Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, September 14, 2021

Tuan Guru Dato Ahmad bin Mohd Noor kembali kerahmatullah. 15 september 2021


إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Berita duka dari bumi Kedah Darul Aman .
Salah seorang pasak bumi Kedah , Tuan Guru Dato Ahmad bin Mohd Noor / Pak Teh Mat Kuala Nerang  telah kembali Kerahmatullah pada jam 12.57am , 15 september 2021 bersamaan 8 safar 1443.

Berita dari cucu Tok Guru : Man Abdul.

Tolong segala apa maklumat sila rujuk waris Tok Guru diantaranya Ustaz Wan Khairuddynn  dan page rasmi Pondok Ahmadiah Pak Teh Mat Ulama Kedah .

Ziarah dan sebagainya sila rujuk arahan pondok sebab warga pondok tengah kuarantin disebabkan ada yang positif covid. Laporan page pondok menyatakan 7 warga pondok disahkan positif covid 19 .
Sumber keluarga: Tuan Guru positif covid , sebahagian ahli keluarga kuarantin.

Semoa Tuan Guru diampun segala dosa ditempatkan bersama Baginda Rasul dan orang yang beriman , soleh , sidiq , wali wali kekasih Allah. Semoga dapat bertemu di Akhirat kelak .

(یَـٰۤأَیَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَىِٕنَّةُ * ٱرۡجِعِیۤ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِیَةࣰ مَّرۡضِیَّةࣰ * فَٱدۡخُلِی فِی عِبَـٰدِی * وَٱدۡخُلِی جَنَّتِی)
انتقل جدي إلى دار خير من دارنا وحياة خير من حياتنا وإلى جوار رب كريم وحبيبه الرحمة. 

إنا لله وإنا إليه راجعون. 
إن العين لتدمع وإن القلب ليحزن ولا نقول إلا ما يرضى ربنا وإنا بفراقك يا جدي لمحزونون.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأسكنه فسيح جناتك يا رب العالمين.

Al Fatihah.


No comments:

Post a Comment

ampuni kami