Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, September 18, 2011

Salam Perkenalan dan persahabatan

Assalamualaikum Wb 
Saudara pengikut blog Kehidupan Tauhid ini , Salam Perkenalan dan Persahabatan dari saya Helmi Assyafie.
Ada sahabat ingin mengenali diri Al Fakir dengan lebih rapat . Maka dengan Taufiq Allah , saya luangkan masa hari ini memasukkan sedikit butiran diri agar kita dapat mengenali dan kita lebih kuat dalam perhubungan persahabatan dan makin kuat ukhwah kita dalam meneruskan perjuangan Islam yang kita cintai . 
Tujuan saya memasukkan butir peribadi saya ini adalah kerana ingin menolak fithnah dan tuduhan yang sering dilemparkan kepada saya dengan tidak mengkaji dari mana saya , apa perjuangan saya dan lain -lain hingga ada yang menuduh saya sokong wahabi dan sebagainya . Jadi ataspermintaan beberapa sahabat untuk mengenali saya dengan lebih rapat maka pagi ini saya masukkan sedikit butir peribadi dan menyataakan pendirian Perjuangan saya . 
AL FAKIR ILALLAH 


Dilahirkan di : Alor Setar Kedah
Pendidikan : Sek Keb Telok Kecai,
Pondok Dala Fatthani , Thailand ,
Pondok Ar Rahmaniah , Sik Kedah hingga sekarang . 

Hubungan : Kahwin 

Setiausaha Urusan Ulama PAS Kawasan Sik Kedah 
Bekas Ketua Pemuda PAS cawangan Pekan Sik Kedah

Pekerjaan : Belajar Sepenuh masa dan pembantu pengajar Pondok Ar Rahmaniah , Sik Kedah

Alamat : Pondok Tn Guru Hj Salleh bin Musa , Seberang Pekan Sik
08200 Sik , Kedah , Malaysia 

 Mazhab : Tauhid - Assy'ari 
                                   Fekah - Mazhab Imam Syafie 
                                                                Tasauf -Syeikh Junaid Al Bahdadi , Imam Ghazali 

Tarikat :Syattariah

No Tel : 013 4044259 

Email : Helmi_sunni@yahoo.com 

Perjuangan : 1- Parti Islam Semalaysia PAS, perjuangan dalam PAS yang semata -mata berjuang kerana Allah untuk mendaulatkan hukum Islam dan negara , tidak ada kepentinggan dunia , bukan kerana pangkat , bukan kerana harta dan lain-lain . Tidak taksub PAS , jikalau ada kesilapan pemimpin PAS yang lari dari ajaran Agama maka saya tidak akan sekali kali bersetuju . Saya didalam PAS selagi mana Ulama Ramai didalam PAS andai PAS sudah lari dari Dasar Perjuangan Islam maka tidak munggkin saya akan bersama -sama dengan jemaah yang lain , tetapi buat masa sekarang saya berijtihad bahawa hanyalah PAS satu-satu pertubuhan yang mampu mengubah dasar Negara kepada Dasar Islam 


2- Perjuangan bersama ULAMA PONDOK ,Saya sentiasa berjuang untuk menaikkan kembali Ulama -ulama Pondok terutamanya di Kedah khususnya , dan ulama Pondok Nusantara Amnya 
Bukan sahaja Ulama Pondok bahkan ulama yang sealiran dengan pengajian orang dulu seperti ulama Azhar dan Syiria yang berpegang kuat dengan Ahli Sunnah

(Kenangan bersama ulama Azhar , Syeikh Saad Jawish )

3 Perjuangan Mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jammah . Mempertahankan TAUHID ASY'ARI . Tetapi saya memilih jalan sederhana dengan berhati-hati untuk menyalahkan ulama lain jauh sama sekali dari mengkafirkan sesama Islam selagi tidak jelas ia boleh membatalkan Aqidah .Saya akan tentang golongan pelampau yang sentiasa mengkafirkan orang Islam tidak kiralah samada dia dari jemaah yang sama , saya tidak akan setuju denga dia . Saya tidak setuju sama sekali dengan golongan WAHABI dan saya tidak akan zalimi golongan wahabi dengan tuduhan yang tidak ada fakta . Hujjah saya  berdasarkan Fakta 

4. Berjuang menaikkan Ulama Ahlul Baith ( Ulama Keturunan Rasulullah SAW) 
Seperti jalanan Habib Umar Yaman , Habib Zain Semith , Habib Salim Syatiri dan lain-lain . 


Saya tidak suka perjuangan yang tidak jelas . Saya memilih perjuangan yang saya nyatakan diatas adalah kerana saya yakin perjuangan ini mengikut perjuangan ulama -ulama yang dahulu , maka saya ingin meneruskan perjuangan mereka sahaja . Saya tidak suka perjuangan yang bermuka -muka tanpa pendirian . Saya meniru apa yang diajar oleh Tn Guru saya , Tn Guru Hj Salleh Musa (Sik) , maka saya yakin dengan tarbiah yang diturunkan kepada saya . 


Tokoh Pemimpin yang disukai : Habib Umar , Habib Zain Semith , Habib Salim Syatiri , Tn Guru Hj Salleh Musa , Ust Fadzil Noor , Tn Guru Hj Hadi , Tn Guru Nik Aziz , Baba Hussin Dala , Baba Abd Karim Dala , 
Imam Hassan Al Banna dan ramai lagi mereka yang alim lagi wara serta kuat bekerja untuk Islam .

Perjuangan saya adalah sederhana Saya menyokong PAS, dalam masa yang Sama saya menyokong para Habaib dan Ulama Pondok ...
Tidak ada perjuangan yang sempurna melainkan perjuangan Rasullulah SAW . 
Maka kita jangan taksub dan perlu berlapang dada dan terbuka untuk bergabung tenaga dan fikiran demi menyatukan ummah ... Ada dikalangan segelintir penyokong PAS yang menolak jalanan Habib dengan Alasan    
mereka menuduh Habib menolak Politik , maka ini tidak betul , golongan habib hanya mahu menyatukan ummah maka mereka berjuang diatas pentas penyatuan ummah manakala PAS pula berjuang atas pentas melawan kemungkaran ini berbeza cara tetapi pada hakikat sama -sama mengajak ummah ke arah keredaan Allah , dan ada pula yang mengikuti jalanan para habib yang mengatakan tidak mahu berjuang dalam politik pula tidak tepat taafsiran ini , di Malaysia kita mesti turun ke medan politik juga kerana ulama kita di Malaysia memilih jalan demokrasai untuk mengubah dasar negara kearah dasar Islam . Maka kita perlu gabungkan dan kita hendaklah berlapang dada untuk kepentingan Islam . Kita berjuang bukan kerana Parti , Bukan Kerana Tokoh dan sebagainya tetapi perjuangan kita hanya demi untuk Islam , Allah dan Rasul kita . 
Jangan sekali-kali kita taksub kerana ia akan merugikan kita ....
Salam Perkenalan , Salam Persahabatan dan Salam Perjuangan dari 
Al Fakir Helmi Assyafie 
Pondok Sik Kedah 

1 comment:

  1. Assalamualaikum ustaz.. semoga kesihatan dan rahmat Allah melimpahi ustaz sekeluarga.. Saya ingin bertanya sedikit us, bagaimana caranya untuk saya belajar di pondok buat sementara selama 3 bulan.. Apa dokumen yg perlu saya bawa, dan bagaimana soal penginapan us? Ada sahabat saya, Zahirul Basri menyarankan agar sya suruh tanya Us.. Harap sudi meluangkan pertanyaan saya yg dhaif ni. Syukran.. ni email saya, dhon.damaska@gmail.com

    ReplyDelete