Pemikiran Helmi Assyafie dalam meneruskan perjuangan hingga bertemu ALLAH.
Pemikiran ini dalam konteks perjuangan dan pengamalan ISLAM khusus di Alam Melayu Malaysia dan Nusantara dan mungkin sesuai pengamalan diperingkat
dunia ahli sunnah wal jamaah
Setakat ini saya banyak bergaul dengan gerakan Islam , gerakan dakwah ,gerakan ngo Islam , dan lain lain.Saya di Malaysia pernah bersama PAS dan NGO Islam lain. Selain itu, saya
pernah mengkaji gerakan tabliq dan pernah sebentar saya ikuti dakwah
tabliq di Fathoni Darusssalam.
RUMUSAN yang saya simpulkan:
Sekarang saya hanya Istiqomah dengan AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
Ini sahaja perjuangan yang benar dalam pengamalan agama yang kita amalkan.
Maka oleh itu, saya tidak akan tinggal sampai akhir hayat perjuangan ahli
sunnah wal jamaah INSYA ALLAH bersama ulama para HABAIB SUNNI HADRAMAUT, ULAMA PONDOK NUSANTARA ULAMA SUNNI SELURUH DUNIA SUNNI seperti
ULAMA AZHAR MESIR dan lain lagi.
Maka inilah jalan saya yang jelas:
1.
Mengikuti para habaib atas manhaj ahlus sunnah wal jamaah
jalanan habaib hadramaut ialah jalan para habaib Balawi yang mementingkan sola ILMU, AMAL , IKHLAS, WARA, KHAUF.
2.
Mengikuti jalanan ulama pondok /
pesantren yang mempertahankan ilmu talaqqi ahlus sunnah wal
jamaah yang mendekatkan kita kepada jalan Salafussoleh
Dalam ilmu aqidah mengikuti pandangan IMAM ABU HASSAN ASYA'ARI dan
IMAM ABU MANSUR MATURIDI.
Dalam bab syariat mengikuti pandangan IMAM AS-SYAFIE.
Dalam bab akhlak mengikuti pandangan IMAM GHAZALI dan IMAM ABDULLAH AL HADDAD.
keseluruhanya mesti BERSUMBERKAN KEPADA QURAN DAN SUNNAH.
3 .
Mengikuti ulama ulama sunni tanpa
taksub dan jumud, pemikiran kita mesti terbuka untuk memperjuangkan
ahlus sunnah wal jamaah , semua pemikiran yang bernas dari ulama ulama
sunni kita perlu ambil pakai seperti ULAMA AZHAR MESIR yang hebat dalam
ilmu syariat dan ilmu mempertahankan ahlus sunnah , Ulama sunni SYRIA
yang hebat dalam ilmu Quran , ulama CHECHNYA yang sangat hebat
pengamalan mereka dan pegangan mereka kepada ahlus sunnah wal jamaah ,
Ulama sunni INDIA yang sangat hemat dalam keilmuaan Hadis begitu juga
ulama Sunni JORDAN, IRAQ, TURKI DAN LAIN LAIN NEGARA YANG BERPEGANG KEPADA
AHLUS SUNNAH.
Jalan ini jalan yang mementingkan nilai nilai keilmuaan dan mesti
bersumberkan kepada QURAN SUNNAH, IJMA QIAS, begitu jula jalan ini sangat
menekankan kefahaman dan penghayatan agama dalam soal IMAN ISLAM EHSAN .
Jalan ini mesti mengikuti jalan akhlak dan tidak memusuhi sufi yang hak mengikut manhaj Sunnah yang ditarbiah oleh Salafussoleh.
PESAN HABIB ABU BAKAR :
AGAMA ISLAM AGAMA RAHMAT , BAWA KEDAMAIAN , '
JAGA LIDAH MU DARI MAKIAN , JAGA TANGAN MU DARI KEROSAKAN
JANGAN KITA BERPECAH BELAH , CUBA KITA CARI TITIK TITIK PERTEMUAN KITA UNTUK BERSATU ,
TIADA ADA PERMUSUAN DALAM ISLAM , MUNGKIN KITA SALAH FAHAM DALAM
BERFIKIR MENYEBABKAN KITA BERPECAH , SEDANGKAN ISLAM ITU AGAMA RAHMAT ,
MESTI KITA RAHMAT SESAMA ISLAM, BAHKAN YANG BUKAN ISLAM MESTI KITA
MEMBAWA RAHMAT ISLAM KEPADA MEREKA, INI AGAMA RASULULLAH MAKA WAJIB
SETIAP ULAMA MENYAMPAIKANNYA JANGAN SEMBUNYIKAN AMANAH INI.
Ketiga-tiga diatas saya akan ikuti dan anuti jalanan Ahlus Sunnah Wal Jamaah Insya ALLAH saya berdoa agar ALLAH Istiqomahkan saya hingga mati
atas jalan ahlus sunnah ini.
Tidak keterlaluan bagi pandangan saya , hanya 3 jalan diatas kita akan
bersama gerakan perjuangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sama ada perjuangan
ahlus sunnah di Malaysia ,dan nusantara serta negara negara Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang lain .
Ketiga tiga ini keutamaan bagi kita untuk perjuangkan untuk agama kita.
SEJARAH Perjuangan Helmi Assyafie konteks di Malaysia:
Saya harap pembaca dapat baca apa yang saya tulis dalam bab ini dengan
cara menyeluruh sehingga habis dalam pemikiran perjuangan saya, sebab
perubahan perubahan pemikiran mengikut ijtihad semasa dan saya harap
pembaca buat penilaian yang dalil dan hati terbuka tanpa menghukum
sebelum mengkaji.
Pembahasan ini panjang untuk merungkai pemikiran agar menjadi rahmat dan
kedamaian seperti diajar dalam agama Islam agama rahmat.
Dalam gerakan haraki bersama PAS, saya mengikuti gerakan ini dari zaman
Ustaz Fadzil Noor sejak sekolah rendah dan sekolah menengah lagi , kemudian saya
yakin dengan perjuangan PAS hingga saya mengaji di Pondok Dala Fatani,
dan apabila saya belajar dengan TGH Salleh Musa Sik selama 10 tahun dari
2004 hingga 2014 saya menyertai dan berjuang bersama-sama PAS untuk
ISLAM. Dari tahun 2004 saya bersama perjuangan PAS di Sik peringkat
cawangan Pekan Sik , pada tahun 2012- 2013 saya dilantik sebagai
setiausaha ulama PAS Kawasan Sik.
Tetapi pada tahun 2014 saya amat kecewa
dengan keadaan PAS masa itu dan saya terus tawakuf (diam) kerana ramai
pemimpin PAS pusat ( yang lain dari ulama / team mad sabu ghb atau pan )
yang tidak bersungguh sungguh memperjuangkan Islam hanya mementingkan
kemenangan dan mengikuti rentak PKR dan DAP. Ulama dalam PAS
seperti tidak boleh tegur apa apa sebab golongan perosak ini bermaharaja
dalam PAS masa itu , mereka lebih dengar PKR dan DAP dari mendengar
MAJLIS SYURA ULAMA. Saya terus tawakuf diam tanpa ambil peduli kerana
kurang berminat dengan PAS pada masa itu ( 2014 )
Pada tahun 2014 saya hanya fokus kepada perjuangan ahlus sunnah bersama
sama sahabat berjuang ahlus sunnah bersama ulama pondok dan bersama
gerakan dakwah para habaib hadramaut Yaman dan gerakan ulama ahli
sunnah yang lain yang saya sangat yakini kesahihan dan keikhlasan mereka
dalam perjuangan dakwah Islam dan ahli sunnah wal jamaah.
ALHAMDULILLAH saya syukur pada ALLAH sebab pada bulan JUN 2015 PAS putus
hubungan dengan DAP dan ramai alim ulama yang terajuai PAS buatkan saya
semangat kembali dan
BERMINAT BERSAMA PAS SEMULA kerana dua sebab.
1.
Sebab pertama kerana HUDUD kerana
saya yakin kepimpinan ulama PAS memang ikhlas dan bersungguh sungguh
memperjuangkan hudud hingga sangup putus hubungan dengan DAP kerana DAP
menentang perlaksanaan hudud di Kelantan, saya mengikuti semula gerakan
PAS .
2 .
Sebab kedua kerana mempertahankan ulama dari dihina
oleh golongan kecewa ( G18) yang wujudkan parti gerakan harapan baru (
GHB )atau parti amanah negara ( PAN) diketuai Md Sabu , keadaan serangan
penghinaan mereka bersama DAP makin melampau-lampau menyebabkan saya
rasa terpanggil untuk pertahankan ulama dan ini termasuk dalam kefahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah cara umum.
IJTIHAD PEMIKIRAN POLITIK HELMI ASSYAFIE BUAT MASA INI ( 2015 )
PEMIKIRAN SAYA DALAM POLITIK :
1. POLITIK RASULULLAH BUKAN
CARA DEMOKRASI TETAPI POLITIK RASULULLAH LAKSANAKAN IAITU MELAKSANAKAN
SYARIAT ISLAM CARA SYUMUL DAN DENGAN CARA RAHMAT DAN MAHABBAH .
RASULULLAH DAKWAH YANG KAFIR KEPADA IMAN YANG JAHIL KEPADA ALIM , YANG
FASIK KEPADA SOLEH.
2 . POLITIK DEMOKRASI DIHARUSKAN OLEH ULAMA
WALAUPUN IA DARI BARAT , SEBAB IJTIHAD ULAMA SUPAYA TIDAK MAHU
BERPERANG ANGKAT SENJATA DAN TUMPAH DARAH , MAKA SUDAH TENTU ACUAN BARAT INI KITA PERLU
BIJAK DAN HIKMAH GUNAKANNYA AGAR TIDAK JADI POLITIK KHAWARIJ , PERKARA
INI MESTI DIFAHAM DENGAN PEMAHAMAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH.
Dalam konteks di MALAYSIA kita berdepan dengan pelbagai masalah negara
maka perlu kita bersama gerakan jemaah ISLAM gerakan haraki untuk
menegakkan syariat ISLAM membetulkan keadaan kepimpinan negara yang
kurang baik dalam urus tadbir negara.
Dalam politik negara buat masa sekarang saya terus istiqomah dalam perjuangan PAS bersama ulama.
Apabila saya mengkaji dan bersama pemikiran ulama ahlus sunnah wal
jamaah maka mungkin pemikiran politik saya berbeza dengan yang lain
sebab perjuangan yang terpenting bagi saya adalah dakwah IMAN DAN ISLAM
kepada ummat dan saya amat mementingkan perjuangan AHLUS SUNNAH WAL
JAMMAH.
Maka gaya pemikiran saya mungkin berbeza dengan orang lain.
1. Saya bersama semula perjuangan haraki PAS sekarang ini 2015 kerana
dasarnya perjuangan Islam mengikut al quran sunnah dan ingin menegakkan
syariat Islam. Selain itu, para ulama PAS masih ramai tokoh ulama ahlus
sunnah peringkat pusat dan peringkat negeri , tidak dinafikan ada
segelintir dari kepimpinan PAS ada yang WAHABI ini kita akan berdepan
dalam bab kefahaman syariat dan aliran Aqidah , dalam PAS kita ada syura
ulama yang mana kita harapkan TG Dato' Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am
mempertahankan ahli sunnah bersama ulama yang lain seperti MB Kelantan
Ustaz Ahmad Yaakob. Dalam haraki kita bahas titik pertemuan kita dalam
perjuangan untuk tegak syariat Islam dan lawan ketidak adilan serta
salah guna kuasa negara. kita sebagai perjuang ahli sunnah maka kerja
dan perjuangan kita tidak akan selesai hingga qiamat cuma kita hadapai
cabaran cabaran ini dengan hikmah.
2 . Saya bersama PAS sekarang sebab ijtihad saya sekarang ini , tidak
ada parti politik yang bersih di Malaysia melainkan PAS untuk membetulkan
keadaan pentadbiran negara agar diurus dengan baik dan saya terpaksa
bersama PAS sebab PAS komited ingin melaksanakan hudud dan ini termasuk
dalam pemahaman ahlus sunnah wal jamaah yang mesti kita menolong perkara
kebaikan iaitu perjuangan ini laksa syariat ALLAH
3. Saya sertai PAS atas ijtihad untuk tegak syariat dan pertahankan ulama
dan saya tidak akan sama sekali taksub dengan parti , sekiranya ada
perkara yang bercanggah dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam satu
satau perkara maka saya tidak akan sependapat dan saya tidak akan redha
dengan pandangan yang lain dari Ahlus Sunnah, seperti pengalaman lalu
semasa geng md sabu dalam PAS.
4 . Politik saya bawa ialah menggunakan politik Islam yang diajar
Rasulullah yang membawa peranan dakwah mengajak ummat kepada ALLAH dan
RASUL dan mengikuti seluruh ajaran ISLAM yang menyeluruh kepada ummat
Islam dan mendakwah bukan Islam kepda Islam.
5. Politik Islam mesti ada mahabbah dan rahmat , jika ada ahli kita buat
salah dari sudut agama maka mesti kita kena hukum salah , kita buat
baik itu musuh maka mesti kita perlu kata baik walaupun dari musuh dan
kerja kita buat yang hak lawan kebatilan dengan mengikut cara dari ajaran Rasulullah dengan hikmah dan bukannya kerosakan .
6. Keutamaan saya menyertai PAS adalah untuk tegak syariat Islam, jadi saya akan berjuang untuk pertahankan hukum hakam Allah membantu Rasul SAW, saya suka mengambil berat soal aqidah keimanan dan hukum hakam , saya tak suda dengar makian , cacian , dan sembang kosong seperti kebanyakan ahli ahli bawahan yang sangat minat bahas bab politik di kedai memperkatakan soal yang belum pasti
Fokus saya pada dakwah , kefahaman dan penerangan mengikut kehendak yang digariskan Islam. Hal ini terjadi penyakit kepda ramai ahli jemaah PAS yang mana setiap hari boleh dikatakan suka bahas isu negara yang belum pasti kesahihan hingga berlebihan dan membawa kepada fithnah , ini akan menyebabkan hati kita jadi rosak dan makin jauh dengan ALLAH , apabila hati kita keras amat bahaya sekali ,sukar kita untuk mendapat kemanisan Iman , ini saya akan bawa alam kuliah termasuk kuliah haraki agar jemaah islam tazkiah hati dan diri agar perjuangan yang kita bawa ada roh seperti tarbiahnya rohani Rasulullah kepada para sahabat .
Kita di akhir zaman ini perlu gabungkan kekuatan ummat Islam agar
Islam kuat , oleh itu saya nasihatkan kepada anak anak muda saudara saya
yang semangat berjuang untuk Islam jangan sekali kali kita rasa kita
sahaja yang betul , kita mesti lapang dada dan berfikiran terbuka
mengabungkan kekuatan untuk melihat Islam berjaya dan kuat . Jangan kita
anggap jemaah kita sahaja yang terbaik dan betul dan jangan sekali kali
kita memusuhi manhaj yang baik yang diperjuangkan oleh jemaah lain,
dalam politik kita pilih PAS tetapi dalam masa yang sama jangan kita
menolak jemaah Islam yang lain.
jangan sekali kali kita
memusuhi jemaah Islam lain yang berjuang untuk Islam yang suci seperti
tabliq , gerakan dakwah habaib , kerana jemaah ini suci walaupun ada
benda yang kita kurang setuju dengan cara mereka tetapi yang pasti
mereka mengajak ummat kepada ALLAH dan RASUL . Pengalaman saya duduk
dengan habaib mereka akan menarik hati kita supaya mendekati ALLAH dan
RASUL ,Habaib tarbiah hati kita agar lembut supaya kita mengikut Islam
secara menyeluruh dengan mengamalkan segala sunnah Rasul SAW.
INILAH perjuangan saya yang jelas buat masa kini dan harap ALLAH beri
saya istiqomah dalam perkara yang benar , saya harap dengan saya
menggabungkan perjalanan dakwah para Habaib ,perjalanan dakwah ulama
pondok dan bersama konteks gerakan haraki Islam di Malaysia bersama PAS
untuk tegakan syariat ISLAM maka moga sentiasa dalam redha dan rahmat
ALLAH. Saya cuba bawa gabungan pemikiran dalam perjuangan saya buat masa
kini , moga Allah beri hidayah dan taufiq buat saya untuk meneruskan
perjuangan ISLAM hingga bertemu ALLAH SWT.Dan moga pemikiran ini padat saya gunakan untuk medium dakwah saya untuk menarik ummat kepada ALLAH , RASUL dan membantu perjuangan Islam cara syumul. Takbir!!!
Catatan Helmi Assyafie :
Pemikiran atau ijtihad perjuangan Islam - Helmi Assyafie ( 21 OKT 2015 )
Pimpinan Majlis Talim Asyairah , Masjid Lama Pekan Tokai , Mukim Bukit Raya , 06660 Pendang Kedah .
Whatsapp 0134044259