Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, June 30, 2010

JAWAPAN pada soalan APA HUKUM QADA SOLAT SUBUH kerana PIALA DUNIA


Maaf terlewat jawab kerana banyak urusan mengatur pogram ihya ramadhan sekarang ...

Hukum solatnya adalah sah tetapi perbuatan mengeluarkan waktu itu haram . Haram kerana usha ikhtiar kita sengaja tidur lewat kerana bola . Maka tonton bola hukum asal harus dan ada kata haram kerana tidak tutup aurat .Maka hukum yang mashur adalah harus apa pun ia khilaf , ini kita tak bahas tetapi andai tonton piala dunia hingga jejaskan solat subuh dan mencari nafkah yang wajib dan menjejaskan tuntut ilmu syara maka perbuatan menahan diri dari tidur kerana piala dunia hukumnya berdosa . QADA SOLAT WAJIB DAN SAH, LEWAT TIDUR HINGGA KENA QADA SOLAT KERANA PIALA DUNIA  HARAM ....

TAUHID ATAU KEIMANAN PADA ALLAH SWT SANGAT PENTING !!!

Pelajari dan dalamilah ilmu tauhid sedalam-dalamnya , kerana ianya terhenti sama ada sah iman kita atau tidak ...
Soalan pertama dalam kubur adalah keimanan , jika gagal maka tak ada makna ibadah yang  banyak sekalipun semuanya sia2 !!!
Ini wajib fardhu ain diatas tiap2 hamba Allah yang  mukalaf mempelajari ...
Maka kita perlu dalami sungguh ilmu tauhid ini , kerana ia adalah perintah Allah sendiri dalam Quran ...
Ilmu tauhid atau ilmu KEIMANAN perlu berteraskan ajaran RASULULLAH iaini jalanan AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ...
Wahai saudara ku kita semua akan mati , maka saya al fakir yang hina ini merayu marilah kita dalami , hayati ilmu tauhid .
Saudara ilmu tauhid yang diajar RASULALLAH SAW adalah ilmu yang berkaitan dengan KETUHANAN , KERASULAN DAN PERKARA SAMIYAT seperti beriman dengan RASUL , KITAB , MALAIKAT , QADA QADAR , KIAMAT , SYURGA , NERAKA , DOSA , PAHALA dan sebagainya ...

ILMU ini sangat dan teramat penting ...andai tak belajar bedosa , andai belajar tak ada dalil berdosa , kalau belajar dan tahu dalil tetapi tak percaya berdosa bahkan ulama kata tidak sah iman ....

Berat saudara !!!, marilah saudara ku yang tercinta dalami dan hayati betul betul . Mudahan kita tidak syirik kepada Allah SWT ...
IMAM IBNU ARABI (RA)dan IMAM SANUSI (RA) berkata orang yang beriman secara taklid (babi buta tanpa dalil Naqli atau Aqli ) maka iman tidak sah , ada ulama pendapa bahawa  golongan ini jatuh fasiq ...
Mahu tak mahu kita mengaku ISLAM perlu dalami kerana ini perintah agama ...kita hamba maka perlu taat ...
Jangan tabit dada dan jangan rasa kitalah Islam tulin! , kitalah mukmin sebenar !, kitalah ustaz !, kitalah alim! jangan sekali2, kerana orang alim tanpa tauhid jadi syirik, ustaz tanpa tauhid jadi syirik , iblis guru kepada malaikat 1000 tahun dalam syurga akhir syirik ...

RASULULLAH SAW bersabda AWAL2 AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH !!!
Apabila kita mengaku ALLAH TUHAN KITA maka kita kena pelajari sifat2 kemuliaan bagi ALLAH seperti mana QURAN SEBUT DENGAN NAS SOREH AYAT MUHKAMAT tak perlu ditaqwil lagi
seperti WUJUD ALLAH , QIDAM ALLAH , BAQA, MUKHLAFAH , QIYAMUHU ,WAHDAHNIAT , QUDRAH , IRADAH , ILMU ,HAYAT , SAMA , BASAR , KALAM ALLAH ....
SELAIN itu RASUL BERSIFAT SIDIQ , AMANAH , FATANAH DAN TABLIQ dan tidak memada kita hanya membilag dan hafaz kesemua sifat ini untuk sahkan syahadah kita melainkan kita perlu pelajari dengan halusi atau ditil disamping wajib mendatangkan dalil supaya iman kita kukuh dan wajib kita berpegang teguh dalam hati barulah digelar mukmin !!!
Kalau tak, maka kita  ini ISLAM MUNAFIQ SAHAJA !!!
LUAR ISLAM BERPAKAIAAN SUNNAH TETAPI HATI TAK BERAPA PERCAYA ATAU TAK PERCAYA !!!

"YA ALLAH JADIKANLAH HAMBA MU INI DAN SAUDARA2 HAMBA DAN SAHABAT HAMBA ORANG MUKMIN YANG ENGKAU IKTHIRAF YA RAAB AMIN...."

Tidak memada setakat ini ,banyak lagi saya tidak sebut , ini hanya pengenalan kepentingan tauhid ...yang terbaik kita dalami sungguh untu menjadi asbab kepada kita selamat didunia , dialam kubur dan akhirat kelak ...saya hanya menyeru , tugas saya menyeru , maka fikir2 lah saudara dan mudahan kita selamat amin.

Tuesday, June 29, 2010

ULAMA perlu terbuka dan memahami , bukan hanya sekadar menghukum ...

Ulama seharusnya mendekati , terbuka dan memahami .
Peratusan remaja dan dewasa yang jauh dari agama kerana ulama tidak memainkan peranan secara hikmah . Masyarakat rasa bosan dan rimas apabila mendengar panggilan ustaz , tn guru dan ulama kerana mereka sifatkan golongan ini sebagai orang yang pandai menghukum dan tidak memahami mereka .

Pengelaman saya apabila pelajar baru terutama remaja yang ingin masuki pondok , ramai mereka rasa takut dan sebagainya .
Sausana ini tidak dapat dinafi dalam masyarakat kita sekarang .
Ini disebabkan beberapa faktor terutamanya kerana kerajaan tidak mendekatkan remaja dengan agama , keluarga yang tidak perihatin dan tidak dinafikan peranan pendidik tidak membantu masyarakat dekatkan Islam .

Para pendakwah harus membuat perubahan lebih terbuka , bukan bererti kita tolak cara ulama dulu , tidak !
Kita boleh kekalkan sistem yang dibawa ulama dulu , tetapi caranya lebih bersikap terbuka dan menarik .
Jiwa masyarakat sekarang perlu dibelai dan lembut , barulah mereka akan tertarik dengan dakwah kita .

Ulama perlu membentuk suasana ini . Dakwah secara hikmah dan berterus terang serta tegas perlu ada pada setiap pendakwah .

40 ULAMA MASUK UMNO? MENGAPA ? ADAKAH PAS AKAN LEMAH ?


40 Ulama masuk UMNO tidak akan melemahkan perjuangan ISLAM yang diterajui PAS di MALAYSIA ...
PAS masih kuat dan ramai ulama bersama PAS .
40 orang ulama yang menyertai UMNO ini disifatkan tidak beramal dengan ilmu yang dimiliki ...
Sepatutnya yang alim memimpin yang jahil , ini terbalik yang alim ikut yang jahil serta fasiq .
Sia -sia ilmu yang dipelajari .
Allah berjanji dalam QURAN akan memberi hidayah kepada orang yang berjuang untuk ISLAM , maka orang yang bersama PAS yang jahil pun akan kenal ISLAM
Berbanding UMNO yang alim pun kalau dia dalam UMNO akan nampak jahil dan kedudukan martabat keilmuan mereka akan jatuh kerana pemimpin2 mereka fasiq .
Mudahan ulama yang menyertai UMNO kembali .
UMNO menggunakan ulama mereka untuk majlis2 perayaan dan membaca doa ,tahlil ,urus jenazah sahaja , hukum hakam agama sudah tidak dipelihara .
Pemimpin buat salah pun diam , isteri menteri2 tidak tutup aurat pun diam ...

Dalam kitab minhaj Imam Ghazali mengatakan "SIAPA2 BELAJAR AGAMA KERANA TUJUAN DUNIA (HARTA) JANGAN NAK MASUK SYURGA , NAK CIUM KEWANGIAN SYURGA PUN TAK BOLEH "
Ramai yang masuk UMNO kerana kepentingan . dilaporkan sebahagian dari 40 ulama ini adalah wahabi , maka mereka dapat ruang mudah untuk berdakwah wahabi andai dalam UMNO dan sebahagian dari mereka ada terlibat dengan JI . Mereka menyertai UMNO kerana ada tujuan tersendiri .

Lagipula penyertan 40 ulama dalam UMNO adalah ulama yang kelas bawah , bukan banyak sangat keilmuan agama mereka berbanding dengan Tuan tuan guru pondok yang masih ramai dalam PAS .
40 yang menyertai UMNO ini masih muda dan mentah dalam perjuangan ISLAM ...

Thursday, June 24, 2010

Perlis dah celaru ...isu wahabi dah pecah !!! Ada hikmah , masyarakat dapat kenal apa itu wahabi




Tn Guru Haji Hadi dah nyatakan dalam Malaysiakini bahawa memang betul dia belajar dipusat pendidikan wahabi tetapi beliau dah nyatakan beliau memiliki fahaman yang bukan sama dengan wahabi , beliau berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sejati .
Adapun DR ASRI , DR JUANDA JAYA dan YB SHAHIDAN KASIM mereka ini berfahaman wahabi ...
Walaupun mereka wahabi tetapi mereka tidak mengaku wahabi , tetapi kita kenal mereka dari tindakkan dan ucapan mereka yang ingin mentajdidkan minda dan tidak hormati ulama silam ...
Selain itu mereka hanya menafsirkan Quran dan Hadith tidak mengikut ulama muktabar ...
Dari sudut fekah mereka tidak berapa setuju dengan pendapat2 ulama mazhab ...
Mereka suka membawa slogan kembali kepada QURAN SUNNAH sedangkan mereka tidak hormati pendapat ulama silam yang terlebih arif mengeluarkan hukum dari QURAN SUNNAH mengikut ilmu alat yang ada kepada mereka ...
Ahli Sunnah sejati mesti mengeluarkan hukum bersumberkan AL QURAN , SUNNAH , IJMA DAN QIAS ...
Kalau QURAN SUNNAH sahaja tidak boleh kerana kita tidak pakar untuk mengeluarkan hukum dari akal kita kerana kita tidak alim ilmu alat bahasa arab seperti nahu , saraf , bayan , maani , mantik , usul fiq , usul tafsir dan lain2 lagi ...

Kita setuju dengan dakwaan wahabi terhadap 3 orang ini , tetapi kita tidak kaitkan mereka dengan JI , isu wahabi yang dikaitkan dengan JI kita tidak tahu , yang kita tahu mereka 3 orang ini wahabi .
Isu JI kita serah kepada pihak polis menyiasat . Rasanya mereka bukan kait dengan JI ...
Kita tentang wahabi bukan kita tentang peribadi . Kalau mereka kembali kepada ahli sunnah mereka adalah saudara seperjuangan kita ...
Kia ahli sunnah jangan telalu fanatik atau taksub hingga membenci saudara kita , kita seharusnya berdoa agar mereka bertiga dapat hidayah dan ikut jalanan ulama kita ...
Jangan kita memaki hamnun dan terlebih teruk mengkafirkan mereka ...Kita tentang fahaman mereka dan kita jangan luapa berdoa pada mereka !

Angkara Piala Dunia ???


Sangat2 menyedihkan angkara piala dunia , umat Islam terleka dan lalai dengan isu umat ...
Sebelum piala dunia seluruh negara Islam dan negara2 lain fokus pada isu Palesti , tetapi ....???
Selepas piala dunai berlangsung ramai uamat dah lupa dan tak ingat terus isu Palestin ...berapa orang sehari israel membunuh umat kita sudah tak peduli ...
Doa pun sudah tiada, kerana leka , samapi tak solat subuh angkara piala dunai ...
Kalau solat pun tak, maka jauhy doa ...
Ahli agama pun terleka dengan piala dunia hingga terbantut tugasan dakwah ...maka membuka kepada pendakwah kristien mendekati anak muda dan masyarakat dan memurtadkan umat ...
Selain itu tanggungjawab terhadap agama diabaikan maka menyebabkan umat Islam lemah ...
Kalau tonton piala dunai , tetapi dapat jaga agama ok ...kalau tak ,membawa kepada dosa dan akan terjadi haram ...

Wednesday, June 23, 2010

Haul Imam Abdullah bin Alawi AlHaddad 2009 Tausyiyah Ketiga Part 4 of 4

Muktamar PAS ke 56

MUKTAMAR PAS K-56

10 laluan mesti kita tempuhi sebelum bertemu Allah

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk bertemu Allah...


10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:
Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
    kecil!)



LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati


LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Hadi: Saya memang belajar di universiti Wahabi tapi...

Hadi: Saya memang belajar di universiti Wahabi tapi...

Friday, June 18, 2010

AL FATIHAH buat Allahyarham Ustaz Hassan ra...


SUASANA PEKEBUMIAN UST HASSAN

UST HASSAN SHUKRI (RA) DALAM KENANGAN
KEHIDUPAN BELIAU ADALAH PERJUANGAN ISLAM BERSAMA PAS

Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.
Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di pekarangan Dewan Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi.
Lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu.
Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.
Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.
Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu.

"Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia
"Saya banyak belajar tentang perlembagaan PAS dengan beliau,walaupun saya seorang peguam. Beliau tidak pernah lokek," kata Hanipa.
Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.
Hassan meninggalkan isteri Hamidah Abdul Mutalib dan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.
Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut

TN GURU NIK ABD AZIZ TAK DAPAT MENAHAN KESEDIHAN DENGAN PEMERGIAN SAHABAT SEPERJUANGAN BELIAU

Thursday, June 17, 2010

22 tanda hari kiamat semakin hampir

 1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

11. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

12. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

13. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

14. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

15. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

16. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

17. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

18. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

19. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

20. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

21. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

22. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain

Monday, June 14, 2010

SENARAI ULAMA' AL-ASHA'IRAH DAN AL-MATURIDIYYAH

SENARAI ULAMA' AL-ASHA'IRAH DAN AL-MATURIDIYYAH


Semua para ulama' Mazhab al-Shafie adalah Al-Ashairah.
Semua para ulama' Mazhab al-Maliki adalah Al-Ashairah.
Dua pertiga ulama' Mazhab al-Hanbali adalah Al-Ashairah.
Satu pertiga ulama' Mazhab al-hanafi adalah Al-Ashairah.
Para ulama' Melayu kita sejak kemasukan Islam ke Kepulauan Nusantara semuanya adalah Al-Ashairah.
Dua pertiga ulama' Mazhab al-Hanafi adalah Al-Maturidiyyah.
Sebahagian kecil ulama' Mazhab al-Hanbali adalah Al-Athariyyah; dan sebahagian kecilnya pula ada yang terjebak di dalam beberapa bid'ah di dalam aqidah sehingga sebahagian ulama' ada menggelar mereka sebagai "Hanabilah Mujassimah."

Para ulama' dalam pelbagai disiplin ilmu Islam seperti para ulama' Tafsir, para ulama' Hadis, para ulama' Fiqh, para ulama' Bahasa Arab, para ulama' Usuluddin, para ulama' Usul Fiqh, para ulama' Tarikh (Sejarah), para ulama' Falsafah Islam seperti aliran Hikmah al-Ishraqi dan lain-lain bidang adalah Al-Ashairah dan Al-Maturiddiyyah.

Untuk perincian tentang ulama' Al-Ashairah khasnya sila lihat di bawah:

AL-ASHA'IRAH

Al-Imam Abu al-Hasan al-Ash'arie
Antara Ulama’-Ulama’ dalam Bidang Aqidah yang Bermazhab Al-Asya’irah [Sumber : Jomfaham & Mukhlis 101]

Imam Al-Baqillani (405H)
Abu Ishaq Al-Isfarayini (418 H)
Imam Ishaq As-Syirazi (476 H)
Imam Al-Juwaini
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah

Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali r.a. pengarang kitab Al-Iqtisod fi Al-I’tiqod (505 H)
Imam Ibn ‘Asakir (576 H), pengarang kitab tabiyiin Kazb Al-Muftari

Imam As-Syahristani (548 H)
Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas At-Taqdis (606 H)
Imam Al-Allamah Al-Amadi (631 H)
Imam Al-Iji (756 H)
Imam Sa’ad At-Taftazani (793 H) pengarang kitab syarh Al-Maqosid
Imam As-Syarif Al-Jurjani (816 H)
Imam Abu Mansur At-Tamimi
Imam Nas Al-Maqdisi
Imam Al-Farawi
Imam Abu Al-Walid Al-Baji
Imam Al-Bahili
Imam Sultonul Ulama’ Izz ibn Abdis Salam
Imam HibbatulLah Al-Makki
Imam Al-Baijuri


Antara Mufassir-mufassir Bermazhab Al-Asy’ari
Imam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi r.a.
Imam Al-Mufassir Ibn Kathir (rujuk buku tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra 10/200 karangan Imam As-Subki, Ad-Durar Al-Kamin 1/85 karangan Ibn Hajar dan sebagainya)
Imam Al-Mufassir Ibn ‘Athiyyah Al-Andalusi r.a., pengarang kitab tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz
Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi r.a., pengarang kitab Al-Bahr Al-Muhith.
Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi r.a., pengarang kitab tafsir mafatih Al-Ghaib
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Buhgowi, pengarang kitab tafsir Al-Bughowi dan kitab Syarh As-Sunnah.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith As-Samarqandi r.a., pengarang kitab tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustanul Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali An-Naisaburi pengarang kitab asbab An-Nuzul.
Imam Al-Mufassir Abu At-Thana’ Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini Al-Hasani r.a.
Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Mashun.
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Manthur.
Al-Imam Al-Khotib As-Syirbini r.a., pengarang kitab tafsir As-Siraj Al-Munir
Imam Al-Allamah At-Thohir bin Asyur, pengarang kitab At-Tahrir wa At-Tanwir
Imam Az-Zarkasyi
Imam Mutawalli As-Sya’rawi r.a.

Ulama’-ulama’ Muhaddithin (hadith) yang bermazhab Al-Asya’irah

Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Ad-Darqutni r.a.
Imam Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Ashbahani r.a., pengarang kitab hilyatul Auliya’
Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naisaburi, pengarang kitab Mustadrak
Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab At-Thiqat
Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani r.a., pengarang kitab Al-Inshof
Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi r.a., pengarang kitab-kitab hadith dan kitab Al-Asma’ wa As-Sifat.
Imam Al-Khatib Al-Baghdadi
Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi r.a., pengarang kitab syarh sahih muslim dan banyak lagi.
Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin As-Solah
Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-‘Aid
Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib
Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari
Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang At-Targhib wa At-Taqrib
Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim
Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani, pengarang fahtul Bari dan sebagainya.
Imam Al-Hafiz As-Sakhowi r.a.
Imam Al-Qostollani r.a. pengarang Irsyad As-Sariy
Imam Al-Hafiz Al-Munawi r.a..
Imam Al-Hafiz Ad-Dimyathi r.a.
Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi r.a.
Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji
Sheikh Al-Hafiz Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari r.a..
Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz At-Tijani.
Sheikh Musnid Ad-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.
Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki

Antara Ulama’-ulama’ Sirah yang Bermazhab Al-Asy’ari

Imam Qadhi ‘Iyad, pengarang kitab As-Syifa fi syama’il wa ahwal Al-Mustofa
Imam As-Suhaili r.a., pengarang kitab Ar-Raudh Al-Unf
Sheikh Ibn KhaldunImam Ibn Athir r.a.
Imam As-Solihi Ad-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Ar-Rosyad
Sheikh Yusuf An-Nabhani r.a..


Antara Ulama’-ulama’ Fiqh yang Bermazhab Al-Asy’ari
Menurut Imam Tajuddin As-Subki, majoriti ulama’ mazhab As-Syafi’ie, Malikiyah, Hanafiyah dan Sebahagian ulama’ Hanabilah bermazhab Al-Asy’ari. Demikian diriwayatkan daripada Imam Izzuddin bin Abdil-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib dan Jamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)
Namun, kita senaraikan antara fuqaha’ yang kuat mempertahankan mazhab Al-Asy’ari ini iaitu:
Imam Tajuddin As-Subki, pengarang kitab Al-Saif As-SaqilImam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori r.a..
Imam Ar-Rafi’ie As-Syafi’e
Imam Ibn ‘AbidinImam Ibn Hajib.
Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad r.a.
Imam ‘Alauddin Al-Bukhari
Imam Al-Baidhowi r.a.
Imam Az-Zabidi r.a.
Imam Al-Qorofi r.a.
Mufti Makkah Sheikh Ahmad Zaini Dahlan As-Syafi’e

Antara Ulama’-ulama’ Qiraat yang Bermazhab Al-Asy’ari
Imam Al-Qari’ Ibn Jazri
Imam As-Syatibi r.a.

Antara Pemimpin-pemimpin Islam yang Masyhur yang Bermazhab Al-Asy’ari
Sultan Salehuddin Al-Ayubi
Sultan Muhammad Al-Fateh
Dan ramai lagi para ulama’ Islam yang bermazhab Al-Asy’ari...
Semoga Allah s.w.t. memberkati mereka dan seluruh umat Islam... Amin

Antara Peringkat Para Ulama’ Al-Asya’irah [Sumber: Jomfaham & Mukhlis 101]

Peringkat Pertama (Dari Kalangan Murid Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari)
Abu Abdullah bin Mujahid Al-BashriAbu Al-hasan Al-Bahili Al-BashriAbu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
Abu Sahl As-So’luki An-NaisaburAbu Yazid Al-Maruzi
Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
Abu Abdillah Al-Asfahani
Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi


Peringkat Kedua
Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyik
Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani
Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini
Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie

Peringkat Ketiga

Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi
Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
Abu Ja’far As-Samnani
Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
Abu Abdillah Al-Khobazi
Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfaray
Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)

Peringkat Keempat
Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
Abu Abdillah At-Thobari
Peringkat Kelima
Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi
Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.a.
Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaj
Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karman
Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

Peringkat Keenam

Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (empunya At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)
Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)
Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (empunya At-Tahsil wal Hashil)
Al-Khasru Syahi

Peringkat Ketujuh

Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
Sheikh Zainuddin
Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
Sheikh Jamaluddin bin Jamil
Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi
Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri

Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (empunya kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)
Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…
(antara rujukan: Tabyiin Kizb Al-Muftari oleh Imam Ibn ‘Asakir, Marham Al-Ilal oleh Imam Al-Yafi’e, Tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra oleh Imam Tajuddin As-Subki, At-Tobaqot oleh Imam Al-Badr Husein Al-Ahdal dan sebagainya

Saturday, June 12, 2010

Konsep Negara Islam...TN GURU DATO HARUN DIN BERSEMANGAT KENTAL .Marilah kita sokong ulama , jangan khianati Ulama ...

Hizbul Bahr ...AMALAN ROHANI ....TOLONG AMAL INSYALLAH ALLAH BAGI BERKAT

Tahukah sahabat-sahabat apakah yang dikatakan hizbul bahr?? Hizb al-bahr ini adalah hizib yang termasyhur disamping dua hizib lagi iaitu hizb an-Nawawi dan Ratib Hadad. Ketiga-tiga ini adalah milik wali-wali Qutub. Wali Qutub ialah ketua para wali atau pusat para wali di dunia ini pada zamannya. Yang mana mereka ini adalah orang yang amat bertakwa kepada Allah secara zahir dan batin.

Tujuan asal amalan hizib-hizib adalah untuk membawa diri seseorang itu menjadi dekat dengan Allah S.W.T. Dalam arti kata lain, Mengharapkan redha Allah dalam mengamalkannya disamping melakukan amalan-amalan wajib seperti solat fardu, puasa, mengeluarkan zakat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ini kerana Hizib adalah juga kategori doa atau zikir yang bertujuan memperkuat tauhid pengamal tersebut.

Terdapat banyak keistimewaan @ kelebihan @ fadhilat bagi sesiapa yang mengamalkankan hizib-hizib ini. Antaranya mendapat redha Allah, sentiasa dalam keadaan hati yang tenang, terpelihara dari hasad dengki khianat orang, terpelihara dari gangguan jin, syaitan serta iblis dan sebagainya. Apapun kelebihan-kelebihan yang ada itu adalah kurniaan Allah kepada hamba yang diredhainya, maka kita sebagai hamba Allah hendaklah mengikhlaskan niat terhadap apa jua amalan yang dilakukan. Berkenaan kelebihan-kelebihan itu kita serahkan kepada Allah dan jangan mengharapkannya. Kerana setiap musihabah yang berlaku keatas kita terkadang ada hikmah disebaliknya dan terkadang menjadi kaffarah (balasan untuk menghapus dosa) atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan, cukuplah yang penting kita mengamalkannya hanya mencari redha Allah S.W.T.



Kembali kepada Hizb al-Bahr, hizib inilah yang al-Imam selalu berwasiat kepada anak-anak muridnya supaya rajin dibaca, diamalkan dan diajarkan kepada anak-anak. Kerana di dalamnya mengandungi al-Ismul A'dzam (nama Allah yang Maha Agung
Sejarah Hizb al-Bahr


Hizb ini diajarkan oleh Rasulallah S.A.W melalui mimpi Imam Abu Hasan asy-Syazili sewaktu beliau berdukacita di tengah-tengah Laut Merah.
Diceritakan, suatu hari Al-Imam ingin pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan fardu haji melalui jalan laut. Kapten kapalnya itu seorang nasrani (kristian). Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba angin tidak lagi bertiup, ini membuatkan kapal yang al-Imam naiki tidak boleh berlayar. Bukan setakat sehari, malah berhari-hari. Semua awak-awak kapal menjadi gelisah dan berdukacita. Dalam kegelisahan inilah, Imam Abu Hasan asy-Syazili bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W mengajarkan al-Imam akan hizib ini.
Apabila tiba waktu siang, al-Imam menyuruh kapten kapal itu bersiap-siap untuk berlayar. Dan ini menyebabkan kapten kapal itu kehairanan, lalu bertanya.
Kapten kapal : "Mana Anginnya, tuan?".

Jawab al-Imam : " Sudah! siap-siap, sekarang angin datang!".
Dengan Izin Allah S.W.T beberapa saat kemudian angin pun datang. Oleh kerana peristiwa yang luar biasa ini, kapten kapal yang seorang nasrani itu pun memeluk Islam. MasyaAllah.

Kenali al-Imam Abu Hassan asy-Syazili

Nama sebenar :
Abu Hassan Ali b. Abdullah b. Abdul Jabbar b. Tamim b. Hurmuz b. Hatim b. Qushoy b. Yusuf b. Yusya' b. Ward b. Abu Batthal Ali b. Ahmad b. Muhammad b. Isa b. Idris b. Abdullah b. al-Hasan al-Mutsanna b. al-Hasan b. Ali b. Abu Thalib Karamallahu wajhah suami Fatimah bt. Muhammad S.A.W.
Tempat lahir : Kampung Syazilah iaitu sebuah kampung di Afrika.
Tarikh lahir : 593 H.
Menetap :

Di Iskandariah iaitu sebuah bandar besar di Mesir menyebarkan ilmu dan menjadi Syeikh Tariqat asy-Syaziliah. Beliau seorang yang buta tetapi Alah telah gantikan dengan penglihatan yang terang benderang.
Wafat : Di padang Sahara Iz'aab pada 656 H dalam perjalanan menunaikan haji

RATIB HADAD.....TOLONG AMAL INSYALLAH BERKAT

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).


Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, 慉mir dari keluarga Bani Sa抎 yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan 慉mir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung 慉mir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat Isya? Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya?bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.

Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca ?La ilaha illallah?/i> hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.

Beberapa kebezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa杕asa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Ameen

WAHABI ! WAHABI !...BAHAYA ..MAI KITA DENGAR PANDANGAN ULAMA KITA

Friday, June 11, 2010

PAS diiktiraf dunia

SELAMAT BERMUKTAMAR ...MUDAHAN DIBERKATI AMIN

KOTA BHARU, 11 Jun: Perwakilan Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menolak Umno sebagai
parti yang memperjuangkan bangsa dan agama di negara ini kerana sanggup bersekongkol dengan
APCO Worldwide.
Beliau berkata, dosa-dosa Umno perlu diterangkan kepada rakyat sehingga mereka merasa jijik untuk terus menyokong parti itu.
Katanya, apabila rakyat faham mengenai kedudukan sebenar, Umno akan menghadapi masalah pada
pilihan raya umum ke-13 untuk mengekalkan kuasa.
Ketika membahas usul ucapan dasar Presiden di Putik petang ini beliau berharap PAS terus
menggalas usaha untuk memasyarakatkan aktiviti bersama orang ramai.
"Tidak cukup untuk memberitahu rakyat perlu menolak Umno, tetapi hendaklah semua pihak dalam PAS terutama mereka yang menang dalam pilihan raya lalu hendaklah memasyarakatkan PAS, PAS
Untuk semua," katanya.
Beliau turut menekankan pentingnya konsep 'parti menerajui kerajaan' sebagaimana
dipertegaskan ketika pemerintahan Pakatan di Perak sebelum ini.
Pakatan Rakyat di Perak, menurut Khalil bermula dari Gagasan Rakyat yang diketuai bekas
pesuruhjaya, Ahmad Awang.

Beliau juga berkata, rampasan kuasa yang berlaku di Perak merupakan peristiwa yang sukar dilupakan rakyat di negara ini.

"Namun pengajaran dari rampasan kuasa itu membawa anjakan kepada rakyat memberi sokongan
kepada PAS dan Pakatan," katanya sambil menyifatkan kelainan sambutan terhadap muktamar kali ini.

Perwakilan Terengganu, Saiful Bahri Mohamad berkata, tema PAS Untuk Semua perlu diuar-uarkan
dengan seluas mungkin.
Ini kerana beliau yakin bahawa perjuangan atas nama Islam tidak pernah diragukan, bahkan
sejak 1959 hingga kini ahli dan pimpinan PAS beristiqamah dengan dasar perjuangan.

Ini berbeza dengan pemimpin Umno yang mengekalkan peraturan penjajah. Bahkan pada 1961, bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman tidak mahu campur undang-undang Tuhan dengan undang-undang PAS bagi mengelakkan kononnya negara menjadi kacau bilau.
"Bagaimanapun, Umno pada PRU-12 lalu jelas menampilkan gelagat bagai 'harimau luka'
bertindak macam kehilangan panduan. Mereka mencalarkan imej negeri yang dikuasai Pakatan
bagi menaikkan imej Najib," katanya.

Justeru beliau mahu ahli dan pemimpin Pakatan menjauhi maksiat kerana ia menghalang kepada
kejayaan gerakan Islam. Dan dalam masa sama negeri dikuasai Pakatan hendaklah mempamerkan
imej yang baik

Kenangan di Kelantan SERAMBI MAKKAH ...

MAKAM TOK KENALI(RA)
Majlis TAWASUL di Makam Tok Kenali ...
kita bukan wahabi ...




Tukar Cenderamata antara Pondok Pasir Tumbuh bersama Pondok Sik

PONDOK PASIR TUMBUH

MAKAM TN GURU HJ ABDULLAH LUBUK TAPAH (RA)

MAKAM TN GURU HJ ABDUL RAHMAN LUBUK TAPAH (RA)

Tn Guru Hj Husain Lubuk Tapah ...
beliau tengah memberi penerangan tentang TN GURU HJ ABDULLAH GENTING???

TN GURU HJ HUSAIN sekarang sering memimpin solat hajat perdana anjuran kerajaan negeri Kelantan
ULAMA WAJIB BERJUANG !!!

Muslimat bersama Tn Guru Hj Husain

kenangan di Masjid Cina


Masjid Cina Rantau Panjang



Kuda kepunyaan cucu saudara Tok Kenali

KENANGAN BERSAMA YAB MB KELANTAN ...TN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Alhamdulillah semata -mata berhajat menemui Tn Guru Menteri Besar , ALLAH
makbulkan hasrat kami . Selepas berusaha sanggup korban masa dan keselesaan kami bermalam di
Pulau Melaka .
Alhamdulillah dapat solat subuh bersama Tn Guru
kami dapat mendengar tazkirah , dapat lihat Tn Guru nikahkan 2 pasangan pengantin dan tahnid 3 orang bayi


TN GURU SEBAGAI ULAMA DAN UMARA
RAKYAT PERLU BERSYUKUR DIBAWAH PEMERINTAHAN ULAMA
nanti kelak kita akan menyesl andai tidak mensyukuri nikmat ini .
Peliharalah kerajaan Kelantan
Mudahan Tn Guru panjang umur dan sihat Amin...
Dikhabarkan Tn Guru hanya berehat waktu solat , tazkirah dan baca Quran dan tidur malam sahaja .Selain itu padat dengan urusan Rakyat
Selepas Tn Guru tiada , maka tiadalah MB pakai jubah , sereban ke pejabat ...
Hebat ULAMA dalam memerintah negeri .
Negeri berkat ..

Tn Guru mencukur rambut bayi selepas tazkirah subuh ...
Ini runting harian beliau
Muslimat Pondok Sik dihadapan rumah MB

PONDOK SYED SUHAIMI DAN BABA SOBLA , KUALA TERENGGANU



LAWATAN KE TERENGGANU

Peserta KEMBARA ILMU MENDEKATI ULAMA
berkenangan dihadapan Masjid Terapung Kuala Terengganu
Dihadapan rumah Tn Guru Hj Hadi
Tn Guru ke Kuala Lumpur , menghadiri sidang Parlimen
kencam Israel

Hadapan Masjid Rusila

Muslimat Di hadapan rumah Tn Guru Hj Hadi
ALLAHHUAKBAR!!!
Tak diduga atas puncak gunung yang nampak macam kubu sahaja , ada tersemadi MAKAM ULAMA
YAMAN yang menjadi penasihat SULTAN TERENGGANU satu ketika dulu .
SYEIKH SYED YASSIN disemadikan di kubu ini .
Kubu ini sebagai benteng pertahanan Kuala Terengganu ketika dulu

MASJID KRISTEL

Keropok Losong Terengganu
ampuni kami