Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, November 7, 2010

Pondok Seligi , cuti 2 hari untuk Dun Galas

Masyallah!!!
Saya sangat gembira bila pertama kali jejak kaki di bumi mulia PONDOK SELIGI KELANTAN
Tn Guru Hj Abd Hamid merupakan Ulama Pondok yang sangat mengambil berat tentang Ilmu , Tarbiah dan Perjuangan !!!
Alhamdulillah Allah pilih saya untuk sampai juga akhirnya ke Pondok Seligi .
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Shah selaku Setiausaha Pondok Seligi yang sudi menjemput saya ke Pondok Seligi sebagai tetamu DUN GALAS .

Tn Guru Hj Abd Hamid sangat tegas dan sangat kuat mempertahankan AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Saya tertarik dengan kenyataan Setiausaha Pondok , Ustaz Shah yang memaklumkan "Baba (Tn Guru Hj Abd Hamid Seligi ) Cuti 2 hari Untuk beri laluan pada murid-murid turun ke Dun Galas "
Masyallah ! Saya sangat gembira mendengar cerita ini kerana semangat perjuangan yang tinggi  ditunjukkan oleh Tn Guru Hj Abd Hamid




Aalhamdulillah
Rezeki-rezeki dapat solat Jumaat di Pondok Pasir Tumbuh dan dapat ziarah Tuan Guru Hj Hasyim yang sedang uzur terok .
Sausana gembira apabila dapat bertemu sahabat disana bertukar sedih apabila menziarahi Tn Guru (Tok Ayah Hasyim )
Sama kita doa agar Allah beri kesihatan pada Tn Guru dan sejahtera dan rahmati Tn Guru dunia dan akhirat ammen

No comments:

Post a Comment

ampuni kami