Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, May 1, 2012

Bersih 3.0 dalam kenangan


 Assalamualaikum wb 
Maaf pada semua pengikut setia blog Kehidupan Tauhid ini sebab hampir 6 hari saya tidak masukkan maklumat disebabkan ada beberapa program yang tidak dapat saya elakkan bermula 25/4/12- 1/5/12.
25/4/12 program Habib Umar di Perwaja Gurun Kedah . 26 /4/12 saya dan 18 sahabat Pondok Sik turun ke Bersih . 


27/4/12
Takdir Allah semasa di Kuala Lumpur kami semua sahabat pondok menginap Markaz Pantai Dalam
28/4/12 Bersih 3.0
Kami Jemaah dari pondok Sik turun KL lebih awal. Seawal jam 7.30 pagi kami naik LRT untuk ke ibu kota dalam keadaan hati -hati khuatir ditangkap polis. kami turun ke Bersih atas niat kerana Allah untuk menyatakan tidak puas hati terhadap kezaliman pemerintah yang salahguna kuasa dan SPR tak bersih.
Alhamdulillah Sebelah malam kami telah mengadakan mesyuarat dan solat hajat supaya kami semua selamat dari ditangkap dan dipukul polis.Kami terus ke Bandar Kl
Turun  sahaja dari LRT di ibu kota ternyata keadaan kali ini lebih bebas berbanding bersih 2.0 dulu .
Bersih 2.0 dulu kawalan polis lebih ketak sehingga nak pakai baju kuning pun tak boleh , tetapi kali ini Bersih 3.0 ramai pakai pakainan Kuning seawal pagi.
Melihat sausana ini saya rasa tidak mencabar kerana tidak nampak FRU langsung berbanding Bersih 2.0 dulu dengan sausana sangat mencabar.
Rupanya FRU berkampung di dataran Merdeka.
Saya bersama beberapa sahabat Pondok Sik ke Masjid Negara jam 10.30 pagi. Kami menunggu pimpinan hadir. Paling awal hadir adalah Mad Sabu , Anwar , Lim Kit Siang dan manakala Tn Guru Hj Hadi datang semasa waktu zohor. 
Setelah selesai solat zohor laungan takbir bergema di dalam Masjid Negara . ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! 

 

Saya dan sahabat pondok kami bersama Tn Guru Hj Hadi dari Masjid Negara ke Dataran Maybank










Kami terus mara ke dataran Maybank bersama puluhan ribu orang. 
Dibawah jabatan hadapan Masjid Negara ada seorang berpakainan hitam hendak serang Anwar, ramai pertahankan Anwar, ana sempat menghulurkan kaki ana untuk menendang orang itu . Alhamdulillah Anwar selamat.
Tn Guru Hj Hadi, Md Sabu, Kadir Syeikh Fazil dipisahkan dari Anwar atas faktor keselamatan , Ana dan sahabat Pondok bersama Tn Guru Hj Hadi mara ke Dataran Maybank . 
Setiba di Dataran Maybank sausana amat sesak . 
Pergelutan berlaku apabila pimpinan utama hendak mara kehadapan dicelah puluhan ribu orang , Unit Amal buat kawalan dan ikatan tangan berantai. Sauasa tolat menolak , akhirnya Pimpinan hampir Berdekatan Masjid Jamek dan diantara Dataran Merdeka. FRU melepaskan tembakan gas pemedih mata. 
2.25 petang pimpinan umum himpunan sudah selesai dan minta himpunan gergasi ini pulang . Saya rasa tidak puas hati mengapa keadaan ini berlaku? Mengapa bersurai awal sedangkan puluhan ribu rakyat datang dari seluruh tanahn air inging melihat perubahan dalam sistem pilihanraya, paling kurangnya memorandum diserahkankan kepada wakil YDP Agong. 
Rupanya Tn Guru Hj Hadi pengsan dan sausana pergelutan antara penyokong bersih 3 dengan pihakm poluis di Dataran Merdeka berlaku. 
Takdir Allah saya saya diuji dengan mendapat sakit hernia , ALLAH menguji hambabya yang serba kedaifan. Saya redha. Saya hanya ditemani adik angkat Ahmad Rifaie dari Pondok Sik. Saya rehat di Masjid Jamek pada jam 3.00 petang ,FRU masih serang peserta Bersih di Masjid Jamek. Saya terasa pedih mata dan muka , dalam keadaan kesakitan saya terus membuka kasut dan rehat didalam ruang solat masjid.
Saya rasa sangat sakit ,Allahuakbar tak pernah rasa sesakit seperti ini . Ramai Hamba Allah dari peserta Bersih ikhtiar menolong mengubati saya hingga azan Asar . 
Kemudian setelah jemaah selesai solat Asar saya makin sakit kuat , Imam Masjid Jamek panggil pihak hospital untuk ambil saya dan bawa ke Hospital KL. 
Saya naik Imbulans bersama Ahmad Rifae semasa keadaan sausana peserta Bersih 3.0 tengah beperang dengan Polis . 
Polis tidak beperi kemanusiaan sanggup tembak gas menghala kearah Masjid , siapa  keluar dari masjid Polis biarkan tetapi setelagh jalan 100miter polis tembak gas pemedih mata , amat zalim polis dibawah pemerintahan pimpinan 1 Malaysia ini. 
Saya tidak hirau keadaan sekeliling duisebabkjan saya terlalu sakit, saya dibawa terus ke Hospital KL lebih kurang jam 5.30 petang. 
Sampai di Hospital jam 6.15 lebih kurang. Jam 7.40 malam tepat saya dimasukan kedalam wad bedah, terus saya dibedah . Alhamdulillah saya sudah keluar dari hospital KL semalam jam 12.00 tengahari 30/4/12.
Ramai pimpinan PAS yang hadir menziarahi antaranya Ketua Muslimat Pusat , Pesuruhanjaya PAS Wilayah, ketua pemuda PAS Wilayah, Lujnah Kebajikan PAS Selangor , AJK PAS Pantai Dalam dan Lembah Pantai.Tidak ketinggalan dari parti Keadilan Nurul Izzah Anwar Ibrahim dan pimpinan Keadilan lain , dan ada juga pimpinan UMNO seperti Jamil Khir , Sharizat Jalil ,Ketua putri UMNO Malaysia. Saya ucapkan tetima kasih pada semua terutamanya ibu saya , isteri saya yang baru sahaja lepas pantang bersalin,keluarga mertua saya yang kuat memberi sokongan moral pada saya, bapa saudara dan ibun saudarasebelah isteri saya,  Ahmad Rifae, Mazlan Jamaluddin dan sahabat pondok dan seluruh yang mengambil berat tentang saya semasa saya dihospital KL. 

Alhamduillah kini 1/5/12 saya rehat di Alor Setar sementara sebelum pulang ke Pondok Ar Rahmaniah 
Doakan saya supaya lekas sembuh dan dapat taufiq untuk melaksanakan kerja-kerja perjuangan , doakan kesejahteraan untuk saya dan semua kita. Doa agar iman kita sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.
Salam Perjuangan 
Perjuangan kita belum Selesai 
Takbir ! ALLAHUAKBAR!
Helmi Assyfie 

7 comments:

  1. Maknanya Allah s.w.t. tidak memberkati niat Anta.

    ReplyDelete
  2. chezaidi...geng kasyaf ni.....blh tau diberkati @ tidak.....HEBAT.

    ReplyDelete
  3. Tiba2 kadir syeikh fazir jadi pemimpin pas, dia buat apa yang boleh senang2 diiktiraf sebagai pemimpin pas?
    Anta punya perjalanan seolah2 macam betul dan lurus didalam agama, tapi kalau rajin buat muhasabah, maka anta akan sedar letak duduknya perjuangan anta hanya pada slogan dan semangat benci kepada pihak lain, bukan sekali2 ada roh agama didalamnya, jauh sekali mirip kpd perjuangan Rasullulah dan para sahabat. Adakah anda pelajari segalanya dari kitab2 golongan khawarij? Kalau dilihat dari zahirnya macam ya. Bermuzakarahlah dengan jemaah tabliq untuk melihat kebenaran dalam agama, insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Teruskan perjuangan ustaz..InsyaAllah perjuangan Ustaz benar..Ustaz menuruti langkah Baba Salleh turun ke medan perjuangan!!
    Takbir!

    ReplyDelete
  5. Setiap hamba mendapat ujian , kita sebagai hamba wajib redha dengan khada dan khadarnya
    sebagai seorang hamba kita mesti cekal , ujian perjuagan yang kita hadapi amat-amat sedikit.
    Saya sebagai pejuang dibawah payung PAS , Islam sebagai teras perjuangan maka ujian kesakitan ini amat amat kecil bagi saya berbanding ujian para sahabat dizaman Rasulullah bermatian berjuan untuk Islam supaya Islam dapat dinikmati oleh anak cucu akan datang .
    Saya hadir Bersih 3.0 dan setiap himpunan gergasi yang lepas semata kerana Allah , semata kerana
    tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah , saya harus berjuang menentang kezaliman yang ada , saya tidak harus berdiam diri , Tn Guru saya turun Bersih , Pimpinan Seru supaya ahli turun maka ini tanggungjawab saya. Saya bukan berjuang semata ikut-ikut orang saya dah mengkaji yang mana mudarat lebih dan yang mana menafaat lebih, saya dah tanya ramai ulama , maka saya ikut jalanan ulama yang ramai bersama perjuangan PAS.
    #Luahan hati kepada orang yang kurang mengerti tuntutan perjuangan masa kini dan saya sampaikan luahan hati ini kepada yang menghentam saya turun ke Bersih !
    INSYALLAH jika ada perhimpunan lagi saya akan turun lagi , doakan saya agar sentiasa dieri taufiq untuk perjuangkan Islam diatas muka bumi Allah terutamanya di Malaysia yng sangat saya cintai ini

    ReplyDelete
  6. Syafakallah.

    Bersabarlah, insya-Allah ada hikmah besar di sebalik segala yang ditetapkan ini.

    ReplyDelete

ampuni kami