Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, September 7, 2011

Ziarah Mahabbah Ulamak Kedah - Syawal 1432

Alhamdulillah dengan taufiq Allah SWT memberi kekuatan kepada kami , atas kesatuan hati kami beberapa orang sahabat Pelajar Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa -Sik Kedah
sekali lagi mengadakan ZIARAH MAHABBAH ULAMA PONDOK KEDAH .
Diatas satu tujuan dan satu matlamat kami menziarahi Ulama kerana ingin beramal dengan Hadith yang menuntut supaya memanjangkan silaturahim dan atas dasar Cinta kepada Ulama Pewaris Anbia .

Tujuan saya menceritakan disini bukan untuk tunjuk-tunjuk , tetapi hanyalah untuk perkongsian dengan saudara-saudara yang jauh disana agar berminat untuk menyertai Program seperti ini bagi mengambil menafaat dari ulama yang berusia lanjut .
Tujuan saya agar mengemarkan dan menaikkan semangat saudara yang lain agar kita dekati ulama Pewaris Nabi SAW . 

Kami memilih mendahului ziarah Ulama Pondok yang berusia tua kerana masa inilah kita perlu menafaatkan usia mereka . Permata yang sangat bernilai perlu direbut segera sebelum ia hilang .

Ziarah kali ini bermula pada hari Ahad - Isnin 6 Syawal hingga 7 Syawal 1432 .
Kali ini masa terbatas , Alhamdulillah kami sempat ziarahi 5 Orang Ulama Pondok
dan 9 Makam Ulama yang masyarakat ikhtiraf mereka sebagai wali .

Hari ini RABU 9 Syawal 1432 atas persetujuan Syeikhuna Tn Guru Hj Abdul Karim Pondok Dala Fathani Thailand maka , INSYALLAH andai Allah izin satu SEKRETARIAT MAHABBAH ULAMA PONDOK akan ditubuhkan bagi mengatur Majlis Ilmu Ulama Pondok . Doa saudara amat diperlukan selain sokongan yang berbentuk lain . Ia bertujuan untuk mengembalikan semula kegemilangan ilmu Pondok yang makin dilupakan ummat sekarang .   

Walaupun kami hanya memilih motor dari kereta kearana ia lebih santai , hujan membasahi baju dan tubuh , ia sangat manis buat kami semua kerana Allah menyatukan hati kami dengan semangat cintakan ulama , kami sanggup bermujahadah demi mendapat keberkatan dan keredhaan Allah .
.........................INSYALLAH saya masukkan gambar kenangan terlebih dahulu , ikuti cerita manis dari pengelaman pertemuan antara ulama -ulama , banyak cerita mereka yang mereka kongsi dengan kami dan banyak juga nasihat mereka . Doa agar saya diberi taufiq , Istiqamah  dan diteguhkan iman agar mudah bagi saya meneruskan perjuangan berdakwah diruang ini dan di medan luar...
................................
 Ziarah Tn Guru Hj Ahmad Kuala Nerang . Beliau berusia 86 tahun . Menantu PAK CHU HIM GAJAH MATI dan merupakan anak saudara PAK DA EIL MAKKAH ( Syeikh Ismail Fathani) 





Ziarah Tn Guru Hj Abdullah Bukit Lada
Tn Guru merupakan ualam pondok yang wara dan sangat memberi penekanan kepada ilmu fekah .
Beliau merupakan murid BABA HUSSIN SURAT MAKKAH , SYEIKH KARIM BANJAR


Ziarah PAK NJANG IZUDDIN Gajah Mati
Beliau merupakan ulama HADITH dan Nahu
Beliau anak kepada Allahyarham PAK CHU HIM GAJAH MATI
Sekarang beliau memegan amanah PAK CHU HIM untuk teruskan perjuangan memyampaikan ilmu agama dan menghidupkan pondok Gajah Mati

 Kitab Allahyarham PAK CHU HIM tepelihara rapi dibawah peliharaan PAK NJANG - TN GURU HJ IZUDDIN
 MAKAM PAK CHU HIM


 Ziarah Tn Guru Hj Jusuh Pendang . Beliau merupakan murid Tn Guru Hj Abd Rahman Guar Kepayang
Beliau terjuan dalam bidang dakwah dan perbomohan Islam

Ziarah Tn Guru Hj Sobri Jitra
Beliau merupakan murid ALLAHYARHAM TUAN GURU HJ HASYIM PASIR TUMBOH
 Baba Syed Wara , Pak Lang Zakaria Alor Janggus .
Beliau ulama pelapis Pondok yang Istiuqamah dan wara .


2 comments:

  1. salam..ustaz, Tn Guru Hj Sobri Jitra tinggal di mana dkt Jitra tu? ana tiap2 minggu selalu pi ngaji Gajah Teriaq.. ada msa,boleh ana pi ziarah.. : )

    ReplyDelete

ampuni kami