Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, November 29, 2010

Zikir Munajat

Hati tenang jika sentiasa ingat Allah

Sebelum ini, telah disebutkan kepada kita bahawa dengan zikrullah itu hati kita akan tenang dengan perkara-perkara dunia. Ia membawa maksud selagi hati kita dapat terhubung dengan Tuhan, nescaya diri kita tidak dapat dipengaruhi dengan perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Begitulah yang kita diberitahu. Namun, bagaimana boleh dihubungkan kedua-duanya iaitu dengan zikrullah, boleh kita dapat ketenangan dunia? Bagaimana zikrullah itu boleh menenggelamkan rasa bimbang, risau, cemas dan takut kita kepada perkara dunia? Mana tidaknya, sakit, miskin, hilang jawatan, dimaki atau dicerca orang, dan berbagai lagi musibah dunia, bukankah ia menyusahkan? Bukankah itu menggugat hati sehingga datang bimbang, cemas dan takut? Oleh itu marilah kita perhatikan hubungkait antara keduanya agar benar-benar kita faham bagaimana zikrullah boleh menjadi penawar kepada kesusahan dunia.


Di sini, zikrullah itu membawa pengertian mengingati Allah dalam ertikata yang hati itu dapat menghayati sifat-sifat dan peranan Tuhan. Dibawakan contoh, katakan seorang itu miskin. Dia selalu kesempitan wang. Dia nak makan pun susah. Nak belanja-belanja keluarga pun susah. Tapi, oleh kerana hatinya sudah menghayati Tuhan, dia dapat merasakan Tuhan Maha Pemberi Rezeki. Pada Tuhan, dia bertawakal. Dengan bersandarkan pada sifat Tuhan Maha Pemberi Rezeki, dia jadi yakin. Dia jadi orang yang boleh tenang menghadapi kemiskinan. Dia tahu rezeki Tuhan itu luas dan Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. “InsyaAllah, Tuhan ada, Dialah yang Maha memberi rezeki”, kata hati kecilnya. Dia berusaha juga tapi dia tidak bergantung pada usahanya. Bagi dia rezeki Tuhan ada di mana-mana dan sudah ditetapkan bahagian untuk orang sepertinya.
Contoh lain, seorang itu jatuh sakit. Sakit itu menyusahkan. Boleh jadi tidak tenang dengan sakit apatah lagi makan minum serta tidur selalu terganggu. Malah kerja harian juga terganggu dan di waktu tertentu hendak bersembahyang pun terganggu juga. Namun, seorang yang berzikrullah, dapat merasakan Tuhan yang memberi sakit dan Dialah yang menyembuhkan. Rasa itulah yang memberi penawar kepada kesusahan sakitnya selama ini. Dia jadi tenang atas kerana yakin Tuhan yang memberi sakit dan Tuhan jugalah yang akan menyembuhkan. Sudah pasti keyakinan itu menjadikan dia faham maksud Tuhan memberi sakit kepadanya. Sudah pasti juga dia faham bahawa kalau Tuhan kehendaki, bila-bila masa Tuhan boleh sembuhkan. Tinggal lagi yang menjadi soal bukan tempoh lama atau sekejap masa sakit, atau soal ringan atau berat ujian sakit. Soalnya adalah sejauhmana kuat hubungannya dengan Tuhan sehingga sakit itu boleh menjadi hiburan kepadanya. Sakit bukan sakit lagi tetapi dirasakan sebagai hiburan dari Tuhan kepada hambanya.

Yang paling besar juga, kesusahan dalam miskin dan sakit itu boleh dihadapi dengan tenang kerana dia sudah merasa dirinya itu dimiliki Tuhan. Inilah sebahagian daripada zikrullah. Rasa dimiliki Tuhan ini membuatkan seseorang itu menyerah hati dan dirinya kepada Tuhan. Dia merasakan Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya kerana dia adalah milik Tuhan. Sebagai hamba Tuhan yang dimiliki Tuhan, terpulanglah kepada Tuhan nak sakitkan, nak miskinkan atau nak susah-susahkan hidupnya di dunia. Berhak bagi Tuhan berbuat begitu. Hatinya boleh berkata, “tidak sekali-kali bagi seorang hamba boleh menolak apa sahaja ketentuan dari Tuhannya.” Berbahagialah orang yang boleh merasakan sedemikian. Di situlah datangnya ketenangan kepada orang seperti itu. Asasnya adalah zikrullah tadi.

Begitulah kisahnya, jika seseorang sudah dapat menghayati sifat Tuhan. Hatinya akan sentiasa dalam ketenangan bilamana menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Hatinya tidak cacat atau terpengaruh dengan dunia tersebut disebabkan kuat rasa-rasa hatinya dengan Tuhan. Banyak lagi contoh yang boleh disebutkan di sini tetapi cukuplah dengan dua contoh di atas untuk panduan kita bersama. Sekian.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya. (Ar-Rad: 28-29)

Dialah yang menurunkan Sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al-Fath: 4)

Tazkirah & Haul Imam Al-Haddad (9 Zhulqaedah 1430)

Habib Omar Tour 2010. Zirah Habib di Malaysia tahun ini

Hak Al Quran diatas setiap kita

TANPA sebarang keraguan, al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang terkandung pelbagai khazanah ilmu bagi manfaat manusia.

Firman Allah yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap umat yang ada antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).” (Surah al-Ma’idah ayat 48) Kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, hanya boleh dicapai jika manusia berpegang kepada kandungan al-Quran.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya dan Rasul-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 285) Al-Quran kekal terpelihara daripada sebarang bentuk perubahan hingga hari kiamat.
Melihat kepada keistimewaan al-Quran, umat Islam perlu menjunjung ketinggian martabat kitab suci itu, semua haknya perlu ditunaikan. Antara hak al-Quran ialah untuk diimani, dibaca, dihafal, difahami, diamalkan dan hak untuk disebarkan isi kandungannya.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran, dan Kami-lah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr, ayat 9).

Al-Quran perlu diimani kerana menolak al-Quran sehingga meragui isi kandungannya akan membuatkan umat Islam tercampak ke lembah kekufuran. Keimanan terhadap al-Quran turut berkait dengan keimanan kepada Rasulullah yang dipilih sebagai Rasul akhir zaman dan menyampaikan ajaran Islam seperti mana yang termaktub di dalam al-Quran.

Selain itu, hak al-Quran untuk dibaca. Adakah kita membaca al-Quran setiap hari? Pernahkah kita memperuntukkan masa untuk membaca dan memahami al-Quran? Berapa ramai generasi muda hari ini tidak tahu membaca al-Quran? Jauhnya umat Islam daripada al-Quran akan menutup pintu rahmat dan keberkatan Allah dalam kehidupan mereka. Malah, hakikatnya al-Quran bakal memberi syafaat buat umat Islam di akhirat kelak. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim) Kemudian hak al-Quran hak untuk dihafal. Terlalu banyak ganjaran bagi mereka yang mampu menempatkan ayat al-Quran dalam hati mereka. Jika al-Quran sudah terpahat dalam hati, maka diri akan sentiasa terpelihara daripada sebarang bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Rasulullah pernah memberi perumpamaan yang buruk bagi mereka yang tidak mempunyai al-Quran dalam hatinya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang di dalam dadanya tidak ada al-Quran sama sekali, tidak ubah seperti sebuah rumah yang rosak.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, al-Hakim, dan al-Darimi) Hak al-Quran yang keempat ialah hak untuk difahami. Sesungguhnya inti pati al-Quran tidak akan dapat dibongkar jika umat Islam gagal memahami isi kandungan al-Quran. Pemahaman isi kandungan al-Quran boleh diperoleh menerusi kupasan tafsiran al-Quran di pelbagai media.

Penguasaan bahasa Arab juga perlu diusahakan bagi memahami isi kandungan al-Quran.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Pelajarilah al-Quran dan bacalah, serta tidurlah kalian. Sebab perumpamaan al-Quran dan orang yang mempelajarinya kemudian ia mahu membacanya, ibarat satu bejana yang penuh berisi minyak wangi yang baunya semerbak di merata tempat. Sedangkan perumpamaan orang yang mempelajari al-Quran, tetapi ia tidur sahaja, al-Quran hanya di dadanya sahaja (tidak dibaca); maka hal itu ibarat bejana yang berisi minyak wangi, tetapi tutupnya diikat rapat-rapat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, al-Tirmidzi, al-Nasa’i, dan Ibnu Hibban)

Al-Quran mempunyai hak untuk diamalkan. Berdosa jika mengetahui isi al-Quran, namun tidak mengamalkannya. Jika al-Quran tidak dipelihara atau diamalkan, ia bakal mengheret Muslim ke pintu neraka. Berbahagialah bagi mereka yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Orang Mukmin yang membaca al-Quran dan mengamalkan isinya, ibarat buah yang manis, rasanya enak dan baunya harum.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi, dan lain-lain)

Hak al-Quran yang terakhir ialah untuk disebarkan isi kandungannya. Perkara itu menjadi perjuangan Rasulullah ketika hayatnya yang diteruskan salaf al-salih dan golongan ilmuan Islam. Hakikatnya, ia membuktikan Islam cintakan ilmu dan menggalakkan budaya ilmu disuburkan untuk faedah umat manusia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling baik antara kalian adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Darimi

Sunday, November 28, 2010

Alam sebagai dalil Ketuhanan



Sheikh al-Maraghi berkata: “Allah SWT telah menerangkan tentang kedatangan hari kiamat, bahawa manusia pada hari itu terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan manusia yang celaka dan yang bahagia.

“Seterusnya Dia menjelaskan pula bahawa golongan yang celaka selalu berada dalam keadaan hina-dina, manakala golongan yang bahagia yang saat itu bersuka ria, yang mana tergambar pada wajah-wajah ceria.

“Lalu, ditegaskan dengan mengemukakan hujah-hujah untuk melumpuhkan orang yang mengingkari-Nya. Diarahkan pendangan mereka untuk mengamati jejak kekuasaan-Nya atas sesuatu yang ada di hadapan mereka dan yang berada dalam jangkauan penglihatan mereka seperti langit yang menaunginya, bumi yang menyanggahnya, unta yang dimanfaatkan untuk berpergian serta dimakan dagingnya, diminum susunya, manakala bulu-bulunya dijadikan pakaian, dan gunung-ganang sebagai panduan mereka di padang sahara dan ketika menyusuri jejak”.

Firman Allah SWT: (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

Al-Mawardi berkata: Berdasarkan ayat-ayat ini menunjukkan tiga perkara:

i. Untuk mereka berdalil dan mengambil bukti serta pengajaran atas kudrat Allah dan Keesaannya.

ii. Supaya mereka mengetahui berkenaan kudrat-Nya atas semua perkara dan mampu serta berkuasa untuk membangkitkan mereka pada hari kiamat, seperti kata Yahya bin Salam.
iii. Allah SWT tatkala menyifatkan syurga kepada mereka lantas mereka yang sesat merasa hairan. Justeru, disebut bagi mereka tentang perkara yang ajaib untuk menghilangkan kehairanan mereka. Inilah pendapat Qatadah.

Kenapa dinyatakan unta?
Sayid Qutub berkata: Unta merupakan haiwan masyarakat Arab yang utama. Ia merupakan alat kenderaan dan pengangkutan mereka. Susu dan dagingnya menjadi makanan dan minuman mereka.

Bulu dan kulitnya menjadi pakaian dan khemah mereka. Ia merupakan sumber utama kehidupan.
Di samping itu, unta mempunyai sifat-sifat yang tidak ada pada haiwan-haiwan yang lain. Walaupun bentuk tubuh badannya kuat, besar dan gagah namun ia mudah dituntun.

Ia akan mengikut dan patuh walaupun dituntun oleh kanak-kanak yang kecil. Walaupun kegunaan dan perkhidmatannya begitu besar, namun perbelanjaan memeliharanya kecil. Makanannya senang dan belanjanya murah.

Unta adalah binatang yang paling sabar dan tahan lasak. Ia tahan lapar, dahaga, penat dan gigih menghadapi keadaan-keadaan yang buruk
Firman Allah SWT: dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?

Ibn Kathir berkata: Syuraih al-Qadi menyebut: Marilah keluar bersama kami sehingga kami dapat melihat unta bagaimana ia diciptakan dan langit bagaimana diangkatnya. Bagaimana Allah SWT mengangkat langit daripada bumi? Hal ini amat besar dan hebat.

Firman Allah SWT: dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

Ibn Kathir berkata: Ia bertujuan untuk menetapkan bumi dengan pasaknya. Begitu juga dijadikan padanya sebahagian daripada manfaat dan hasil galian.

Al-Maghari menambah: Ia dapat didaki pada setiap saat, menjadi panduan bagi orang yang melintasi padang tandus dan menjadi tempat pancuran air hujan untuk mengairi tanaman dan minuman haiwan.
Firman Allah SWT: dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

Hamka berkata: Dan perjalanan itu dilakukan di muka bumi, beratap langit, berpasak gunung dan alat pengangkutan unta. Semuanya terjadi di muka bumi, maka dengan sendirinya sebagai renungan terakhir memandang bagaimana Allah SWT menghamparkan bumi untuk manusia hidup.

Penutup

Sayid Qutub berkata: Empat ayat pendek ini mengumpulkan bahagian-bahagian alam sekitar masyarakat Arab yang ditujukan al-Quran ini kepada mereka buat pertama kalinya.

Di samping itu, ia mengumpul bahagian kejadian yang nyata di seluruh alam ini iaitu kejadian langit, bumi, gunung-ganang dan unta yang mewakili seluruh haiwan yang lain dengan keistimewaan kejadiannya serta nilai khususnya dalam masyarakat Arab.
Seluruh pemandangan terbentang kepada semua penglihatan manusia. Di mana sahaja mereka berada, akan bertembung dengan langit, bumi, gunung-ganang dan haiwan.
Walaupun sebanyak mana dan sejauh mana ilmu pengetahuan dan tamadun manusia, namun seluruh pemandangan ini tetap di dalam alam mereka dan di dalam kemampuan akal mereka.

Dan seluruh pemandangan ini menyarankan kepada mereka hikmah yang wujud di sebalik penciptaannya apabila mereka menumpukan perhatian untuk mencari makna dan tujuan di sebaliknya.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman dan mengetahui dalil untuk makrifah Allah SWT

Pondok Sik Anjur Pogram Cuti Sekolah " Mantapkan Aqidah Remaja Kita"

Assalamualiakum wb
Saudara , ada sahabat yang minta saya iklankan Pogram ini pada umum kerana inging membuka ruang kepada remaja untuk dekati Agama dan Mantapkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Pondok Sik sedia menerima remaja untuk musim cuti ini  sekolah (2010) , kita sedia menerima andai remaja itu berminat dan bersedia untuk dibimbing
hari ini 28.11.2010 sudah hampir 30 peserta mengikuti pogram ini ada yang dari Joho , Selangor , Perak dan serata tempat waris mereka menghantar anak-anak mereka Ke Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah
 7.30-9.30 pagi ; Kuliah Tn Guru Hj Salleh
10.20-11.30pagi; kuliah Tauhid / Fekah
1.30-2.30 petang :Fekah
3.30-4.20petang;Tauhid
4.40-6.20petang ;Kuliah Nahu dan ilmu bayan
7.40-8.30 malam ;Kuliah umum /kuliah Maghrib
9.00-10.30 malam ;kuliah Tn Guru Hj Salleh
11.00malam ; Kuliah Al Quran Tajwid

Siapa berminat hubungi 0134044259
atau emial : helmi_sunni@yahoo.com
atau          : facebook Helmi Assyafie

Moga kita dirahmati Allah SWT dan dalam limpah Rahmat ALLAH SWT
Sekian Wasalam

Tarekat Syattariyah

Alhamdulillah saya ditakdirkan Allah dapat menerima tarekat Syattariyah dari Syeikhuna Syeikh Salleh Musa Sik Kedah Malaysia
yang beliau terima dari gulu mulai  beliau ALLAHYARHAM SYEIKH WAN ISMAIL (PA DA EIL MAKKAH ) ...tujuan saya adalah untuk berkongsi ilmu dengan saudara-saudara , tidak ada niat lain kecuali untuk tujuan dakwah semata-semata hendak keredaan ALLAH SWT

Tarekat Syattariyah adalah aliran tarekat yang pertama kali muncul di India pada abad ke 15. Tarekat ini dinisbahkan kepada tokoh yang mempopulerkan dan berjasa mengembangkannya, Abdullah asy-Syattar.


Awalnya tarekat ini lebih dikenal di Iran dan Transoksania (Asia Tengah) dengan nama Isyqiyah. Sedangkan di wilayah Turki Usmani, tarekat ini disebut Bistamiyah. Kedua nama ini diturunkan dari nama Abu Yazid al-Isyqi, yang dianggap sebagai tokoh utamanya. Akan tetapi dalam perkembangan selanjutnya Tarekat Syattariyah tidak menganggap dirinya sebagai cabang dari persatuan sufi mana pun.

A. ISI AJARAN TAREKAT SYATTARIYAH
1. Hubungan Antara Tuhan dengan Alam
Menurut ajaran tarekat Syattariyah, alam diciptakan oleh Allah dari Nur Muhammad. Sebelum segala sesuatu itu diciptakan oleh Allah, alam berada di dalam ilmu Allah yang diberi nama A’yan Tsabitah. la merupakan bayang-bayang bagi Dzat Allah. Sesudah A’yan Tsabitah ini menjelma pada A’yan Kharijiyyah (kenyataan yang berada di luar), maka A’yan Kharijiyyah itu merupakan bayang-bayang bagi Yang Memiliki bayang-bayang, dan ia tiada lain daripada-Nya.

Hal di atas dapat dijelaskan dengan mengambil beberapa contoh, antara lain:

a. Pertama, perumpamaan orang yang bercermin, pada cermin tampak bahwa bagian sebelah kanan sesungguhnya merupakan pantulan dari bagian sebelah kiri, begitu pula sebaliknya. Dan jika orang yang bercermin itu berhadapan dengan beberapa cermin, maka di dalam cermin-cermin itu tampak ada beberapa orang, padahal itu semua tampak sebagai pantulan dari seorang saja.

b. Kedua, mengenai hubungan antara tangan dengan gerak tangan, sesungguhnya gerak tangan itu bukan tangan itu sendiri tetapi ia termauk dari tangan itu juga.
c. Ketiga, tentang seseorang yang bernama Si Zaid yang memiliki ilmu mengenai huruf Arab. Sebelum ia menuliskan huruf tersebut pada papan tulis, huruf itu tetap (tsabit) pada ilmunya. Ilmu itu berdiri pada dzatnya dan hapus di dalam dirinya. Padahal hakikat huruf Arab itu bukanlah hakikat Si Zaid (meskipun huruf-huruf itu berada di dalam ilmunya), yang huruf tetaplah sebagai huruf dan Zaid tetap sebagai Zaid. Sesuai dengan dalil Fa al-kullu Huwa al-Haqq, artinya ‘Adanya segala sesuatu itu tiada lain kecuali sebagai manifestasi-Nya Yang Maha Benar’.

2. Dzikir dalam Tarekat Syattariyah
a. Aturan-aturan berdzikir

Perkembangan mistik tarekat ini ditujukan untuk mengembangkan suatu pandangan yang membangkitkan kesadaran akan Allah SWT di dalam hati, tetapi tidak harus melalui tahap fana’. Penganut Tarekat Syattariyah percaya bahwa jalan menuju Allah itu sebanyak gerak napas makhluk. Akan tetapi, jalan yang paling utama menurut tarekat ini adalah jalan yang ditempuh oleh kaum Akhyar, Abrar, dan Syattar. Seorang salik sebelum sampai pada tingkatan Syattar, terlebih dahulu harus mencapai kesempurnaan pada tingkat Akhyar (orang-orang terpilih) dan Abrar (orang-orang terbaik) serta menguasai rahasia-rahasia dzikir. Untuk itu ada sepuluh aturan yang harus dilalui untuk mencapai tujuan tarekat ini, yaitu taubat, zuhud, tawakkal, qana’ah, uzlah, muraqabah, sabar, ridla, dzikir, dan musyahadah.

b. Tingkatan dzikir

Pelaksanaan dzikir bagi penganut tarekat Syattariyah dibagi menjadi tiga tataran, yaitu: mubtadi (tingkat permulaan), mutawasitah (tingkat menengah), dan muntahi (tingkat terakhir). Tataran ini dapat dicapai oleh seseorang yang mampu mengumpulkan dua makrifat, yaitu ma’rifat tanziyyah dan ma’rifat tasybiyyah. Ma’rifat tanziyyah adalah ‘suatu iktikad bahwa Allah tidak dapat diserupakan dengan sesuatu apapun’. Pada makrifat ini segala sesuatu dilihat dari segi batiniah/hakikatnya. Sedangkan ma’rifat tasybiyyah adalah ‘mengetahui dan mengiktikadkan bahwa Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar’, dalam makrifat ini segala sesuatu dilihat dari segi lahiriahnya.

c. Macam-macam dzikir

Di dalam tarekat ini, dikenal tujuh macam dzikir muqaddimah, sebagai tangga untuk masuk ke dalam Tarekat Syattariyah, yang disesuaikan dengan tujuh macam nafsu pada manusia. Ketujuh macam dzikir ini diajarkan agar cita-cita manusia untuk kembali dan sampai ke Allah dapat selamat dengan mengendalikan tujuh nafsu itu. Ketujuh macam dzikir itu sebagai berikut:



1) Dzikir Thawaf, yaitu dzikir dengan memutar kepala, mulai dari bahu kiri menuju bahu kanan, dengan mengucapkan laa ilaha sambil menahan nafas. Setelah sampai di bahu kanan, nafas ditarik lalu mengucapkan illallah yang dipukulkan ke dalam hati sanubari yang letaknya kira-kira dua jari di bawah susu kiri, tempat bersarangnya nafsu lawwamah.

2) Dzikir Nafi Itsbat, yaitu dzikir dengan laa ilaha illallah, dengan lebih mengeraskan suara nafi-nya, laa ilaha, ketimbang itsbat-nya, illallah, yang diucapkan seperti memasukkan suara ke dalam yang Empu-Nya Asma Allah.

3) Dzikir Itsbat Faqat, yaitu berdzikir dengan Illallah, Illallah, Illallah, yang dihujamkan ke dalam hati sanubari.

4) Dzikir Ismu Dzat, dzikir dengan Allah, Allah, Allah, yang dihujamkan ke tengah-tengah dada, tempat bersemayamnya ruh yang menandai adanya hidup dan kehidupan manusia.

5) Dzikir Taraqqi, yaitu dzikir Allah-Hu, Allah-Hu. Dzikir Allah diambil dari dalam dada dan Hu dimasukkan ke dalam bait al-makmur (otak, markas pikiran). Dzikir ini dimaksudkan agar pikiran selalu tersinari oleh Cahaya Illahi.

6) Dzikir Tanazul, yaitu dzikir Hu-Allah, Hu-Allah. Dzikir Hu diambil dari bait al-makmur, dan Allah dimasukkan ke dalam dada. Dzikir ini dimaksudkan agar seorang salik senantiasa memiliki kesadaran yang tinggi sebagai insan Cahaya Illahi.

7) Dzikir Isim Ghaib, yaitu dzikir Hu, Hu, Hu dengan mata dipejamkan dan mulut dikatupkan kemudian diarahkan tepat ke tengah-tengah dada menuju ke arah kedalaman rasa.

Ketujuh macam dzikir di atas didasarkan kepada firman Allah SWT di dalam Surat al-Mukminun ayat 17:



“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu semua tujuh buah jalan, dan Kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami (terhadap adanya tujuh buah jalan tersebut)”.



Adapun ketujuh macam nafsu yang harus ditunggangi tersebut, sebagai berikut:

1) Nafsu Ammarah, letaknya di dada sebelah kiri. Nafsu ini memiliki sifat-sifat senang berlebihan, hura-hura, serakah, dengki, dendam, bodoh, sombong, pemarah, dan gelap, tidak mengetahui Tuhannya.

2) Nafsu Lawwamah, letaknya dua jari di bawah susu kiri. Sifat-sifat nafsu ini: enggan, acuh, pamer, ‘ujub, ghibah, dusta, pura-pura tidak tahu kewajiban.

3) Nafsu Mulhimah, letaknya dua jari dari tengah dada ke arah susu kanan. Sifat-sifatnya: dermawan, sederhana, qana’ah, belas kasih, lemah lembut, tawadlu, tobat, sabar, dan tahan menghadapi segala kesulitan.

4) Nafsu Muthmainnah, letaknya dua jari dari tengah-tengah dada ke arah susu kiri. Sifat-sifatnya: senang bersedekah, tawakkal, senang ibadah, syukur, ridla, dan takut kepada Allah SWT.

5) Nafsu Radhiyah, letaknya di seluruh jasad. Sifat-sifatnya: zuhud, wara’, riyadlah, dan menepati janji.

6) Nafsu Mardliyah, letaknya dua jari ke tengah dada. Sifat-sifatnya: berakhlak mulia, bersih dari segala dosa, rela menghilangkan kegelapan makhluk.

7) Nafsu Kamilah, letaknya di kedalaman dada yang paling dalam. Sifat-sifatnya: Ilmul yaqin, ainul yaqin, dan haqqul yaqin.

Khusus dzikir dengan nama-nama Allah (al-asma’ al-husna), tarekat ini membagi dzikir jenis ini ke dalam tiga kelompok.

1) Menyebut nama-nama Allah SWT yang berhubungan dengan keagungan-Nya, seperti al-Qahhar, al-Jabbar, al-Mutakabbir, dan lain-lain.

2) Menyebut nama Allah SWT yang berhubungan dengan keindahan-Nya seperti, al-Malik, al-Quddus, al-’Alim, dan lain-lain.

3) Menyebut nama-nama Allah SWT yang merupakan gabungan dari kedua sifat tersebut, seperti al-Mu’min, al-Muhaimin, dan lain-lain.

Ketiga jenis dzikir tersebut harus dilakukan secara berurutan, sesuai urutan yang disebutkan di atas. Dzikir ini dilakukan secara terus menerus dan berulang-ulang, sampai hati menjadi bersih dan semakin teguh dalam berdzikir. Jika hati telah mencapai tahap seperti itu, ia akan dapat merasakan realitas segala sesuatu, baik yang bersifat jasmani maupun ruhani.

d. Syarat-syarat berdzikir

Secara terperinci, persyaratan-persyaratan penting untuk dapat menjalani dzikir di dalam Tarekat Syattariyah adalah: makanan yang dimakan haruslah berasal dari jalan yang halal; selalu berkata benar; rendah hati; sedikit makan dan sedikit bicara; setia terhadap guru atau syekhnya; kosentrasi hanya kepada Allah SWT; selalu berpuasa; memisahkan diri dari kehidupan ramai; berdiam diri di suatu ruangan yang gelap tetapi bersih; menundukkan ego dengan penuh kerelaan kepada disiplin dan penyiksaan diri; menjaga mata, telinga, dan hidung dari melihat, mendengar, dan mencium segala sesuatu yang haram; membersihkan hati dari rasa dendam, cemburu, dan bangga diri; mematuhi aturan-aturan yang terlarang bagi orang yang sedang melakukan ibadah haji, seperti berhias dan memakai pakaian berjahit.

B. SANAD ATAU SILSILAH TAREKAT SYATTARIYAH

Sebagaimana tarekat pada umumnya, tarekat ini memiliki sanad atau silsilah para guru atau wasithah-nya yang bersambungan sampai kepada Rasulullah SAW. Di dalam tarekat ini, wasithah dianggap berhak dan sah apabila terangkum dalam mata rantai silsilah tarekat ini yang tidak putus dari Nabi Muhammad SAW lewat Ali bin Abi Thalib ra, hingga kini dan seterusnya sampai kiamat nanti; kuat memimpin mujahadah; dan memiliki empat martabat yakni mursyidun (memberi petunjuk), murbiyyun (mendidik), nashihun (memberi nasehat), dan kamilun (sempurna dan menyempurnakan).

Berikut contoh sanad Tarekat Syattariyah yang dibawa oleh para mursyid atau wasithah-nya di Indonesia:

1. Nabi Muhammad SAW kepada

2. Sayyidina Ali bin Abi Thalib, kepada

3. Sayyidina Hasan bin Ali asy-Syahid, kepada

4. Imam Zainal Abidin, kepada

5. Imam Muhammad Baqir, kepada

6. Imam Ja’far Syidiq, kepada

7. Abu Yazid al-Busthami, kepada

8. Syekh Muhammad Maghrib, kepada

9. Syekh Arabi al-Asyiqi, kepada

10. Qutb Maulana Rumi ath-Thusi, kepada

11. Qutb Abu Hasan al-Hirqani, kepada

12. Syekh Hud Qaliyyu Marawan Nahar, kepada

13. Syekh Muhammad Asyiq, kepada

14. Syekh Muhammad Arif, kepada

15. Syekh Abdullah asy-Syattar, kepada

16. Syekh Hidayatullah Saramat, kepada

17. Syekh al-Haj al-Hudhuri, kepada

18. Syekh Muhammad Ghauts, kepada

19. Syekh Wajihudin, kepada

20. Syekh Sibghatullah bin Ruhullah, kepada

21. Syekh Ibnu Mawahib Abdullah Ahmad bin Ali, kepada

22. Syekh Muhammad Ibnu Muhammad,

23. Syekh Abdul Rauf Singkel, kepada

24. Syekh Abdul Muhyi (Safarwadi, Tasikmalaya), kepada Kiai

25. Mas Bagus (Kiai Abdullah) di Safarwadi, kepada

26. Kiai Mas Bagus Nida’ (Muhyiddin) di Safarwadi, kepada

27. Kiai Muhammad Sulaiman (Bagelan, Jateng), kepada

28. Kiai Mas Bagus Nur Iman (Bagelan), kepada

29. Kiai Mas Bagus Hasan Kun Nawi (Bagelan) kepada

30. Kiai Mas Bagus Ahmadi (Kalangbret, Tulungagung), kepada

31. Raden Margono (Kincang, Maospati), kepada

32. Kiai Ageng Aliman (Pacitan), kepada

33. Kiai Ageng Ahmadiya (Pacitan), kepada

34. Kiai Haji Abdurrahman (Tegalreja, Magetan), kepada

35. Raden Ngabehi Wigyowinoto Palang Kayo Caruban, kepada

36. Nyai Ageng Hardjo Besari, kepada

37. Kiai Hasan Ulama (Takeran, Magetan), kepada

38. Kiai Imam Mursyid Muttaqin (Takeran), kepada

39. Kiai Muh. Kusnun Malibari (Tanjunganom, Nganjuk) dan kepada

40. KH Muhammad Munawar Affandi (Nganjuk).

C. HUBUNGAN ANTARA SYARIAT DENGAN TAREKAT SYATTARIYAH

Sebelum diuraikan tentang Hubungan Antara Syariat dengan tarekat Syattariyah, perlu diketahui terlebilih dahulu mengenai pengertian syariat dan tarekat.

Ulama mutaakhirin memberikan istilah syariat sama dengan hukum fikih yaitu ‘peraturan yang ditetapkan oleh Allah kepada kaum muslimin berdasarkan Alquran, Hadis, ljmak, dan Kias’. Peraturan itu disusun secara terperinci yang berhubungan dengan tatacara peribadatan, prinsip-prinsip ajaran moral dan kehidupan, serta hukum-hukum mengenai hal-hal yang diperbolehkan untuk dikerjakan, untuk mengetahui yang benar dan yang salah.

Secara etimologi tarekat berasal dari kata Arab ”Tariqatun” yang berarti ‘jalan atau mazab’ atau ‘cara’. Kecuali itu tarekat diartikan ‘sebagai suatu sistem atau petunjuk dalam melakukan sesuatu ibadah dengan tujuan untuk memperoleh ridha Allah dengan dibimbing oleh seorang guru/mursyid yang memiliki hubungan silsilah (ilmu tarekat) sampai kepada Nabi Muhammad Saw. yang pengamalan ibadah itu lebih mengutamakan aspek batiniah daripada aspek lahiriahnya, dengan cara memperbanyak dzikir kepada Allah. Oleh sebab itu tarekat merupakan suatu metode pelaksanaan teknis untuk mencapai hakikat ilmu tauhid secara haqqul yakin.

Untuk selanjutnya pembahasan mengenai hubungan syariat dengan tarekat Syattariyah di sini akan dibatasi pada tiga hal:

1. Tinjauan secara syariat mengenai ajaran tarekat Syattariyah

2. Tinjauan secara syariat mengenai guru tarekat Syattariyah

3. Tinjauan secara syariat mengenai tarekat Syattariyah

1. Secara garis besar tarekat Syattariyah mengajarkan tentang tata cara pelaksanaan dzikir. Di dalam Alquran terdapat ayat-ayat yang menjelaskan tentang masalah dzikir yang jumlahnya lebih banyak daripada ayat-ayat yang menjelaskan tentang shalat, zakat, dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahwa pelaksanaan dzikir (secara luas) memiliki kedudukan yang cukup penting dibanding dengan ibadah-ibadah yang lainnya. Pelaksanaan dzikir di dalam tarekat Syattariyah dilakukan dengan jahar (bersuara) dan sirri/ khafi (dalam hati) Pembacaan dzikir secara bersuara merupakan ibadah yang lazim dikerjakan dan cukup diketahui dasar-dasarnya oleh kebanyakan umat Islam. Sedangkan pembacaan dzikir dengan hati kurang banyak dikenal/diketahui oleh kebanyakan umat Islam, dan ini didasarkan pada firman Allah: Berdzikirlah kau dengan hatimu secara merendahkan diri dan rasa takut, dzikir itu tidak diucapkan secara lisan. Dan didasarkan pada Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Baihaqi sebagai berikut: Dzikir yang tidak terdengar oleh Malaikat Hafazhah itu lebih utama daripada dzikir secara bersuara, dengan perbandingan satu banding tujuh puluh (Adz-dzikru l-ladzi la tasma’u hu 1-Hafazhatu yazidu ‘ala dz-dzikri l-ladzi tasma’u hu l-Hafazhatu bi sab’ina dhi’fan).

2. Dalil-dalil yang menguatkan tentang peranan guru tarekat adalah sebagai berikut.
a. Man laa Syaikhun Mursyidun lahu fa Mursyidu hu ‘sy-syaithaan artinya, ‘Barangsiapa tidak memiliki guru yang berderajat Mursyid, maka ia dibimbing oleh setan’.

b. Hadis Nabi: Kun ma’a’I-Laah fa in lam takun ma’a ‘I-Laah fa kun ma’a man ma’a ‘I-Laah fa innahu yuushiluka ilaa ‘I-Laah artinya ‘Hendaklah kau selalu beserta Allah, jika tidak dapat demikian besertalah dengan orang yang dekat dengan Allah, ia akan membimbingmu ke jalan Allah’.

c. Alquran: ‘Barangsiapa yang disesatkan oleh Allah ia tidak akan memperoleh ‘Waliyyam Mursyida’ (pembimbing kerohanian).

d. Alquran: “Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah ‘Al-Wasilah’ (Channel..berfungsi sebagai pembimbing, bukan perantara), bersungguh-sungguhlah di jalan itu mudah-mudahan kamu sukses” (Q.S. Al-Maidah 35).

3. Tujuan pengamalan dzikir di dalam tarekat Syattariyah adalah untuk mencapai martabat insan kamil yaitu tingkat kesempurnaan (yang lazim menurut ukuran manusia). Tingkatan ini dapat diperoleh oleh seseorang, jika ia dapat mengumpulkan dua makrifat yaitu makrifat Tanziyyah dan makrifat Tasybiyyah, (mengetahui secara mendalam tentang sesuatu hal secara lahiriah dan batiniah). Hal ini didasarkan pada firman Allah di dalarn Alquran surat Al-Hadid ayat 11: Allah adalah Dzat yang Maha Pertama dan Maha Kemudian, Maha Lahir dan Maha Batin.

D. MAKNA MAKRIFAT DALAM SYATTARIYAH
Di dalam naskah Syattariyah dikemukakan tentang tiga pengertian ma’rifat yaitu:

1. Makrifat Tanziyyah adalah pengetahuan makrifat yang diperoleh dengan cara memperhatikan/mempelajari segala sesuatu dari segi batiniah/hakikatnya. Orang yang memiliki makrifat ini mengiktikadkan bahwa Allah tidak dapat diserupakan dengan sesuatu apapun. Hal ini didasarkan pada Alquran surat Asy-Syura: 11.

2. Makrifat Tasybiyyah adalah ma’rifat yang diperoleh dengan cara mempelajari segala sesuatu dari segi lahiriahnya. Di dalam makrifat ini mereka mengiktikadkan bahwa Allah memiliki sifat Maha Mendengar dan Maha Melihat (Q.S.Asy-Syura: 11).

3. Himpunan antara makrifat Tanziyyah dan Tasybiyyah, yaitu makrifat yang diperoleh oleh orang-orang sufi dengan cara mempelajari segala sesuatu dari segi lahiriah dan batiniahnya. Makrifat inilah yang dianggap sempurna oleh orang-orang sufi, hal ini didasarkan kepada firman Allah bahwa “Ia (Maha Kuasa) terhadap hal-hal yang lahir dan yang batin (Q.S. Al-Hadid: 3). Pendapat ini dikuatkan pula oleh Syech Abu Sa’id Al-Harazi bahwa ”Hakikat ke-Tuhanan itu dapat dikenal meialui pemaduan dari dua hal yang bertentangan” (hal. 18).

Berdasarkan keterangan di atas dapat kita ketahui bahwa fungsi khusus naskah Syattariyah adalah untuk memberikan penjelasan kepada pembaca tentang masalah ketauhidan dan hal ihwal ma’rifat.
Referensi
Abdullah, Hawash. 1980. Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-Tokohnya di Nusantara. Surabaya: Al Ikhlas.

Abdurrauf Singkil dalam http://id.wikipedia.org/wiki/Abdurrauf_Singkil diakses tangal 10 Februari 2009

Istadiyantha. 2006. Fungsi Tarekat Syattariyah: Suatu Telaah Filologis. Solo. dalam http://istayn.files.wordpress.com/2007/12/pibsi-2006.doc diakses tanggal 15 Maret 2009.

Mulyati, Sri. 2006. Tasawuf Nusantara: Rangkaian Mutiara Sufi Terkemuka. Jakarta: Kencana.

Tarekat Syattariyah dalam

Remaja Sekarang mampu jadi insan hebat seperti zaman Sahabat RASULULLAH SAW andai???

Kuliah Maghrib khusus untuk memantapkan Aqidah remaja sempena pogram cuti sekolah 2010
Sebenarnya remaja sekarang mampu untuk cemerlang dunia akhirat andai mereka
dibimbing .Sekarang kerajaan UMNO/BN yang menjadi punca utama dalam negara yang menyebabkan remaja ISLAM kita rosak

ALHAMDULILLAH
Dikesempatan musim cuti sekolah akhir tahun ini ALLAH memberi kesempatan dan taufiq sekali lagi
sahabat-sahabat berkumpul demi untuk keredhaan Allah
Pogram kali ini lebih kita fokuskan nilai-nilai keimanan , Akhlak dan kefahaman Islam
ALLAH SWT tidak biar agamanya , Allah memberi hidayah kepada mereka-mereka yang Allah kehendaki .
Alhamdulillah ramai waris dan remaja itu sendiri memilih pondok sebagai tempat untuk mereka menghabiskan masa cuti demi untuk mendapat tarbiah Iman dan Amalan mereka
Remaja sekarang memang sangat lemah dalam penguasaan ilmu agama dan ada yang kosong terus ,
tidak tahu apa itu Islam ?
Subahanallah sungguh sedih apbila mendapati masih ramai yang tidak tahu solat walaupun sudah mencecah 15 tahun keatas .
Inilah kesan pemerintahan UMNO/BN !
Rakyat jahil agama . Kerajaan yang fasik menyebabkan rakyat lebih fasik .
Menyalahkan kerajaan sahaja tidak kena , kita perlu menilai siapa yang akan bertanggungjawab dihadapan Allah di Akhirat nanti andai anak-anak kita jahil agama ?
Sudah tentu Kerajaan , ibu bapa dan pimpinan masyarakat akan disoal kelak andai membiarkan anak-anak kosong /jahil agama

Friday, November 26, 2010

CUTI SEKOLAH , Pondok Sik anjur pogram Mantapkan Aqidah Remaja


                                   





Sunday, November 21, 2010

Anwar Ibrahim akan senasib dengan Asyahid Ibrahim Libya .....(Sedih dengar amanat beliau semalam 20.11.2010)

 Assalamualaikum
saudara-saudara ,semalam Dato Seri Anwar ceramah di Memali dalam
Majlis Memperingati 25 tahun Memali
Sungguh sedih rasa apabila Dato Seri Anwar menceritakan penderitaan yang beliau hadapi
Insyallah selepas pogram di Memali nanti saya akan kupaskan amanat Dato Seri Anwar Ibrahim
Sebelum ini saya belum jelas dengan perjuangan Dato Seri Anwar
tetapi semalam ALHAMDULILLAH saya sangat bersyukur pada ALLAH kerana
dapat dengar sejarah perjuangan Dato Seri dan penderitaan terhadap diri keluarga dan Parti Keadilan
Selepas saya mendengar sendiri dari Dato Seri tentang pengelaman beliau bersama Almarhum Ust Fadzil Mohd Noor , pengelaman beliau bersama SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD BIN SYED ALAWI AL HASSANI , pengelaman beliau dengan TN GURU HJ ABD HADI AWANG maka saya sangat yakin dan sudah jelas perjuangan yang dibentuk beliau ...
Tahniah Dato Seri , tahniah pimpinan PAS dan PR dalam


Syuhada Memali dalam kenangan , anak muda perlu tahu sejarah sebenar Memali yang ditipu fakta oleh UMNO/BN

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.


Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak
Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.


Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam

Catatan: Sejarah ini saya paparkan semula bukan dengan niat untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula generasi hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah dan air mata. Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas landasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan ini tidak tepat kerana semua ini hanya maklumat dari ingatan saya sahaja. Anda boleh merujuk semula buku yang ditulis oleh Cikgu Non (CN Al-Afghani) yang menulis buku ‘Suamiku Kekasih Allah atau buku terbitan PAS Pusat hasil temuramah dengan Sdr. Yusuf Husein (sekarang pimpinan PAS Kedah) atau VCD Ops Hapus Komunis. Jika ada kesalahan, tolong maklumkan di ruangan komentar dibawah ini. Jazakallahu khairan kathira.
........................................................................
Sumber asal oleh : arruhuljadid
BAHAGIAN 2 : Catatan Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Asy-Syahid Ibrahim Mahmud.
Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri.

Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas:

Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan ‘syahid’ daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis

yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan

sendiri.

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas:

Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja.

Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:

“Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.
020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. “
BABAK KETIGA
Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: “Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama.

Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.
Dilemma UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO?
Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai ‘haiwan politik’ dan juga ‘penghapus orang Islam’. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?
Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.
Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.

Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan

Saturday, November 20, 2010

25 tahun ASSYSHID UST IBRAHIM LIBYA tinggalkan kita

BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.




Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.

Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.
"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.
"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.
Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.
Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.
Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.

"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.
Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.
Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.
Sekat kebangkitan PAS
Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.
Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.
Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.
Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.

Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.
Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana
ampuni kami