Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, May 7, 2010

SYEIKH YUSUF MUHYIDDIN AL BAKHUR AL HASANI (RA) MEMBERI NASIHAT


SYEIKH YUSUF AL HASANI (RA) memberi nasihat dalam majlis tertutup di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik pada hari Khamis 06.05.2010
Jam 3.30 petang .

SYEIKH YUSUF memulakan dengan ucapan syukur dan selawat kepada Rasulullah SAW .
SYEIKH BERKATA :قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله
Mulialahlah penuntut ilmu agama semua !
Kamu semua kekasih ku !
Kita perlu bersyukur kerana nikmat yang paling besar adalah ilmu !
Orang dunai mencari dunia hanya dapat dunai , tetapi orang akhirat (ulama dan ahli ilmu ) mereka dapat dunai akhirat !

Tetapi ramai orang agama sekarang khianat agama hingga orang dunia membeli dan menguasai orang agama .
Jangan belajar agama kerana dunia ! Ini adalah dilaknat!
Belajar agama kena ikhlas .

Perbetulkan niat kita , kita banyak tersalah niat .
Terkadang apabila ditanya kepada orang agama apa matlamat kamu , mereka akan jawab "akhirat" maka ini salah dan masih syirikan ALLAH .
Yang betulnya MATLAMAT KITA HANYA ALLAH SEMATA2 .
Saya datang sini bukan kerana madrasah tetapi kerana gurunya Syeikh Salleh (Tn Guru) , begitu juga matlamat kita ALLAH , oleh kerana Akhirat bumi yang ALLAH suka maka kita pergi bukan kerana negeri tetapi kerana tuan bumi akhirat itu iaitu MATLAMAT KITA HANYA ALLAH .

Wahai kekasih ku .
Kita orang agama !
Jangan jual agama , ramai yang tukar agama dengan dunia .
Jangan cari jawatan kerana ia akan merosakan kita .
Pelihara akhlak kita pelajar agama .

Banyak lagi nasihat Syeikh semua berkisar tentan peranan ilmu , ulama dan dakwah ...
Maaf saya tidak dapat tulis semua sebab sya tidak catit kerana hari itu kena urus majlis jadi kurang fokus . Insyallah saya akan usaha dapat liputan penuh dari unit media .

5 comments:

  1. Maaf jika kritikan ini menguris hati..Setahu saya,Dasar Pas, Islam memerintah. Dasar Umno, Islam diperintah.Maka tidak wajar orang Islam membiarkan Islam diperintah. Jadi bagaimana Umno nak membuktikan dia juga telah melaksanakan tuntutan alquran dan Alsunnah. Umno kena terima hakikat, Umno tidak berjaya mendoktrinkan sebahagian rakyat Islam mengikut Islam fahaman sekular Umno. Dasar perjuangan umno hanya terhad. Hanya boleh di apply di negara yg bernama M’sia. Dasar perjuangan pas boleh di perjuangkan di seluruh pelusuk dunia. Islam adalah agama rahmat sekian alam. Jadi jika tuan blog mengatakan PAS sesat dan wahabi abis tu UMNO tu parti memperjuangkan ISLAM lah?Setahu saya PAS menolak sekularisme..APA HUKUM JIKA KITA BERPEGANG KEPADA SEKULARISME (POLITIK SUKU,AGAMA SUKU)?Jika anda dapat berikan fakta dari Quran dan hadis yg benarkan sekular ini, saya janji saya akan sokong UMNO dan bukan PAS..Saya orang jahil..Harap minta tunjuk ajar..(SOALAN INI SAYA BERTANYA KPD PASVSPAS,SAYA HARAP TUAN SUDI BERBAHAS ISU INI)

    ReplyDelete
  2. UMNO MEPERJUANGKAN ISLAM?
    1)Firaun sangat marah kepada golongan yang mengajak manusia membuat kebaikan terutama mengajak manusia kembali menyembah Allah. UMNO juga begitu. Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, bekas Mufti Selangor, Allahyarham Ishak Baharom dan lain-lain para ilmuan dan agamawan ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mengajak orang ramai berbuat baik dan mengajak manusia taatkan Allah dan taatkan Rasul.
    2)Firaun memaksa seluruh rakyat Mesir menyembahnya yang maha berkuasa, begitu juga UMNO. Memaksa rakyat menyembah UMNO (menyokong dan memberi undi). Rakyat yang ingkar didera dalam berbagai bentuk sepertimana kita mendengar, membaca dan melihat yang berlaku di kalangan rakyat bukan UMNO khususnya rakyat berbangsa Melayu yang statusnya seolah-olah rakyat kelas tiga. Nasib orang bukan Melayu lebih baik daripada nasib orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama ini.
    3)Dasar Pas, Islam memerintah. Dasar Umno, Islam diperintah.Maka tidak wajar orang Islam membiarkan Islam diperintah. Jadi bagaimana Umno nak membuktikan dia juga telah melaksanakan tuntutan alquran dan Alsunnah?
    4)Dasar perjuangan umno hanya terhad. Hanya boleh di apply di negara yg bernama M’sia. Dasar perjuangan pas boleh di perjuangkan di seluruh pelusuk dunia. Islam adalah agama rahmat sekian alam.
    5)UMNO berpegang kepada sekularisme (Politik Suku,Agama Suku) jadi Islam tolak tepi.PAS menolak sekularisme
    Dan banyak lagi la....Jadi bagaimana UMNO memperjuangkan Islam?Saya nak tuan blog jawab jugak ini..

    ReplyDelete
  3. Selama ini kita telah dimanipulasi oleh media perdana milik UMNO yang memberi imej Negara Islam itu adalah negara potong tangan, negara hukum rejam dan negara yang akan membunuh dan menindas orang bukan Islam. Andai diikutkan undang-undang kesiksaan penjajah yang diguna pakai oleh negara ini, juga terdapat hukuman mati samada di tali gantung atau di kerusi elektrik selain hukuman lain seperti sebat dan tekanan emosi yang jauh lebih keras berbanding hukuman kesiksaan Islam. Namun tidak ada pihak yang memberikan persepsi buruk bahawa undang-undang penjajah itu ialah undang-undang gantung tengkuk dan hukum bunuh orang guna kerusi elektrik.Undang-undang penjajah yang dijadikan Undang-undang Persekutuan ini juga akan menjadi lebih menakutkan dan juga boleh dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan sekiranya ia dimanipulasi. Namun terdapat pelbagai had bidang yang dikenakan kepada rakyat untuk tidak memanipulasi atau mempertikaikan perlembagaan yang ‘diturunkan’ kepada penjajah kepada pemimpin-pemimpin UMNO ini. Sesiapa yang membantah atau mempertikainya akan dianggap menderhaka dan tidak menghormati negara serta menghina negara.
    Inilah yang berlaku apabila Dasar Negara Islam yang cuba diketengahkan PAS dalam beberapa siri pilihanraya sebelum ini. Belum pun sempat PAS membuka mulut mempelawa dan mengajak pelbagai pihak termasuk NGO dan kerajaan berbincang berhubung Dasar Negara Islam ini, media milik UMNO dan pemimpin mereka terus menyerang dan melemparkan pelbagai persepsi buruk terhadap Islam dan PAS.Kepada bukan Islam dan orang Melayu yang kurang pengetahuan agama pula, disajikan dengan pelbagai propaganda yang seolah-olah membayangkan Islam ini zalim dan ganas.Demikianlah sikap UMNO dan pemimpin mereka yang lebih mengagungkan perundangan yang dicipta musuh kita suatu ketika dahulu yang telah menjajah negara dan ekonomi kita sekian lama. Mengapa takut untuk menegakkan hukum Allah yang menjadi pegangan orang-orang Melayu. Mengapa UMNO yang beretorik membela orang Melayu dan membela Islam tetapi dalam keadaan yang sama sanggup membelakangkan agenda sistem dan hukum Islam yang dianuti mereka? Tak percayakah mereka pada Islam ? Soalan ini saya kemuka kepada pasvspas..harap tuan blog sudi bahas isu ini..

    ReplyDelete
  4. Mengapa pasvspas banyak menyentuh banyak isu wahabi dan menuduh PAS wahabi hanya kerana syak shj?Wahabi vs Sekularisme.Yang mana acaman paling besar?Kalau boleh citer sedikit sejarah sekular dan kesan keatas Islam.Maaflah kalau banyak bertanya..

    ReplyDelete
  5. Mahathir dengan angkuh terhadap Tuhannya berusaha menggambarkan ketidakadilan dalam hukum hudud sambil membuat kenyataan yang tidak sepatutnya diungkap oleh seorang Melayu Islam seperti berikut:

    “Wanita yang dirogol tidak mampu mengemukakan empat orang saksi, maka perogol tidak akan dihukum biarpun dia mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya.Sebaliknya, jika dia mendapat anak akibat perbuatan tersebut, maka dia akan dituduh berzina dan direjam dengan batu sehingga mati. Hukum ini tidaklah adil.” (Dipetik dari: John Hilley ; Malaysia :Mahathirism, Hegemony and The New Opposition)

    Bukan Mahathir shj, pemimpin2 UMNO lain mengkritik hukum Islam, hudud,isu sebat dan yang lain tanpa ilmu..Banyak lagi penghinaan Islam bukan hanya dari mulut mahathir sendiri..Nak cakap pasal hudud, kena belajar.Jgn JADI JAHIL selamanya..Cabaran hudud ialah UMNO bukan orang bukan Islam.Begitu juga isu Judi Bola sepak baru-baru ini menunjukan orang bukan Islam dari Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke secara tegas menolak sepenuhnya hasrat Kerajaan Pusat untuk melesenkan perjudian pada kejohanan bola sepak Piala Dunia.Jadi Melayu Islam buat apa? Tengok sahaja?Soalan saya adakah kufur jika tolak hudud kerana alasan pelbagai kaum, jumud dan sebagainya? Saya orang jahil.Minta tunjuk ajar tuan blog..

    ReplyDelete

ampuni kami