Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, November 8, 2021

MAJLIS PENGKISAHAN TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI



 MAJLIS PENGKISAHAN TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI  di Maahad Derang .

Oleh Ustaz Ali Fahmi  anakanda Abuya Syeikh  Ahmad Fahmi Zamzam.

Khulasah dari mafhum yang disampaikan oleh Ustaz Ali tentang Abah beliau dan guru yang kita cintai.

1. Adab dengan ilmu dan tidak sia siakan masa.

Almarhum Abuya dirumah suka menulis .Abuya ada bilik khas untuk membaca menulis di rumah. Adab Abuya semasa nak membaca atau menulis beliau akan memakai kopiah dan berpakaian rapi seperti hendak solat. Adab beliau untuk muliakan ilmu.

2. Semangat dalam sebar dakwah.

Setelah Ustaz Ali pulang dari Syria beliau khidmat sebagai pemandu kereta Abuya ke mana mana majlis di Malaysia . Sepanjang perjalanan musafir ke mana mana majlis abuya tidak tidur diatas kenderaan . Sepanjang perjalanan Abuya buat buata apa sahaja amalan khusus atau akan buat urusan seperti hubungi murid murid untuk pengurusan pondok atau urusan majlis dan sebagainya . Setelah tiba ditempat majlis abuya terus mengajar 2 - 3 jam . Taufiq dan kekuatan yang Allah anugerah luar biasa kepada abuya . Abuya sangat semangat dalam menyampaikan dakwah.

3. Adab Abuya menghadiri majlis .

Sepanjang pengalaman Ustaz Ali membawa Abuya Syeikh Fahmi ke majlis majlis besar seperti maulid bersama Habib Omar , haul halu besar , Abuya berpakaian sederhana dan jarang memakai serban dan ridak . Abuya tidak mahu orang ramai mengalih perhatian kepada beliau disebabkan ingin menghormati ulama dan keberkatan majlis.

Jika menyambut kedatangan anak anak guru beliau datang ke Malaysia , Indonesia , Singapura seperti menyambut Abuya Syed Ahmad bin Syed Muhammad Alawai Al Makki , Abuya akan hadir lebih awal terkadang satu ke dua jam lebih awal kerana ghairah menyambut ulama dan ingin meraikan majlis .

4. Abuya sangat pentingkan sunnah.

Sepanjang pengalaman ustaz Ali khidmat menjaga abah beliau ketika sakit di Derang dari 7 feb 2021 - 29 mei 2021 Abuya sangat mementingkan sunnah dalah kehidupan harian walaupun ketika sakit.

Disaat akhir kewafatan abuya , abuya solat maghrib berjemaah yang terakhir di surau pondok pada hari selasa 26.10.2021 . Setelah itu abuya ke tandas dipimpin oleh adik ustaz Ali yang berada di Banjar Masin iaitu Ustaz Ahmad Mujahid dan pembantu abuya Ustaz Fakhrian Abuya masih amal sunnah dengan sempurna memasuki tandas , setelah itu abuya tidak sedarkan diri hingga wafat pada 30.10.2021 dalam keadaan meamalkan sunnah Rasul hingga ke akhir hayat.

5. Abuya sempat menulis buku terakhir bertajuk " Alhamdulillah umurku genap 63 tahun"  sebagai kenang kenangan kisah kehidupan abuya dan buku itu abuya akhiri nasihat sebagai wasiat buat keluarga, penerus pondok dan murid murid yang mengikuti pengajian beliau .

Perkongsian oleh Ustaz Ali bin Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam 8.11.21

Semoga Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam diampun segala dosa , mendapat syafaat Rasul serta mendapat nikmat dan kerehatan di alam barzakh. Moga kita dapat berkumpul bersama Rasulullah , guru kita Syeikh Ahmad Fahmi dan guru guru kita yang lain serta ulama ulama yang mencintai Allah dan Rasul.

Al Fatihah.

Catatan Helmi Assyafie 

9 Nov 2021 hari ke 11 kewafatan Abuya Syeikh.



















No comments:

Post a Comment

ampuni kami