Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, January 10, 2013

Fenomena Amanat dan Takfir

Abdul Hadi Awang,10 Jan 2013


Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak  cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh  makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya  tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh  di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang  tidak diingini." (al-Furqaan : 63)


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013

Tuesday, January 8, 2013

Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434/2013

Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434/2013 :

Tarikh : 24,25 dan 26 Januari 2013 / 12,13 dan 14 Rabi'ul Awwal 1434
Masa : 8.00 Pagi - 10.30 Malam
Tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Suka Menanti,Alor SetarKedah Darul Aman

Antara Aktiviti Menarik :

- Majlis pembukaan sambutan Maulidur Rasul dengan Solat Dhuha dan Selawat Sidi Ahmad Badawi 100 Kali (Khamis 8.00 pagi 24 Januari 2013 )
- Pengkisahan Saat Kelahiran Baginda SAW oleh Tuan Guru Hj Salleh bin Musa ( Khamis
8.00 malam 24 Januari 2013 ) serta selingan qasidah
- Tazkirah / Kuliah Oleh Ustaz Abdul Hamid Tahir dan Ust Abdul Majid (Derang)
-
Kuliah Perdana oleh Tuan Guru Dato' Dr Harun bin Din 
- Festival Qasidah Kerinduan Rasulullah ( Jumaat 23 Januari - 8.00 malam )
- Program Anak-Anak berselawat
- Berzanji/Marhaban/Burdah/Bacaan Maulid Dhi'ul Lami'
- Program Muslimat Berselawat.
- Malam Kemuncak Lantunan Mahabbah Rasulillah bersama Tuan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.
Digalakkan berpakaian Putih.



PESANAN MURABBI SYEIKH ZAINUL ASRI BIN HJ MOHD ROMLI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SAW.

Dewan Ukir Mall 7/1/2013 bersamaan 24 Safar 1434 ketika Pengajian Kitab Syamail Muhammadiah SAW..

"Saya nak semua yang ada malam ni,mula esok..selawat sebanyak 12,000 kali..baki masa yang ada nie,selawat banyak-banyak..biasa saja,selawat Nabi khidir..'Sallallahu 'ala Saiyidina Muhammad'...tujuan dia,kita nak bersihkan hati..bila sampai 12 rabiulawal nie..semua hati lembut jaa,mudah teqiak(menangis)dia duduk p la dekat mana pun,hati dia hadir,hati dia sentiasa di depan sekali masa hari tu..Pada hari Khamis tu,kita akan jemput Tuan Guru Hj Salleh,untuk dia cerita waktu,detik2 kelahiran Rasulullah SAW,kita akan rasa seolah-olah Rasulullah lahir didepan kita..Subhanallah..Pada malam kemuncak kita akan jemput Syeikh Nuruddin untuk tausiyah,dan malam kemuncak tu kita akn buat festival Qasidah,besar-besaran,pada malam kemuncak lantunan mahabbah haritu,tuan2 dengaq madad madad YA Rasulullah tu baru 10%..nanti kita nak sampai 80-90% insyaALLAH..

Semoga kita semua diberi kekuatan nak selawat sebanyak-banyaknya. Aamiin.


SEBARKAN !!! SUMBANGAN KITA PADA MAHABBAH RASULILLAH !!!

Isu Kalimah Allah - Tuan Guru Dato Haron Din dan Tuan Guru Hj Salleh sama pandangan .


Isu Kalimah Allah ...

Isu ini terdapat dua pandangan ulama , ada yang membenarkan agama lain selain Islam menggunakan kalimah Allah 
tetapi 
Tuan Guru Dato Haron Din dan Tuan Guru Haji Salleh Sik Kedah pertahankan kalimah Allah 


Tuan Guru Hj Salleh Musa berpendapat seperti pendapat Tuan Guru Dato Haron Din yang tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah kepada kristian kerana beberapa sebab 
1 : Kristian tidak mentauhidkan Allah maka tidak Kristian hanya menggunakan kalimah "God "
2:  Bagi memelihara kalimah Allah agar tidak dicemari dan tidak dihina oleh agama lain yang 
     tidak faham kedudukan kaimah mulia itu wajib dihirmati dan tidak boleh dihina seperti 
     dipijak , diletakkan ditempat najis atau dipijak dan sebagainya 
3:  Supaya Islam tidak dicemari , supaya menjaga agama Islam dari dipandan sama dengan agama lain contohnya jika remaja kini yang tidak mendalami agama apabila lihat kalimah Allah berada dalam masjid dan dalam masa yang sama ada dalam gereja , boleh jadi remaja yang tidak faham agama anggap agama semua sama sedangkan agama yang Allah Redha Hanya Islam .....

Oleh Sebab itu ulama yang wara tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kristian !!!
Sedangkan ulama yang membenarkan itu pandang dari sudut yang berbeza. 

Bagi pandangan peribadi saya , saya sokong hujjah Tuan Guru Dato Haron Din dan Tuan Guru Hj Salleh Musa Sik Kedah

Pandangan Datuk Dr Haron Din tentang isu kalimah Allah



Tuan Guru Haji Hadi dengan pandangan beliau , ini pendapat beliau membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah tetapi bersyarat bukan seperti tuduhan UMNO dan orang yang tidak faham isu menuduh Tn Guru Hj Hadi 


Isu Kalimah Allah- Helmi Assyafie




Kalimah Allah: Pandangan Tn Guru Hj Hadi Awang 

Abdul Hadi Awang,08 Jan 2013
1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam (ahli kitab) dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran: 64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
8 Januari 2013

UMNO , PERKASA , PEKIDA Jangan main isu ini untuk lagakan PAS dengan Sultan .

Sultan Selangor mempertahankan kalimah Allah dan tidak membenarkan kepada agama lain selain Islam untuk gunakan kalimah Allah adalah satu tindakan yang baik demi menjaga kedaulatan Islam di Selangor Khasnya dan Malaysia amnya .
Jangan panaskan keadaan . Isu ini isu khilaf ulama yang berlainan pandangan boleh bersatu , mengapa kita yang bukan ulama nak bergaduh dengan isu ini .
Bertindak cara matang bukan dengan nafu ...

Pandangan Datuk Dr Haron Din tentang isu kalimah Allah

TG Hj Salleh ketuai 50,000 penyokong PAS Kedah ke HKR

Laporan Harakahdaily
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15766-tg-hj-salleh-ketuai-50000-penyokong-pas-kedah-ke-hkr
Izwan Halim,08 Jan 2013

ALOR SETAR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur 12 Jan ini bukan sahaja akan disertai ahli dan penyokong politik, malah juga golongan guru pondok.

Antaranya Mudir Pondok Ar Rahmaniah Sik Tuan Guru Salleh Musa yang juga bakal mengepalai 50,000 rakyat Kedah ke perhimpunan itu nanti.

Setiausaha PAS Kedah, Musoddak Ahmad berkata, seluruh ahli PAS Kedah yang akan ke himpunan itu menganggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai kontinjen ini.

“Kita anggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai seluruh kontinjen PAS Kedah dan kita ambil semangat kesediaan beliau turun untuk menggembleng 50,000 ahli kita turun ke sana,” ujarnya pada sidang media selepas Mesyuarat Mobilisasi HKR di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

Sebelum ini, tokoh ulama berusia 85 tahun itu telah membuktikan komitmennya dalam menuntut keadilan apabila turut serta dalam himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.

Sementara itu Musoddak berkata, seluruh ahli PAS Kedah akan pergi secara konvoi berkenderaan mengikut PAS Kawasan masing-masing termasuk lebih 200 bas yang ditempah khas.
ampuni kami