Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, May 31, 2014

Syeikh Muhammad Husni Ginting Al Azhari - di Kedah - program ziarah ulama tua Kedah dan majlis ilmu bersama Syeikh Husni Ginting



Sebarkan !!!
Program Syeikh Muhammad Husni Ginting Al Azhari di Kedah .

Jaulah ulama Kedah bersama Syeikh Muhammad Husni , esok hari Isnin  dan Selasa 2 dan 3 Jun 2014  ( Siang )
Manakala pada malamnya Talaqi Kitab Hadis bersanad .
Malam ini Ahad malam Isnin 1.6.2014 Syeikh Di Taalim Asyairah , Ayer Hitam , Jerlun Kedah

Semua program di Ta'alimi Asyairah , Ayer Hitam , 600 m sebelum pekan Ayer Hitam , KM 19 Kampong Tempayan Pecah , Jalan Alor Setar Kangar .

Masjid atau surau yang berminat untuk jemput syeikh beri kuliah hubungi saya Helmi Assyafie 013 4044259

- Kami akan ziarahi ulama tua dalam kedah selama dua hari bersama Syeikh Husni

- Yang berminat untuk ikut jaulah ulama dan talaqi hubungi ana Helmi Assyafie
013 4044259 atau Fazrin 019 6782172
 


Sains di sebalik Israk dan Mikraj


SABAN tahun tatkala melangkah masuk Rejab, sejarah penting yang berlaku dalam bulan ini antaranya peristiwa pengembaraan dan perjalanan luar biasa Nabi Muhammad SAW untuk menemui ALLAH SWT (Israk dan Mikraj). Terlampau banyak hikmah yang boleh diteladani dalamnya.
Dalam peristiwa yang berlaku usai solat Isyak, Baginda SAW berada di Masjidilharam dibawa ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin kemudian menaiki buraq terus ke langit ke tujuh, semuanya berlaku dalam tempoh satu malam. Maha Besar ALLAH, Tuhan sekalian alam!
Tahun kesedihan Baginda SAW
Pendakwah, Ustaz Shahrizan Daud menjelaskan, dalam riwayat dan pengkajian kebanyakan ulama sejarah, antara faktor berlakunya peristiwa Israk Mikraj adalah kerana ALLAH berkehendak memujuk kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.
Ini kerana pada tahun berkenaan juga menjadi tahun kesedihan bagi Rasulullah SAW.  Dalam tahun yang dikenali sebagai aamul hazni (tahun kesedihan), Baginda SAW kehilangan dua insan tersayang dan mempunyai peranan sangat penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu pemergian isteri tercinta, Siti Khadijah binti Khuwailid serta bapa saudara yang memeliharanya semenjak kecil lagi iaitu Abu Talib bin Abdul Mutallib.
“Pemergian kedua-dua insan penting ini berlaku dalam keadaan kehidupan Rasulullah SAW dan golongan sahabatnya penuh dengan tekanan, pemboikotan dan banyak menerima ancaman bunuh daripada golongan kafir Quraisy ketika itu.
“Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja sebagai faktor pujukan ALLAH terhadap Rasulullah SAW semata-mata. Sebaliknya, ia juga adalah saat di mana kefarduan ibadat solat lima waktu disuruh ALLAH dan beberapa gambaran simbolik berkaitan azab dan nikmat pada hari akhirat nanti,” katanya kepada Rehal.
Menurutnya, malah peristiwa Israk dan Mikraj itu juga adalah satu ujian kepada golongan sahabat yang pernah beriman dan mengikuti Rasulullah SAW.
Dalam riwayat sejarah yang lain ada menyatakan terdapat sebilangan daripada mereka telah murtad dan keluar daripada agama Islam hasil daripada perjalanan Israk dan Mikraj kerana ketidakpercayaan mereka kepada peristiwa luar biasa yang tidak mampu diterima akal.
Keimanan dan logik akal
“Dalam ruangan Halaqah kali ini, saya cuba mengaitkan peristiwa agung ini dengan faktor keimanan dan logik akal menurut perspektif sains melalui perbincangan saya dengan beberapa ahli sains dan astronomi.
“Antaranya penggiat Astronomi Amatur Malaysia dan pengasas http://www.falakonline.net, Shahrin Ahmad.
“Dapat dilihat perkaitan perjalanan dan kelajuan perjalanan Israk dan Mikraj ini adalah melalui teori kecepatan kelajuan cahaya.
“Dilihat secara umum, teori E=mc² bersumberkan peristiwa Israk dan Mikraj daripada pengkajian pakar fizik iaitu Albert Eistein, beliau mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk melengkapkan Teori Relativiti Khas kepada Teori Relativiti Umum.
“Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh orang bukan Islam. Hampir tiada langsung yang mempercayainya kerana konsep pengiraan: Halaju cahaya = 300,000 km/s. Buktinya sebagai contoh, cahaya tanpa henti untuk sampai ke penghujung alam semesta yang dapat dilihat hari ini melalui teleskop mengambil masa kira-kira 13.1 bilion tahun,” katanya yang turut bertugas sebagai tenaga pengajar di Usrah Fitrah dan perunding latihan ini.
Beliau menambah, dengan alasan inilah mereka (orang bukan Islam) beranggapan adalah mustahil untuk Nabi Muhammad SAW mengembara dalam hanya satu malam.
Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia.” (Surah Al-Isra’: 60)
Teguh mempercayainya
Siapalah kita untuk tidak mempercayai peristiwa agung ini. Ia bukan untuk difikirkan dengan menggunakan akal logik semata-mata, malah paling utama, sebagai seorang yang mengaku beriman, sudah pasti kita akan mempercayainya walaupun ia tidak mampu diterima dek akal.
Inilah bukti iman, iaitu antaranya mempercayai perkara yang ghaib dan tidak boleh dilihat dengan mata.
Inilah bukti yang cuba ditunjukkan oleh sahabat Baginda SAW yang sentiasa membenarkan, Saidina Abu Bakar As-Siddiq tatkala kafir Quraisy mengatakan Muhammad ke Masjidil Aqsa dalam tempoh satu malam yang diceritakan kepadanya sebagai satu ejekan dan untuk merendahkan Nabi Muhammad SAW .
Namun apa yang dijawab oleh Abu Bakar As Siddiq, dengan lantang beliau berkata: “Kalaulah nabi Muhammad yang menceritakan perkara ini, jangankan ke Masjidil Aqsa, malah jika lebih jauh daripada itu pun, pasti aku akan mempercayainya”.
Sains & kesahihannya
Sementara itu, Shahrin menerangkan mengenai perkaitan ringkas teori dan peristiwa ini dari segi istilah sains dan kesahihannya antara jisim dan tenaga.
Menurutnya, Teori Relativiti Khas E=mc² adalah sesuatu jisim yang bergerak dengan halaju cahaya, ia akan berubah bentuk menjadi tenaga manakala tenaga yang terhasil ini jika dikembalikan kepada jisim asal, akan terdapat ralat atau kecacatan pada jisim tersebut dengan erti kata lain, bukan dalam keadaan asalnya.
“Supaya lebih  mudah difahami, lihat sebuah bantal berisi kekabu separa padat dan lakukan eksperimen ke atasnya. Kemudian ayunkan selaju mungkin dengan memegang pada satu bahagian dan cuba lihat bagaimana keadaan bahagian yang lain?
Sudah pasti keadaannya akan berubah daripada bentuk asalnya.
“Itulah jika diibaratkan dengan badan manusia. apabila kelajuan disentuh pada permukaan kulit, ia akan berubah mengikut bentuk permukaan yang menyentuhnya,” katanya.
Menurutnya, pada fizikal tubuh dan jasad Nabi Muhammad SAW, tidak terdapat sebarang perubahan walau sedikit pun. Jika dilihat dari segi faktor teori sains fizik, langsung tidak tersenarai faktor lengkap yang menyebabkan kegagalan teori tersebut.
Sebabnya adalah sangat mudah. Ini adalah kerana ALLAH memelihara badan Nabi Muhammad SAW daripada segala kecacatan dan kekurangan.
Persoalan logik ini juga barangkali sesuai jika boleh dikaitkan dengan teori kelajuan cahaya iaitu: With The Speed Of Light, A Person Is No Bound To Time And Space (dengan kelajuan cahaya, seseorang itu tidak akan tertakluk atau terhad kepada masa dan tempat).

Makanan bentuk hati manusia


MENURUT Imam  Al-Ghazali, perut yang kenyang walaupun dengan makanan halal adalah satu daripada pintu masuk syaitan ke dalam hati manusia. Ini kerana rasa kenyang akan menguatkan dan membangkitkan syahwat sedangkan syahwat adalah senjata utama syaitan untuk berada di hati manusia.

Banyak makan menghilangkan rasa takut kepada ALLAH SWT, menghilangkan kasih sayang sesama makhluk, berat hati untuk melaksanakan ketaatan dan menimbulkan pelbagai penyakit yang boleh menghalang kepada amal ibadah manusia.

Hati adalah raja kepada setiap tindak-tanduk manusia. Jika hati itu baik, baiklah segala tingkah lakunya dan sebaliknya. Hati yang kotor dan mati pula adalah akibat daripada makan secara berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran. Sudah semestinya apabila sahabat kita adalah syaitan, maka segala perbuatan dan tingkah laku akan menurut sebagaimana yang dikehendaki syaitan.

Apabila kita terlalu banyak makan, ia menguatkan nafsu dan sentiasa terarah kepada melakukan perkara jahat. Akibatnya kita malas untuk beribadah dan sentiasa berasa resah.

Makanan dimakan itu walaupun lazat tetapi tidak berkhasiat dan mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan menyebabkan kesihatan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit sekali gus, menghalang kepada amal ibadah.

Justeru, menjadi kewajipan kepada kita sebagai umat Islam memilih makanan halal lagi baik, dan sumber kewangan yang diperoleh untuk mendapatkan makanan juga adalah daripada yang halal.


Makanan berkat

Mencari keberkatan dalam soal makan dan minum penting kepada Muslim. Ini kerana keberkatan dalam makanan juga menjadikan hidup kita berkat.

Asas utama dalam soal keberkatan makanan ini semestinya lahir daripada fizikal makanan itu sendiri yang halalan tayyiba (halal lagi suci).

Meninggalkan yang haram adalah tanda takwa, manakala meninggalkan shubhah pula adalah realisasi sifat warak dalam diri Muslim.

Al-Junayd berkata, sucinya makanan, pakaian dan tempat tinggal daripada perkara yang haram akan memperelok lagi seluruh amalan dan perbuatan seseorang.

Berkat juga lahir daripada makanan yang berkhasiat, bernutrien tinggi  dan selamat tanpa mengandungi bahan yang boleh membahayakan kesihatan dan akhirnya memperkuatkan tubuh badan kita untuk mencari rezeki dan melaksanakan pelbagai ketaatan yang lain lagi. Pendek kata, rezeki yang berkat ini sentiasa mengalir pahalanya.

Menurut al-Ghazali, perlu bagi seseorang berniat apa dimakannya itu untuk takwa kepada ALLAH dan melakukan ketaatan kepada-Nya.

Bahkan beliau turut menambah seseorang itu perlu berazam dalam dirinya untuk mengurangkan makan sekiranya mereka makan hanya untuk memberikan kekuatan, maka ia adalah ibadah. Ini kerana kekenyangan akan menghalangnya daripada beribadah dan tidak mampu menguatkan ibadahnya.
 

Adab makan dalam Islam

Kita dilarang  sama sekali mencela setiap makanan yang dihidangkan kerana walau apa bentuk sekalipun makanan tersebut, ia adalah rezeki yang dikurniakan ALLAH.

Seorang sahabat meriwayatkan: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mencela makanan. Jika makanan itu menyelerakan, maka Baginda SAW memakannya, jika tidak menyelerakan, maka Baginda SAW diam”. (Riwayat Muslim)

Keberkatan juga lahir apabila kita menikmati makanan secara berjemaah dan tidak secara sendirian terutamanya untuk menjauhi sifat tamak dan rakus. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berkumpullah kamu untuk makan dan ingatlah nama ALLAH, nescaya kamu akan diberkati”. (Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah)

Secara khususnya, adab makan dimulakan dengan membasuh tangan sebelum makan jika tangan kotor, memulakan makan dengan Basmalah dan niat untuk takwa dan taat kepada ALLAH, makan menggunakan tangan kanan, duduk di atas kaki kiri  dan melipat kaki kanan ke perut, mengurangkan suapan dan memperelok kunyahan,  tidak menyuap suapan yang lain jika makanan dalam mulut belum ditelan, menelan makanan dengan sedikit untuk tidak menampakkan kerakusan, mengucapkan Hamdalah setelah selesai makan, menjilat jari jemari setelah selesai makan lalu membasuhnya, serta makan secara tidak berlebihan dan tidak terlalu sedikit sehingga mengurangkan tenaga dan zat bagi perkembangan tubuh.
 

Berlapar, Tarbiyah jiwa

Islam itu indah. Nafsu manusia diurus dan dididik dengan sempurna. Oleh kerana itulah Islam mensyariatkan kepada umatnya untuk berpuasa bagi mengekang hawa nafsu mereka.

Puasa, langkah utama mengendalikan nafsu manusia bersesuaian sekali dengan maksud puasa itu sendiri untuk menahan diri daripada makan, minum, menjaga penglihatan, memelihara pendengaran, dan menjaga anggota badan daripada berbuat dosa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan muda, jika antara kalian ada yang mampu berkahwin, maka berkahwinlah. Kerana itu sangat baik untuk memelihara penglihatan dan kemaluan. Dan sesiapa yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu merupakan penawar nafsu syahwat”. (Riwayat Bukhari)

Puasa atau berlapar adalah latihan jiwa dan benteng hawa nafsu yang terbaik bagi seseorang Muslim. Makan dan minum sekadar dapat membekali seseorang sehingga mampu menegakkan seluruh kewajipan yang diperintahkan. Makan dengan kadar demikian adalah wajib hukumnya.

Banyak makan selagi tidak terlebih batasan kenyang adalah dibolehkan dan berlebih-lebihan dalam makan adalah haram hukumnya. Berlapar bukan bermaksud tidak makan tetapi dengan mengurangkan kuantiti makanan dan mengurangkan waktu makan sebagaimana kebiasaannya tiga kali sehari.

Al-Ghazali menyatakan terdapat faedah yang besar daripada berlapar ini di mana antaranya ialah memecahkan syahwat dan maksiat serta menahan nafsu daripada melakukan sebarang kejahatan. Ini adalah kerana bermulanya sesuatu maksiat adalah dengan nafsu dan mengurangkan makan akan melemahkan nafsu tersebut.

Dengan berlapar juga dapat mencegah tidur dan meneruskan berjaga malam kerana orang yang banyak makan akan banyaklah tidurnya. Malahan, dengan mengurangkan makan akan menyihatkan badan dan mengelakkan penyakit  daripada menyerang.

Ini kerana punca sesuatu penyakit kebanyakannya  daripada tabiat banyak makan.

Bahkan apabila berlapar, hati juga akan mudah memiliki rasa ingin mengutamakan orang lain dan menghargai anak yatim serta orang miskin yang berada di sekelilingnya.

Monday, May 26, 2014

Himpunan Ulama Pondok Nusantara 28.5.2014 - 1 hari lagi - sebarkan


TV Hijrah buat liputan Majlis Taalim Asyairah Ayer Hitam Kedah 25 mei 2014



Takdir ALLAH pulang dari seminar hudud pada 24.5.2014 di Kelantan , dan pada 25.5.2014 
TV Hijrah datang Majlis Taalim Asyairah untuk mengambil maklumat tentang perkembangan pengajian di majlis taalim Asyairah . 

Secara terang terang saya menyatakan majlis taalim kami perjuangkan ahli sunnah wal jamaah berasaskan sistem pondok dan menyatukan ilmu pondok dengan dakwah para habaib 




Pengajian cuti sekolah 28 mei hingga 10 Jun 2014

Program pengajian sistem pondok
28. mei 2014 hingga 10 jun 2014
RM 200 sekali makan selama 12 hari
Murah INSYA ALLAH berkesan
Pendaftaran bermula 28 Mei 2014
Malam 28. mei 2014 bersama alim ulama
Pendaftaran : 013 4798912 atau 0196782172

Saturday, May 24, 2014

Seminar pelaksanaan kanun jenayah syariah ll Kelantan - seminar hudud 24 Mei 2014 dalam kenangan

Kenang kenangan seminar hudud Kelantan 
di PUTIK 24. 5 . 2014
Terima Kasih Dewan Ulama PAS Pusat dan Kelantan kerana anjur seminar penerangan untuk seuruh jentera pejuang Islam memahami hukum hudud , qisas , takzir dengan cara yang jelas . 
Terima Kasih Darul Hadis , Syeikh Zainol Asri , Ust Akhyari Su Darul Hadis , Ust Arif yang bekerja kuat untuk mengatur dan menjayakan majlis bersama dewan ulama PAS pusat semalam dan berjaya membawa satu bas rombongan ke Kelantan untuk ulama pelapis mendalami ilmu dan mencedok ilmu dari tokoh ulama dan pimpinan ulama . 
Moga usha ini diberkati , moga pulang kita sebagai DUTA untuk SYARIAT ISLAM TERTEGAK!!!

MB Kelantan Ust Yakkob yang sangat bersungguh sungguh perjuangkan hudud .
Dr Mahfoz Johor dan Ust Khairuddin Thakiri







Ust Nasaruddin Tantatawi

YB UST NIK ABDUH NIK AZIZ

Ustaz Zulkifli Baitu Qurraq Melaka 
merangkap ketua ulama PAS Melaka Murabbi yang ku kasihi dan cintai 
menyatukan perjuangan Ahli Sunnah dengan manhaj para habaib dan memperjuangkan ilmu Thurat Pondok dan perjuangan PAS. 
Begitu Syeikh Zainol Asri bin Ramli 

SYEIKH ZAINOL ASRI RAMLI













Friday, May 23, 2014

Laporan terkini majlis himpunan ulama pondok Nusantara 28.5.2014

Doakan 28.5.2014
Agar majlis Himpunan Ulama Nusantara 
di Taalim Asyairah Ayer Hitam jalan dengan jaya dan mendapat 
pertolongan dan Barakah dari Allah. 

Terkini laporan majlis : 
Insya Allah kehadiran ulama dari Fathoni seramai 10 orang lebih 
Ustaz Fahmi Zam zam dijangka akan hadir bagi mewakili ulama Indonisia
dan lebih kurang 10 orang ulama pondok Kedah akan hadir.
Majlis akan bermula 
jam 9 malam . 
Sila sebarkan . Hadir beramai ramai moga Allah beri barokah bersama. 


Kenangan barisan ulama Fatani 
Kenangan Ustaz Fahmi Zam Zam bersama ulama Fathoni
tahun 2013 tempoh hari

Doakan agar majlis himpunan ulama Pondok Nusantara 28.5.2014 
Berjalan lancar dan moga Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih kuat dengan kesatuan alim ulama 

BERSAMA PERTAHANKAN KETUANAN ISLAM
DAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 
BERSAMA ULAMA MUKTABAR 


Monday, May 19, 2014

Himpunan Ulama Pondok Nusantara 28.5.2014

 Himpunan Ulama Pondok Nusantara 
28.5.2014
Rabu 
9 Malam 
Sebarkan dan doakan agar majlis selamat dan jaya untuk sama sama kita meraikan ulama pewaris anbia di Taalim Asyairah Ayer Hitam

Saturday, May 17, 2014

Seminar Hudud - Di PUTIK Kelantan 24.5.2014

SEMINAR HUDUD 
Di PUTIK Kelantan 24.5.2014 
WAJIB kepada Dewan Ulama PAS Pusat , Dewan Ulama Negeri Negeri , 
Urusan Ulama setiap kawasan 5 orang . 
Sunat pergi bagi Alim Ulama , Ulama Pelapis , seluruh ustaz ustazah - sumber DR Khairuddin Takiri semalam 17.5.2014 di Kompleks PAS Kedah anjuran Dewan Ulama PAS Kedah 


Israq Mikraj di Kompleks Darul Hadis


Kenangan Kuliah Israq Mikraj 
Di Darul hadis 
Ganti kuliah Syeikh Zainol Asri 
Takdir Allah 
Ana yang banyak dosa ini ditakdirkan ganti Kuliah Syeikh Zainol Asri di Kompleks Darul Hadis Tok Keling pada hari Khamis malam Jumaat 15.5.2014
Syeikh Zainol Asri ke UNISZA 
Menghadiri majlis maulid bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari 
Apabila saya dihubungi oleh Ust Shah untuk gantikan beliau yang mana beliau diamanahkan untuk ganti Syeikh zainol Asri tetapi beliau ada kerja penting . 
Apabila dihubungi saya amat amat rasa tak layak untuk ganti kuliah Murabbi yang dihormati dan disayangi . 
Keadaan terpaksa . Takdir Allah saya tak faham tetapi saya cuba untuk penuhi hajat . Dengan perasaan amat hina dan kerdil saya cuba penuhi hajat . Dengan ilmu terbatas saya kongsikan cetita Israq Mikraj yang saya dapat ijazah dari guru mulia saya Tuan Guru haji Salleh bin Musa. 
Hikmah yang saya nampak ialah Allah hendak atur sekali sekala agar anak anak Darul hadis dapat merasai cara pondok . 
Moga dengan khidmat pada anak anak Darul Hadis yang hati hati mereka sangat menebal mencintai Rasulullah moga dapat tumpang barakah mereka dan moga kita bersama akan dapat syafat agong Rasulullah SAW.





Sunday, May 11, 2014

Kenangan Maulid , majlis Selawat di Taalim Asyai'rah Ayer Hitam

MAJLIS SELAWAT CINTA RASUL
TAALIM ASYAI'IRAH
Moga ia menjadi kenangan manis di akhirat kelak
Kenangan bersama Habib Najmuddin















http://attaalimasyairah.blogspot.com/
ampuni kami