Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, May 7, 2012

Tn Guru Nik Aziz persoal wibawa fatwa Bersih 3.0 'haram'


Nik Aziz memakai baju Bersih 3.0 kerana menyokong 'Lapan Tuntutan Bersih' menyelamatkan Malaysia.Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat hari inimempersoal wibawa MajlisFatwa Kebangsaan (MFK) yang mengharamkan perhimpunan aman Bersih 3.0 atas anggapan mencetus huru-hara serta berniat untuk menjatuhkan kerajaan.
 
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, fatwa yang dikeluarkan oleh MFK tidak mengambil kira semua aspek, termasuk maklum balas penganjur Bersih 3.0 sendiri.
 
"Tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara? 
 
"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihanraya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya. 
 
"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk," soal beliau di laman sosial Facebook petang tadi.
 
Beliau bagaimanapun berkata fatwa kontroversi itu mungkin berdasarkan laporan akhbar pro kerajaan semata-mata tanpa mendapat penjelasan daripada penganjur BERSIH 3.0 terlebih dahulu.
 
"Fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman," soal beliau ditujukan kepada Pengerusi MFK, Tan Sri Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Hussin.
 
Tambah beliau, MFK sepatutnya cakna dengan usaha Bersih 3.0 untuk menyelamatkan Malaysia dari anasir 'pengundi hantu' yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang didedah acap kali sebelum ini. 
 
"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihanraya yang implikasinya lebih besar kepada negara," soal beliau.
 
Pun begitu, beliau bersetuju dengan fatwa MFK bahawa perhimpunan yang mencetuskan huru-hara serta merosakkan harta awam adalah haram.
 
"Saya setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.
 
"Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," ujar beliau. -END

1 comment:

  1. Bagi saya, pihak berwajib ahli majlis fatwa yang terdiri dari para ulamak tak perlu mendengar penjelasan mana2 pihak terutama penganjur bersih iaitu ambiga dan anwar. Ini adalah kerana fatwa yang dikeluarkan adalah dirujuk dari kitab2 , hadis dan A Quran. Pihak majlis tidak perlu merujuk kpd orang kafir atau orang fasiq untuk mengeluarkan fatwa.
    Kelantangan TG menyanggah majlis fatwa menunjukan bahawa beliau tidak menghormati majlis dan para ulamak lain.

    ReplyDelete