4000 LEBIH AHLI KULIAH MINGGUAN TN GURU HJ SALLEH SIK SEKARANG...
KULIAH JUMAAT minggu ini puas hati ...Sedap betul syarahan Tn Guru minggu ini ...dari atas sampai bawah semua kena !!!
Semua kena nasihat ...
Inilah ulama yang umat perlu miliki , berani lantang , tegas , terbuka dan adil ...DALAM KULIAH MINGGU INI
Tn Guru menasihati semua dari pucuk kepimpinan hingga orang bawahan .
Tn Guru membaca tafsir , maka terus tn guru menasihati
"Tunan2 kita jangan melampau ,kita kena sedar kita hamba Allah , Kita ada tuan , kenai sama ALLAH . "
''Ada ilmu kena amal jangan mengaji tak amal , tuhan laknat , orang macam ni masuk neraka 1000 tahun lebih awal dari kafir sembah berhala " ...ni nasihat pada pelajar agama ...
"Mereka yang jahil kena belajar agama . kena belajar tauhid , kena kenai ALLAH . Kalau tak kenal ALLAH ibadah tak sah, bukan saya kata ulama kata " ...ini nasihat pada orang jahil ..."bukan saya untung , saya cerita ja , kalau tuan2 puan2 mengaji tuan2 yang untung bukan saya'"
"Wajib pemerintah yang ajar agama kepada rakyat...ni kitab kata saya hanya baca ja , jangan marah .SULTAN WAJIB menyampaikan ilmu , Sultan tak mampu maka SULTAN LANTIK MAJLIS AGAMA , MUFTI maka ini sangat luas, tidak mampu semua maka dilantik QADI2 /PEGAWAI AGAMA DAERAH2, IMAM2 maka semua tak buat kerja , ini sebab agama rosak kerana pemimpin agama rosak , pemimpin agama tak laksana tanggungjawab .GURU2 kampung dan TOK2 GURU yang ambil alih tugas mereka ..."
"Majlis agama jangan belagak , jangan sekat orang mengajar . Mana qadi turun padang ajar agama , hanya duduk dalam pejabat ja . Ini tugas mereka ! Mereka akan disoal ..."
"KERAJAAN buat apa , kerajaan kita fasiq , tidak laksana ISLAM , biar rakyat jahil agama dan buat maksiat , anak2 kita habis rosak , jadi mat rempit , bunuh sana sini , rogol sana sini . Kerajan sekarang ini jahat , rasuh , fasiq..."
"WAHABI cara wahabi , kerajaan tak ambil tindakkan . Roasak habis anak kita dalam 10 tahun lagi ,andai tidak ambil tindakkan pada pendakwah2 wahabi ni , habis anak2 kita jadi wahabi. Tangkap Asri , Rasul Dahri ,pendakwah2 wahabi2 yang dok kembang wahabi ni, jangan biar mereka "
"UMNO cara UMNO sesat!!! , tolak QURAN , jahil bila TOK GURU mengajar kata masuk politik .Memang politik itu bersangkut dengan hukum agama ! bodo UMNO .Kalau perasingkan politik dengan agama mengucap lain , ini sesat !"
"USTAZ2 jangan malas mengajar , sampaikan dakwah tetapi dah jadi ustaz jangan belagak (sombong) tak mahu mengaji dah ...jangan dapat tauliah jadi belagak macam ikan pucu kembang sirip ..."
"TOK IMAM jaga kalau kamu tak lepas fardhu ain , tak belajar tauhid maka berdosa , Tok2 Imam bahaya ! Jangan nak jadi imam ja , kena belajar hukum ! Kena jaga anak kariah .Kena ajar fardhu ain pada mereka . Jangan nak alaun ja .SAPA2 BELAJAR AGAMA KERANA NIAT NAK DAPAT DUNIA JANGAN NAK MASUK SYURGA , BAU PUN TAK BOLEH"
Tugas imam berat , kalau tak sah aqad nikah maka imam kena tanggung dosa zina orang yang dinikah ...
"SAYA HANYA NASIHAT , NAK DENGAR TAK DENGAR ITU PUNYA PASAL (TERPULANG)"
"SAYA BACA HUKUM JA , KITAB ULAMA BUAT , JANGAN MARAH , AGAMA ITU NASIHAT"
Assalamualaikum
ReplyDeleteTg Hj Soleh kata: “WAHABI cara wahabi , kerajaan tak ambil tindakkan . Roasak habis anak kita dalam 10 tahun lagi ,andai tidak ambil tindakkan pada pendakwah2 wahabi ni , habis anak2 kita jadi wahabi. Tangkap Asri , Rasul Dahri ,pendakwah2 wahabi2 yang dok kembang wahabi ni, jangan biar mereka ".
Ulasan:
Kerajaan pun serba salah nak tangkap pendakwah-pendakwah Wahabi ini kerana ada di antara mereka sendiri dipertahankan oleh ahli-ahli politik Pakatan Rakyat. Sewaktu Dr Asri dibawa ke mahkamah atas kesalahan mengajar tanpa tauliah, antara yang datang memberi sokongan kepada beliau ialah Saari Sungib (PKR), Zuraidah Kamarudin (PKR), Azman Shapawi (PAS) dan beberapa individu lain. Bahkan Saari Sungib meminta kepada exco agama Selangor, Dr Hasan Ali supaya menggugurkan kes Dr Asri ini. Namun sekalung tahniah diucapkan kepada Dr Hasan Ali kerana bertegas untuk meneruskan kes tersebut di mahkamah.
Lebih malang lagi, selepas peristiwa penangkapannya itu, Dr Asri telah pergi melawat ke Kelantan dan bertemu dengan Nik Aziz . Dr Asri mengatakan bahawa selain Perlis, Kelantan adalah negeri yang membenarkan beliau berceramah tanpa sebarang sekatan. Selain itu Nik Aziz juga mengatakan bahawa apa yang berlaku kepada Dr Asri adalah sama seperti yang berlaku kepada dirinya di Kelantan suatu ketika dahulu kerana cenderung kepada fahaman Kaum Muda.
Jika kerajaan BN tak tangkap Dr Asri maka kita tidak hairan kerana mereka sendiri jahil dan tidak tahu bagaimana nak berhujah dengan Dr Asri. Tapi bagaimana pula Nik Aziz yang digelar tok guru oleh para pengikutnya boleh memberikan ‘kebebasan’ kepada Dr Asri untuk bergerak di Kalantan?
Tahukah TG Hj Soleh bahawa antara penceramah gantian kuliah Jumaat Nik Aziz ialah seorang yang dipanggil Maulana Shaari Mustafa. Shaari Mustafa belajar di Pakistan dan antara penyebar fahaman wahabi di Kelantan? Bagaimana Nik Aziz boleh membenarkan seorang yang berfahaman wahabi menyampaikan dakwah songsangnya kepada masyarakat amnya dan ahli Pas khususnya? Inikah sifat seorang pemimpin Islam yang kononnya hendak mengajak rakyat kepada Islam yang tulin?
Tg Hj Soleh kenal tak Amy Search, seorang penyanyi rock popular?. Tidakkah Tg Hj Soleh bercadang untuk menjemput Amy Search ke pondok Sik dan menyanyi untuk menghiburkan pelajar-pelajar pondok? Nik Aziz sudah pun menjemput Amy Search ke Kalantan dan menyanyi di hadapannya sehinggakan Nik Aziz mengalirkan air mata kerana terharu mendengar nyanyian Amy Search tersebut. Jika pemimpin BN panggil Amy Search menyanyi maka kita tak pelik kerana mereka jahil agama, tapi bagaimana pula Nik Aziz?
Kenapakah orang sebegini diangkat sebagai pimpinan tertinggi dalam Pas? Kenapa tidak disingkirkan sahaja orang seperti ini dan digantikan dengan seorang ahli sunnah sejati untuk memimpin Pas? Amat lucu bila ada ahli Pas bawahan mengatakan:”Kita akan singkirkan Nik Aziz bila kita dapat kuasa memerintah nanti”. Jika Pas sudah memerintah dan Nik Aziz salah seorang pemimpin atasannya, siapakah yang akan disingkirkan, ahli Pas bawahan itukah atau Nik Aziz? Adatnya, presiden yang pecat ahlikah atau ahli yang pecat presiden?
Apalah maknanya kita menentang wahabi tetapi dalam masa yang sama kita juga membela dan memelihara wahabi serta mengangkatnya menjadi pemimpin kita. Allahumma sallimna!. Wasslam.