Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, May 9, 2012

Pertembungan fatwa di Medan Tahrir


Assalamualaikum wb , kenyataan ini dibuat oleh Tn Guru Nik Aziz . Tn Guru nak bandingkan isu Fatwa Bersih 3.0 oleh Majlis Fatwa Malaysia. Di Mesir penar berlaku pertembungan ulama , ada yang sokong demotrasi dan ada yang tidak sokong demotrasi atas sebab tertentu . Di Mesir pertembungan pendapat Syeihk Yusuf Qaradawi dengan Syeikh Ali Juma'ah .
Sebagai orang awam kita perlu menjaga adab , jangan kita menghina dua ulama besar ini kerana mereka sangat  alim dan beradab sesama mereka. Walaupun mereka berlainan berpendapat tetapi mereka menjaga adab anatar mereka.

Syeikh Yusuf Qaradawi dengan pendapat beliau tentang demotrasi dan Syeikh Ali Jumaah dengan pendapat beliau , jangan tuduh Syeikh Ali Jumaah ulama kerajaan kerana beliau sering mengeluarkan Fatawa yang tidak menyenangkan Kerajaan Mubarak , ini kehebatan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syeih Ali Jumaah dan ulama Azhar yang lain.Sila lihat kenyataan ini http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/05/mempertahankan-dr-ali-jumah.html
Syeikh Yusuf Qaradawi pula berpendapat berdasarkan hujjah beliau yang mengharuskan demotrasi dan turun medan Tahril itu hukumnya wajib (mesti atas arahan Syeikh Yusuf Qaradawi) sebab ingin menentang kezaliman pemerintah termasuk dalam tuntutan Islam. Ratusan ribu menyahut seruan Qaradawi . Pendapat ulama berbeza , mereka beradab dalam berpendapat maka kita orang awam jangan sekali celupar mulut mengkritik ulama kerana ulama masing-masing berfatwa dan takut kepada Allah.

Lain sausana Mesir dan Malaysia , Syeikh Ali Jummah fatwa tidak kira samada kerajaan suka atau tidak , di Malaysia pula Majlis Fatwa suka fatwa yang kerajaan suka , sebagai contoh fatwa isu Bersih 3.0 , jika betul amanah mereka harus fatwa sebelum Bersih , ini tidak selepas Bersih baru nak keluar fatwa sebab rakyat bising polis ganas ,Najib tak dengar 8 tuntutan Bersih , sausana menjadi bising barulah mereka keluar fatwa . Itu pun fatwa berat sebelah, hanya dengar sebelah maklumat , maklumat dari wakil pihak Bersih langsung tidak dipanggil . Banyak lagi kerja Majlis Fatwa perlu keluarkan fatwa mengenai isu di Malaysia ini mengapa  sentuh isu Bersih yang menyinggung ramai orang dipihak ahli dan penyokong Pakatan Rakyat . Dalam PAS ramai ulama yang hadir perhimpunan Bersih mengapa Majlis Fatwa tidak menghiraukan perasaan ulama disebelah pihak kami . Ulama dipihak PAS lagi ramai dan ramai yang alim bertahap Tn Guru .
Tn Guru Pondok yang saya tahu 4 orang yang hadir diantaranya : Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah , Tn Guru Hj Wahab Hasaan Baling Kedah , Tn Guru Hj Izzudin Pendang Kedah , Tn Guru Hj Ismail Terengganu dan ramai tokoh ulama tempatan hadir.
(Tn Guru Hj Salleh Musa ,Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, 
berusia 84 tahun)

(Tn Guru Hj Ismail Terengganu)

Maka mari kita lihat pandangan Tn Guru Nik Aziz yang saya kira amat menarik, kenyataan beliau
"Pertembungan Fatwa di Medan Tahrir

Pertembungan Fatwa ulama di Medan Tahrir dan Dataran Merdeka Bersih 3.0

Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajarnya, pasti pengakhirnya ialah pembalasan di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia perlu selari dengan prinsip agama yang membolehkannya sampai  ke syurga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kahidupan yang menjurus ke neraka.


Mengingatkan peristiwa perhimpunan besar  rakyat Mesir di Medan Tahrir Kaherah, ia berlaku dalam keadaan percanggahan fatwa antara ahli jemaah fatwa Mesir dengan pengerusi majlis ulama sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradawi. Jemaah fatwa kata tidak boleh berhimpun, sementara Al-Qaradawi kata boleh berhimpun untuk menentang mungkar.

(Perhimpunan di Medan Tahrir, Mesir tanpa restu majis fatwa negara itu)

Justeru lebih 10 juta rakyat Mesir keluar menyahut seruan Al-Qaradawi. Hebatnya fatwa Al-Qaradawi itu, regim Mubarak terguling dan suatu pilihan raya diadakan. Syukur ke hadrat Allah, parti sekutu Ikhwanul Muslimun telah menang dan harapnya cahaya Islam terus gemilang di Mesir.

Meskipun di sebalik perhimpunan besar Medan Tahrir ada pihak tidak setuju kerana ada kejadian pertempuran dan kekecohan, namun ia sebagai nilai tribulasi yang mengharmonikan politik bernegara yang sebelumnya bergelumang dengan mungkar menyebabkan pelbagai kekecewaan umat Islam.

Namun kesannya peristiwa di Medan Tahrir itu, muncullah nilai harmoni politik bernegara berteraskan nilai-nilai keadilan sejagat  bertunjangkan Islam. Hakikatnya, urusan menentang perkara mungkar adalah tanggungjawab yang wajib.
Firman Allah SWT:
Bermaksud:  “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya” (Al-Nahl 16:90).

Bayang daripada peristiwa perhiumpunan besar Medan Tahrir pastinya tidaklah bertaraf perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Bersih 3.0 adalah sumbangan besar rakyat yang perihatin dengan kemelut politik Melaysia yang masih bergelumang dengan kekotoran yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Justeru Bersih 3.0 adalah bermatlamat untuk menuntut pilihan raya yang bersih agar berlaku suatu proses pemilihan rakyat secara adil dan telus. Matlamat ini tidaklah serupa dengan perhimpunan Medan Tahrir yang mengulingkan regim Mubarak. Maka sewajarnya matlamat Bersih 3.0 dapat disokong sama pihak Majlis Fatwa Kebangsaan.

(Perhimpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Dataran Merdeka)

Namun begitu, lain pula ceritanya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat amat berprasangka terhadap kesedaran rakyat Malaysia yang terluah menerusi perhimpunan Bersih 3.0. Justeru semua pihak harus merenung beberapa persoalan yang dapat memberi penilaian seadilnya kepada loghiknya perhimpunan Berisih 3.0.

Pertama, apakah kerja memasukkan sejumlah pengundi hantu (menyebabkan senarai pendaftaran pemilih jadi kotor)merupakah kerja maaruf? Ketahuilah, kerana wujudnya pengundi hantu itu, ada pihak yang mendapat untung (menang pilihan raya). Sedangkan ia satu taktik kotor. SPR sendiri pun sudah mengakui wujudnya nama-nama pengundi yang identitinya diragui. Ia turut disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), iaitu ada nama-nama berkenaan tiada dalam rekod JPN.

Paling diragui, dikatakan masih ada ramai nama pengundi yang umurnya melebihi 100 tahu dan beribu-ribu pula yang telah mati masih kekal sebagai pengundi sah. Justeru segala keraguan senarai pemilih itu pasti bersifat mungkar yang perlu dicegah. Justeru pengundi hantu adalah mungkar yang merosakkan amalan demokrasi dan di sisi Islam sesuatu yang mungkar, ia perlu dicegah.

Jika tidak dicegah, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pengundian dan ia memungkinkan pula ada pihak-pihak yang berkepentingan atau yang berkuasa, mengambil kesempatan untuk memastikan atas nama pengundi hantu itu ada pihak yang boleh hadir mengundi.

Kedua, persoalan pengundi hantu itu telah banyak kali dibangkitkan kepada pihak SPR sendiri. Termasuklah atas nama parti PAS dan juga pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah acap kali membangkitkan, malah menyerahkan memerandum kepada SPR agar dapat diselesaikan. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar telah berjumpa wakil SPR yang disertai Datuk Nordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha SPR bersama Pengarah SPR Kelantan, dan turut menyampaikan maklumat sama untuk diambil tindakan pembersihan nama pemilih yang diragui termasuk yang mati.

Tidak ketinggalan juga, setiap kali pihak PAS menyertai siri-siri pilihaan raya kecil sepanjang tempoh 2008 hingga 2011 seperti pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Manek Urai, Galas, Bagan Pinang, Merlimau dan Kerdau yang kesemuanya pihak parti PAS  sentiasa mengemukakan bukti-bukti mengenai keraguan dan ketidak telusan dalam proses pilihan raya.

Berikutnya pula, menerusi Pejabat Agung PAS, pihak Setiausaha Agung bersama dengan Pengarah Pilihan Raya PAS acap kali mengunjungi SPR berbincang dan menyampaikan pandangan termasuk memorandum untuk SPR mengambil langkah sewajar. Paling terkini lagi, pihak PAS turut menghantar wakil dalam jawatanakasa terpilih parlimen untuk penambahbaikan pilihan raya.

Namun, kesemuanya tiada hasil yang memuaskan. Dengan sebab itu, pendekatan NGO menubuhkan BERSIH dilihat sebagai saluran untuk rakyat bersama-sama menzahirkan tuntutan bersama agar pihak Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno sekarang mengambil langkah positif ke arah penambahbaikan proses pilihan raya di negaraa ini.

Ketiga, cuba renungkan sejenak sekiranya pihak PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat berada sebagai penguasa Kerajaan, kemudian mengekalkan keadaan senarai pengundi hantu, pengundi mati dan seumpamanya dalam setiap kali pilihan raya, apakah pihak Umno dan Barisan Nasional tidak akan marah? Kita yakin Umno pun akan marah, maka apa sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh marah? Maka seadilnya pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib dapat berlapang dada untuk melakukan sesuatu penambahbaikan pilihan raya. Tidaklah sampai membebankan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membinc angkan apa-apa fatwa atas perkara yang sudah terang lagi bersuluh.

Keempat, berhubung dengan maruah fatwa. Sebenarnya menurut rekod, Umno sendiri  sudah banyak kali didapati tidak mematuhi fatwa.  Ia jelas mencabar maruah fatwa itu sendiri. Antaranya berhubung larangan meletakkan kalungan bunga di tugu pahlawan jelas tidak dipatuhi. Begitu juga, pernah Mufti Perak sekarang menegur secara sinis akan perbuatan Perdana Menteri dan isterinya yang hadir ke kuil Batu Caves bersubhat dengan perayaan agama Hindu.

Malah paling besar, berapa ramai pemimpin Umno dan isteri masing-masing yang melanggari (engkar) adab dan hukum pergaulan dalam Islam, sehingga ada pemimpin Melayu (baca Islam menuerut hemat Umno) yang menari tanpa menutup aurat di depan khalayak. Sedangkan perintah menutup aurat adalah hukum Allah yang termaktub di dalam Al-Quran. Jelas, Umno sendiri sudah tidak patuh kepada fatwa hinggakan hukum Al-Quran pun tidak dipatuhi. Apakah boleh kita katakan, sang Umno ini, hak Allah pun dia tolak?

Seterusnya yang kelima ketahuilah, sesungguhnya perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti ialah sejumlah pahala bukannya dosa. Tinggal lagi, bagaimana kita dan pemimpin Umno tetap yakin  bahawa kita akan dapat pahala. Sedangkan pahala itu datangnya dari Allah, kerana Nabi Muhammad sendiri tidak boleh beri pahala kepada umatnya.  Dalam hal ini, kita kena ingat, tatkala kita semua dibangkitkan di akhirat, hanya pahala bakal menyelamat kita. Kerana pahala seumpama ‘foreign currency’  (tukaran antara kebaikan dunia dengan untung akhirat) yang bakal dibentang di akhirat dan pasti menguntungkan sebagi tiket ke syurga.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam “Sijjiin” (Al-Mutaffifiin 83:4-7).

Persoalannya, bagaimana bagi Umno yang berjuang atas nama bangsa itu akan menerima pahala dari Allah. Sedangkan amalan dan dasarnya semacam menjauhi pahala. Antaranya masih mengekalkan nilai pilihan raya yang tidak bersih––kotor, berat sebelah dan tiada ketelusan sehingga banyak perkara yang diragui tentang pilihan raya itu sendiri. Apakah semua nilai yang tidak bersih sedang dikawal oleh pemimpin Umno ini tidak akan disoal di hari pembalasan kelak?  Kita yakin, pemimpin Umno pun masih ingat akan hari pembalasan. Sesungghuhnya Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya :


Maksudnya: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan – Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan (Al-Mutaffifiin 83:11).

Natijahnya untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak semestinya dengan pahala. Justeru itu, kita kena ikut landasan iman dan ehsan bagi meningkatkan amalan ibadat dan asas-asas ketakwaan kita terhadap perintah Allah SWT.

Maka lihatlah kepada perjalanan demokrasi di negara ini sekarang, mana-mana yang bercanggah dengan nilai-nilai keimanan dan kehsanan serta meruntuhkan ketakwaan pastikan ia diperbaiki demi mencapai keredaan Allah. Hanya keredaaan Allah jua bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak

3 comments:

  1. Salam, satu soalan saya, adakah demokrasi itu berasal dari islam? Kalau dari islam, sahabat mana yang menjalankan demokrasi?
    Kalau ianya bukan dari islam, senag cakap bukan dari Rasullulah, maka atas dasar apa kita begitu taksub kpd demokrasi? Sehingga berprasangka buruk yang menyebabkan persengketaan, sehingga kita menghina sesama islam sehingga kita berkerjasama dgn musuh islam untuk menumbangkan kerajaan yang dipegang oleh saudara seislam?
    Tidak malukah islam jika ditakdirkan menang atas dasar demokrasi (dari bukan islam) lalu kita menjalankan pemerintahan islam ( dgn bantuan sistem kafir?). Kukuhkah atau ada keredaan Allahkah untuk kita mengikuti demokrasi? Adakah penggunaan sistem ini termasuk dlm sunnah?
    Lagi satu, jika pemerintah menggunakan pengundi hantu atau jembalang atau apa sekalipun, saya rasa tak perlu untuk kuatir, kalau kita benar dan diredaai perjuangan kita, pasti Allah akan bantu, tiada kuasa didunia yang boleh menandingi kuasa Allah. Adakah kita kurang yakin? Atau iman kita sekadar dimulut? Kaji amalan hati dalam2 untuk membaca apa yang tersirat. Bukan sedikit umat yang begitu warak, tertipu dengan syaitan.

    ReplyDelete
  2. W Salam, seluruh ulama kita alam melayu terima sistem demokrasi untuk naikan Islam supaya daulah d malaysia, demokrasi adalah termasuk dlm hukum baru yg diijtihad oleh fukaha, demokrasi yg baik adalah halal yg jahat dan penipu itu haram , kena belajar fiq siyasi lah ...dalam islam sel;uruh perbuatan kait dengan hukum , jika tidak kait dengan hukum hebatlah orang politik buat haram pun tak pa lah sebab politik tak kait degan hukum , bagi kita ahli sunnah politik ada kaitan dgn hukum ada halal haramnya.
    Rasulullah k madinah sebab nak perintah negara baru boleh buat Islam secara keseluruhan
    Soalan kedua , ana kira saudara ini ahli sunnah tetapi ana tak faham mengapa saudara tak faham ikhtiar usha , kalau saudara pergi ke dalam hutan saudara jumpa harimau adakah saudara tak melarikan diri sebab saudara yakin saudara diredhai ? fahaman ahli sunnah mesti saudara belajar dengan detil lagi , ikhtiar usha dituntut bagi kita untk buat keredaan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam terimakasih diatas huraian tuan, cuma ada satu permasaalahan yang masih belum terungkai :
      Islam itu datang dari Allah, satu2nya agama dunia akhirat yang padanya tiada syak, yang padanya turun nabi dan rasul yang terpelihara, juga padanya ada kitab juga yang terpelihara. Tidak mungkin Islam itu perlu bernaung dibawah sistem demokrasi (kafir)sebagai satu alat untuk ia dimartabatkan, untuk ianya ditegakkan sepenuh atau sebahagian (hudud). Kalaulah begitu, maka umpama islam yang turun itu belum cukup sempurna kerana memerlukan demokrasi kafir untuk diperjuangkan (tidak mungkin). Kalau fakta ini betul2 difahami oleh Pemimpin PAS, maka tak ingin mereka menggunakan agama untuk dipertandingkan di dalam pilihanraya. Kerana mempertandingkannya pun adalah satu sebab ianya diperalatkan malah dicaci nista oleh mereka pemain-pemain politik. Sesuatu yang berharga janganlah kita meletakkan nya dikedudukan untuk dibuat mainan.
      Rasullullah ke madinah untuk negara islam atau satu perintah Allah untuk selamatkan iman para sahabat? kalaulah untuk negara islam, rasanya baginda tak perlu ke Madinah kerana sewaktu baginda di Mekah, pihak Quraish telah tawarkan baginda sebagai raja asalkan baginda tinggalkan dakwah, tapi baginda tak setuju. Kalau kerana negara islam, baginda terima saja tawaran tersebut, kemudian jalankanlah hukum hudud. kenapa tidak? adakah cara tersebut tidak disyariatkan? kalau begitu kenapa PAS nakkan sangat negara islam walau dengan jalan belakang? tolong fikirkan.

      Delete

ampuni kami