Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, January 15, 2013

Kalimah Allah Tidak Boleh Diterjemah Ke Dalam Mana-Mana Bahasa – Majlis Syura PAS


Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak Berkenaan Isu Kalimah ALLAH
majlis-ulama-pas
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
“Tindakan menterjemahkan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam (Ahad).
Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.
“Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.
“Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.
“Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah,” menurut kenyataan itu lagi.
Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.
“Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan,” katanya.
Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.
Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.
Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.
Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.
Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.
Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.
Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.
Dalam perkembangan lain, Majlis Syura PAS turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu ‘Amanat Hadi’ dan ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3.

Kalimah Allah: Impian Umno perdaya umat Islam ranap

Harakahdaily,16 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Umno BN telah mengalami kekecewaan demi kekecewaan menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) untuk memperdayakan umat Islam negara ini.

“Yang terbaru ialah berkenaan isu yang berkaitan kalimah Allah,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh(gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dengan keluarnya kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS, ianya secara langsung meletakkan Umno BN dalam keadaan serba salah menjelang persiapan PRU13.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Umno BN telah mengalami kekecewaan demi kekecewaan menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) untuk memperdayakan umat Islam negara ini. Yang terbaru ialah berkenaan isu yang berkaitan kalimah Allah. Dengan keluarnya kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS, ianya secara langsung meletakkan Umno BN dalam keadaan serba salah menjelang persiapan PRU13.

Maka terserlahlah kepada rakyat Malaysia bagaimana peranan Umno yang cuba memecahbelahkan umat Islam melalui tindakan terdesak memutar belitkan kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS walaupun mereka tahu sebenarnya tiada percanggahan yang wujud dalam kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Presiden dengan mana mana pimpinan PAS.

Kenyataan Presiden PAS adalah jelas tetapi ianya telah sengaja disalahertikan oleh Umno yang dimainkan oleh media media arus perdana untuk survival hari hari terakhir mereka. Dengan kenyataan terbaru Majlis Syura Ulamak PAS ini, ianya meranapkan sama sekali cita-cita Umno untuk megikis kepercayaan umat Islam negara ini terhadap PAS.

Dengan kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS ini juga, ianya menunjukkan bahawa kepimpinan PAS tidak berbeza pandangan berkenaan Isu kalimah Allah ini,sebaliknya ianya saling melengkapi di antara satu sama lain. Huraian Tuan Guru Presiden PAS berkenaan penggunaan kalimah Allah di dalam Al-Quran telah secara sengaja difahami luar daripada konteksnya yang sebenar oleh Umno BN untuk memperdayakan Umat Islam negara ini. Namun rakyat Malaysia sudah pun cerdik menilai siapa Umno yang sebenarnya. Umno sekali lagi terpaksa 'gigit jari'.

Seluruh umat Islam di negara ini amat mengetahui tentang sumbangan PAS terhadap Islam dan amat arif tentang kegagalan Umno untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Dewan Ulamak PAS amat yakin bahawa Allah pasti akan menolong hamba-hamba-Nya yang ikhlas memperjuangkan Islam dan akan menggagalkan perancangan sesiapa sahaja yang cuba memecahkan perpaduan di antara umat Islam khususnya di negara ini.

Berkenaan isu ‘Amanat’ Tuan Guru Presiden, Dewan Ulamak PAS mendesak supaya TV1 dan TV3 memberikan ruang kepada Tuan Guru Presiden untuk memberikan penjelasan sekurang-kurangnya satu jam kepada beliau. Sekiranya kerajaan enggan untuk berbuat demikian, kami yakin insya Allah umat Islam negara ini akan menghukum kerajaan Umno BN dalam PRU13 yang akan datang setelah Tuan Guru yang disayangi oleh seluruh umat Islam negara ini diperlakukan dan dizalimi sedemikian rupa.

KOTA BHARU: Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) yang menaungi seluruh institusi pondok di Kelantan menjelaskan isu kalimah Allah sengaja ditimbulkan bagi menutup isu lebih besar.

Setiausahanya, Ahmad Shairazi Atiqullah berkata, tindak tanduk pihak yang berterus terang menolak hukum hudud sepatutnya dibincang secara serius orang Islam.

“Isu kalimah Allah dilihat berselindung di sebalik agenda politik. Mereka seolah-olah mahu menutup isu yang lebih besar.

“Begitu juga isu murtad patut diberi perhatian utama. Di negara kita tiada hukuman dan undang-undang dikuatkuasa secara jelas untuk menyekat gejala murtad.

“Selain itu kami juga melihat tidak ada usaha serius dilakukan kerajaan memperkasakan pengajian Islam sehingga menular gejala tersebut,” katanya di sini.

Kebelakangan ini isu kalimah Allah menjadi senjata utama media Umno, dilihat banyak pihak semata-mata bagi mengelirukan rakyat, selepas isu amanat Haji Hadi gagal menarik simpati terhadap Umno.

Shairazi berkata, isu kalimah Allah yang dibangkitkan media massa sekarang jelas bermotifkan politik.

“Seolah-olah mereka mahu menjadi juara bagi menutup isu lebih besar berlaku dalam negara.  Banyak isu dibangkit. Seolah-orang orang mencuri sudah masuk dalam rumah baru hendak berusaha menangkapnya,” kata beliau.

Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sengaja mengitar semula isu lama selepas ketandusan isu untuk diketengahkan kepada rakyat.

Kata beliau isu tersebut sengaja diapi-apikan menjelang detik pilihan raya umum ke-13 bagi menanam kebencian rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

“Sekarang ramai orang Cina menyokong PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menimbulkan rasa sangat bimbang MCA. Oleh itu Umno mencungkil semula isu yang dikitar semula.

“Tapi percayalah isu itu timbul sebentar sahaja dan akan hilang Insya-Allah. Sebenarnya kita sudah 50 tahun lebih berada dalam kongkongan dan tipu daya Umno-BN,” ujarnya.

UMNO , PERRKASA , PEKIDA TUTUP MULUT SEKARANG ! 
ISU KALIMAH ALLAH SELESAI !
BANGKIT RAKYAT , KITA FOKUS KEPADA ISU KEZALIMAN PEMERINTAH ! BANGUN LAWAN KEZALIMAN ...

Maulidur Rasul 1433 Majlis Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa Sik

Maulidur Rasul 1433 Majlis Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa Sik 
Sebarkan dan Jemput Hadir demi Cinta kita kepada 
RASULULLAH SAW
Kemuncak 24.1.2012 Di Stadium Suka Menanti Alor Setar 
Lebih dari 10 tempat Tuan Guru Hj Salleh Musa pimpin majlis Maulid tahun ini , datang beramai-ramai dimana-mana tempat berdekatan , hayati sirah kelahiran Rasulullah 
demi Mahabbah Rasulillah dan kuatkan 
Ahli Sunnah Wal Jamaah !!!


Sunday, January 13, 2013

HKL 112 catatan kenangan bersama pejuangan Tuan Guru Hj Salleh Musa dan komen Tuan Guru Hj Salleh


Alhamdulillah Tuan Guru Hj Salleh Musa tiba di Pondok Ar Rahmaniah jam 2.30 pagi semalam .
Setelah selesai menyertai HKR 112 Tuan Guru bersama sama rombongan bertolak dari Hotel Zon KLCC ke Bukit Setonsa Selangor bagi memenuhi hajat Ajk masjid supaya Tuan Guru hadir sebentar di Masjid mereka untuk memberi tazkirah serta mendekati masyarakat setempat dengan ulama , walaupun keletihan Tuan Guru tetap mampu memenuhi hajat mereka.

Tuan Guru Hj Salleh Musa berusia 85 tahun tetapi sangat semangat berjuang . Setelah selesai kuliah jumaat kami rombogan Tuan Guru bertolak ke KL jam 6 petang (11.1.2013), Alhamdulillah sampai jam 1 pagi dan terus ke Hotel Zon berhadapan KLCC.
Kemudian setelah solat subuh( 12.1.2013) Tuan Guru Rehat sebentar . Jam 8 pagi setelah sarapan pagi ramai murid Tuan Guru datang ziarah Tuan Guru di Hotel  .
Kami begerak dari Hitel Zon ke Masjid Negara jam 12 tengahari. Apabila sampai di Masjid Negara tidak sampai 20 minit maka azan berkumandang .Kami solat Zohor berjemaah ,setelah selesai solat Zohor Tuan Guru Hj Salleh pimpin Munajat Kas HKR 112.

Setelah Solat Hajat , Tuan Guru Hj Salleh dikawal lebih dari 15 orang pengawal pengiring beliau, kami begerak ke Stadium Merdeka . Sausana amat sesak dengan ratusan ribu orang ,kami meredah orang ramai  , dengan bantuan Allah kami sampai di Stadium akhirnya .Tuan Guru bersama pimpinan berada dipentas utama .
.......................
Komen Tuan Guru Hj Salleh mengenai HKR 112 
Tuan Guru menyampaikan kuliah maghrib malam ini dan berkata :

" SAYA sebenarnya bukan larat begitu juga Nik Aziz (Tn Guru Nik Aziz) , kami bukanya larat , lihat Nik Aziz (TGNA) dia bertungkat tetapi kami tetap hadir sebab tanggungjawab perjuangan , saya bukan dapat gaji bukan ada jawatan tetapi saya sedar ini tanggungjawab saya , perjuangan tanggungjawab saya maka kami sebagai Tok Guru mesti tunjuk contoh supaya orang muda naik semangat untuk berjuang demi keadilan dan demi Islam . Islam hak kita tanggungjawab kita selamatkan agama kita , bangsa kita , negara kita dari kezaliman BN /UMNO . Kita berjuang untuk Islam , kita berjuang untuk zuriat kita kebelakang supaya zuriat kita tidak rosak seperti sekarang , jika kita biar UMNO/BN anak cucu kita nak jadi apa ? , kita bertanggungjawab "

Dalam masa yang sama Tuan Guru Hj Salleh Musa sangat gembira dengan kebangkitan rakyat dalam himpunan semalam .Beliau berkata " Himpunan semalam luar biasa lebih seratus ribu , ratusan ribu yang hadir  menunjukkan pertanda akhir UMNO/BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini
Sambutan luar biasa , kebangkitan anak muda , semalam ramai anak muda solat jemaah di Masjid Negara , di Stadium , kita mesti dakwah mereka supaya mereka minat dengan agama , satu usah yang berjaya dan kita mesti kuatkan kerja kita untuk Islam . Rata -rata yang hadir dari pelbagai bangsa , semua yang datang kena zalim seperti Felda , Linas , Royelti dan macam-macam lagi , Insyallah doa orang yang dizalimi akan dimakbul Allah , Insyallah kita (PR) akan menang kali ini" .

Tuan Guru berkata lagi
" Kita ratusan ribu yang berhimpun pergi dengan duit ( wang ) sendiri , ini perjuangan kita , ini sumbangan kita kepada perjuangan , perjuangan kita bukan sia-sia sudah tentu ada ganjaran pahala disisi Allah . Saya letih berjalan dari Masjid Negara ke Stadium Negara lebih kurang 3.5 KM lebih tapi tak apa biar letih didunia senang di Akhirat , biar habis duit dan korban masa demi perjuangan Islam

Komen saya : Helmi Assyafie
HKL 112 berjaya satukan masyarakat Malaysia dalam perjuangan menuntut keadilan yang dianjurkan oleh  Islam . Pelbagai latar belakan masyarakat datang dengan wang sendiri hingga dapat menghimpunkan ratusan ribu orang , saya anggarkan lebih dari 150 ribu yang hadir semalam, semua sanggup korban masa , tenaga dan wang demi perjuangan demi untuk melihat Malaysia diperintah dengan adil .
Pelbagai tuntutan dari pihak BERSIH , ROYELTI , LYNAS , FELDA dan lain- lain tuntutan tidak dihirau kerajaan sekarang , maka sudah tiba masa seluruh masyarakat bersatu bangun menentang kezaliman ini dengan menukar kerajaan dari BN kepada PR .

Himpunan HKR 112 menunjukkan rakyat Malaysia sudah matang politik dan tidak akan termakan degan dakyah pembohongan pemerintah , rakyat sudah muak dengan pembohongan media pemerintah . Rakyat sanggup bekorban apa sahaja demi melihat Malaysia Bersih dari dikhianati pempmpin BN .

HKR 112 sangat Aman
Ini disebabkan rakyat Malaysia cinta keamanan kedamaian dan keadilan .
Sebelum ini sebab utama kekecohan  disetiap himpunan PR disebabkan Najib bersama Hisyamuiddin mengarahkan pihak polis bertindak ganas kepada rakyat seperti menembak gas pemedih mata , buat sekatan dan sebagainya . Lihat jika tiada semua arahan dari pihak atasan maka himpunan berjalan dengan sangat lancar dan terbaik .
POLIS pun tidak perlu susah payah mengendalikan tugas , saya lihat wajah Polis sangat tenang dan ceria semalam berbanding dengan perhimpunan- perhimpunan mega yang lepas .
Peniaga puan turut gembira semalam , ramai peniaga buka suara semalam " Andai himpunan seperti ini kami amat gembira sebab kami dapat cari makan lebih , jika dua hari lagi berhimpun pun tak apa, sebab kecoh adalah berpunca dari keganasan polis atas arahan pemimpin BN  "

Saya menyeru masyarakat terutamanya orang Melayu yang tegar sokong UMNO /BN bukalah minda anda demi masa depan kita bersama . 

Saturday, January 12, 2013

HKR 112 - Tuan Guru Hj Salleh Musa pimpin Majlis Munajat HKR 112 ke Putrajaya

Ulama dalam HKR 112


TUAN GURU HJ SALLEH MUSA BERUSIA 85 TAHUN 
   TUAN GURU HJ ABDULLAH PONDOK BUKIT LADA KEDAH
  SYEIKH ZAINAL ASRI MUDIR DARUL HADITS

  TN GURU HJ WAHAB HASSAN BERUSIA 75 TAHUN DARI PONDOK LANAI KEDAH

TN GURU HJ HADI AWANG

KEBANGKITAN INI HASIL DARI SEBAB KERJA KERAS PARA ULAMA MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN KEADILAN .....INSYALLAH KITA MENANG KALI INI !!!

Lebih 100,000 hadiri HKR

KL112: Lautan manusia menuju ke Stadium Merdeka

ampuni kami