Kuala Lumpur, 16hb Nov 2011. Umno telah gagal untuk mendidik rakyat ke arah hidup yang lebih seimbang dan bermoral. Umno sentiasa mendakwa bahawa hanya Umno yang boleh menjaga Umat Islam di negara ini. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya membuktikan kegagalan Umno untuk melaksanakan amanah mentadbir generasi muda di negara ini.
Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan dalam berita harian hari ini yang melaporkan bahawa seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
“Apa yang berlaku adalah kerana dasar pendidikan kita yang gagal dalam mengeluarkan insan yang mampu merubah masyarakat, kementerian yang terbabit diseru melihat kepada angka ini dengan serius, kita percaya seluruh rakyat Malaysia mahukan dasar pendidikan yang lebih ‘bermakna’ dalam kehidupan mereka dan bukan hanya mnegejar kecermelangan akademik sahaja semata-mata” kata beliau lagi.
“Umno tidak serius menangani masalah sosial, pandangan para ulamak tidak menjadi keutamaan dalam membuat keputusan, konsert-konsert yang tidak bermoral masih berleluasa, rakyat dihidangkan dengan kehidupan yang melangkaui batasan tanpa pemantauan yang sewajarnya melalui media massa samada suratkhabar atau televisyen” tegas beliau.
“Inilah akibat apabila Islam tidak dijadikan asas utama dalam perjuangan, media arus utama terutamanya televisyen dan pembikinan filem lebih cenderung menghidangkan pengisian-pengisian yang tidak sepatutnya, rakyat menjadi lalai untuk mengenali tujuan manusia dicipta oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini.” Ujar beliau lagi.
No comments:
Post a Comment