Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, September 18, 2021

𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗱𝗻𝘆𝗮 𝗨𝗺𝗮𝗿 𝗠𝘂𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 𝗔𝘀-𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶









 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝟭𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿, 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗱𝗻𝘆𝗮 𝗨𝗺𝗮𝗿 𝗠𝘂𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 𝗔𝘀-𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶

Pada hari Rabu pagi, 16 September 1931 tepat pukul 9 pagi, penjajah Itali telah melaksanakan hukuman mati di tiang gantung terhadap Al-Mujahid Syeikh Pahlawan Jihad Umar Mukhtar As-Sanusi.

Ketika As-Syahid Umar Mukhtar As-Sanusi hendak digantung, pesawat terbang Itali telah terbang dalam keadaan rendah dengan bunyi yang sangat nyaring dan bising. Ini supaya agar para penduduk tidak dapat mendengarkan ucapan terakhir dari Singa Padang Pasir ini. 20,000 ribu rakyat Libya telah menyaksikan peristiwa ini. Mereka bangga dengan pengakhiran Umar Mukhtar As-Sanusi.

Inilah tarikh keramat yang banyak dipilih oleh pemimpin-pemimpin untuk dijadikan permulaan sesuatu peristiwa. Tapi tidak kepada Umar Mukhtar As-Sanusi, tarikh inilah beliau pulang mengadap Allah dengan tali gantung sebagai saksi kesyahidannya.

Tenanglah jiwa yang telah menunaikan tanggungjawab selaku seorang Muslim. Negara-negara Islam mengimpikan anak-anak yang lahir menjadi seperti Engkau.

"Aku boleh hilang harta, aku boleh hilang keluarga, aku boleh hilang saudara, aku masih boleh bersabar, Tetapi aku tidak sanggup kehilangan jalan perjuangan ini (Islam), ambillah apa sahaja milik dunia tetapi bukan perjuangan ini". (Syeikh Umar Mukhtar - Lion Of The Desert)

𝗨𝗠𝗔𝗥 𝗠𝗨𝗞𝗛𝗧𝗔𝗥 : 𝗝𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗡𝗝𝗨𝗞 𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜…

Soal siasat dijalankan kepada Mujahid Islam di Libya Syeikh Umar Muhktar oleh seorang pegawai polis Itali.

Pegawai Polis Itali : Benarkah kamu menentang kerajaan Itali?

Syeikh Umar Mukhtar : Benar sekali.

Pegawai Polis Itali : Kamu juga menghasut orang awam melawan Itali?

Syeikh Umar Mukhtar : Memang benar.

Pegawai Polis Itali : Adakah kamu tahu kesalahan kamu ini boleh dihukum dengan hukuman yang berat?

Syeikh Umar Mukhtar : Ya saya tahu.

Pegawai Polis Itali : Sejak bila kamu melakukan pemberontakan ?

Syeikh Umar Mukhtar : Sejak 10 tahun.

Pegawai Polis Itali : Adakah kamu kesal dengan perbuatan kamu?

Syeikh Umar Mukhtar : Tidak.

Pegawai Polis Itali : Tahukah kamu akan dihukum gantung?

Syeikh Umar Mukhtar : Ya

Mendengar pengakuan Syeikh Umar Mukhtar itu hakim yang mengadili perbicaraan bersuara : Aku amat kesal kerana menamatkan nyawamu dengan cara ini.

Syeikh Umar Mukhtar : Bahkan inilah cara yang terbaik aku mengakhiri hidupku.

Hakim cuba menasihati Syeikh Umar Mukhtar dan menawarkannnya pembebasan jika Syeikh Umar sanggup menghentikan perjuangannya.

Syeikh Umar Mukhtar memandang ke arah hakim dan berkata dengan ungkapan hebatnya :

إن السبابة التي تشهد في كل صلاة أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله، لايمكن أن تكتب كلمة باطل!

“Sesungguhnya jari telunjuk ini yang menyaksikan setiap kali solat bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, tidak akan menulis kalimah yang batil.”

Hakim Gersaiana berkata : “Dan apabila dia berdiri sebelum dibawa keluar dari mahkamah. Kelihatan dahinya cerah bercahaya seolah-olah dikelilingi oleh aura yang memancar terang. Jantungku berdebar secara tiba-tiba menyaksikan situasi yang hebat itu. Aku bagaikan berada dalam peperangan dunia di padang pasir lalu tiba-tiba muncul seekor singa yang sangat garang di hadapanku.

Bibirku menggeletar dan tidak ada satu kalimah yang mampu aku ucapkan ketika beliau melalui hadapanku.

Apabila beliau ditanya oleh hakim tentang apakah kata-kata terakhir yang mahu diucapkan setelah menerima hukuman, beliau menjawab dengan ayat al-Quran:

اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَۗ

“Sesungguhnya kepada Allah kita datang dan kepada-Nya jugalah kita kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Pihak Itali sengaja menerbangkan kapal perang di atas kawasan hukuman agar ucapan terakhir Syeikh Umar Mukhtar tidak didengari oleh semua yang menyaksikan hukuman mati beliau yang terdiri dari tahanan, banduan dan 20 ribu penduduk tempatan.

Berdasarkan sejarah sebenar, sebelum Umar Mukhtar syahid di tali gantung, beliau telah mengucapkan kata-kata terakhir di hadapan saksi-saksi kematiannya dengan memetik petikan al-Quran, surah al-Fajr ayat 27-30:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي.

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang (tetap dengan kepercayaan). Kembalilah kepada Tuhan-mu dengan keadaan engkau berpuas hati (atas segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.”

Allahu Akbar...

𝗞𝗘𝗔𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗔𝗥 𝗠𝗨𝗞𝗛𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗜𝗧𝗔𝗟𝗜

Gerakan “Mujahidin Sanusiyyah” yang turut dianggotai oleh Umar Mukhtar telah menggunakan taktik serangan gerila dalam menghadapi penjajahan Itali. Taktik serangan tersebut menyebabkan Itali terpaksa bergelut dengan tentera Islam selama 20 tahun untuk menguasai Libya. Namun, tahun demi tahun kelengkapan perang Itali semakin moden dan canggih sehingga menyebabkan masyarakat Islam merasa rendah diri bahkan ada di kalangan mereka yang sanggup memberikan manfaat kepada Itali kerana habuan, kekayaan dan jaminan bebas cukai dari kerajaan.

Bagaimanapun, dalam menghadapi cabaran seperti itu keazaman Umar Mukhtar dalam menentang penjajahan tetap berterusan walaupun usianya mencecah lebih 70 tahun. Semangat luar biasa itu timbul atas rasa tanggungjawab dan keimanan kepada Allah Taala. Pernah ada seseorang lelaki berkata dengan kata-kata pesimis kepada Umar Mukhtar:

ايطاليا تملك طائرات أنت لا تملكها

“Itali mempunyai pesawat-pesawat perang canggih sedangkan engkau (Umar Mukhtar) tidak mempunyainya.” 

Kemudian Umar Mukhtar bertanya kepadanya:

أتحلق فوق العرش أم تحته؟

“Adakah pesawat itu terbang di atas arash ataupun di bawah arash?” 

Jawab lelaki tersebut, “Di bawah arash.”

Lalu jelas Umar Mukhtar kepadanya:

ما دام من فوق العرش معنا فلن يخيفنا شيء تحته.

“Selagi yang berada di atas takhta itu Pemilik Arash (Allah) bersama kami, maka kami sama sekali tidak akan takut yang berada di bawahnya.”

Kata Umar Mukhtar lagi menasihati pemuda tersebut kerana ragu dengan masa depan Islam yang gemilang:

التردد أكبر عقبة في طريق النجاح.

“Rasa ragu (sangsi terhadap masa depan Islam) adalah sebesar-besar halangan dalam menuju jalan kejayaan.”

Walaupun Umar Mukhtar tidak lagi seteguh ketika zaman mudanya, tetapi semangatnya tetap berkobar menentang penjajahan. Jiwanya masih seteguh “syabab” (pemuda), tidak berganjak sedikitpun untuk terus menggerakkan semboyan jihad menentang kuasa penjajah Itali di Libya. 

Kerajaan Itali pernah terdesak untuk cuba merasuah Umar Mukhtar dengan pengampunan, keistimewaan dalam kerajaan dan ganjaran kekayaan agar beliau menyerah diri. Umar Mukhtar juga ditawarkan oleh Itali untuk menghabiskan baki umurnya di Mekah dengan melaksanakan ibadah haji. Namun, tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Umar Mukhtar sambil beliau mengungkapkan:

إن ثواب الحج لا يفوق ثواب دفاعنا عن الوطن والدين والعقيدة.

“Sesungguhnya pahala menunaikan haji itu tidak sama tingginya dengan pahala kami mempertahankan tanah air, agama dan akidah.”

catatan Ustaz Mawleed Ustaz Ahmad Lutfi 

𝙅𝙊𝙈 𝙄𝙉𝙁𝘼𝙌 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼 𝙏𝘼𝙃𝙁𝙄𝙕 𝘼𝙇-𝙌𝙐𝙍𝘼𝙉 𝘼𝙎-𝙎𝙔𝘼𝙍𝙄𝙁 💜

https://tahfizassyarif.onpay.my/order/form/tas01

#AsSyarif

#DakwahUntukSemua

ampuni kami