Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, July 19, 2021

Tuan Guru Baba Muhammad Carok Rambai Kupang Baling kemali Kerahmatullah


انا لله وانا اليه راجعون
Berita duka dari bumi Kedah
Telah kembali permata sufi Kedah Baba Mad Kampung Carok Rambai Kupang Baling .
Meninggal jam 8.10 malam 17.7.2021. Usia 91 tahun.
Solat jenazah di surau berdekatan rumah beliau Kg Carok Rambai, jam 11 pagi 18.7.2021
Maklumat dari anak Almarhum , Abg Lah. 

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجٙا خَيْرًا مِنْ زَوْجٙهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Al Fatihah.

Ikuti Live Tahlil Untuk Baba Mad Kupang.

https://www.facebook.com/103386818515793/videos/434396960864700/
























Selamat rehat buat Tuan Guru Baba Muhammad bin Abdul Rahman / Aisyah.

Jenazah Tuan Guru Baba Muhammad Carok Rambai Kupang Baling selamat dikebumi jam 11 pagi 18.7.21.

Tuan Guru Baba Muhammad bin Abdul Rahman asal dari Pondok Bendang Kuchil Fatani Darussalam. Baba Mad hijrah ke Malaysia lebih dari 60 tahun.
Adik Baba Muhammad ialah Baba Li Mudir Pondok Bendang Kuchil Fatani sekarang ini.

Semoga Tuan Guru Baba Muhammad diampun segala dosa dan dirahmati ALLAH. Moga Baba tenang berehat setelah letih bermujahadah , beribadah untuk menjadi hamba Allah yang berjaya. 

Kami menyaksikan Baba  telah mengamalkan apa yang diajar oleh Imam Ghazali dalam kitab Minhaj . Baba telah amalkan. Moga Baba bahagia mendapat nikmat .
Baba Mad sepanjang hayat berkhidmat membaca kitab terutama dalam bidang tasawuf . Kebanyakan guru guru yang buka pondok sekitar Baling , Sik , Kulim datang menadah kitab dengan beliau.

Semoga kita bangun di Akhirat nanti bersama Baba Mad , alim ulama, solihin serta kekasih Agong Rasulullah .

Salam takziah buat ahli keluarga Baba dan murid Baba Mad .

Al Fatihah.

Catatan
Jemaah yang hadir patuhi SOP.
1. Pakai mask .
2. Ambil suhu dan tulis nama di buku yang disediakan pihak keluarga .
3. Tidak bersalaman.
4. Selesai kebumi terus beredar pulang.



 

No comments:

Post a Comment