Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, September 29, 2014

Sunday, September 28, 2014

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Zulhijjah datang lagi buat sekian kalinya menemui kita bersama-sama kelebihannya sebagaimana yang pernah disebut oleh Pemimpin Daulah Islam yang pertama di Madinah yaitu Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis. Zulhijjah merupakan bulan yang menghimpunkan beberapa ibadat yang tidak ada pada bulan lain iaitu ibadat haji, ibadat korban disamping solat, sedekah serta amalan berzikir sebagai mendekatkan diri kepada Allah ‘azzawajalla. Zulhijjah juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa yang besar terutama bagi para jemaah haji iaitu mengenai pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail serta Siti Hajar dalam masalah korban, sai’e dari Sofa ke Marwah, tawaf dan lain-lain lagi. Kita juga diingatkan dengan peristiwa haji wada’ (selamat tinggal) dan khutbah  yang keluar daripada mulut yang mulia iaitu daripada Rasulullah S.A.W sendiri yang mana dalam khutbah ini terkandung dalamnya nasihat, wasiat dan amanah yang penting daripada baginda kepada para muslimin samada yang ada pada masa itu atau pun generasi seterusnya sehinggalah hari qiamat.
Di bawah ini dinukilkan beberapa hadis sebagai renungan dan juga perangsang kepada kita dalam menambahkan lagi amalan dibulan yang penuh kelebihan ini dan bukannya melepaskan segala peluang yang ada dengan amalan yang sia-sia.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata :Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya :Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu.
– Hadis isnadnya sohih dikeluarkan daripada imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Habban dan al-Baihaqi dengan sanad atau jalan berbeza –
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
– Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti -
Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita mengenai kelebihan beramal pada hari sepuluh daripada Zulhijjah seperti berpuasa sunat, zikir, tahlil dan bertakbir. Kelebihannya ini tidak dapat dirasai jika kita hanya membaca dan mengetahuinya tanpa ada di sana amalan sebagai menyahut kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah ini.
Rujukan
1. Kitab Fadhailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah

Sunday, September 21, 2014

Perjuangan mesti jelas - Helmi Assyafie

Perjuangan mesti jelas. Inilah jalanan yang saya pilih setakat ini , moga Allah memimpin zahir dan bati saya untuk menuju keredhaan .
Perjuangan saya bukan atas dasar taksub , tetapi melihat kepada kepentingan sebagai seorang hamba Allah .
Oleh itu saya memilih beberapa kaedah dari para alim ulama ahli sunnah wal jamaah , maka inilah perjuangan yang saya pilih dalam hidup saya untuk menemui Allah di akhirat kelak .
1: Ahli Sunnah
2: Pondok / kitab turath ( mempertahankan kitab turath pondok / kitab kitab klasik )
3: Dakwah para habaib / habib  ( dakwah kasih sayang )
4 :Dalam konteks di Malaysia maka kita perlu ambil sedikit haraki , perjuangan bersama PAS untuk
    bersama para alim ulama menegakkan Islam dan melawan kemungkara mengikut garis panduan
    yang diajar oleh ahli sunnah bukan dari aliran khawarij , wahabi , syiah dan lain lain fahaman             yang menyimpang dari aliran ahli sunnah . Fikrah saya , saya akan bersama golongan alim ulama
    dan majlis syura ulama untuk memperjuangkan Islam , bukan dasar taksub dan semangat semata
    mata sehingga ada golongan jemmah PAS yang jahil sanggup lawan presiden dan majlis syura
    ulama dalam isu MB selangor dan di Muktamar PAS yang ke 60 tahun 2014 di Batu Pahat Johor         baru baru ini

Keseluruhan manhaj ini saya dibawah tarbiah para alim ulama, bukan saya pandai pandai sendiri , seluruh  ulama yang saya ikuti dan saya rujuk adalah ulama ahli sunnah terutamanya ulama pondok dan para ulama ahli baith ( habaib ) serta ulama sufi yang diktiraf ulama ulama lain

Dengan gabungan ini perjuangan akan lebih berfaedah dan memberi menafaat luas untuk ummah .

Inilah perjalanan Taalim Asyaiirah yang cuba saya bawa dalam dakwah saya untuk diberikan kepada ummat terutama anak muda . Alhamdulillah Allah telah memberi kepuasan dan kemanisan atas gabungan manhaj dakwah ini .
Sufi Haraki yang ditarbiah oleh ulama pondok sangat berkesan dalam perjuangan dakwah dan mesti kita gabungkan dakwah para habaib untuk menjaga hati kita kerana dakwah para habaib lebih dekat kepada dakwah kasih sayang yang dibuat oleh Rasulullah sehingga boleh melembutkan hati kita untuk menuju Allah dan Rasul .

Saya yakin dengan jalan ini , maka perjuangan saya jelas , apa orang nak kata katalah kepada saya , saya tetap akan memperjuangkan keempat empat gabungan ini dan moga Allah memberi istiqamah dalam usaha ini hingga akhir hayat saya. Tolong doakan kejayaan dunia akhirat untuk saya dalam perjuangan ini . ( Saya muatkan hal ini semua supaya jelas kepada ikhwan agar tidak mempertikai dan tidak curiga dengan manhaj dan fikrah saya - Helmi Assyafie )

Cintakan Ahli Sunnah , Pondok kitab Turath , Dakwah para habaib dan haraki yang aliran ahli sunnah wal jamaah bukan taksub buta tuli.

( Habib Omar bersama Tuan Guru Hj Nik Aziz semasa menjadi MB Kelantan )
 ( Habib Omar bersama Baba Ismail Fathani )
 Helmi Assyafie bersama Habib Omar Al Hafiz


Helmi Assyafie dan Habib Syech 

( Dakwah para habaib begitu menggalakan di Kedah )

Pondok dan dakwah habaib satu aliran dakwah . Menekankan ilmu dan kefaham , amal, akhlak dan dakwah serta mesti ada dalam perasaan khauf dan raja' 
 ( Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah anak murid Pak Da Eil Makkah bersama Habib Omar )
 Tuan Guru Haji Abdul Karim bin Hasbullah , mudir pondok Dala Fathani merangkap ketua Jamiyyah ulama Fathani Darussalam , beliau merupakan guru al fakir yang banyak mengajar perjuangan dakwah.
 Ulama Turath , ulama tua pondok yang disayangi

 Dakwah ahli sunnah wal jamaah lebih berkesan dengan menyertai gabungan dakwah habaib ulama  pondok dan ulama ulama yang betul betul ahli dalam ilmu ahli sunnah 
 Tuan Guru Haji Salleh bin Musa guru al fakir yang merupakan tokoh ulama ahli sunnah yang banyak berjasa mempertahankan aqidah ahli sunnah wal jamaah , beliau banyak berjasa mendidik al fakir dalam perjuangan .

 ( Mufti Kedah Dato Paduka Syeikh Muhamad Baderudin yang banyak berjasa kepada ahli sunnah      wal jamaah di Kedah )
( Al Fakir Helmi Assyafie bersama Syeikh Fuad Al Malikki semasa menganjurkan program anti syiah peringkat Kedah ) 

Aku dan PAS tak dapat dipisahkan demi memperjuangkan syariat diatas muka bumi Allah supaya matlamat melaksanakan humkum hakam Allah akan tercapai 










Ustaz Zulkifli Baitul Qurra' Melaka 
sebagai murabbi yang saya kagumi dalam mengabungkan keempat empat perkara yang saya perjuangkan ini demi mencapai keredhaan Allah 

Kita mati kerana Islam, bukan PAS

Tuan Guru Haji Hadi dalam persidangan ulama dunia di Qatar








Tuan Guru Haji Hadi bertegas demi Islam


Buang yang keruh, kata TG Haron Din



BATU PAHAT: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haron Din mahu segala perselisihan dalam parti ditamatkan seiring dengan selesainya Muktamar Tahunan PAS ke-60 petang ini.

Menurut beliau, seluruh ahli PAS perlu kembali memperkukuh ikatan ukhwah dan bersatu nenghadapi cabaran mendatang.

"Buang yang keruh ambik yang jernih. Bersatu kukuhkan kesatuan hadapi cabaran mendatang.

"Bermaaf-maafan, tolong menolong dan berlapang dada terima teguran, hulur kemaafan," kata beliau sewaktu membuat ucapan penangguhan hari ini.

Tambahnya, PAS akan sentiasa kukuh selagi ahli di segenap peringkat mematuhi arahan pimpinan.

Mengulas isu tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru Harun Din mahu PAS meletakkan sedikit 'reserve' dalam perkara itu dengan mengambil contoh pensyariatan perceraian dalam Islam.

Menurut beliau, walaupun talak tidak digalakkan dalam Islam, tetapi ianya dibolehkan.

Sekalipun suami enggan melafazkan talak, namun syariat membenarkan isteri menuntut fasakh jika suami melanggar syarat tertentu, katanya.

"PAS tak keluar dari Pakatan Rakyat atau PAS dibuang dari Pakatan Rakyat. Kena reserve perkara itu.

"Pimpinan PAS pertimbang semua pandangan," katanya sambil menegaskan keputusan PAS setakat ini akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat seperti ditegaskan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan bahawa Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat penilaian kelangsungan tahaluf siyasi dengan mengambil kira kesan baik dan buruk dari masa ke masa. - HARAKAH 20/9/2014


ampuni kami