Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, September 12, 2010

TAKBIR!!! Alhamdulillah . Kelantan sekarang dipimpin Raja Soleh dan Ulama

Tengku Faris dimasyhurkan sultan hari ini

KOTA BHARU, 13 Sept: Blog separa rasmi istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.
Menurut posting terbarunya malam tadi, pemasyuran itu akan diadakan hari ini manakala pada jam 2 petang ini satu sidang media khas akan diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias.

"Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama," kata posting itu.

"Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah

1 comment:

  1. Alhamdulillah,hari raya tahun ini sangat bermakna bagi rakyat kelantan.
    Hari ini seluruh rakyat kelantan yang cintakan Islam bergembira dengan perlantikan Tuanku Faris Sebagai raja baru negeri serambi Mekah

    http://ijoks2009.blogspot.com/2010/09/daulat-tuanku.html

    ReplyDelete

ampuni kami