullah SAW bedasarkan ayat Quran yang kita baca .
Seperti pada bahasan siri ke 10 tempoh hari , kita jangan terpengaruh dengan dakwaan mereka-mereka yang menolak ilmu tauhid Assyairah , mereka yang menolak tauhid ini akan rugi dan sukar untuk mencapai hakikat kemanisan iman .

Tn Kitab menyebut hukum belajar ilmu tauhid adalah wajib disisi syara .
Andai kita tidak belajar hukumnya adalah dosa .
Cara belajar ilmu tauhid Ahli Sunnah adalah
1: Mendalami ilmu tauhid
   Sifat Allah , Sifat Rasul , dan perkara yang dicerita oleh Rasulullah Saw
2: Untuk meneguhkan kepercayaan maka kita perlu ada 2 dalil . Pertama Quran . Ke 2 Dalil Fikiran kita

Wajib bagi yang tidak tahu mendalami ilmu tauhid .
Wajib atas yang Alim mengajar ilmu tauhid ini
Tn kitab Bakurah , Syeikh Ismail menerangkan tanggungjawab atas orang jahil mendalami ilmu tauhid dan yang alim wajib menyampaikan andai dia mampu .
Maka ini tanggungjawab setiap individu kita .
Dalam kitab Bakurah menyebut wajib atas pemerintah mengajar ilmu tauhid ini kerana ia fardhu ain .

Andai suami wajib mengajar isteri , andai ayah wajib mengajar anak , jikalau tuan maka wajib mengajar hambanya . Andai suami atau ayah tidak mahir ilmu tauhid maka wajib mencari guru mursyid dalam ilmu tauhid  dan wajib menghantar isteri atau anak belajar . Wajib memberi wang sara mereka belajar . Andai tidak mengajar , andai tidak menghantar mereka belajar , andai tidak memberi wang untuk mereka belajar hukumnya adalah DOSA!

Asalnya wajib atas sultan mengajar agama pada rakyat . Apabila sultan melantik mufti maka peranan wajib ditanggung oleh mufti (perannan wajib atas sultan menjadi ringan sedikit), maka mufti wakil kepada pegawai agama daerah , pegawai agama mewakilkan kepada imam-imam masjid . Andai sultan tidak beperanan , mufti diam , pegawai agama daerah tidak laksana tugas hanya dipejabat tanpa turun padang , imam tidak mengajar maka semua mereka akan disoal Allah di Akhirat kelak . Maka peranan agama mesti dititik berat oleh pemerintah .
PERHATIAN UNTUK SEMUA ULAMA !!!
Mengajar ilmu tauhid kita tidak boleh meminta atau menuntut upahan dari murid kita !!!
Hukum mengajar ilmu tauhid bagi yang alim adalah wajib maka kita tidak boleh meminta upah khas .
Hanya kita boleh terima sumbangan atau sedekah sahaja !
Rasulullah SAW tidak ada upah bagi baginda kecuali pahala dari Allah .
Diantara ilmu yang kita pelajari tidak dapat diamalkan atau tidak dapat rasa kemanisan kerana guru yang kita peljari tidak ikhlas , hanya nampak duit . Ini bukan jalanan sebenar . Maka kita perlu mencontohi guru-guru atau ualam-ulama yang ikhlas menyampaikan ilmu tanpa mengharapkan habuan dunia hanya semata -mata menuntut keredaan Allah (Seperti jalanan ulama pondok) ...
Ini jalanan saya dan pendapat saya sepertimana wasiat guru mulia saya AL ALIM AL ALAMAH TN GURU HJ SALLEH BIN MUSA yang beliau terima wasiat ini dari guru beliau ALLAHYARHAM Tuan Kitab Bakurah , AL ALIM AL ALAMAH SYEIKH ISMAIL ra dan ini adalah jalanan ulama muktabar dahulu .

Tuesday, January 25, 2011

Kitab Bakurah -m/s 6 (siri 10)

Tn Kitab menghuraikan kalimah tauhid lagi ,

Wajib kita Isbad (percaya teguh) Allah ada sifat kemuliaan yang sangat banyaknya .
Maka kita faham disini tauhid Ahli Sunnah bukannya hanya mengaku 20 sifat Allah sahaja , bukan seperti yang sering dituduh wahabi yang tidak faham hakikat ilmu tauhid Ahli Sunnah .
Ahli Sunnah Wal Jamaah ,kita wajib Beriman bahawa Allah ada banyak sangat sifat yang kemuliaan .
Maka ini wajib kita tahu secara ijmal atau secara umum .
Begitu juga Allah tidak ada sifat-sifat mustahil pada Allah , segala sifat kekurangan yang tidak layak pada Allah sangat banyak yang tidak boleh ada pada Allah sama sekali .

Akan tetapi yang wajib kita dalami dan pelajari atau kaji 20 sifat Allah yang mana Imam Abu Mansur Maturidi Ra ambil dalil dalam Quran , atau 13 sifat yang wajib Bagi Allah yang wajib atas kita pelajari seperti mana yang dipilih oleh Imam kita yang mulia Imam Abu Hassan Asyaari Ra.
2 Tokoh imam kita ini berpendapat semuanya ada dalil Quran.

Maka janganlah sekali -kali saudara terpengaruh dengan fatwa wahabi yang sentiasa menghentam tauhid kita ini . Kita ada dalil semuanya .
Ini yang celupar dan sering menghentam sifat 20

Dr Asri
http://www.youtube.com/watch?v=ZmV6I2xlVWg
DIA TIPU . ILMU TAUHID SUDAH ADA ZAMAN RASULULLAH SAW
Mereka sahaja yang tidak kaji
Mereka mengaji secara umum kita ahli sunnah secara halusi untuk kejapkan iman kita .

UST FATHUL BARI .ULAMA MUDA UMNO
http://www.youtube.com/watch?v=zbM8sJuhuY8&feature=related

USTAZ RASUL DAHRI , lagi sangat-sangat penipu
http://www.youtube.com/watch?v=lSLo-2lVarg&feature=related

INSYALLAH nanti saya akan bahas kekeliruaan antara wahabi yang mana yang sesat (dosa) yang mana yang boleh membawa rosak Aqidah atau terbatal iman !
Maka yakinlah kita dengan tauhid Ahli Sunnah .

Tn kitab Bakurah Ra menghuraikan hukum mendalami ilmu tauhid
HUKUM MENDALAMI ILMU TAUHID ADALAH WAJIB
Wajib bagi yang tidak tahu mempelajari dari yang tahu atau alim !
Dalam kitab Aqidahtul Najin menyebut " HARAM DALAMI ILMU TAUHID KEPADA MEREKA YANG BUKAN AHLI ILMU TAUHID , KERANA MEMBAWA KEPADA ROSAK AQIDAH"

INSYALLAH saya akan bahas panjang lagi pada bab ini pada pertemuan akan datang .

Sunday, January 23, 2011

Kitab Bakurah -m/s 5 (siri 9)

Tn Kitab membahas makna kalimah Tuhan lagi .
Sudah selesai kita bahas sifat Istiqna iaitu terkaya Tuhan dari berkait dengan makhluk .
ALLAH bebas dari sebarang kaitan , fahamnya seluruh kerja Allah semuanya tidak dipaksa oleh sesiapa . Inilahlah dimaksudkan Harus bagi Allah mengada dan meniadakan makhluk ini . Tidak ada kuasa lain yang memaksa Allah untuk lakukan sesuatu .

Selain itu Allah mempunyai sifat Iftiqar .
Iftiqar maksudnya sekiranya Allah ada sifat Iftiqar ini (9 sifat Iftiqar yang wajib kita tahu ) maka semua makhluk berhajat pada Allah , dalam erti kata lain makhluk ini mesti berkait dengan Allah , Allah yang buat semua makhluk , Allah yang berkuasa mutlak mengatur urusan makhluk . Allah sahaja yang memberi kesan diatas sesuatu .

Faham dari sifat Istiqna dan Iftiqar bahawa tuhan yang memiliki sifat kemuliaan ini hanyalah satu sahaja iaitulah kepada Allah . Tidak ada makhluk yang bersifat dengan sifat ketuhanan ini ...
Jangan kita syirikkan Allah!
Maka sahlah pengakuan kita didalam syahdah bahawa Tuhan hanyalah satu ...

Monday, January 17, 2011

Kitab Bakurah -m/s 5 (siri 8)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Sudah 2 hari kita tidak bersama disebabkan saya banyak pogram di pondok dan diluar pondok .
Insyallah kita bincang semula kitab bakurah (m/s 5)

Tn Kitab membahaskan maksud kalimah Syahadah lagi di muka surat 5 .
Lafaz TUHAN itu mesti dikaji dari sudut ilmu tauhid .
Tuhan itu hanya satu , yang lain semua makhluk !
Maka yang dinamakan Tuhan itu mesti memiliki segala sifat kamalat /Kesempurnaan

TUHAN mesti ada padanya Sifat ISTIQNA (TERKAYA)
Tuhan mesti terkaya, iaitu tidak berhajat atau tidak perlu berkait dengan makhluk dalam erti kata ALLAH bebas dari segala-galanya tidak menumpang suatu pun dari makhluk ini  .
Dalam kata lain TERKAYA TUHAN iaitu TUHAN tidak menumpang makhluk .
Sifat terkaya dari segala-gala makhluk ini, hanyalah ada pada Allah .
ALLAH terkaya dalam erti kata kaya zati , kaya yang jenis Tuhan iaitu tidak berkait dengan makhluk sekali-kali .
Kaya kita makhluk iaitu  setiap orang yang ada memiliki harta banyak , ini dinamakan kaya (Mukhayad ) yang ada kaitan iaitu kaitan dengan benda , jika harta sudah binasa maka orang itu tidak kaya lagi .

Allah kaya yang zati yang tidak kait dengan benda sekali-kali . ALLAH MAHA TERKAYA !!!
Oleh kerana Allah terkaya, maka semua kita  makhluk mesti tumpu dan berhajat kepada Allah ...
Kita tidak boleh kecualikan diri dari Allah .Semua mesti tumpu dan menghadapkan diri kepada ALLAH!

Tuhan tidak boleh sekali-kali berhajat dengan makhluk !
Maka kesimpulan kita,Tuhan mesti ada sifat kemuliaan , maka semua kita makhluk tidak boleh kecualikan diri kita dari takluk kekuasaan ALLAH
Sifat Istiqna yang wajib kita pelajari dan dalami hingga mantap Iman kita  kesemuanya ada 11sifat.

Insyallah saya akan sambung semula ...
Petang ini saya kena temankan Tn Guru mengajar di masjid Al Bukhary Alor Setar ..

Thursday, January 13, 2011

Kitab Bakurah -m/s 5 (SIRI 7)

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Tn Kitab Bakurah , Syeikh Ismail Fathani sekali lagi ulang maksud kalimah syahadah kerana dalam kalimah syahadah mengandungi makna yang bergantung atau berkait dengan ilmu tauhid yang wajib setiap kita pelajari .
Didalam kalimah Syahadah secara umum merangkumi 3 kaitan ,
1 . Keimanan dengan Allah
2.  Keimanan dengan Rasulullah SAW
3 . Samiyat (segala yang disampaikan oleh Rasulullah)

Didalam kitab Bakurah , Tn Kitab hanya sebut 2 pekara sahaja iaitu keimanan yang berkait dengan ALLAH dan RASUL sahaja , andai kita hendak menyempurnakan Iman kita , perlulah kita mencari  dan dalami kitab tauhid yang lengkap dari karangan Ulama kita Ahli Sunnah , jikalau kita berhajat mendalami kitab jawi maka eloklah kita kaji kitab Faridah Syeikh Ahmad Al Fathani

Berbalik pada bahasan tadi , Tn Kitab Bakurah menerangakan diantara pekara wajib atas diri kita iaitu beriman dengan Allah dan Rasul Seperti mana yang kita ucap syahadah dengan lisan kita , maka seperti itulah WAJIB HATI kita BERIMAN 100 peratus .


Maka didalam kalimah yang pertama adalah perkara yang berkait dengan Allah ,
maka bersangkut paut makna umum dan makna khas yang perlu kita kaji dan pelajari.

Makana Umum : Allah sebagai tuhan kita , maka Allah mesti ada sifat-sifat ketuhanan .
Sifat ketuhanan yang umum adalah segala sifat kemuliaan yang sangat banyak tidak dapat kita ketahui .
Begitu juga mesti tidak boleh ada sama sekali sifat-sifat mustahil pada Allah .
Ini wajib kita beriman secara umum .

Secara khusus pula kita wajib ketahui sifat yang wajib secara tafsil atau secara satu persatu .
Maka bedasarkan pendapat ahli sunnah 20 sifat ,wajib kita kaji satu persatu , ini pendapat Imam Abu Mansur Maturidi , manakala Imam Abu Hassan AsSyari berpendapat hanya 13 yang wajib kita kaji untuk teguhkan Iman kita .

Pesoalan mengapa hanya 13 atau 20 sahaja , tidak yang lain ?
Maka kita jawab: 13 atau 20 ini sangat penting . Yang lain kita wajib tahu Ijmal *(umum sahaja ) tetapi 13 atau 20 wajib kita tahu satu persatu untuk teguhkan Iman kita dengan aqidah bab keimanan dengan ALLAH.
Maka kalau dah betul-betul dapat kuasai dan faham semua ini , maka tidak salah kita hendak kaji nama -nama Allah yang lain , bahkan lebih baik .

Begitu juga beriman dengan Rasul . Maka kita wajib beriman dengan secara umum , bahawa Rasul kita ada banyak sifat wajib , sifat kemuliaan bagi Rasul dan tidak ada sama sekali segala sifat yang mustahil bagi Rasul .
Sungguhpun sifat Wajib atau sifat mulia bagi Rasul itu banyak tetapi hanya wajib kita tahu 4 sifat wajib atau yang mesti ada pada Rasul , dan wajib juga tahu  4 sifat mustahil yang tidak ada pada Rasul sama sekali  .
INSYALLAH kita akan bincang dan bahas satu persatu nanti ...

Tuesday, January 11, 2011

Kitab Bakurah -m/s 4 (siri 6)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .

Tn Kitab Bakurah menghuraikan takrif hukum syara dengan panjang lebar
Kewajiban terhadap setiap individu mukalaf sangat banyak .

Seperti yang saya nyatakan agama bukan hanya dalam soal ibadah , tetapi merangkumi kehidupan kita . Agama termasuklah Ibadah , Muamalat , Munakahat , Jinayat dan pelbagai lagi yang mesti kita fahami .

Tn Kitab Bakurah menerangkan bahawa mempercayai /beriman dengan penuh keyakinan perkara yang berkait dengan ketuhanan .
IMAN adalah kepercayaan dihati .
Ramai yang mengaku Islam , tetapi Islam belum tentu beriman lagi . Andai ada iman sudah pasti ia Islam .
Iman adalah percaya teguh tanpa rasa zon , syak dan waham .
Iman kepada Allah perlu 100 peratus barulah dikira disisi syara .

Keimanan yang mantap tidak akan terhasil andai tanpa dalil dan kajian ilmu .
Kita mestilah belajar dan mengetahui dalil Quran dan dalil akal maka barulah iman kita akan mantap . Andai tidak mengikuti langkah ini maka iman kita akan goyang dan tidak mantap yang akan membawa padah kepada kita dengan terjatuhnya dilembah neraka.

InsyAllah Kitab Bakurah m/s 5 nanti (siri 7) akan menerangkan cara belajar dan beramal yang sebenar dengan ilmu tauhid Ahli Sunnah sejati yang selamat .
ampuni kami