Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, May 5, 2012

Islam akan menjadi kuat apabila terjalin kerjasama antara Ulama , ahli politik dan yang berjihad

Andai kita hendak menjadi pejuang sebenar mempertahankan Ahli Sunnah maka saya lihat cara Habib Rizieq perlu kita contohi . Tegas beliau beperinsip. Terbuka dalam berpandapat . 
Beliau mengariskan beberapa SYARAT UNTUK ISLAM KUAT dalam syarahan ini. 
Secara ringkas Islam akan kuat apabila Ulama yang berdakwah dan berkhidmat sepenuh masa dengan dunia dakwah memberi sokongan kepada pertugas Islam atau ahli yang bertugas untuk Islam , kemudian bekerja sahaja tidak cukup mesti kita berjihad bersama-sama dengan kemampuan masing-masing untuk kuatkan Islam yang kita cintai.  






Bagi pendapat saya sebagai anak muda . Kita perlu kuatkan jemaah Islam kita dengan bersatunya para alim ulama , para alim ulama tidak boleh hanya menjaga madrasah saha , para alim ulama mesti menyokong ulama haraki (ulama yang menjalankan kerja Islam) . Alhamdulillah kita di Malaysia boleh dikatakan 80 peratus ulama Pondok memihak kepada Jemaah Islam . 
Tidak cukup begitu , bukan hanya ulama beri kerjasama untuk ahli yang betugas untuk Islam (orang politik) 
Orang politik juga mesti memberi kerjasama untuk perjuangan ulama menyampaikan dakwah. 
Secara jujur ahli politik sekarang tidak seperti ahli politik zaman Allahyarham Ust Fadzil Mohd Noor , ahli politik zamanya sangat akrab dengan ulama dan para pendakwah atau pendidik. Jujur saya perkatakan orang politik sekarang walaupun dari jemaah kita sendiri (PAS) hanya rapat dengan ulama jika mereka ada hajat seperti hendak bahas hukum , hendak selesai masalah pertelingkahan , hendak pimpin solat hajat dan sebagainya . Ulama yang berdakwah sepenuh masa ini hanya seperti digunakan pada masa tertentu sahaja sedangkan Islam dan jenteranya mesti kuat dan kukuh setiap masa. Peranan ulama seperti tidak berfungsi jika tiada hajat bagi orang politik. 
Ahli politik sekarang ramai yang sebok dengan politik hingga lupa tarbiah rohani ada yang tidak pernah hadir pengajian langsung setelah menjadi ahli politik . Pejuang Islam mesti mantap diri dengan Ilmu agama , mantapkan Aqidah , berlajar hukum syara supaya kerja kita dan ibadah kita diterima Allah.
Bagi saya , untuk kukuhkan jentera dan jemaah kita kita mesti bersatu seperti nasihat Habib Rizieq. Habib Rizieq merupakan ulama , walaupun beliau dari Indonersia beliau tetap ulama , kita mesti terima apa yang dinasihatkan untuk kekuatan Islam kita. 
Saya mendengar ceramah Habib Rizieq malam ini, maka apa yang beliau perkatakan sudah lama saya pendam dalam hati . Takdir Allah malam ini 6.5.2012 terluah sebahgianya kerana sudah tidak tahan melihat keadaan jemaah kini yang makin ghairah untuk bekerja hingga lupa semua ini . 
Ramai orang mampu dakwah tidak mampu kerja dan ada yang mampu kerja tidak mampu berdakwah dan ada mereka dapat kuasai kedua-dua tugas mulia ini . Tetapi satu lagi belum tentu semua dapat laksanakan yang ketiga ini, iaitulah Jihad . Jihad dalam erti kata sanggup berkorban apa sahaja demi Islam . 
Maka kita harus bekerjasama antara tiga ini agar Islam menjadi kuat . 
Sekarang para habaib tidak masuk dengan ahli politik, orang politik tidak masuk dengan habaib , orang tabliq tak mahu politik , orang politik tidak tolak orang tabliq, orang tabliq tidak mahu belajar dari guru selain jemaah mereka sahaja, jika tidak mahu tolong pun sekurangnya kita berlapang dada dan memberi sokongan moral sekurangnya doa. Islam kini lemah sebab ramai kita berpecah dengan haluan masing-masing . Masing-masing nak naikkan organisasi dan bendera masing-masing hingga tidak boleh beri kerjasama untuk kuatkan Islam di Negara kita . 
Saya berbahas diruang ini hanya bahas untuk maslahat Islam saya tidak masuk dalam bahasan politik tanah air lagi , sebab medan ini terbatas tidak mampu saya untuk nyatakan segala pandangan saya . Memandangkan keadaan politik kita di Malaysia unik maka perbahasan agak unik dan panjang juga. 
Jika saudara kata pada saya , Helmi nampak macam nak Islam kuat tetapi mengapa pula kamu bersama PAS yang kini dalam pakatan rakyat ? 
Itulah saya nyatakan bahasan panjang jika hebndak dibahaskan .
 Disini saya tekankan supaya masyarakat kembali pada Islam , Perjuangkanlah Islam. Kita wajib bersatu antara ulama dan orang politik agar Islam kuat dan akan memerintah bumi Malaysia khususnya .
Kita saling perlu memerlukan untuk menjadi kuat. 
Apabila kita (jemaah Islam) kuat dan stabil maka mudah  bagi kita untuk dakwah orang yang tidak mahu kepada Islam kerana kejahilan dan kekufuran untuk bersama-sama Islam . 
Contohilah cara Rasulullah berdakwah dan berjihad . 
INSYALLAH apabila kita bergabung maka ISLAM akan KUKUH 

Maaf andai kata saya ini tidak menyenangkan ramai pihak , tetpi harus saya perkatakan juga walaupun pahit untuk kemenangan Islam yang kita cita-citakan

No comments:

Post a Comment

ampuni kami