Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Salleh Bin Haji Hashim ( 1864 - 1944 )
Beliau dilahirkan di Kampung Pulau Pisang , Jitra . Datuk dari sebelah ibunya merupakan ulamak besar negeri Kedah pada kurun ke 18 & 19 . Namanya ialah Tuan Guru Haji Ishaq Bin Muhammad Hasyim ( 1771 - 1871 ) yang merupakan anak murid kepada Syeikh Daud al Fathani & Syeikh Abdus Samad al Falembani .
Beliau mendapat pendidikan awal oleh datuknya sendiri sebelum berangkat ke Mekah bagi mendalami ilmu agama pada tahun 1879 .
Diantara guru beliau ialah :
1. Tuan Guru Haji Ishaq Bin Muhd Hasyim ( Datuk Beliau ) - Pengasas Pondok Pulau Pisang , Jitra
2. Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahman al Fathani - Cucu Saudara Syeikh Daud al Fathani
Beliau pulang ke tanah air pada tahun 1894 dan menyambung warisan datuknya sebagai peneraju Pondok Pulau Pisang . Pondok tersebut merupakan pondok yang utama di Negeri Kedah pada ketika itu . Pernah suatu ketika pondoknya itu mencapai sehingga 2,000 pelajar dalam satu masa .
Diantara anak murid beliau ialah :
1. Syeikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh ( anak beliau ) - Qadhi Besar Kedah
2. Syeikh Ramli Bin Haji Muhammad Salleh - anak beliau
3. Dr Burhanuddin al-Helmi - Presiden PAS
4. Tuan Guru Haji Ahmad Janggut Langgar
5. Tuan Guru Haji Ahmad Hutan | Tuan Guru Haji Ahmad Keplu
6. Tuan Guru Haji Abbas Nasution Tanjung Pauh
7. Tuan Guru Haji Abdullah Hassan
Diantara karya beliau yang dihasilkan ialah :
1. Sirajul Huda
2. Tanbihul Awam li Istiqazil Manam
3. Nasihatuddin Azzakiyah
Karya beliau yang lain tidak dapat dikesan kerana ianya musnah terbakar dalam peristiwa kebakaran pondok suatu ketika dahulu . Turut juga musnah ialah karya datuknya .
Beliau meninggal dunia ketika berusia 80 tahun .
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
#KenaliUlamak