Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, December 26, 2021

Tuan Guru Baba Yahya Ashaari KIDU kembali ke Rahmatullah 26.12.21

Berita duka dari bumi Kedah

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Telah kembali ke rahmatullah, Tuan Guru Syeikh Haji Yahya Ashaari, tenaga pengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena siang tadi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ

Salam takziah untuk keluarga arwah. Semoga tabah dan dipermudahkan segala urusan.

Sedikit manaqib ringkas Allahyarham :

Tuan Guru Syeikh Haji Yahya Asy'ari ( 1956 - 2021 )

Tuan Guru Syeikh Haji Yahya Bin Asy'ari dilahirkan pada 21 Januari 1956 dan berasal dari Champa. Selepas berhijrah ke Kedah, beliau menetap di Kampung Lubuk Reba, Pendang, Kedah.

Pendidikan awalnya diperolehi di Pondok Bermin dan Pondok Bendang Ramah, Patani selama beberapa tahun. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Mekah dengan memasuki Madrasah Darul Ulum, Madrasah Saulatiyah dan Jami'ah Ummul Qura selama 28 tahun.

Di antara guru gurunya ialah :

1. Tuan Guru Baba Haji Abdul Qadir Bendang Ramah

2. Syeikh Ismail Zein

3. Baba Sin Surat

4. Syeikh Abdullah Lahji

5. Syeikh Muhammad Yassin Isa al-Fadani

Ketika hayatnya beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Di antara kitab penulisan beliau ialah : 

1. Ta'liq Matan ar-Jurmiyah 

2. Ta'liq Aqidatul Athfal 

3. Ta'liq Matan Bina'

4. Ta'liq al-Mufid Matan Jauharah Tauhid

5. al-Aurad al-Ma'surah (susunan zikir2/wirid)

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 26 Disember 2021 ketika berusia 65 tahun selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Padang Pusing, Pendang. 

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

*Sumber - Ahmad Shauki & Ustaz Abdul Rahman 

 








Permergian yang sangat indah.

Almarhum Tuan Guru Baba Yahya Kidu Darul Ulum sebelum 1 jam meninggal dunia petang tadi diziarahi oleh Ulama  Yaman diantaranya 

1.Syeikh Mahmoud Al Wosabi Al Yamani

2.Sheikh Mukhtar Jamil Al Yamani

3.Sheikh Jamil Melhi Rubadi Al Yamani.

Mereka bincang bincang bab ilmu. Bermuzakarah .

Setelah itu baba dalam perjalanan pulang ke rumah terlibat kemalangan dan meninggal dunia.

Sebelum tetamu pulang , mereka kata Insya Allah jumpa lagi nanti . Baba jawab Insyallah jumpa di syurga nanti .

Al Fatihah .

Gambar kenangan ini semua 1 jam sebelum almarhum kembali ke Rahmatullah.


















No comments:

Post a Comment

ampuni kami