Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, September 10, 2011

Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah , Ulama besar alim Tafsir Jordan

Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah , Imam dan Khatib Masjid Saidina Jaafar  Jordan , Syeikh merupakan pemegang Ijazah kecil dan besar Qiraat , Ulama Tafsir , Murid Imam Hassan Al Bana dan Syeikh   Mutawalli Sharawi dan Pensyarah Universiti Mutah , Jordan
 ALHAMDULILLAH
Semalam 10. September 2011, Ulama Besar Jordan dan pemegang Izajah Sanad Quran Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah menziarahi Kedah dan menyampaikan dakwah di Surau Perwaja , Gurun Kedah ... Terima Kasih Ustaz Zahari Perwaja selaku biro Dakwah Masjid Perwaja yang menjemput saya dan sahabat Pondok Sik ke Majlis mulia Taman syurga yang dihadiri ULAMA AHLI SUNNAH yang terkenal dari Jordan yang sangat Alim bidang Quran dan Tafsir sehingga beliau ingat nombor ayat , muka surat Ayat Quran didalam kitab Quran yang Mulia ...

  Insyallah dengan Taufiq Allah saya akan masukkan sedikit ucapan nasihat Syeikh Solah diruang ini ...
Guru Mulia , Syeikh Solah banyak menasihatkan jemaah dengan TAQWA ...Seluruh ucapan beliau dipetik dari Ayat Al Quran ... Diantara nasihat Guru Mulia adalah:

Satu Huruf kita baca Quran digandakan 10 kebajikan , andai Alif Lam Min 3 huruf maka Allah ganda 30 kebajikan bagi kita dengan limpah kurnia Allah kepada kita ...
Orang yang Hamir pada Allahg dinamakan Ahli Allah diantara Ahli atau Kekasih Allah adalah pembaca Al Quran yang beramal dengan Quran itu ...

Syeikh berkata jikalau hendak naik darjat dalam Syurga bacalah Quran
Orang yang baca Quran dua pahala , pertama pahala susah payah belajar Quran kedua pahala baca itu sendiri .

"Kita perlu Redha dengan Allah dengan apa kurniaan Allah SWT , Syukur pada Allah SWT walaupun benda itu sedikit . Jangan ukur dengan banyak nilai sesuatu ,kerana Sesuatu dinilai dengan TAQWA "


Jangan mita pada Manusia kerana akan menyebabkan Kurangnya Agama kita , Mintalah pada ALLAH SWT , pasti ALLAH akan tambah .

Jangan kamu lari dari rezki Allah SWT , Allah telah menjamin rezeki kita semua ! Jangan risau tentang Rezeki yang perlu kita risau tentang TAQWA .

TAQWA akan terhasil dengan Banyak ingat Mati 
Akan ikut kamu ke Kubur 3 Harta , keluarga dan Amalan , 2 akan pulang meninggalkan kamu iaitu Keluarga dan harta kecuali yang setia dengan kamu adalah amal ! 


Jikalau kamu ingin TAQWA bacalah Quran kerana awal Surah Bakarah ada sebut TAQWA 
Jikalau kamu ingin teman jadikanlah Allah teman Kamu 
Jikalau kamu ingin berkahwan , kawanlah dengan Quran 
Jikalau kamu ingin kaya berpada-padalah dengan apa yang Allah kurniakan 


Didalam Quran ayat TAQWA ada 258 kali yang diulan-ulang oleh AllahSWT
Syeikh yang mulia berkata KAHWINLAH DENGAN TAQWA 
Hampirilah TAQWA kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok ? Kita tidak tahu bila kita akan mati . Maka perlulah kita dekati Taqwa .


Orang TAQWA tersebut dalam kitab Quran yang mulia adalah mereka yang bersifat seperti berikut :
 1 Beriman dengan perkara Ghaib .
    Beriman pada Allah , Rasul , Kitab , Malaikat , Qiamat , Qada dan Qadar .
 2 Quran sebut sifat orang yang TAQWA iaitu mereka yang mendirikan Solat
 3 Orang yang menafakahkan harta kejalan Allah SWT 
 4 Orang yang membaca Quran dan beramal dengan Quran 
 5 Orang yang beriman dengan Quran 


ORANG BERTAQWA ADALAH ORANG YANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT INSYALLAH 


Cara Taqwa disebut dalam Quran 
1 Ibadat kepada Allah dengan Ikhlas
2 Solat dengan ada ilmu dan solat vdengan betul dan khusyuk
3 Puasa
4 Kerjakan Haji dengan adanya ilmu ...
  TAQWA TIADA PADA HARTA  YANG BANYAK DAN RUPA YANG CANTIK !

Ibadat Korban contohnya yang sampai Ibadat itu bukannya binatang , bukan daging dan bukanya darah tetapi yang diterima oleh Allah adalah TAQWA !
Korban kerana Allah kerana menuntut Redha Allah itu yang Allah terima


Syeikh yang Alim lagi Tawadu dan sangat wara berpesan
JANGAN KAMU MATI MELAINKAN DALAM TAQWA 
JANGAN KAMTU MATI MELAINKAN ATAS AGAMA RASULULLAH (ISLAM)
SERAHLAH DIRI PADA ALLAH SWT

JIKALAU KAMU INGIN ALLAH KASIH KEPADA KAMU , KAMU PERLU BERTAQWA 
JIKALAU KAMU INGIN BERJAYA KAMU PERLU BERTAQWA 
JIKALAU KAMU INGIN BAIKI DIRI KAMU , KELUARGA KAMU , MASYARAKAT KAMU TAQWA PADA ALLAH SWT 
JIKALAU KAMU INGIN ALLAH AMPUN  DOSA KAMU TAQWALAH KAMU PADA ALLAH 


TAQWA AKAN TERHASIL APABILA KAMU INGAT AKHIRAT DAN AZAB ALLAH SWT 


Taqwa akan terhasil andai kamu bimbang dengan kedudukan kamu di Akhirat
Andai kamu ingin bersama Allah di Akhirat Takutlah kamu pada Allah SWT
Didalam Quran Allah sebut dalam surah Nahli Allah bersama orang TAQWA

Ikhlas buat saudara yang mengikuti blog KEHIDUPAN TAUHID
Dari Al Fakir
MUHAMMAD FAZILUL HELMI BIN RAIDZAN





  USTAZ ZAINI PULAU PINANG yang merupakan murid kepada Syeikh Solah dan Syeikh Yussuf Al Hassani ...Ulama muda yang saya kagumi keilmuaan beliau . Ustaz Zaini selaku penterjemah yang terbaik didalam majlis semalam Alhqamdulillah mudah , santai dan faham .


AJK SURAU PERWAJA 

No comments:

Post a Comment