Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, July 29, 2020

Haji tahun 1441 / 2020 dalam musibah covid 19

 8 Zulhijjah 1441 jemaah haji tawaf qudum secara bersistem , patuh sop ditetap oleh pihak kerajaan Saudi






 9 Zulhijjah
Kiswah Kaabah ditukar. Peringkat awal hujan turun. Salin kisah bermula lebih kurang jam 5 pagi waktu Malaysia .





 Mina 10 Zulhijjah 1441


 Mina 1441 / 2020



 Madinah 10 Zulhijjah 1441
Solat Raya Aidil Adha





Wednesday, July 22, 2020

Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah abang ipar Sultan Muhammad Jiwa II Kedah

 Syeikh Abu Zaki Singapura bersama jemaah Muhibbin Batu Pahat  Johor ziarah Makam Syarif Abu Bakar Shah.

Makam di Masjid Kampung Tualang Tengah , Pokok Sena , Kedah

Sejarah.
Raja Ligor Berdarah Ahlul Bait Gugur Syahid Di Kedah, Dibunuh Oleh Siam.
Yamtuan / Yang Dipertuan Syarif Abu Bakar Shah Ibni Yamtuan (Syarif) Mahmud (Raja Ligor) Ibni Sultan (Syarif) Sulaiman Shah (Sultan Singgora Darussalam) Ibni Dato Monggol.
Baginda merupakan Gabenor / Raja Islam pernah memerintah kerajaan Islam Ligor. Kerajaan Ligor merupakan kerajaan yang kukuh dan berpengaruh. Buktinya semasa pemerintahan baginda dan ayahandanya Yamtuan (Syarif) Mahmud adalah dapat dilihat melalui wujudnya kesan tembok Kota Ligor yang tersergam indah dan sangat kukuh yang wujud hingga sekarang di tengah Kota Nakhon Si Thammarat.
Baginda merupakan cucu kepada Sultan (Syarif) Sulaiman Shah Singgora / Songkhla. Singgora merupakan kerajaan Islam yang hebat dan berpengaruh. Pengkalan perdagangan Singgora di kenali dunia. Sultan (Syarif) Sulaiman Shah memerintah Singgora dari 1625 - 1668M. Singgora awalnya di buka oleh Dato Monggol pada tahun 1604-1625M.
Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor dengan aman damai dan makmur. Semasa itu Ayuthaya bergelut berperang dengan Burma 1767M. Burma kalahkan Ayuthaya. Setelah itu tertubuhnya kerajaan Chakri. Chakri membina kekuatan lalu menyerang Ligor pula.
Baginda bersama ahli keluarga dan pengikut lari ke Kedah. Mereka membina tempat perlindungan di Kota Mengkuang Jitra.
Baginda dan anak-anak bernaung di bawah Kedah dan berkhidmat kepada Kesultanan Kedah. Baginda juga merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ii.
Siam menghantar pengintip, mereka mendapati keberadaan Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Siam telah melancarkan serangan sebanyak dua kali. Akhirnya Syarif Abu Bakar Shah gugur syahid di Kota Mengkuang. Jasad baginda di bawa lari ke Tualang, Pokok Sena Kedah kerana ramai  ahli kerabat baginda membina perkampungan di Tualang setelah lari beramai-ramai dari Ligor.
Jasad As-Syahid Syarif Abu Bakar Shah mantan Raja Ligor dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Tualang Tengah, Pokok Sena, Kedah.

Al-Fatihah

Disediakan oleh :-
Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
27 Zulkaedah 1441H - 19/07/2020M.





Thursday, July 2, 2020

Baba Khairul dan Syeikh Fuad Rembau


 Dua permata tokoh ilmuan ahli sunnah wal jamaah .
Tokoh dari Kedah Tuan Guru Baba Khairul Anuar mudir Pondok Gajah Tiryaq dan dari Negeri Sembilan Tuan Guru Syeikh Fuad pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Tarekat Muhammadiah - FATIM dan Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara.

Turut bersama Ustaz Man Sungai Petani wakil Tarekat Ahmadiah Idrisah Kedah.

Mereka membawa manhaj ilmu turath ahli sunnah wal jamaah yang jelas, kukuh serta berjalan atas jalan kerohanian serta bersungguh sungguh mengembangkan ilmu tasawuf dan Tarekat.
Moga gandingan ulama muda ini dan yang lain akan memberi menafaat kepada ummah.





ampuni kami