Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, March 11, 2011

Kelebihan Menuntut Ilmu Agama

MANUSIA yang mendapat sanjungan Allah SWT adalah golongan yang menyampai dan mendidik masyarakat. Mereka meneruskan segala kerja-kerja yang ditinggalkan Rasulullah SAW dalam menyempurnakan syariat ummah.'

Inilah golongan yang disebut sebagai ulama atau orang yang berilmu dan menjadikan hidup sebagai hamba agama dalam mentarbiah masyarakat agar mengenal pencipta.

Dalam al-Quran Allah menobatkan mereka melalui ayatnya yang bermaksud: …Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (al-Mujadalah: 11).
Betapa Allah memuliakan golongan yang berilmu atau disebut sebagai ulama. Ini kerana peranan mereka dalam sesebuah masyarakat terlalu besar.

Mereka penerus dakwah Nabi Muhammad SAW dalam melengkapkan agama umat manusia. Mendidik dan mentarbiah jiwa-jiwa agar patuh dan taat kepada segala apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhi larangannya agar kita benar-benar faham mengapa kita diciptakan dan diletakkan di dunia sebagai hamba.

Melihat kepada pengorbanan golongan ulama yang terlalu besar ini, maka kolum kali ini akan membincangkan tentang kelebihan ilmu dan ulama.
Masyarakat kita lazim memanggil golongan yang alim dan fasih dengan ilmu agama sebagai ulama. Bahkan kerap kita mendengar panggilan ulama itu dilengkapkan lagi tambahannya Al-Alamah yang bermaksud sangat alim sebagai meninggikan lagi dan memuliakan golongan berjasa itu.

Ulama berperanan meneruskan penyebaran risalah kerasulan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dalam tiga bentuk sasaran yang khusus.
Pertama, membentuk akidah ummah (kepada siapa sembahan kita); Kedua, memahamkan tentang syariat (bagaimana kehidupan dan ibadah sebagai seorang mukmin) dan ketiga, membimbing gerak langkah umat supaya tidak ada rasa takbur dan riak dengan amalan dan sentiasa menjadikan Allah dan Rasul sebagai cinta utamanya.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Menuntut ilmu itu adalah fardu (wajib) ke atas setiap muslim (lelaki) dan muslimah (perempuan) (riwayat Muslim).”

Lalu ulama menghuraikan, yang dimaksudkan ilmu yang wajib itu ada tiga bahagian iaitu:

i. Akidah atau tauhid yang membincangkan tentang pegangan dan keyakinan kepada Allah.

ii. Fiqh atau syariah yang memahamkan tentang kehidupan, bagaimana cara beribadat dan sebagainya yang merangkumi keseluruhan kehidupan manusia.

iii. Tasauf atau akhlak sosial yang membimbing perilaku dan hati supaya menjauhi sifat-sifat yang boleh merosakkan ibadah seperti riak, ujub, sum’ah dan sebagainya.
Dengan ketiga-tiga ilmu tadi maka lepaslah kewajipan seorang manusia itu dari tuntutan agama.

Jelas bahawa tugas sebagai ulama itu bukan sekadar menjadi imam dan berkhutbah di masjid, surau atau madrasah tapi besar sekali tanggungjawab yang Allah pikulkan ke bahu mereka.

Rasulullah bersabda: “Ulama adalah pewaris kepada nabi-nabi.” Oleh itu tidak hairanlah mengapa golongan ini sangat dimuliakan oleh Allah SWT.

Kata Ibnu Abbas r.a: “Bagi mereka (ulama) itu beberapa darjat yang lebih atas orang mukmin dengan tujuh ratus darjat, jarak antara satu darjat dengan satu darjat itu sejauh perjalanan lima ratus tahun, seperti jarak di antara langit dan bumi.”
Dan daripada Ibnu Abbas r.a lagi: “Bahawasanya Allah SWT bermegah-megah kepada para malaikat tentang usaha dakwah ulama, seperti bermegah-megah ia dengan darah orang yang mati syahid.”
lihatlah darjat dan kemuliaan yang Allah berikan kepada ilmuan islam atas usaha keras mereka menyebarkan agama Allah yang indah.

Jika kita mengkaji kemuliaan bangsa kita, mengapa orang Melayu dihormati dan disegani, menjadi bangsa yang bermaruah, mestilah juga kerana agama Islam yang menjadi anutan dan pegangan.

Namun siapa yang membawa kemuliaan agama itu kepada kita suatu ketika dahulu? Siapa yang mengislamkan Parameswara dan menukar kerajaan Melaka menjadi kerajaan Islam yang sangat berpegang teguh dengan prinsip agama. Bila ditanya siapa mereka, tentu sekali jawapannya adalah ulama.

Kemuliaan dalam menuntut ilmu
Di era kehidupan kita sekarang, masih banyak bahkan terus berkembang institusi-institusi yang mendidik umat menjadi golongan yang berilmu.

Ini sangat perlu agar ada keseimbangan antara golongan professional dan ulama.
Oleh itu, tidak benar dakwaan mengatakan andai seseorang belajar agama maka kehidupan di usia tua tidak berfungsi kepada masyarakat.

Tegas dikatakan di sini, semua itu adalah dakyah-dakyah musuh Islam yang menanamkan ideologi dalam pemikiran umat bahawa ilmu agama itu jumud.

Apabila adanya pemikiran seperti ini maka tentu sekali timbul pandangan-pandangan negatif dan sinis terhadap anak-anak muda yang menuntut di bidang agama. Pelbagai kata-kata nakal seperti kononnya nanti tidak ada kerja, masa depan yang tidak cerah dan sebagainya yang sangat menyedihkan.

Oleh itu, perlulah saya betulkan di sini bahawa rezeki diperolehi dengan cara dan tahap usaha seseorang. Bukan kepada bidang pengajian yang dipelajarinya.
Perbezaan seseorang itu adalah dengan ilmu dan keimanan, bukan pangkat atau keturunan. Seorang tokoh bukan Islam, Aristotle berkata: “Yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal dan adabnya bukan asal keturunannya.”

Namun apa yang penting adalah kemuliaan bagi sesiapa yang menuntut ilmu itu sudah dijamin oleh Allah SWT.
Seperti kata Saidina Ali bin Abi Talib r.a: “Barang siapa yang berada di jalan menuntut ilmu, maka adalah syurga itu di dalam tuntutannya. Dan barang siapa yang ada ia dalam menuntut (mengerjakan) maksiat, maka adalah neraka itu di dalam tuntutannya.”

Kita menyaksikan bagaimana kehebatan bangsa Jepun dihormati dan disegani kerana penguasaan mereka terhadap ilmu teknologi.

Umat Islam telah memiliki kegemilangan ilmuwannya kerana ramai tokoh ulama yang bukan sahaja mahir di bidang syariah bahkan mereka mempelopori teknologi, falsafah, perubatan dan sebagainya.
Ini menunjukkan agama tidak memisahkan sama sekali antara ilmu syariat dan kemajuan teknologi. Bahkan seorang yang berjaya itu adalah mereka yang sangat takut kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam mencapai kemajuan hidup di dunia.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ilmu itu adalah bendaharaan (khazanah ternilai), anak kuncinya adalah bertanya, maka bertanya olehmu. Maka diberi pahala kepada empat orang. Pertama: Orang yang bertanya. Kedua: Orang alim. Ketiga: Orang yang mendengar. Keempat: Orang kasih kepada mereka.”

Dalam riwayat yang lain menceritakan kelebihan orang menuntut ilmu itu sehinggakan bila mana berjalan pada setiap langkahnya gugur segala dosa dan dihitung setiap langkahnya dengan kebajikan lalu digandakan amalan.
Maka wajarlah bagi ibu bapa sentiasa memotivasikan anak-anak agar memahami konsep sebenar dalam menuntut ilmu agama. Ia adalah sesuatu yang besar, bukan sekadar untuk pengetahuan biasa.

Kata seorang ulama dalam kitabnya Al-Hikam Ibnu Ataillah: “Barang siapa yang mencintai sesuatu maka ia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya itu.”
Maka alangkah hebatnya remaja kita di Malaysia ini andai mereka mendalami ilmu agama, mengenal penciptanya dengan sebenar-benar kenal lalu bercinta Allah

Tokyo dilanda Gempa bumi hari ini

TOKYO, 11 Mac: Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bebarapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.
Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Kerajaan jangan kongkong minda Mahasiswa andai mahu negara lebih kehadapan

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kerajaan BN diingatkan agar tidak memperlekehkan suara dan pemikiran generasi muda kerana mereka mempunyai potensi untuk mempertahankan atau meruntuhkan sesebuah kerajaan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, potensi generasi muda khususnya mahasiswa harus dibimbing sebaik mungkin, bukan mencipta undang-undang yang menjatuhkan martabat mereka sebagai mahasiswa.

"Bila berhadapan dengan orang muda jangan diperlekeh keupayaan mereka. Jangan membuat satu undang-undang yang pada zahirnya tidak menampakkan kezaliman terhadap mereka tapi dalam waktu yang sama kita menyaksikan bagaimana undang-undang itu memperbodohkan mereka dan mengheret pemikiran mereka ke zaman batu," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Merujuk kepada pilihan raya kampus yang berlangsung bulan lalu, Salahuddin kesal dengan pihak pentadibiran universiti yang berat sebelah dan mengenakan undang-undang yang menyusahkan mahasiswa.
"Cara pihak universiti melayani mahasiswa dalam pilihanraya kampus baru-baru ini amat menjijikkan dan kembali ke zaman kuno.
"Pihak universiti ugut mereka, susahkan mereka untuk mengisi borang pencalonan kemudian ada kejadian calon mahasiswa diugut dengan sms berunsur jenayah.
"Kenapa berlaku demikian sedangkan potensi mereka untuk menjadi pemimpin harus dididik dengan betul," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya, sekiranya kerajaan mengakui Malaysia sebuah negara demokrasi, maka ianya harus disuburkan sejak zaman kampus lagi.

"Ada orang cakap Malaysia tidak mungkin jadi macam Mesir, tetapi jangan bunuh demokrasi orang muda hari ini.

"Jika kita mengakui negara kita mempunyai demokrasi maka suburkan demokrasi itu. Jangan buat demokrasi di kampus sebagai suatu tempat kita menahan ledakan dan potensi anak muda.

"Orang muda boleh mengubah sejarah, boleh meruntuhkan empayar dan boleh menggunakan ruang siber yang ada untuk mereka mencapai tujuan mereka," katanya.

Beliau turut mempersoal tindakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan pihak pentadbiran universiti melarang mahasiswa membuat tinjauan di pilihan raya sedangkan universiti mempunyai fakulti sains politik.

"Kalau ada fakulti sains politik di universiti kenapa tidak izinkan mereka turun ke pilihan raya. Kita sekat mereka, gantung mereka daripada pengajian, gantung biasiswa, ini cara apa?" soalnya.
Tegasnya, mahasiswa harus diberi peluang mengkaji sesuatu fakta tanpa kongkongan mana-mana pihak.

"Sebagai contoh hari ini kalau kita nyatakan dengan fakta bahawa Felda Plantation itu adalah satu yang kita anggap bertentangan dengan matlamat asal DEB iaitu untuk membasmi kemisikinan dan menyusun kembali masyarakat, kenapa tidak harus universiti dengan fakulti sains politik menghantar pelajar mereka untuk menyiasat, melihat dan mengkaji kebenaran fakta ini.
"Ini cara kita menyuburkan pandangan dalam iklim politik yang sihat kalau kita ingin jauhi politik fitnah," katanya

Tn Guru Haji Salleh menyeru semua ahli memastikan semua keluarga daftar mengundi

11 Mac 2011
Tn Guru Hj Salleh Musa hari ini menyeru semua ahli kulaih agar menyemak dan mendaftar daftar pemilihan .
Kata tuan Guru semasa memberi kuliah pagi tadi
"Tuan-tuan tolong ambik perhatian , pilihan raya makin dekat(hampir) jadi tolong gerak kerja , tolong pastikan anak-anak yang layak mengundi sudah mendaftar.Jangan hanya kuat berjuang btetapi tidak layak mengundi kerana lalai (leka) buat pendaftaran " .
Kiara -kira 3000 orang yang hadir pagi ini .


Tn Guru berkata lagi Islam Hak kita semua , kerja keras untuk Islam , jangan kira jawatan kerana Islam hak kita , wajib kita berjuang . Perjuangan kita untuk anak cucu kita dimasa hadapan .

Insyallah sesiapa yang belum daftar andai datang kuliah jumaat di Pondok Ar Rahmaniah  Sik minggu depan bolehlah membuat pendaftaran di pondok Ar Rahmaniah .
Tn Guru berkata "saya bukan ada jawatan dalam parti tetapi kita perlu tolong agar Islam menang "

Thursday, March 10, 2011

Qasidah perlu diperkenal kepada masyarakat

يا سيدي يا رسول الله


يا سيدي يا رسولَ الله - يا من له الجَاهُ عند الله

إنّ الْمُسِيْئِيْنَ قدْ جَاءُوك - بالذّنْبِ يَسْتَغْفِرُونَ الله

يا سيّد الرُّسْل هَادِيْنـا - هَيـّا بِغَارة إِلَيْنا الآن

يا هِِمَّة السّادات الأقْطاَب- مَعَادِن الصِّدْقِ والسِّرّ

نَادِ المُهَاجِرصَفِيّ الله -ذاك ابْنُ عيسى أبَا السَّادات

ثُمّ المُقَدّم ولِيّ الله - غَوْث الوَرَى قُدْوَة القَادات

ثمّ الوَجِيْـه لِديْنِ الله - سَقّافَنا خَارِق الْعَادَات

والسّيّد الكامِل الأَوّاب - العَيْدرُوس مَظْهَر القُطْر

قُومُوا بِنا واكْشِفُوا عَنّا - يا سَاداتِي هذِه الأَسْوَ

وَاحْمواُ مَدِيْنَتْكُم الغَنَّا - مِنْ جُمْلةِ الشَّرّ والْبَلْوَى

Qasidah ini menceritakan tentang tawassul kepada Rasulullah SAW dan para salaf, di antara mereka: Ahmad bin Isa Al-Muhajir, Al-Faqih Al-Muqaddam, Abdurrahman Al-Saggaf, Abdullah Al-idrus untuk kita mendapat pengampunan dari Allah SWT dan di jauhkan dari segala kejahatan dan musibah

Kembara Ilmu Mendekati Ulama . Kelantan Terengganu 2011

KELANTAN SERAMBI MAKKAH
Berkat dibawah pimpinan ulama
Pogram Kembara ilmu mendekati ulama siri ke 2-Kelantan Terengganu .
Insyallah kali akan datang akan menziarahi Pattani Thailand .
Ramai ulama Pattani yang belum diziarahi dan pondok-pondok masih banyak aktif disana .
Insyallah akan diumum semula .

Bersama YAB Dato Tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
MB Kelantan
Kami bersama solat jamaah bersama beliau dan mendengar tazkirah yang sangat menyentuh hati dari beliau .
Walaupun sebok dengan tugas MB tetapi akhlak murni tokoh ulama yang dikenali umum ini sangat lembut akhlak sanggup melayan kami .


Makam Tok Kenali


PONDOK PASIR TUMBUH
walaupun hujan kami tidak patah semangat untuk menziarahi tokoh ulama tersohor Tn Guru Hj Hasyim
yang sedang uzur
Hanya mampu berdoa agar Tn Guru sihat dan dikuatkan hati memghadapi ujian Allah
Ulama diuji kerana Allah hendak menaikan darjat mereka
muslimat sedang berdoa kepada Tn Guru Hj Hasyim
TERENGGANU




Tempat batu bersurat ditemui
Kediaman Tn Guru Hj Hadi Awang
Bersama Isteri Tn Guru Hj Hadi Awang
Di Puncak bukit Kuala Terengganu .
Kami tawan bukit semata-mata ingin menziarahi makam Syeikh Yassin dari Yaman .
Walaupun hujan tetapi roh jihad membakar semangat kami untuk mendaki bukit ini
Kilang batik
Muzium Terengganu . Allahuakbar besar sungguh muzium ini .
Peserta menerima sijil kenangan pogram dari saudara Mizi selaku Setiausaha PPPT

Nostalgia Ust Fadzil Noor. Kasih ulama membawa ke syurga

ampuni kami