Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, May 12, 2010

SYEIKH AHMAD , ANAK SYEIKH QADIR MANDILI.

                                                
HIDAYAH HAK MUTLAK ALLAH SWT...BUKAN DAPAT DIWARISI ...
SYEIKH AHMAD MERUPAKAN ULAMA MELAYU ,PENDAKWAH WAHABI DI MAKKAH SEKARANG ...
Beliau merupakan anak kepada ULAMA BESAR KITA SYEIKH QADIR MANDILI .
Syeikh Ahmad merupakan kawan kepada Tn Guru Hj Salleh Sik .
Tetapi Syeikh Ahmad berfahaman berbeza dengan ayah beliau .
Hati2 jemaah haji , jika dengar kuliah bahasa melayu dalam masjid Haram Makkah , maka itu adalah kuliah Syeikh Ahmad bin Abdul Qadir Mandili .
Tempat kuliahnya berbetulan dengan hijir aswad , berhampiran tempat imam .

ANGKARA WAHABI , MAKAM MULIA ISTERI RASULULLAH SEPERTI ORANG BIASA!!!


MAKAM MULIA SITI KHADIJAH RA ZAMAN WAHABI PERINTAH MAKKAH

MAKAM MULIA SITI KHADIJAH SATU KETIKA DAHULU ...
MUDAH UMAT MENZIARAHI KERANA BERBEZA DENGAN KUBUR LAIN ...
MAKAM MULIA SITI KHADIJAH ISTERI RASUL KITA SAW , TIDAK DIHORMATI WAHABI...
Angkara wahabi , Umat tidak dapat melihat kesan sejarah agung Islam .
Makam mulia Siti Khatijah seharusnya diberi penghormatan , bukan seperti orang biasa !
Makam Ulama wahabi pun tak dikerjakan seperti ini .
Begitu biadap orang wahabi sehingga tidak dapat membezakan yang mana perlu dimulia dan sebaliknya .

Apa salahnya umat nak menziarahi makam mulia ini .
Syirik apanya ziarah makam ?
Bukan kita sembah maka pun , kita hanya ziarah .

Tuesday, May 11, 2010

TIDUR LEPAS SOLAT SUBUH , SEMPITKAN REZEKI!!!

Ada hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berbunyi:

نَوْمَةُ الصُّبْحِ تُوْرِثُ الفَقْرِ
Ertinya: “Tidur di waktu pagi itu mewariskan kemiskinan.”

Waktu pagi adalah waktu memulai aktiviti. Ada orang yang mengatakan: “Bila seseorang tidur pagi, rezekinya dipatuk ayam.” Mungkin, itulah makna hadits tersebut.

Di samping itu, kalau tidur di pagi hari (yakni setelah sholat Shubuh sebelum terbitnya matahari), kita tidak akan mendapatkan keberkatan dari doa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang berbunyi:

‏ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهِمْ
Ertinya: “Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku di waktu pagi mereka.”

Jadi, waktu pagi merupakan waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala. Sekarang, kalau kita menjalankan aktiviti pada waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala, jelas terkandung makna yang lain. Ini kerana dari kata al-Barakah sendiri, arti bahasanya adalah ziyadatul khair (menambah kebaikan). Jadi yang seharusnya sekian, tetapi kerana mendapat barakah dari Allah Ta’ala, maka akan menjadi berlipat ganda.

Demikian petikan dari buku Rahsia Keutamaan Sholat Shubuh oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله.

Di dalam kitab Risalah Mu’awanah, al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه juga ada menyebut: Berwaspadalah, jangan engkau tidur setelah sholat Shubuh, kerana sesungguhnya, ianya menghalang rezeki

Friday, May 7, 2010

SYEIKH YUSUF MUHYIDDIN AL BAKHUR AL HASANI (RA) MEMBERI NASIHAT


SYEIKH YUSUF AL HASANI (RA) memberi nasihat dalam majlis tertutup di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik pada hari Khamis 06.05.2010
Jam 3.30 petang .

SYEIKH YUSUF memulakan dengan ucapan syukur dan selawat kepada Rasulullah SAW .
SYEIKH BERKATA :قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله
Mulialahlah penuntut ilmu agama semua !
Kamu semua kekasih ku !
Kita perlu bersyukur kerana nikmat yang paling besar adalah ilmu !
Orang dunai mencari dunia hanya dapat dunai , tetapi orang akhirat (ulama dan ahli ilmu ) mereka dapat dunai akhirat !

Tetapi ramai orang agama sekarang khianat agama hingga orang dunia membeli dan menguasai orang agama .
Jangan belajar agama kerana dunia ! Ini adalah dilaknat!
Belajar agama kena ikhlas .

Perbetulkan niat kita , kita banyak tersalah niat .
Terkadang apabila ditanya kepada orang agama apa matlamat kamu , mereka akan jawab "akhirat" maka ini salah dan masih syirikan ALLAH .
Yang betulnya MATLAMAT KITA HANYA ALLAH SEMATA2 .
Saya datang sini bukan kerana madrasah tetapi kerana gurunya Syeikh Salleh (Tn Guru) , begitu juga matlamat kita ALLAH , oleh kerana Akhirat bumi yang ALLAH suka maka kita pergi bukan kerana negeri tetapi kerana tuan bumi akhirat itu iaitu MATLAMAT KITA HANYA ALLAH .

Wahai kekasih ku .
Kita orang agama !
Jangan jual agama , ramai yang tukar agama dengan dunia .
Jangan cari jawatan kerana ia akan merosakan kita .
Pelihara akhlak kita pelajar agama .

Banyak lagi nasihat Syeikh semua berkisar tentan peranan ilmu , ulama dan dakwah ...
Maaf saya tidak dapat tulis semua sebab sya tidak catit kerana hari itu kena urus majlis jadi kurang fokus . Insyallah saya akan usaha dapat liputan penuh dari unit media .

TN GURU HJ SALLEH MENDEDAHKAN KERAMAT SYEIKH YUSUF MUHYIDDIN AL BAKHUR AL HASANI ...

KAMI TERKEJUT mendegar PENDEDAHAN dari Tn Guru menyatakan bahawa "SYEIKH ini bukan calang2 orang , dia ulama keturunan Rasulullah , Rasulullah ada mukjizat , Syeikh ini ada keramat !"
TN GURU MENASIHATI ULAMA DALAM MAJLIS TERTUTUP BERSAMA SYEIKH YUSUF DI PONDOK SIK .
TN GURU berkata lagi " wahai anak2 (ulama2 dalam majlis itu dan pelajar2 pondok) dengarlah apa yang Syeikh nasihat tadi , pegan sungguh , beliau bukan sebarang ulama , ulama keturunan Rasulullah , ada keramat yang saya dapat tumpang keramat beliau, dulu (25.12.2009) Syeik datang pondok saya , lepas dai datang banyak perkara pelik berlaku kepada saya , pondok saya !"
"Yakinlah saudara , jangan tinggal dia (Syeikh Yusuf)"
"Kita kena berhubung dengan dia kerana dia bertali(keturunan ) Rasulullah, mudahan kiata dapat syafat Rasulullah "

Semua oarnag teperanjat mendengar pengakuan Tn Guru dan majlis dinging seketika , ramai yang seperti sebak dan ada yang menangis kerana bersyukur dapat bersama dalam majlis yang sangat bermakna ini .

SYEIKH YUSUF adalah ulama tasawuf .
Cakapan beliau terasa hingga ke hati .
SYEIKH NYUSUF meminta TN GURU dan semua yang didalam majlis itu mendoakan kepada beliau mudahan2 panjang umur , SYEIKH akan datang semula dan AKAN BACA KITAB HIKAM DAN IJAZAHKAN INSYALLAH ...

TN GURU berkata kita semua (yang hadir) tumpang tuah keramat beliau .
Jangan tinggal syeikh ni . Kalau dia datang semua kena turun belajar dan ambil ijazah ...Bukan senang nak dapat sanad kitab dan ilmu hingga Rasulullah SAW.

TN GURU menarik tanggan Syeikh Yusuf supaya masuk kedalam rumahnya hingga kedapur , Tn Guru kata berkat .
KITA PERLU SEDAR , SETARA TN GURU HJ SALLEH PUN SANGAT2 HARGAI SYEIKHN YUSUF , MAKA KITA YANG HINA INI PERLU LEBIH TINGGI KASIH SAYANG KITA KEPADA ULAMA !


SYEIKH YUSUF AL HASANI BERSAMA TN GURU HJ SALLEH ...
Mereka satu guru dengan SYEIKH YASSIN FADANI .


SYEIKH YUSUF menjampi air untuk para pelajar yang dikasihi .Ini atas permintaan Tn Guru Hj Salleh .


Kuliah jumaat mingguan pondok bertambah seri apabila melihat pelbagai gelagat pelajar mendapatkan air jampi ulama keturunan Rasulullah SAW
Syeikh Yusuf Al Hassani .
Lebih kurang 3000 ribu oarang lebih mendapatkan air jampi pagi tadi .

Thursday, May 6, 2010

SYEIKH YUSUF AL HASSANI (RA) ZIARAH TUAN GURU HJ SALLEH SIK KALI KE -2


SYEIKH YUSUF dan TN GURU HJ SALLEH bertemu kali kedua . ALHAMDULILLAH pertemuan kali ini lebih bermakna kerana asbab memberi kesan kepada masyarakat , kerana pertemuan ini kami membincangkan soal dakwah dan umat .
SYEIKH YUSUF memeluk erat sambil mendoa kepada TN GURU


INI ULAMA YANG DIPERLUKAN UMAT . DUA TOKOH PEMIMPIN ROHANI BERTEMU KERANA ALLAH DAN BERPISAH KERANA ALLAH ...
Kami bergambar kenangan bersama untuk dijadikan sejarah dan saksi , bahawa kami cintakan ilmu dan ulama


SYEIK YUSUF DAN TN GURU bertukar cerita antara satu sama lain .


SYEIK YUSUF DAN TN GURU menyampaikan nasihat kepada ulama pondok pelapis dan pelapis ulama muda .
Antara ulama yang hadir adalah USTAZ KHAIRUL GAJAH TERIYAK , USTAZ ADNAN SUNGAI KARANGAN , USTAZ ZUL SG DERDAP YAN , PAK NJANG IZUDDIN GAJAH MATI , USTAZ MAN SG PAU , USTAZ FAZIL PARIT PANJANG , BABA LAH CENAK dan wakil2 pelajar pondok termasuk AJK PERSATUAN ULAMA KEDAD dalam pertemuan tertutup sempena ZIARAH SYEIK YUFUF ke Pondok Sik kali ke2 .
Sayu hati kami mendengar ucapan Syeikh Yufus yang begitu beharga ...


Saf pelapis2 ulama pondok dihadapan sekali bersama AJK Persatuan Ulama Kedah , manakala di saf belakang adalah wakil2 pelajar pondok sebagai pelapis2 muda , sedang khusyuk mendegar ucapan SYEIKH dan TN GURU . Lebih kuran 50 orang yang memenuhi ruang tamu madrasah pondok Tn Guru Hj Salleh Sik . Kedah


Langkah semangat dua tokoh ulama pemimpin rohani kita .
Mereka walaupun usia sudah lanjut , tetapi masih bersemangat berjuang demi memastikan AQIDAH uamat selamat dari fahaman sesat .
INI TOKOH ULAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH KITA !!!


Syeikh Menjampi air penawar untuk jemaah pelajar yang dikasihi


MEJA ULAMA ' . Makanan arab menjadi tarikan kepada Syeikh .

Tuesday, May 4, 2010

SYEIKH YUSUF MUHYIDDIN AL BAKHUR AL HASANI (RA).


Sheikh As-Syarif Dr. Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani. Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.
KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN BELIAU:

Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BELIAU

Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun.

Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormat daripada Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.

ANTARA GURU-GURU BELIAU:

Beliau mengambil tarbiah sufiyah secara khusus dari As-Sheikh Al-Mursyid Sidi Abdul Qadir Isa r.a. yang merupakan mursyid bagi Tarikat As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah.

Setelah dilihat kelayakan Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani, dalam memikul tugas sebagai mursyid, maka Sidi Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. memberi izin wirid 'am dan khas tarikat As-Syazuliyah dan izin irsyad dan tarbiah kepada beliau. Sheikh Yusuf merupakan khalifah Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. yang termuda dari kalangan keempat-empat khalifah beliau.

Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani pernah dibawa oleh Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. untuk bertemu dengan guru beliau sendiri iaitu Sheikh Muhammad Al-Hasyimi. Sheikh Muhammad Al-Hasyimi turut memberi izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah kepada Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani r.a..

Sheikhuna Yusuf Al-Hasani bersahabat dengan Sheikh Abdul Qadir Isa sehinggalah ke hujung hayat Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Setelah kewafatan Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikhuna Yusuf juga turut mencari mursyid lain sebagai tabarruk dan merasakan diri masih lagi memerlukan tarbiah dari seorang mursyid, walaupun pada ketika itu, beliau sudahpun mendapat izin sebagai seorang mursyid.

Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tabarruk dari Sheikh Sa'duddin Murod, yang merupakan khalifah utama Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Sheikh Sa'duddin Murod turut memberikan kepada Shiekh Yusuf Al-Hasani izin tarbiah khalwah dan izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah.

Bukan sekadar itu sahaja, malah Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani turut menemui Sheikh Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf untuk mengambil bai'ah tarikat daripada beliau seterusnya menjadi murid beliau. Sheikh Abdul Qadir As-Saggaf lantas memberi kepada Sheikhuna Yusuf Al-Hasani, izin irsyad tarikat As-Syazuliyah, kerana melihat keahlian yang dimiliki oleh Sheikhuna Yusuf.

Di samping itu juga, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tarikat daripada beberapa mursyid tarikat berlainan lantaran itu, turut menerima izin irsyad dari mursyid-mursyid tarikat tersebut. Antara mursyid-mursyd tersebut adalah:

Sheikh Soleh Farfur (tarikat As-Syazuliyah juga)
Sheikh Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi Al-Maliki (tarikat Alawiyah)
Sheikh Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi (tarikat An-Naqsyabandiyah)
Sheikh Muhammad Na'im Al-Jailani Al-Asyarafi (tarikat Al-Qadiriyah)
Sheikh Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (tarikat Asyirah Muhammadyah)

Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani juga meriwayatkan hadis-hadis musalsal dan sanad-sanad hadis dan ilmu agama secara umum dari Sheikh Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki r.a. dan Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim.

AKTIVITI-AKTIVITI BELIAU:

- Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini.

- Pensyarah di Universiti Islam Lubnan

- Ahli Jawatan Kuasa Majlis Fatwa Lubnan

- Anggota Majlis Ulama' di Syria

- Seorang pendakwah peringkat antarabangsa (Syam, Kanada, Mesir, Jepun dan Asia Tenggara)

- Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada

- Murobbi Tasauf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya.

- Pengasas Dar El-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir.

-Penasihat Kehormat Institut Pngajian Ar-Razi, Pulau Pinang, Malaysia

Antara mutiara kata beliau:


قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :
"مَن استَسلم في البداية, أكرمه الله في النهاية"

Sesiapa yang menyerahkan urusannya kepada Allah s.w.t. (tawakkal) pada permulaan suluknya, maka Allah s.w.t. akan memuliakannya di penghujung suluknya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

"من كانت بدايته مخرقة, كانت نهايته مشرقة"
Sesiapa yang mana permulaannya membakar-bakar atau menyala-nyala, maka penghujungnya akan terang benderang.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

"البدايات تدل على النهايات"

Permulaan menunjukkan penghujungnya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :
"الصدق مع الله أقرب الطريق الى الله"

Kejujuran kepada Allah s.w.t. merupakan jalan yang paling hampir untuk menuju Allah s.w.t..

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

"الغفلة باب كل خطيئة والنفس باب كل ذلة"

Kelalaian itu pintu bagi segala kesalahan dan nafsu itu pintu bagi segala kehinaan.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

"المريد ليس من انتسب الى شيخه ولكن المريد من انتسب شيخه اليه"

Seseorang murid yang hakiki itu bukanlah yang menisbahkan kepada gurunya, tetapi murid yang hakiki itu ialah, orang yang dinisbahkan akan gurunya kepadanya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

"لأن أموت صادقا خير من أن أعيش كاذبا"

ٍSesungguhnya, kalau saya mati dalam keadaan jujur (kerana mempertahankan kebenaran) itu lebih baik daripada saya hidup dalam keadaan penuh tipu daya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :
"لا تتعلق بالعبادة لأن التعلق لا يكون إلا بالله"

Janganlah bergantung kepada ibadah, kerana ketergantungan tidak boleh kecuali hanya kepada Allah s.w.t..

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

"كم من منة أورثتك الندامة وكم من بكاء أورثتك السرور"

Berapa banyak kenikmatan yang membawa kepada penyesalan dan berapa banyak pula tangisan yang membawa kepada kegembiraan di penghujungnya
ampuni kami