Saya rasa sedih dengan masyarakat kita yang menyambut syawal dengan berlebih-lebihan hingga langar batasan syara . Banyak benda haram dilakukan . Andai buat kemurkaan Allah , mana munggkin keberkatan dan rahmat Allah akan turun . Ramai orang yang tidak solat kerana terlalu sebok melayan tetamu , ramai yang pakai pakaian yang tidak halal disisi agama . Pakaian wanita yang terlalu ketat , tidak tutup aurat .
Biaralah sambutan dengan sausana yang penuh keberkatan . Andai kita ikut aturan dan batasan hukum Allah , Insyallah pasti berkat . Jamuan yang kita sediakan semuanya dapat kebajikan , penat letih menyediakan jamuan dapat pahala , semua dapat pahala andai kita ikut hukum Allah . Andai tidak, maka yang kita dapat semuanya adalah penat letih semata-mata yang tidak mendatangakan menafaat di Akirat .
Paling utama pastikan niat kita buat rumah tebuka kerana Allah , semata-mata nak meraikan hari kemenangan .Syarat kerana Allah! .Selain itu nak buat kebajikan dengan cara membuat jamuan supaya eratkan silatulrahim, yang mana ini adalah sunnah Rasul SAW
Pisahkan anatara muslimin dan muslimat andai majlis itu umum , andai majlis untuk keluarga terdekat lihat pada keadaan .
Pastikan jangan ketinggalan menjemput orang-orang soleh , Ulama, keluarga terdekat dan begitu juga jiran-jiran yang paling hampir . Andai menjemput anak yatim utamakan mereka .
Pastikan majlis itu tidak ada perkara yang haram seperti hiburan yang diharamkan agama . Andai nak majlis itu beseri pasang ayat quran dari qari yang ternama seperti Syeikh Masyari , Syeikh Saad Said , Syeikh Jibril dan lain lagi , atau majlis umum pasang nasyid yang halal disisi agama dan juga nasyid menyentuh hati serta membentuk sausana
Pastikan jangan ada perkara yang haram dalam majlis itu seperti bersalaman antara lelaki dan perempuan yang halal kita nikah
No comments:
Post a Comment