PAS adalah Parti yang diiktiraf oleh ulama bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia .
PAS membawa dasar Islam , Keimanan pada Allah , beriman dengan dosa pahala , syurga neraka . Seluruh kehidupan perlu mengikut hukum syara . Amat malang mereka yang tidak matang berpolitik memilih UMNO/BN yang tidak mendatangkan kebajikan akhirat , hanya berjuang semata2 kerana semangat kebangsaan semata2 dan memperjuangkan kedunian hingga tidak kenal dosa pahala haram halal dan sanggup mendaulatkan undang-undang rekaan barat dan menolak undang-undang hudud Allah .
PAS tetap dengan dasarnya memperjuangkan dasar ISLAM walaupun sekarang dalam patakan rakyat .
Lihatlah wajah - wajah bersih berseri para alim ulama' Islam yang bersidang bagi mencari arah penyatuan Ummat Islam berdepan konspirasi musuh - musuh Islam antarabangsa yang senantiasa menanti peluang untuk pecah belahkan ummah .

Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.
Persidangan muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi kita Muhammad saw . Suhu pula seperti menghormatinya apabila salji mula mencair dan cuaca mula menampakkan cahaya matahari .



Prof. Dr Burhanudin Rabbani Bekas Presiden Jumhuriyyah Afghanistan ,
Al Maulavi Muhammad Ishak al Madani Pengerusi Majlis Tertinggi Majma' Taqribd
Ustaz Dr. Abdel Aziz At Tuwaijiri Mudir ISISCO
Al Ustaz Dr. Adil Al Falah wakil Kementerian Auqaf Kuwait .
Al Ustaz Dr. Nuur Ali Adam Menteri Awqaf Somalia .
Hujjatul Islam Asy Syeikh Mohd Hassan Al Akhtari S/U Agung Majlis Ahli Bait
Al Ustaz Asy Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Al Ustaz Asy Syeikh Mukhtar As Salaami
[ Bekas Mufti Kerajaan Tunisia ] : Jalan Keluar dari Pengaruh Negatif Kepuakan
Al Ustaz Dr. Jaafar Abdus Salaam
[ S/U ar Rabitah Jaamiat Al Islamiyyah ] : Fenomena Hidup dan Keperluan al Ijtihad
As Syed Sadruddin Al Qabanji
[ Imam Najaf al Asyraf ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah An Nabawiyyah
Al Ustaz Dr. Taufiq Ali Wahbah.
[ Presiden Markaz Al Arabi Lid Diraasaat - Mesir ] : Ummat Islam dalam Memerangi Taasub dan Cabaran Masa kini.

[ Presiden Majlis Al Islami Afrika Selatan ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah
Al Ustaz Dr. Quraisy Syihab .
[ Penulis dan Pemikir Islam Indonesia ] : Pidato Umum
Al ustaz Dr. Fuad Al Barazi.
[ Presiden Rabitah Al Islamiyyah Denmark ] : Sebab Ikhtilaf Fuqaha'
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim As Saayih.
[ Pensyarah Univ. Al Azhar ] Ummat Islam : Keperluan segera untuk Taqrib
As Syed Muhd Hadi Al Hadi.
[ Mudir Muassasah Ar Rasul As Saqafiah Afghan ] Menangani Pegangan Mazhab dan Peranannya dalam Mengembangkan Ilmu .

[ Bekas Mufti Australia ] : Pidato Umum
Ustaz Dr Abdul Wahid
[ Pengkaji dan Pemikir islam Denmark ] : Problems in the Muslim ummah .
Ustaz Dr. Othman Jaah
[ Pengerusi Majlis Taqrib Zambia .

[ Pensyarah Univ. Damascus ] : Realiti sebuah Penyelewengan bagi Kelompok
Al Ustaz Dr. Muhammad Al Aasi
[ Al Imam marKaz Al Islami Washington ] : Rasionalism Vs Sectarianisma
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim Umar Mahyudin
[ S/U Agung Markaz Pengajian Al Wehatil Islamiyyah ] Kesan Negatif bagi Riwayat Sejarah terhadap Penyatuan Ummat Islam .

[ Kesimpulan yang saya buat ini tidak mengambil kira resolusi rasmi yang akan dikeluarkan oleh Muktamar dipenghujung sidang pada malam ini . Saya tidak boleh menyertainya kerana terpaksa pulang 6 jam lebih awal kerana ingin menghadhiri Konvensyen Jabatan Amal di Terengganu pada pagi 6 hb nanti .]











No comments:
Post a Comment