Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, February 18, 2014

Awas !!! Kassim Ahmad menyesatkan ummat di Malaysia

TAHNIAH 
DEWAN ULAMA PAS KEDAH 
Hari ini 19.2.2014 Dewan Ulama PAS Kedah telah bertindak
membuat laporan polis terhadap Kassim Ahmad anti hadis

HARAP SELURUH MALAYSIA BANGKIT LAWAN KESESATAN INI !!!

AGAMAWAN WAJIB BANGKIT 
LAWAN KESESATAN KASSIM AHMAD 
DAN KEJAHILAN DR MAHATHIR 
MANA MUFTI MUFTI 
Terkini mufti Perak dan Pahang sentiasa hentam Anwar sebab 
pilihan raya kecil Kajang , mana mufti kenapa diam !!!
Wajib seluruh ahli ilmu bangkit lawan kesesatan Kasim Ahmad . 
ULAMA DAN AGAMAWAN JANGAN JADI SYAITAN BISU 


Kassim Ahmad sesat lagi menyesatkan !!!
DR MAHATHIR jahli ambil Kasim Ahmad bicara agama !!!
AWAS RAKYAT


Kasim Ahmad menghina dirinya.

Sedikit sarapan di pagi hari buat diri yang jahil lagi bebal ini, semoga Allah mengampunkan dosa hamba dan sekelian mukmin.

بسم الله الرحمن الرحيم

1- KASIM AHMAD DAN KEJAHILANNYA.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 164:
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Syarah:
>>> serta mengajar mereka Kitab Allah dan Hikmah <<<

1. Al-Kitab ditafsirkan dengan al-Quran dan Hikmah dengan Sunnah yang mensunnahkan dia oleh Allah bagi Sekelian Mukmin atas lidah Rasulillah saw dan membuat penjelasan bagi mereka itu mukmin. Imam atTabari dalam Tafsirnya al-Jami’ al-Bayan Juzuk ke tujuh ms 306.

2. Al-Kitab yakni al-Quran dan al-Hikmah yakni Sunnah dan rahsia-rahsia sya’ra dan tepat dalam sekelian pekerjaan. Imam al-Jazairi dalam Aisar al-Tafasir juzuk 1 ms 114.

3. Al-Kitab yakni al-Quran dan al-Hikmah yakni Syariah atau Sunnah. Tafsir Bahr al-Madid juzuk 1 ms 166 dan juzuk 1 ms 431

4. Al-Kitab yakni al-Quran dan al-Hikmah yakni al-Ilmu dengan Allah dan yang halus-halus syariat dan iaitu ma’ani al-kitab dan tafzil/huraian maksud-maksudnya, dan daripada Imam Malik l-Hikmah iaitu Ma’rifat alp-Fekh dan Agama dan mengikut bagi demikian itu dan daripada as-Shafe’I al-Hikmah iaitu Sunnah Rasulullah saw. Ibnu ‘Asyur dalam Tahrir wat Tanwir Juzuk 1 ms 723.

5. Al-Kitab yakni Al-Quran dan al-Hikmah yakni pengajaran yang menegahkan daripada jatuh dalam kesalahan dan kerosakan. Ibnu ‘Asyur dalam Tahrir wat Tanwir Juzuk 2 ms 49.

6. Al-Kitab yakni al-Quran dan Hikmah yakni al-Sunnah. Tafsir al-Quran al-Karim juzuk 1 ms 143.
Dan banyak lagi tafsir yang menfsiakan al-Hikmah dengan makna Sunnah Nabi saw yang tidak dapat di ragukan bahkan dating dengan jalan thabit bahawa tidak ada manusia yang dapat memahami al-quran melainkan dengan hadith Nabi saw seperti mana yang di nakalkan daripada kutub-kutub tafsir.

2-KASIM AHMAD DAN KESESATANNYA.

Beramal cukup dengan al-quran dan tinggalkan Sunnah Rasulullah iaitu satu perkataan yang dating daripada kumpulan Zanadik/sufi sesat dan Syiah Rafidah yang terlajak sesat sehingga menolak sunnah Rasulullah saw yang semua itu berlaku atas berbagai maksudnya:

1. Kumpulan yang mengatakan kenabian itu hak Ali bin Abi Thalib dan Jibrail tersalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad saw yang mulia.

2. Kumpulan yang mengaku kenabian Nabi Muhammad saw akan tetapi mereka berkata bahawa khilafah itu hak Ali bin Abi Thalib. Apabila kbhilafah diberikan kepada Abu Bakr dan Umar dan Uthman radiallahuanhum maka kumpulan ini mengkafirkan mereka itu sahabat dengan tuduhan berlaku zalim merebut jawatan khilafah tersebut, melaknat Allah akan kumpulan ini dan melaknat Ali bin Abi Thalib akan kumpulan ini, inilah sebab mereka menolak Hadith Nabi saw dalam mengatur ibadah kepada Allah melalui jalan memahami al-Quran.

Kedua-dua kumpulan ini wujud zaman imam-imam 4 dan imam-imam 4 berhujjah dan berdebat dengan kedua kumpulan sesat ini.

3-KASIM AHMAD DAN KEKUFURANNYA.

Kata Imam as-Shafe’I dalam Risalahnya yang menakal akan perkataan ini oleh Imam Baihaqi dalam al-madkhol:

Allah hantar Nabi Muhammad saw bagi mengajar Hamba-hamba Allah jalan-jalan agamanya akan apa yang di katakan taat akan Allah dan mengharamkan apa-apa yang dikatakan maksiat kepada Allah. Inilah yang dikatakan dalam al-quran dimana kita boleh lihat banyak ayat-ayat yang mengiringi iman kepada Allah dengan Rasulnya saw seperti firman Allah dalam surah al-Taghabun ayat 8:

فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
Maka berimanlah sekelian kamu dengan Allah dan Rasulnya.
Firman Allah dalam surah al-Hujarat ayat 15.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
Sesungguhnya mereka-mereka yang beriman, beriman sekelian kamu dengan Allah dan rasulnya.

Dalam ayat tersebut dan lainnya Allah menyebut orang yang beriman kena beriman dengan Allah dan Rasulnya.

Kata Imam as-Shafe’I lagi:
Allah memfardhukan atas manusia mengikuti wahyunya dan sunnah rasulnya, firman Allah spt ayat di atas.

Berkata Imam as-Shafe’I lagi:
Allah menyebut al-Kitab yakni al-Quran dan al-Hikmah, maka Aku(as-Shafe’i) dengar akan mereka yang Aku redhai daripada Ahli Ilmu dengan al-Quran berkata mereka itu : al-Hikmah iaitu sunnah rasulullah saw:

Firman Allah taala dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

>>> “maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat”<<<

Jelas, bahawa Allah menyuruh orang beriman kembalikan masaalah kepada Allah dan Rasulnya saw.

Wajib taati Rasul saw Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 65:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Firman Allah dalam surah al-Hasyri ayat 7.
وَمَا آتَاكُمْ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا
dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.

Dan banyak lagi ayat-ayat Allah menyuruh kita mengikuti Rasulnya saw;
Adapun hadith2 Nabi saw juga terlalu banyak maka hamba sebutkan beberapanya sebagai memada bagi orang yang beriman.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِي بَكْرَةَ ذُكِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ قَالَ مُحَمَّدٌ وَأَحْسِبُهُ قَالَ وَأَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا أَلَا لِيُبَلِّغ الشَّاهِدُ مِنْكُمْ الْغَائِبَ وَكَانَ مُحَمَّدٌ يَقُولُ صَدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ ذَلِكَ أَلَا هَلْ بَلَّغْتُ مَرَّتَيْنِ
Sabda Nabi saw; ketahui oleh mu: hendaklah menyampai oleh yang hadir akan orang yang ghaib/tidak hadir.

Hadith riwayat imam Bukhari.

Wallahuaalam.

wslm.

1 comment:

  1. seronoknya bila ada ilmu boleh cantas fahaman fahaman sesat camnih..terima kasih tuan

    ReplyDelete

ampuni kami