AL FATIAH.....
Ulama kita dah meninggalkan kita
Dipagi hari yang sedih Rabu 25 Agustus 2010 bertepatan 15 Ramadhan 1431 hijriyah telah berpulang ke rahmatullah seorang ulama besar, murabbi, yang wara` dan Alim Syeikh Washfi Masadi.
Nama lengkap beliau adalah Syeikh al-`Alim al-`Allamah Washfi bin Ahmad bin Yusuf bin Ahmad bin Abdul Jalil al-Masadi al-Himshi asy-Syami al-Hanafi.
Beliau di lahirkan di kota Himsh Syiria ( Suriah ) pada bulan Syawal tahun 1335 hijriyah bertepatan dengan tahun 1917 masehi, di besarkan oleh orang tua yang alim dan soleh, ayahnya merupakan seorang imam di mesji al-Qasimi di kota Himsh, beliau banyak belajar dari orang tua yang alim dan soleh, disamping itu beliau juga ikut mempelajari qira`at, menulis, dan ilmu-ilmu dasar.
Setelah beliau mengakhiri pelajarannya di sekolah dasar negeri, maka beliau melanjutkan pengajiannya ke madrasah islamiyah dibawah naungan menteri kewakafan, di madrasah ini beliau belajar selama enam tahun, pemimpin madrasahnya ketika itu adalah Syeikh Zahid al-Atasi, dari ulama ini beliau belajar fiqih dan usul fiqih mazhab Hanafi, kitab Nuru al-Idhah, matan al-Quduri, dan lain-lainnya.
Diantara guru-guru beliau adalah :
1 - Syeikh Anis al-Kalalib.
2 - Syeikh Muhammad Ali Uyun Sud.
3 - Syeikh Ahmad Sofi.
4 - Syeikh Taufiq al-Atasi.
5 - Syeikh Najamuddin al-Atasi.
6 - Syeikh Taqiyuddin al-Atasi.
7 - Syeikh Abu Su`ud al-Atasi.
8 - Syeikh Ibrahim al-Atasi.
9 - Dan lain-lain.
Setelah beliau berhasil menghabiskan pengajiannya di madrasah islamiyah seterusnya beliau melazimi Syeikh Tohir al-Atasi mufti Himsh ketika itu, dari mufti tersebut beliau belajar kita Jam`ul Jawami`, kitab Taudhih, kitab Talwih, kitab al-Hikam Ibnu `Athio`ilah as-Sakandari didalam ilmu tasauf dan lain-lainnya sehingga wafatnya mufti Tohir al-Atasi.
Setelah ayah beliau meninggal dunia, kedudukan imam dan khutbah di serahkan kepada beliau, di mesjid ini beliau mengajar kitab tafsir Khazin, tafsir al-Jalalain, kitab Maraqil Falah, Anwaru al-Muhammadiyyah mukhtasor kitab Mawahibu al-Laduniyyah dan lain-lainnya.
Pada tahun 1980 masehi beliau pindah ke kota Jeddah untuk mengajar al-Qur`an al-Karim di Universitas Raja Abdul Aziz selama enam tahun, dan memberikan pengajian sejarah nabi Muhammad kepada para mahasiswa di Universitas tersebut, dan juga mengisi khutbah di salah satu masjid di Jeddah.
Diantara ulama-ulama yang pernah memberikan ijazah kepada beliau adalah :
1 - al-`Allamah Syeikh Muhammad al-`Arabi at-Tabbani al-Maliki.
2 - Syeikh Muhammad Yusuf Banuri.
3 - Syeikh Abdul Muhsin al-Usthuwani.
4 - Syeikh Na`im an-Na`imi.
beliau memiliki tsabat yang telah di kumpulkan oleh muridnya Syeikh Muhammad Abi Bakar Badzib al-Yamani yang diberi nama " al-Urfu al-Wirdi fi tsabati Syeikh Washfi al-Masadi
Wednesday, September 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment