Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, October 1, 2015

Syeikh Dr Mustafa Dib Al Bugha ulama Syria ke Kedah 1 - 6 Okt 2015

Kenali ulama Syria ke Kedah:
[ Syeikh Dr Mustafa al-Bugha ]
Beliau merupakan seorang faqih mazhab asy-Syafie dan ulama Muhaddis di Syria.
[ Kelahiran ]
Syeikh Dr Mustafa al-Bugha dilahirkan pada tahun 1938M di al-Maidan, Damsyik, Syiria.
Menuntut ilmu
Pada peringkat pemulaan, Syeikh Dr Mustafa al-Bugha menuntut di Ma’had al-Taujih al-Islami - diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Habannakah – sehingga tahun 1959M.
Kemudian beliau memasuki Kuliah Syariah di Universiti Damsyik dan menuntut di sana selama empat tahun sehinggalah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda (B.A) pada tahun 1963M. Kemudian beliau menyambung pengajian beliau di peringkat Sarjana (M.A) dan Kedoktoran (PhD) di Universiti al-Azhar pada tahun 1974M. Tajuk tesis PhD beliau ialah Athar al-Adillah al-Mukhtalif fiha fi al-Fiqh al-Islami(Kesan dalil-dalil yang diperselisihkan dalan perundangan Islam).
[ Guru beliau ]
1. Syeikh Hasan al-Habannakah
2. Syeikh Khairo Yassin. Syeikh Dr Mustafa al-Bugha membaca dan menghafal al-Quran di bawah bimbingan beliau ketika di peringkat menengah.
3. Syeikh Hussein Khattab. Bekas syeikh qurra’ di Damsyik.
4. Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih. Syeikh qurra’ di Syiria sekarang.
5. Syeikh Mustafa al-Siba’ie
6. Syeikh Muhammad al-Mubarrak
7. Syeikh Mazin al-Mubarrak
8. Syeikh Muhammad Amin al-Misri
9. Syeikh Umar al-Hakim
10. Syeikh Wahbi Sulaiman al-Ghauji al-Albani
11. Syeikh al-Qadhi Muhammad al-Shama’
12. Syeikh Muhammad al-Muntasir al-Kattani
13. Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah
14. Syeikh Muhammad Sa’id al-Khin
15. Syeikh Ahmad Fahmi Abu Sunnah
[ Kegiatan dakwah ]
1. Di masjid
a. Pernah menjadi khatib di masjid al-Ghawwas, kemudian di masjid Zainal ‘Abidin di Damsyik.
b. Mengadakan pengajian fiqh, hadith, tafsir al-Quran dan lain-lain di beberapa buah masjid di Damsyik.
2. Di sekolah dan universiti
a. Tenaga pengajar mata pelajar pendidikan Islam di peringkat menengah di wilayah al-Hasakah selama dua tahun, kemudian di wilayah al-Suwaidah juga selama dua tahun.
b. Pensyarah di Kuliah Syariah di Universiti Damsyik dari tahun 1978M sehingga tahun 2000M.
c. Menjadi pensyarah jemputan di Universiti Qatar selama lima tahun(2000M-2005M).
d. Pensyarah di Kuliah Syariah di Univertiti al-Yarmouk, Jordan selama setahun(2006M).
e. Pensyarah di Universiti al-Ulum al-Islamiyyah al-‘Alamiyyah, Jordan sejak tahun 2008 sehingga sekarang.
3. Persidangan antarabangsa
Syeikh Dr Mustafa al-Bugha banyak menghadiri persidangan antarabangsa, antaranya :
a. Persidangan di Mekah apabila pencerobohan Iraq ke atas Kuwait.
b. Persidangan Perpaduan Islam di Iran.
c. Persidangan Warisan Islam di Aden, Yaman.
[ Bidang penulisan ]
1. Al-Tahzib di adilati matan al-ghayah wa al-taqrib
2. Usul al-Fiqh : Dirasah ‘Ammah
3. Al-Jawanib al-Tarbawiyyah fi ‘ilm usul al-fiqh
4. Madhamin tarbawiyyah fi fiqh al-islami
5. Fiqh al-manhaji fi al-fiqh al-syafi’ie. Ditulis bersama Syeikh Dr Mustafa al-Khin dan Syeikh Dr ali al-Syarbaji.
6. Al-Wadih fi ‘ulum al-Quran. Ditulis bersama Syeikh Muhyiddin Misto
7. al-Da’awa wa al-bayinnat wa al-qanun fi al-qadha’. Ditulis bersama Syeikh Abdul Karim al-Kurshi.
8. Tashil al-masalik fi bi syarah wa tahzib umdah al-salik wa umdah al-nasik.
9. Al-hadiyyah al-mardiyyah syarah wa adillah al-muqaddimah al-hadramiyyah.
10. Al-Tuhfatul al-radiyyah fi fiqh saddah al-malikiyyah(syarah matan al-‘ashmawiyyah).
11. Nizam al-Islam.
12. Fiqh al-Mu’aridat
13. Buhuth fi ‘ulum al-hadith wa nususuhu.
14. Buhuth fi al-fiqh al-maqarin.
15. Nuzhatul al-Muttaqin fi syarh riyadh al-salihin . Ditulis bersama Syeikh Dr Mustafa al-khin, Syeikh Muhyiddin Misto, Syeikh Dr Ali al-Syarbaji dan Syeikh Muhammad Amin Latifi.
16. Al-Wafi fi syarh al-arbain an-nawawiyyah.
[ Dalam bidang tahqiq ]
1. Matan al-rahabiyyah fi ‘ilm al-faraid.
2. Tanwir al-masalik bi syarh wa adillah umdatu al-salik.
3. Mufhamat al-iqran fi mubhamat al-Quran karangan Imam al-Sayuti.
4. al-Itqan fi ulum al-Quran karya Imam al-Sayuti.
5. Asbab al-nuzul karya al-Wahidi al-Naisaburi.
6. Sahih al-Bukhari(tahqiq dan ta’liq).
7. Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi.
8. Mukhtasar Sahih al-Bukhari karya al-Zabidi.
9. Mukhtasar Sahih Muslim karya al-Munziri.
10. Mukhtasar Sunan Abu Daud.
11. Mukhtasar Sunan at-Tirmizi
12. Mukhtasar Sunan an-Nasa'ie
13. Mukhtasar Sunan Ibnu Majah
14. Muqaddimah Ibnu Solah fi ulum al-hadith.
15. Al-Taqrib ila kitab al-targhib wa al-tarhib karya Ibnu al-Diri. Ditahqiq bersama Syeikh Muhammad ‘Asam ‘Arar.
Keluarga beliau
Syeikh Dr Mustafa al-Bugha telah berkahwin dengan empat orang isteri (salah satu dari isterinya telah beliau ceraikan) dan mempunyai lapan orang anak.

4 comments:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    ReplyDelete
  2. Tidak punya Tuhan mereka.
    Bgmna caranya takut ?

    ReplyDelete

ampuni kami