Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0
KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0.Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur.
“Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima,” katanya dalam kenyataan.
Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih.Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.
“Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita.
“Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga,” katanya lagi.
Video di bawah adalah contoh tindakan ganas regim Najib Razak memperkudakan polis menyerang rombongan Tuan Guru Haji Hadi di terowong KL Sentral semasa BERSIH 2.0 dan pihak polis telah menembak tepat gas pemedih kepada rombongan Presiden PAS - tidak ada provokasi, tidak ada sebarang keganasan tetapi polis telah bertindak zalim - tidak cukup dengan ituPresiden PAS disumbat di dalam Black Maria tanpa belas kasihan - Inilah Wajah Regim Zionis Najib Razak!
AMARAN TERDAHULU DARI PRESIDEN PAS:
PAS Boleh Sabar...Tetapi Sabar PAS Ada Sempadan, Ada Batas, Dekat Mana Batas...TUNGGU!!!
Apa Kita Nak Buat...Tunggu Arahan Kita..! Dan Kita Tidak Akan Tunduk... Kepada Penipuan-Penipuan Ini...Dan Kita Bangkit Atas Nama ISLAM...ALLAHUAKBAR...
“kita akan lalu, “membujur lalu melintang patah”, akan tiba masanya!
PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri!
SABAR PAS ADA SEMPADAN-PRESIDEN PAS:
No comments:
Post a Comment