IKUT IJMA ULAMA YANG MANA ULAMA MASIH RAMAI SETIA DAN MEMIHAK PADA PAS .KUKUHKAN PERJUANGAN .UMNO AJARAN SESAT YANG WAJIB KITA LAWAN SAMPAI KALAH . WAHABI SESAT , SESAT LAGI UMNO DARI WAHABI . UMNO TOLAK HUKUM QURAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
Siapa mamat ni nak kata Tok Guru Haji Lah Geting salah..... Memang penceramah PAS ni setan sebenarnya...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaudara kata: “IKUT IJMA ULAMA YANG MANA ULAMA MASIH RAMAI SETIA DAN MEMIHAK PADA PAS” .
Ulasan:
1.Penggunaan kalimah ‘ijma’ tidak tepat kerana ijmak adalah kesepakatan para ulama yang bertaraf mujtahid dalam sesuatu permasalahan agama, sedangkan tiada ulama yang bertaraf mujtahid yang masuk PAS.
Saudara kata: “WAHABI SESAT , SESAT LAGI UMNO DARI WAHABI”.
Ulasan:
1. Tapi sesat wahabi lagi merbahaya kerana sesat wahabi ini halus dan tak semua orang nampak melainkan orang yang belajar dan faham akidah ahli sunnah. Oleh sebab itu akidah wahabi ini turut menjangkit pada orang Umno dan orang Pas dari pihak bawahan sehinggalah ke pihak atasan. Kalau ada dalam kalangan ahli umno yang terpengaruh dengan wahabi maka ia bukanlah suatu yang pelik kerana majoriti ahlinya adalah jahil. Malangnya kuman wahabi ini turut terjangkit pada ahli dan pimpinan Pas yang sering mendakwa mereka faham Islam lebih daripada orang lain. Di sini nampak jelas bahawa ajaran wahabi ini merbahaya. Sesat umno kerana tidak beramal dengan ajaran Islam secara sempurna, tetapi ia tidaklah menyebabkan mereka semua jadi murtad kerana ahli sunnah tidak menghukum kufur ke atas orang yang melakukan dosa besar kecuali golongan khawarij. Adapun wahabi akidah mereka adalah akidah kufur kerana beriktikad Allah adalah jisim. Jadi sudah tentu wahabi lagi sesat dari umno. Tetapi tak pastilah saya jika dipondok saudara diajar bahawa orang yang fasik lagi sesat daripada orang kafir!.
Saudara kata:” UMNO TOLAK HUKUM QURAN”.
Ulasan:
1.Hukum Al-Quran bukan sekadar hudud sahaja. Berakidah dengan akidah yang betul pun hukum Al-Quran juga. Orang yang hanya nak laksana hudud yang sebenar tapi tak mahu ikut akidah yang sebenar pun dikira ‘tolak hukum Al-Quran”. Contohnya kata Allah samseng, kata Allah mencarut itu adalah akidah yang bercanggah dengan Al-Quran. Maka orang ini pun sesat juga. Kena kata juga pada dia: “Enta tolak hukum Al-Quran, pergi jahanamlah sama enta!”. Kena kata pada dia: “Jangan riuh rendah kata sesat pada orang lain, perbetulkan dulu akidah enta. Enta kata orang lain sesat, enta pun sesat juga”. Tapi tak tahulah saya kalau dipondok saudara di ajar bahawa orang yang akidahnya tak ikut Al-Quran maka dia tak sesat. Yang sesat ini hanya orang yang tak laksana hudud sahaja. Innalillahi wainna ilaihi roji’un!
Assalamualaikum
ReplyDeleteBenarlah kata sesetengah orang, nak tegur kesalahan orang pakai seluar pendek lebih mudah daripada nak tegur kesalahan orang yang pakai serban dan jubah. Orang yang pakai seluar pendek penampilan dirinya sahaja dah menunjukkan dia tak betul. Tapi orang yang berserban dan berjubah kalau ditegur kesalahannya maka pelbagai orang yang akan mempertahankannya.
Berkenaan dengan video ceramah Us Hamid Derani yang mempertahankan Nik Aziz yang diserang oleh Hj Abdullah Getting, maka ia menunjukkan bahawa Hamid Derani seorang yang jahil atau buat-buat jahil tentang persoalan pokok yang ditimbulkan oleh Hj Abdullah Getting terhadap Nik Aziz.
Hj Abdullah tak kata Nik Aziz sesat sebab dia nak laksana hudud di Kelantan, atau kerana Nik Aziz nak tutup kedai judi dan loteri, atau kerana Nik Aziz nak suruh orang tutup aurat, atau kerana Nik Aziz nak tutup kedai arak, atau dan atau dan atau…
Hj Abdullah kata Nik Aziz sesat antaranya kerana:
1.Nik Aziz kata sifat 20 ini adalah ajaran ahli falsafah Yunani dan Greek. Siapakah orang yang mengaku pengikut ahli sunnah sejati akan bersetuju dengan kenyataan ini?. Hj Ghazali Abdullah Pondok Tunjung -rahimahullah- dalam mukadimah bukunya yang membicarakan tentang sifat 20 mengatakan bahawa orang yang mengatakan sifat 20 adalah ajaran falsafah Yunani dan Greek maka orang itu adalah orang yang terhijab daripada tuhan dan dajal zamani namanya. Maka Nik Aziz juga tergolong dalam kelompok tersebut.
2.Nik Aziz kata Allah samseng dan mencarut. Tidakkah Hamid Derani mengetahui bahawa Al-Qadhi Iyadh Al-Yahsubi Al-Maliki dalam kitabnya As-Syifa berkata: “Tiada khilaf (ijmak) bahawasanya orang yang mencela Allah daripada kalangan kaum muslimin adalah kafir”. Kata Allah samseng dan kata Allah mencarut adakah memuji atau menghina Allah wahai Hamid Derani?! Tidakkah Hamid Derani mengetahui bahawa seorang ulama salaf iaitu Imam Abu Jaafar At-Tohawi mengatakan dalam karyanya -Al-Akidah At-Tohawiyah- yang masyhur: “Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan satu sifat daripada sifat-sifat manusia maka dia telah kafir”. Sifat samseng dan sifat mencarut bukankah sifat makhluk wahai Hamid Derani?!
Jika satu perkara sahaja daripada apa yang dinyatakan di atas ada pada Nik Aziz, maka itu sudah memadai untuk membuktikan kesesatannya wahai Hamid Derani!.Inna lillah wainna ilaihi roji’un!.
Dahulunya kita digembar- gemburkan oleh media arus perdana isu “tuhan pun mencarut” yang disalah ertikan oleh media arus perdana kepada masyarakat untuk menunjukkan peribadi TGNA bukanlah mengambarkan seorang Tok Guru yang memperjuangkan Islam. Kesan manipulasi media ini saya rasa amat buruk. Saya berpendapat, sampai sekarang pun, masyarakat terutamanya negeri bukan dari pantai timur , masih tidak memahami apa maksud yang cuba disampaikan oleh TGNA.Begitu juga isu maulud nabi,yang diputarbelitkan oleh media arus perdana menggambarkan seolah-olah TGNA seorang sesat dan wahhabi.Saya rasa jika isu ini tidak diberi perhatian, kesannya masyarakat diluar khususnya diluar Kelantan akan memandang serong kepada TGNA akibat fitnah ini.
ReplyDeleteDalam isu “tuhan pun mencarut” apa yang perlu difahami ialah makna mencarut itu sendiri. Mencarut asal dari perkataan carut. Mengikut Kamus Dewan, carut bermaksud perkataan yang keji dan kotor (cabul): berbagai-bagai perkataan yang keji-keji dan kotor. Mencarut, mencarut-carut bermaksud mengeluarkan perkataan yang keji-keji dan kotor, memaki-maki. Dalam konteks apa yang dimaksudkan oleh TGNA ialah sumpah seranah atau makian yang dinyatakan dalam al-Quran.Bukan “menyampung” atau lebih tepat lagi perkataan berbau lucah .Media menggambarkan seolah-olah TGNA menyatakan dalam al-Quran tuhan menyampung dan sebenarnya ianya bukanlah apa yang dimaksudkan oleh TGNA.
Ada ke dalam al-Quran ayat sumpah seranah dan makian??Dalam konteks ini TGNA memberi banyak contoh kepada UMNO bahawa Allah ada menyumpah golongan tertentu yang terdapat di dalam al-Quran. . Saya ambil dua sahaja daripada ayat al-Quran yang diberi hujah oleh TGNA.Pertamanya Surah Al Baqarah (ayat 18), bermaksud, “Mereka TULI, BISU DAN BUTA (kerana tidak dapat menerima kebenaran, meskipun pancaindera mereka sihat), maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”. Allah berfirman TULI, BISU DAN BUTA kepada orang tak nampak jalan kebenaran iaitu jalan islam yang dibawa Nabi Muhammad. Bukankah TULI,BISU dan BUTA merupakan cacian dan makian Allah kepada golongan munafiq atau orang yang muka-muka, orang yang kita panggil orang sekular?Ada pada masa kini setengah daripada Melayu kita sendiri, mengaku Islam tetapi pada masa yang sama menentang islam dan berpegang kepada sekular iaitu kefahaman yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan,politik, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama. Agama mereka tolak tepi dan mahu berpada dengan Islam sahaja.Mengapa?Tidak percayakah mereka ini pada Islam?? Golongan macam ini Allah kata TULI,BISU dan BUTA walaupun pada zahirnya pancaindera sihat tetapi mereka tidak dapat menerima kebenaran Islam.
Yang kedua, Allah berfirman (al-A’araf, ayat 179 bermaksud), “dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka yang mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah, yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan) untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah, peringatan yang benar). Mereka itu semua seperti BINATANG TERNAKAN, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” . Allah mengibaratkan orang serupa itu serupa binatang, bukankah itu satu MAKIAN atau SUMPAH SERANAH tuhan kepada mereka yang menolak Islam? BINATANG TERNAKAN boleh dikatakan seperti lembu, kerbau,unta,kambing bahkan Allah kata lebih sesat lagi.Lebih teruk dari BINATANG TERNAKAN ini!!
Begitu juga dalam isu maulud nabi, media mengambarkan TGNA seolah menolak sambutan maulud nabi ini. Benarkah begitu??Apa sebenarnya hujah TGNA?
ReplyDeleteBila sebut tentang maulud nabi, tentu anda semua sedia maklum bahawa abu Jahal dan abu Lahab yang dijanjikan neraka pun bergembira dan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw..Bahkan kalau kita baca dalam kitab-kitab yang berkaitan dengan hari kelahiran baginda.. bahawasanya bapa saudara Nabi ni siap tawaf Kaabah, buat kenduri kendara..Tapi pasal apa mereka ni dijanjikan neraka? Adakah mereka tak sayang ke Nabi? Sayangnya lebih dari kita dan mereka tu siap ada pertalian darah lagi dengan Nabi Muhammad saw... Tapi pasal apa??? Mudah saja.Sebabnya mereka menolak Islam dan mereka tidak beriman.
Begitu jugak dengan kita.Kalau kita setakat sambut kelahiran Nabi, berarak bagai nak rak.. Dengan berzanjinya, marhaban dan macam-macam lagi. tapi kalau kita TOLAK ISLAM kita ni sama la macam Abu Lahab dan Abu Jahal.
Isu ini tercetus apabila, TGNA berkata kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina :
“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. BULAN MAULUD sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana BULAN RAMADAN. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa. Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud.Saya di Kelantan ditugas menjaga Kelantan betul-betul berasas kepada Islam. Ekonomi cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam yang dilaksanakan sepanjang tahun, itu Maulud bagi saya. MAULUD BAGI SAYA SEPANJANG TAHUN.”
Untuk memahami Islam itu diajarkan Rasulullah S.A.W berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah bukannnya dengan akal fikiran semata-mata . BULAN MAULUD dan BULAN RAMADHAN . Sememangnya kelebihan bulan ramadhan itu jelas disebut . Manakala bulan maulud pula tiada disebut . Malah memang tiada dinyatakan fadilat dan pahala bagi mereka yang menyambut bulan maulud berbanding bulan ramadhan . Jadi ianya jelas dan tiada kekeliruan dengan kenyataan ini . Lainlah kalau TGNA kata Rasulullah itu tiada kelebihan dan fadilat dalam mencintainya berbanding bulan ramadhan . Nah ! ketika ini sudah tentulah kenyataan TGNA itu salah dan menyimpang .
Bagi TGNA, penerapan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pas di negeri ini sepanjang tahun adalah Maulud sebenar.
Semangat Maulidur-Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan Maulud sahaja, tetapi ia perlu untuk terus hidup setiap hari dan sepanjang tahun.
Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat semata-mata dengan menepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT.
Kita sebagai muslim wajib menjauhi dosa fitnah dan selidiki secara mendalam segala fakta dan isu yang timbul,membuat penilaian adil dan jangan berlaku zalim.Bertaqwalah dengan firman Allah yang bermaksud :
"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JIKA DATANG KEPADA KAMU SEORANG FASIK MEMBAWA SESUATU BERITA, MAKA SELIDIKILAH (UNTUK MENENTUKAN) KEBENARANNYA, SUPAYA KAMU TIDAK MENIMPAKAN SESUATU KAUM DENGAN PERKARA YANG TIDAK DIINGINI - DENGAN SEBAB KEJAHILAN KAMU (MENGENAINYA) - SEHINGGA MENJADIKAN KAMU MENYESALI APA YANG KAMU TELAH LAKUKAN.." (AL-QUR'AN,AL-HUJURAT (49):6).
namapak benar enta org yang jahil dalam ilmu lugaha.................wahabi ni kita sudah tahu dia berakidah mujassimah apabila berakidah mujassimah secara automatik terkeluar islam...umno ni sunni bukan semua berpegangan mujasiim , ade yang sunni cuma kebnaykan mereka ni dikalangan fasiq dan sebgainya.....enta mentakfirkan umat islam dalam umno perbuatan enta akan dipertangung jawaban.
ReplyDeleteApa yang mengelirukan umat Malaysia, Umno sendiri mengaku perjuang Islam, tapi masih tolak Islam, seperti undang-undang jenayah dalam Islam (hudud). Sebaliknya Umno terus berkeras dengan kebangsaan (perjuangan untuk bela Melayu). Malah berbangga dan mengagung-agungkan semangat perkauman yang sempit dengan melaungkan ‘hidup Melayu.’
ReplyDeletesudah berkali-kali TGNA mengajak Umno agar mengubah dasar sekular itu. Sudah berkali-kali TGNA sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga TGNA sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno?persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia.
APA PANDANGAN SAUDARA SAUDARI SIDANG PEMBACA SEKALIAN?
ADA TELINGA DENGAR,
ADA MATA LIHAT DAN BACA,
ADA HATI FAHAMI,
ADA AKAL BERFIKIR...BAGAIMANA UMNO NAK MARTABATKAN ISLAM,NAK TEGUR @ UBAH PUTERI UMNO,BINI MENTERI DAN PM (SEJAK ERA DR.M SAMPAI ERA NAJIB) SUPAYA MENTAATI PERINTAH ALLAH(TUTUP AURAT) PUN TAK MAMPU,INIKAN PULA NAK LAKSANA SYARIAT ISLAM???KATA TGNA WAHHABI,UMNO ASWJ SEBAB TU BINI PM PUN TUDUNG TAK TAHU LETAK MANA..PEJUANG ISLAM KE NI??ADA OTAK SILA FIKIR2..