Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, September 8, 2020

Kuliah Dhuha Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar

Mula semula !
Kuliah Dhuha Masjid Sultanah Bahiyah selepas cuti PKP.

Kuliah dhuha setiap AHAD dan ISNIN

Ahad
8.30 pagi Syeikh Saad
9.30 pagi Ustaz Helmi Assyafie

10.30 pagi mengikut giliran guru antaranya Tuan Guru Syeikh Aminuddin Abdul Rahim , Tuan Guru Ustaz Johari Morad .

Kuliah Setiap ISNIN:
9.30 pagi Ustaz Helmi Assyafie
10.30 Tuan Guru Baba Khairul Anuar

Patuhi SOP ditetapkan, jaga jarak 1 meter , tidak bersalaman , tulis nama dan suhu.

Sebarang pertanya

012-4085540

Saturday, September 5, 2020

Sejarah Syarif Abu Bakar Shah yang tepat.

Syeikh Abu Zaki Singapura bersama jemaah Muhibbin Batu Pahat  Johor ziarah Makam Syarif Abu Bakar Shah.

Sejarah.
Raja Ligor Berdarah Ahlul Bait Gugur Syahid Di Kedah, Dibunuh Oleh Siam.
Yamtuan / Yang Dipertuan Syarif Abu Bakar Shah Ibni Yamtuan (Syarif) Mahmud (Raja Ligor) Ibni Sultan (Syarif) Sulaiman Shah (Sultan Singgora Darussalam) Ibni Dato Monggol.
Baginda merupakan Gabenor / Raja Islam pernah memerintah kerajaan Islam Ligor. Kerajaan Ligor merupakan kerajaan yang kukuh dan berpengaruh. Buktinya semasa pemerintahan baginda dan ayahandanya Yamtuan (Syarif) Mahmud adalah dapat dilihat melalui wujudnya kesan tembok Kota Ligor yang tersergam indah dan sangat kukuh yang wujud hingga sekarang di tengah Kota Nakhon Si Thammarat.
Baginda merupakan cucu kepada Sultan (Syarif) Sulaiman Shah Singgora / Songkhla. Singgora merupakan kerajaan Islam yang hebat dan berpengaruh. Pengkalan perdagangan Singgora di kenali dunia. Sultan (Syarif) Sulaiman Shah memerintah Singgora dari 1652 - 1668M. Singgora awalnya di buka oleh Dato Monggol pada tahun 1604-1625M.
Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor dengan aman damai dan makmur. Semasa itu Ayuthaya bergelut berperang dengan Burma 1767M. Burma kalahkan Ayuthaya. Setelah itu tertubuhnya kerajaan Chakri. Chakri membina kekuatan lalu menyerang Ligor pula.
Baginda bersama ahli keluarga dan pengikut berundur ke Kedah. Mereka membina tempat perlindungan di Kota Mengkuang Jitra.
Baginda dan anak-anak bernaung di bawah Kedah dan berkhidmat kepada Kesultanan Kedah. Baginda juga merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ii.
Siam menghantar pengintip, mereka mendapati keberadaan Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Siam telah melancarkan serangan sebanyak dua kali. Akhirnya Syarif Abu Bakar Shah gugur syahid di Kota Mengkuang. Jasad baginda di bawa lari ke Tualang, Pokok Sena Kedah kerana ramai  ahli kerabat baginda membina perkampungan di Tualang setelah lari beramai-ramai dari Ligor.
Jasad As-Syahid Syarif Abu Bakar Shah mantan Raja Ligor dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Tualang Tengah, Pokok Sena, Kedah.

Al-Fatihah

Disediakan oleh :-
Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
27 Zulkaedah 1441H - 19/07/2020M.

Thursday, August 20, 2020

Istana Pahang dekat dengan ulama





Istana Pahang muliakan ulama.
Baru baru ini sambutan keputeraan  dianugerahkan Dato' Sri kepada Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man dan sambutan Maal Hijrah dinobatkan kepada Guru Haji Baki Osman sebagai Tokoh Maal Hijrah 1442 Negeri Pahang .

Semoga sausana ini akan diteruskan oleh Istana Pahang dan kerabat istana ngeri negeri lain. Moga ramai lagi tuan tuan guru kita diketengahkan sebagai tokoh masyarakat negeri dan negara Malaysia yang kita cintai.

Satu masa dahulu Sultan dan ulama seiring , rakyat mendapat berkat .


Wednesday, August 19, 2020

Saidina Abu Ayyub Al Ansari

Abu Ayyub al-Ansari r.a (587 - 668) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan kerana Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.

Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.

Sebelum kediaman tetap baginda Rasulullah s.a.w dibina di sekeliling masjid baginda, baginda menumpang selama 7 bulan di rumah A bu Ayyub al-Ansari.[1] Rumah Abu Ayyub mempunyai dua tingkat. Pada mulanya, beliau meminta baginda untuk tinggal di tingkat atas kerana tidak berasa senang apabila kakinya berada di atas kepala nabi ketika berada di rumah. Namun baginda tetap mahu tinggal di bawah supaya mudah untuk baginda menerima tetamu.

Walau bagaimanapun, akhirnya permintaan Abu Ayyub supaya baginda tinggal di tingkat atas dipersetujui oleh baginda setelah berlaku suatu peristiwa. Pada suatu hari, bekas air telah pecah menyebabkan air bertakungan di atas lantai di tingkat atas dan hampir menitis ke tingkat bawah melalui celah-celah lubang lantai. Oleh sebab risau jika air itu menitis ke atas kepala baginda nabi, beliau dan isteri bertungkus-lumus mengeringkan air itu. Disebabkan risau kejadian seperti itu berulang lagi, Abu Ayyub besungguh-sungguh meminta Rasulullah s.a.w untuk tinggal di tingkat atas.

Pada setiap malam, Saad bin Ubadah, As'ad bin Zurarah dan Zaid bin Thabit akan berkawal di rumah Abu Ayyub kerana riasu akan keselamatan baginda nabi. Makan minum baginda nabi disediakan oleh isteri Abu Ayyub, iaitu Ummu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub sekeluarga hanya makan lebihan makanan yang ditinggalkan oleh baginda. Selain makanan yang disediakan oleh keluarga Abu Ayyub, setiap hari akan ada sahabat-sahabat lain yang menghantarkan makanan kepada baginda. Kebiasaannya apabila ada sahabat yang menghantarkan makanan kepada baginda, Nabi Muhammad s.a.w akan memanggil para sahabat baginda untuk makan bersama-sama. Menurut riwayat, sahabat yang pertama menghantarkan makanan kepada baginda ialah Zaid bin Thabit sementara yang paling kerap menghantarkan makanan ialah Saad bin Ubadah dan dan As'ad bin Zurarah.

Sepanjang beliau menyediakan makanan kepada nabi, Abu Ayyub mengetahui amalan pemakanan baginda yang tidak mengambil bawang. Pada suatu hari, Ummu Ayyub memasak makanan yang dicampur dengan bawang dan mendapati baginda langsung tidak menyentuh bawang dalam hidangan tersebut. Nabi menjelaskan sebab baginda mengelak daripada memakan bawang adalah kerana tidak mahu menyakitkan sahabat baginda. Sahabat yang dimaksudkan oleh baginda itu tidak lain tidak bukan ialah para malaikat.

Beliau terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Dalam ekspedisi Khalifah Muawiyah untuk menakluk kota Constantinople, beliau yang sudah tua meninggal dunia akibat jatuh sakit. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:

"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Constantinople"[2]

Ketika hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan bahawa " Constantinople bakal jatuh ke tangan orang Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat."

Setelah ditanya mengenai wasiat beliau mahu dikebumikan di bawah kubu kota Constantinople, Abu Ayyub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera ketika mereka bergerak masuk ke dalam Constantinople.

Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Constantinople ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.

Wednesday, July 29, 2020

Haji tahun 1441 / 2020 dalam musibah covid 19

 8 Zulhijjah 1441 jemaah haji tawaf qudum secara bersistem , patuh sop ditetap oleh pihak kerajaan Saudi






 9 Zulhijjah
Kiswah Kaabah ditukar. Peringkat awal hujan turun. Salin kisah bermula lebih kurang jam 5 pagi waktu Malaysia .





 Mina 10 Zulhijjah 1441


 Mina 1441 / 2020



 Madinah 10 Zulhijjah 1441
Solat Raya Aidil Adha





Wednesday, July 22, 2020

Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah abang ipar Sultan Muhammad Jiwa II Kedah

 Syeikh Abu Zaki Singapura bersama jemaah Muhibbin Batu Pahat  Johor ziarah Makam Syarif Abu Bakar Shah.

Makam di Masjid Kampung Tualang Tengah , Pokok Sena , Kedah

Sejarah.
Raja Ligor Berdarah Ahlul Bait Gugur Syahid Di Kedah, Dibunuh Oleh Siam.
Yamtuan / Yang Dipertuan Syarif Abu Bakar Shah Ibni Yamtuan (Syarif) Mahmud (Raja Ligor) Ibni Sultan (Syarif) Sulaiman Shah (Sultan Singgora Darussalam) Ibni Dato Monggol.
Baginda merupakan Gabenor / Raja Islam pernah memerintah kerajaan Islam Ligor. Kerajaan Ligor merupakan kerajaan yang kukuh dan berpengaruh. Buktinya semasa pemerintahan baginda dan ayahandanya Yamtuan (Syarif) Mahmud adalah dapat dilihat melalui wujudnya kesan tembok Kota Ligor yang tersergam indah dan sangat kukuh yang wujud hingga sekarang di tengah Kota Nakhon Si Thammarat.
Baginda merupakan cucu kepada Sultan (Syarif) Sulaiman Shah Singgora / Songkhla. Singgora merupakan kerajaan Islam yang hebat dan berpengaruh. Pengkalan perdagangan Singgora di kenali dunia. Sultan (Syarif) Sulaiman Shah memerintah Singgora dari 1625 - 1668M. Singgora awalnya di buka oleh Dato Monggol pada tahun 1604-1625M.
Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor dengan aman damai dan makmur. Semasa itu Ayuthaya bergelut berperang dengan Burma 1767M. Burma kalahkan Ayuthaya. Setelah itu tertubuhnya kerajaan Chakri. Chakri membina kekuatan lalu menyerang Ligor pula.
Baginda bersama ahli keluarga dan pengikut lari ke Kedah. Mereka membina tempat perlindungan di Kota Mengkuang Jitra.
Baginda dan anak-anak bernaung di bawah Kedah dan berkhidmat kepada Kesultanan Kedah. Baginda juga merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ii.
Siam menghantar pengintip, mereka mendapati keberadaan Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Siam telah melancarkan serangan sebanyak dua kali. Akhirnya Syarif Abu Bakar Shah gugur syahid di Kota Mengkuang. Jasad baginda di bawa lari ke Tualang, Pokok Sena Kedah kerana ramai  ahli kerabat baginda membina perkampungan di Tualang setelah lari beramai-ramai dari Ligor.
Jasad As-Syahid Syarif Abu Bakar Shah mantan Raja Ligor dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Tualang Tengah, Pokok Sena, Kedah.

Al-Fatihah

Disediakan oleh :-
Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
27 Zulkaedah 1441H - 19/07/2020M.





Thursday, July 2, 2020

Baba Khairul dan Syeikh Fuad Rembau


 Dua permata tokoh ilmuan ahli sunnah wal jamaah .
Tokoh dari Kedah Tuan Guru Baba Khairul Anuar mudir Pondok Gajah Tiryaq dan dari Negeri Sembilan Tuan Guru Syeikh Fuad pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Tarekat Muhammadiah - FATIM dan Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara.

Turut bersama Ustaz Man Sungai Petani wakil Tarekat Ahmadiah Idrisah Kedah.

Mereka membawa manhaj ilmu turath ahli sunnah wal jamaah yang jelas, kukuh serta berjalan atas jalan kerohanian serta bersungguh sungguh mengembangkan ilmu tasawuf dan Tarekat.
Moga gandingan ulama muda ini dan yang lain akan memberi menafaat kepada ummah.





ampuni kami