Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, July 3, 2010

Pendidikan seks disekolah perlu ditolak ...kalau munakahat kita setuju


KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentang cadangan memperkenalkan mata pelajaran seks kepada pelajar sekolah yang disifatkannya sebagai tidak wajar dan boleh mendatangkan keburukan kepada golongan muda.

Menurutnya, pengenalan mata pelajaran itu hanya menggalakkan kegiatan seks di luar nikah kepada pelajar-pelajar sekali gus meningkatkan gejala sosial kepada pelajar.
Katanya, ajaran Islam sudah jelas yang menetapkan perlakuan seks dihormati dan dibolehkan mengikut tatatertib yang dibenarkan mengikut ajaran Islam.
“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita di wajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.
”Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan beberapa pihak supaya mata pelajaran seks diperkenalkan di sekolah bagi membendung gejala sosial seperti pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mencadangkan kerajaan menukar istilah seks bebas yang digunakan kini kepada zina bagi menunjukkan gejala itu salah dilakukan oleh masyarakat.
“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kadar pembuangan bayi yang semakin meningkat di negara ini, Nik Abdul Aziz menyalahkan Kerajaan Pusat yang gagal menggunakan kaedah Islam dalam membendung gejala itu

No comments:

Post a Comment

ampuni kami