Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, January 19, 2012

Majlis Kesyukuran Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath, anjuran Surau Perwaja ,Gurun, Kedah

Ustaz Zul , selaku Imam Surau Perwaja merangkap Pengarah Majlis Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012

Ucapan Tim Pengarah Program Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012

ALHAMDULILLAH , dengan taufiq tuhan majlis berjalan dengan lancar , walaupun matlamat hampir keseluruhan tercapai dengan jaya tetapi kita harus mengkaji kelemahan untuk menguruskan majlis dimasa hadapan , pandangan demi pandangan mesti dikaji untuk berusa yang terbaik dimasa hadapan kelak . Kejayaan yang utama majlis tempoh hari adalah matlamat kita bersama Ulama tercapai hampir keseluruhan Tn Guru hadir di majlis tersebut kecuali dari Fathani Selatan Thai disebabkan banjir . Terima kasih tidak terhingga kepada AJK Surau Perwaja , AJK PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID dan tidak lupa pada Riyadus Salihin - Ustaz Nordin Banjari -Singapura kerana menyumbangkan tenaga , wang ringgit dan buah fikiran untuk menjayakan majlis Mahabbah bersama Ulama Thurath ini . 
Majlis Seperti ini wajar dianjurkan lagi kata Tn Guru Hj Salleh Musa kerana ia dapat eratkan ukhwah sesama   Ulama . Majlis seperti ini sangat bermakna kerana melambangkan kekuatan Islam dan ulama yang masih ada sekarang . 

Ucapan Setiausaha 1 Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012


Ucapan Setiausaha ll Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012

Ucapan Ustaz Marzuki 

Ucapan Ustaz Syukur Wakil Ummah Berselawat Kedah 


Mewakili Persatuan Pelajar Pondok Tauhid - Kedah 


Setiausaha II menerima cenderamata dari Pengarah 

Presiden Ummah Berselawat 



Ustaz Yazid bin Tuan Guru Hj Salleh membaca doa Kesyukuran 






Tuesday, January 17, 2012

Tuan Guru Hj Salleh nasihat ahli dan pimpinan PAS Supaya Ikhlas berjuang dan mantapkan Aqidah dan parti , jangan kerana kepentingan peribadi !






TN GURU HJ SALLEH B MUSA , Selaku ulama dan orang lama dalam PAS beliau menegur secara tegas para pimpinan PAS supaya Ikhlas berjuang , jangan ada yang niat mencarai kepentingan peribadi !
" Jangan kita jadi macam ( seperti) UMNO "
Berjuang perlu Ikhlas .
Perjuangan Islam adalah perjuangan Rasulullah bukan hak peribadi kita !
Mantapkan AQIDAH , Jangan hanya berjuang hingga tidak mengaji ( menuntut Ilmu )
Pemimpin perlu tonjolkan Akhlak mulai pada rakyat , jangan berakhlak buru seperti hasad dengki dan khinat sesama sendiri kerana kepentingan peribadi .

Tokoh ulama saran contohi MB Kedah

SIK, 16 Jan: Tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa (gambar) menyeru ahli dan pimpinan PAS Kedah agar mencontohi Menteri Besar, Datuk Seri Diraja  Azizan Abdul Razak yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa mengutamakan keperluan-keperluan rakyat.
“Saya pujilah Ustaz Azizan ni. Semua kita perlu ikut contoh macam Ustaz Azizan, cukup elok. Jangan hendak tamak itu dan ini. Dia tidak pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan keperluan rakyat,” ujarnya berucap pada Multaqa Daie dan Aktivis Islam di Kompleks PAS Kawasan Sik, awal bulan ini.
Ujarnya, setiap pendokong PAS perlu mengenang segala nikmat diberikan Allah terutamanya nikmat kemenangan yang diperolehi hari ini.
Jelas beliau, bersyukur dengan nikmat kemenangan adalah memanfaatkannya untuk menuju ke jalan keredaan Allah.
Nasihatnya, ahli PAS perlu mengelak menjadikan kemenangan ini untuk mendapatkan habuan kebendaan dan meminta-minta seperti mana Umno.
“Dasar kita bukan cari benda. Allah jadikan kita untuk takwa, dengan takwa Dia akan berikan rezeki yang kita tidak sangka-sangka. Maka, mesti ikhlas dan ikhlas itulah pintu untuk mencapai matlamat,” terang beliau yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah.
Para pimpinan PAS juga tegurnya, perlu mengelak perasaan hasad dengki kerana orang yang memiliki sifat itu tidak layak menjadi pemimpin.
Serunya, ahli PAS mesti kekal teguh berpegang kepada tali Allah dan terus bekerja kerana tidak ada lagi golongan yang dapat diharap untuk menyeru kepada kebaikan melainkan PAS.
Tempelak beliau, Umno tidak boleh diharap untuk menjaga agama kerana agama pada diri pemimpin mereka sendiri dipertikaikan.
Oleh itu katanya, seluruh pendokong PAS perlu mempersiapkan diri dengan agama untuk menghadapi segala cabaran itu.
“Jangan kuat kerja politik sahaja, kena ambil faham sama ilmu-ilmu akidah. Hari ini dah celaru macam-macam. Maka kitalah nak kena  ambil tanggung jawab ni,” ujarnya menyuntik semangat.
Multaqa bertemakan “Menghadapi Cabaran Ummah Dan Persiapan PRU13” itu dihadiri lebih 1,000 aktivis PAS Kedah dan diadakan sebagai kesinambungan Ijtimak Tarbawi PRU13 di Taman Melewar bulan lalu….Harakah cetak.


KITA BANYAK FIKIR DUNIA- DATO DR HARUN DIN

Majlis Kesyukuran dan Mahabbah Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT-Kedah) di Pulau Pinang

Majlis Kesyukuran , terima kasih kepada AJK PPPT yang bertungkus lumus menjayakan Majlis 
MAHABBAH DAN IJTIMA ULAMA THURATH 1.1.2012 yang lalu di Surau Perwaja Gurun Kedah 
disamping merapatkan ukhwah dan silaturahim antara AJK PPPT

 Ziarah Tuan Imam Masjid Kapitan Keling : Dato Syeikh Abdullah Bukhari bin Abd Rahman Berusia 79 alim 4 mazhab , sangat tawaduq dan pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 Doa Syeikh Abdullah untuk ahli majlis PPPT
 Alhamdulillah PPPT - Kedah sudah berusia 2 tahun , majlis kesyukuran dianjurkan untuk merapatkan lagi silaturahim antara AJK PPPT . Insyallah akan datang kita akan anjurkan majlis seumpama ini bersama jemaah dan ahli PPPT . Doakan PPPT agar terus hidup dan giat menjalankan tugas secara sukarela tanpa upah dan bayaran untuk agama Allah ...Insyallah 27 .1.2012 kami akan membawa dua orang ulama tua ke Johor ke Majlis Maulidurasul . Doa agar kami menjadi bakal pendakwah dimasa hadapan .....






Beli Kitab Thurath di Pulau Pinang  




Setiausaha PPPT memberi Cenderahati kepada Ketua PPPT 

Ketua PPPT memberi cenderahati kepada Setiausaha PPPT

















Sumber: Ahmad Rafae ( Lujnah Penerangan Persatuan Pelajar Pondok Tauhid - Kedah)
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.364952350197748.109405.100000489592799&type=3
ampuni kami