Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, February 24, 2011

Biodata Tokoh

Saya dihubungi oleh kakitangan pejabat daerah sik petang tadi . Beliau minta biodata Tn Guru Hj Salleh untuk pogram Maulidur Rasul SAW peringkat Daerah tahun 1432H di Pondok Ar Rahmaniah .
Saya terus tergesa-gesa mencari biodata Tn Guru yang telah lama saya kumpul .
Maka ada pelajar pondok menyuruh beliau untuk semak didalam blog ini .
Saya pun dah lupa ada sedikit saya masukkan sejarah Tn Guru dulu tapi tidak lengkap .
ALLAHUAKBAR ...Taufiq Allah dan ketentuan Allah semua ini , maka malam ini saya fikir lebih baik saya masukkan sekali lagi dan lebih sedikit maklumat berbanding tempoh hari . Boleh ummat mengenali tokoh ulama terkemuka ini .

 Nama :Tn Guru Hj Salleh bin Musa 
   Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah: Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu:Khatijah bt Saad
Tempat lahir :Pekan Sik
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3
Pendidikan : - 1.Sek Rendah Keb Sik
(Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah , kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana )
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
,3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy '
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah .
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya .
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang

Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .
Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya
B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009
Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah
SEKARAN ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDEN , MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU
INSYALLAH saya akan masukkan pemikiran dan perjuangan Tn Guru selepas ini . Doa agar saya diberi taufiq dan dikuatkan Iman dan Istiqamah dalam perjuangan

Perayaan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Sik 1432H di Pondok Ar Rahmaniah

Perayaan Maulidur Rasul SAW 1432H
Peringkat Daerah Sik kali ini di Madrasah Ar Rahmaniah .
Semua kaki tangan kerajaan peringkat daerah akan terlibat .
Tn Guru Hj Salleh dengan penuh hati menjemput murid beliau yang mengikuti kuliah Jumaat Pondok
 (kuliah mingguan )  supaya hadir ke majlis ini pada:
26.02.2011
Jam 8 pagi :Perarakan Maulidur Rasul
Bagi ahli kuliah anda dikehendaki duduk dibawah sepanduk Madrasah Ar Rahmaniah , ini kerana bagi membezakan antara jabatan Kerajaan dan pelajar pondok . 6 Pondok sekitar Sik akan sertai perarakan .
10 .00pagi
Ceramah oleh
Dr Aziz Hanafi

Tuesday, February 22, 2011

Wajib kita mencintai nabi Muhammad s.a.w

Berbekalkan keyakinan bahawa manhaj risalah dan dakwah Islamiah yang sebenar adalah berteraskan perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ruangan ini pada minggu lepas telah mengimbau mengenai hakikat kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya dan pengorbanan yang telah Baginda SAW sembahkan sebagai tanda cinta dan kasih kepada umatnya.Maka wajarlah pada kali ini, jika kita menyambung bicara tentang kewajipan kita pula sebagai Umat Nabi Muhammad SAW membalas kasih Rasulullah SAW terhadap kita serta mencintai Baginda SAW seperti yang selayaknya.

Hakikat bahawa Rasulullah SAW wajib dikasihi dengan sebenar-benarnya sangat jelas di sisi syarak. Ia sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis, yang merupakan sumber agama yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang bergelar Muslim.
Di samping perintah yang terang nyata dalam nas-nas wahyu, akal dan fitrah yang sihat juga sangat kuat mendukung keperluan dan kepentingan kita mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW.
Oleh itu, mencintai Nabi SAW adalah suatu yang wajib baik dari sudut naqli (wahyu) mahupun aqli (logik).

Dalil Naqli

Bagi seorang Muslim yang taat, setiap nas wahyu sama ada daripada al-Quran mahupun sunnah yang sahih adalah perintah dan arahan dari Tuhan yang dengan segera dan bersemangat dijunjung dan dipatuhi.
Apatah lagi jika perintah itu datang dalam nada yang tegas dan diiringi amaran. Nada inilah yang jelas dapat kita rasakan pada ayat yang memerintahkan kita mencintai dan mengutamakan Nabi SAW dalam surah al-Taubah, ayat 9 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).
Dalam ayat ini, Allah SWT memberi ancaman dan menjanjikan balasan azab-Nya bagi orang yang mengasihi keluarga dan harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Mereka juga ditakutkan dengan gelaran fasiq yang memang sangat dibenci oleh setiap jiwa yang beriman. Ancaman dan balasan azab dalam ayat sepatutnya sudah mencukupi sebagai motivasi, peringatan, dalil yang jelas dan hujah yang kuat bagi menunjukkan thabitnya kewajipan mengasihi Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksanakan hak mengasihinya dengan sempurna.

Jika kita merujuk kepada nas-nas Sunnah pula, walaupun kita mengenali Rasulullah SAW sebagai insan yang paling tawaduk dan paling tidak mementingkan diri, baginda SAW tiada pilihan melainkan menyampaikan dengan jelas dan tegas kewajipan kita menyintai dirinya dan mengutamakannya kerana ia adalah antara inti, rahsia dan pokok ajaran agama ini.
Di antara pesanan dan perintah yang sangat jelas daripada Rasulullah SAW dalam hal ini ialah: Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis ini penanda aras kesempurnaan Iman itu sendiri turut diukur berdasarkan tahap kecintaan dan kasih terhadap baginda SAW.

Sudah tentu kita tidak reda keimanan kita cacat dan tidak sempurna apatah lagi jika sebabnya adalah kegagalan kita melakukan sesuatu yang seindah dan semulia menyintai insan teristimewa, Nabi kita Muhammad SAW.

Di ketika yang lain, sunnah merakamkan dialog penuh makna antara Rasulullah SAW dan Saidina Umar al-Khattab r.a. Saidina Umar diriwayatkan berkata, “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku”.

Kata-kata Umar RA ini disambut oleh Rasulullah SAW dengan tegas: “Tiada sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri”.

Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.

Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda, Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. (riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)

Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Melihat nas-nas yang jelas di atas, apakah patut kita masih ragu-ragu atau lemah dalam berusaha membalas cinta kekasih yang unggul ini? Bijakkah kita jika masih menjulang cinta dunia melebihi cinta kita terhadap Nabi SAW?

Dalil Akal dan Fitrah
Selain kalam wahyu Qurani dan Nabawi, kewajipan dan keutamaan mencintai Nabi Muhammad SAW juga sangat selari dengan setiap akal yang salim dan segala fitrah yang sejahtera.
Lazimnya perasaan kasih adalah kecenderungan hati terhadap apa yang disamai atau disepakati sesama manusia sama ada persamaan atau kesesuaian pada fitrah semulajadi manusia ataupun hukum syarak.

Di antara persamaan yang menyebabkan terhasilnya kecenderungan dan kasih ini ialah:
l. Kelazatan atau tarikan yang dirasai dan ditanggapi oleh pancaindera yang zahir terhadap sifat-sifat luaran orang yang dikasihinya seperti tarikan kepada rupa paras atau gambaran yang cantik, suara yang lunak, makanan dan minuman yang lazat. Semuanya ini, adalah kecenderungan semulajadi pada fitrah yang sejahtera.
Kecenderungan atau tarikan yang dipandu dan dilahirkan oleh akal dan hati yang sejahtera terhadap sifat-sifat dalaman yang mulia dan baik yang dimiliki oleh seseorang yang dikasihi seperti suka atau kasih kepada orang-orang soleh, para ulama, ahli kebajikan yang dikhabarkan tentang perjalanan hidup mereka yang indah dan akhlak mereka yang baik.

Fitrah manusia yang cenderung untuk mengasihi golongan ini mampu menghasilkan rasa keterikatan dan komitmen yang tinggi yang jika disalurkan dengan betul boleh menghasilkan kerja-kerja besar dan hebat.
Perasaan suka dan kecenderungan yang lahir disebabkan oleh rasa terima kasih terhadap kebaikan seseorang dan nikmat-nikmat yang telah diterima daripadanya.

Sesungguhnya menjadi tabiat jiwa manusia, suka dan kasih kepada orang yang berbuat baik terhadapnya.
Jika kita meninjau faktor-faktor timbulnya cinta di atas pada diri Rasulullah SAW yang mulia, ternyata pada diri Baginda SAW terhimpun ketiga-tiga faktor tersebut sehingga mewajibkan secara aqli dan fitri Baginda SAW dikasihi dan dicintai oleh kita semua.

Adapun kecantikan rupa paras dan lahiriah Nabi SAW, kesempurnaan akhlak dan batin baginda SAW, telah dicatatkan dengan tinta emas dalam sejarah dan khazanah ilmu dan tidak dipertikaikan sama sekali.
Sekiranya kita cenderung mengasihi seseorang yang melakukan kebaikan kepada kita di dunia walau cuma sekali-dua pun serta sangat terhutang budi kepada orang yang telah menyelamatkan kita daripada kebinasaan dan kemudaratan semasa kita mengalami kesusahan duniawi barang seketika.
Maka sudah tentu insan istimewa yang telah membuka kepada kita segala pintu nikmat dan kebaikan yang berkekalan serta menyelamatkan kita daripada azab api neraka yang dahsyat adalah lebih patut, lebih utama dan lebih layak mendapat kasih dan cinta kita.

Semoga Allah SWT dengan limpahan rahmat-Nya, berkenan menganugerahkan kita dengan cinta-Nya, cinta Rasul-Nya, dan menyubur-mekar dalam sanubari kita cinta tulus terhadap Rasulullah SAW sebagaimana yang selayak dan sewajarnya cinta suatu umat yang mulia kepada Nabinya yang agung, SAW. Wallahu a’lam

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad SAW

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”

Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:

1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)

Namun semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang kukuh. Lebih-lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal mana satu Sunnah dan bidaah akan memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah dipinggirkan dan bidaah ditegakkan.
Orang yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga, tidak akan mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah SWT dan Rasul SAW.

2. Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda SAW.

Selaku umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda SAW.

Kita juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra’ Mikraj dengan mengisinya dengan pelbagai amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT. Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.

Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini, menghayati agama boleh terasa gersang dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar.

3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.

Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa al Asy’ari r.a dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.

Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan: “Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)

4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.

Berkata Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya.

Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kita yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW tetapi hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah berperanan seumpama posmen penghantar surat atau orang suruhan bawahan!

Sedangkan apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.

Mengasihi Nabi SAW

Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW sedangkan Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam masa yang sama mereka bebas menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.

5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.

Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh orang yang dikasihinya.
Ini ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah SAW sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).

Anas ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.

6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.

Allah SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22)

“Mereka” yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di antara sahabat Baginda SAW yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.
Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.

7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.

Mengasihi al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya.

8. Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka.

Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-mata?
Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW!

خطبة وصلاة الجمعة 18 2 2011م للشيخ العلامة يوسف القرضاوي من ميدان التحري...



Medan Tahrir menjadi sejarah dunia . Alhamdulillah Allah telah menjatuhkan kerajaan zalim . Ulama perlu mencontohi perjuangan Syeikh  Yusuf  Al Qaradawi yang berani menentang kezaliman kerajaan fasiq .
Sejarah ini akan terukir selama-lama dan akan menjadi contoh kebangkitan kepada anak-anak muda sekarang .
Para pemimpin dunia perlu mengambil ikhtibar dari sejarah ini ...

خطبة للشيخ القرضاوي ميدان التحرير - Syeikh Qaradawi Tokoh Ulama yang berani



Nasihat Habib Ahmad Al Habsyi yang menyentuh hati

Assalamualaikum Wb kepada semua saudara saya seagama yang ikhlas dengan agama dan dakwah serta cintakan Rasulullah SAW silalah copy sebarang gambar dan maklumat saya izin dan redha .
Sebarkanlah kepada ummah .
Sambungan
Habib menasihatkan
Hati kita perlu hidup dengan Allah , maksudnya kena sentiasa mengingati Allah .
Hati kita mesti kena mengingati Allah dan Rasul .
Kena berjuang dijalan Allah baru Allah bagi hidayah .
Berjuang adalah untuk mencari keredaan Allah , hidayah Allah dan untuk dekatkan diri kepada Allah SWT

Habib menyeru dengan nada yang kuat " Mengapa kita tidak mencari dan berlumba untuk dekatkan hati kepada Allah!!!"
Orang yang berjuang kerana hawa nafsu akan kufur kepada Allah ...

Habib mengatakan cara hendak hampirkan diri kepada Allah dengan Ilmu
Satu hari Abu Hurairah Ra pergi pasar dan beliau menyeru "Buat apa kalian di pasar , pergilah ke masjid rebut pusaka Rasulullah , maka sahabat pergi berduyun-duyun ke masjid dan mereka mencari harta , maka sahabat bertanya dimana Abu Hurairah , maka Saidina Abu Hurairah jawab Ilmu adalah harta pusaka yang Rasul akan tinggal pada kita"

Habib berkata mencari ilmu agama seolah-olah kita sudah menemui jalan ke syurga
Kelebihan satu majlis ilmu boeh menghapustan 70 majlis sia-sia .
RASULULLAH AKAN GEMBIRA DIDALAM PUSARA ANDAI LIHAT KITA MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH

Habib mengatakan " INGAT!!!" (Disini ramai menangis )
Penuntut ilmu mesti beramal 
Jikalau tidak amal ilmu akan tinggal kita .
Agama Allah murni , betulkan niat , andai menuntut ilmu kerana harta maka niat itu tidak betul , andai hendak jadi mashur maka niat itu tidak betul , andai hendak kedudukan dan pangkat maka niat itu fasiq . Menuntut ilmu perlu ikhlas
Menuntut ilmu perlu beradab tinggi .
Andai belajar ilmu tidak ikhlas maka ilmu akan jadi hujjah kepada kita .
Kalau ilmu tanpa adab maka ia tidak akan berkat .
Penuntut ilmu jangan takabur
jangan hasad dengki
Ilmu sebenar adalah mereka yang rendah diri , Ulama sebenar adalah mereka yang rendah diri kepada orang awam.
Ulama perlu melayan orang awam dengan akhlak baik dan lembut .
Penuntut ilmu perlu terima nasihat kalau tidak mahu mendengar nasihat maka bukan dinamakan penuntut ilmu
Pelajar perlu beradab dengan ilmu dan majlis
Wajib memelihara agama dengan berdakwah dengan ilmu yang dipelajari

Masyarakat sekarang sudah tidak mahu belajar agama , mereka cari kejahatan dunia yang dicela , mereka cari dunia yang tidak ada wasillah kepada Akhirat , maka dunia seperti in i sangat dicela .
Dunia ini dilaknat kecuali dunia yang disertai zikir dan fikir agama .
RASULULLAH tidak suka dunia
Satu hari Saidina Umar menangis melihat bekasan tidur di jasad mulia Rasulullah , sedangankan raja Rom , Parsi tidur diatas tilam yang tebal , maka Rasulullah berkata " Dunia ini negeri bagi mereka yang tidak ada negeri , negeri yang kekal adalah Akhirat "
Rebutlah akhirat ! Cari dunia sekadar keperluan sahaja .

Habib nasihat penuntut ilmu lagi
Bukan dinamakan penuntut ilmu andai tidak solat jemaah !
Tidak dinama penuntut ilmu andai tinggal sunnah!
Jadilah hati kuat mencintai Rasulullah .
Sampaikan ilmu pada ummat
Fikir dakwah
Selamatkan ummat yang sedang hanyut !

حكم الاحتفال بالمولد النبوى للشيخ سعيد البوطى

Tn Guru Hj Hadi Awang berucap di Perhimpunan 30 000 Pemuda Malaysia

Pidato Motivasi himpunan 30 000 Pemuda Malaysia

الحبيب عمر : مكانة التعليم والتربية بالذوق الإيماني

Syeikh Ahmad Al Habsyi ,ucapannya sangat menyentuh hati ...











PERHATIAN
Assalamualaikum kepada semua peminat setia blog dialu-alukan copy sebarang gambar dan maklumat saya izin dan redha dunia akhirat , tetapi jikalau bertujuan lain dari kebajikan maka saya tidak izin dan tidak redha ...silakan copy sebarang yang anda kehendak ,Niat sebar agama Allah  !!!
..........................................................................................................................................

HABIB AHMAD AL HABSYI dalam ucapan mulia beliau menerangkan kelebihan Jumaat
Hari Jumaat hari mulia , hari makbul doa sunat berpakaian putih dan banyak lagi beliu bahas krelebihan jumaat .

Setelah itu Guru mulia masuk pembahasan bab hati
beliau berkata
"HATI KENA HIDUP DENGAN ALLAH SWT"
maka keadaan majlis hari jumaat hari itu bertukar dengan sausana paling sayu dan penuh penghayatan .
Ramai yang menangis apabila mendengar nasihat habib .
Insyalallah saya akan masukkan isi syarahan Habib

Thursday, February 17, 2011

Habib Ahmad Al Habsyi -Jeddah akan ziarah Pondok Sik Jumaat 18/02/2011

                                                                             Insyallah
Habib Ahmad Al Habsyi adalah seorang doktor perubatan dan seorang pendakwah .
Beliau dari Jeddah Makkah
Habib dijadualkan akan tiba di Pondok pagi esok jam 9 pagi .
Beliau akan menziarahi Tn Guru dan Insyallah akan memberi ucapan kepada ahli kuliah Jumaat esok pagi .
Tolong hebah kepada Ahli kuliah mingguan Pondok Tn Guru Hj Salleh

Sambutan Maulidul Rasul SAW 1432H Peringkat Pondok

12 RABIUL AWAL 1432H
15 Feb 2011
Pondok Tidak ketiggalan mengadakan majlis perayaan Maulidur Rasul .
Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1432 H akan disambut sekali lagi di Pondok Sik
pada 26 /02/2011akan diadakan sekali lagi bagi peringkat Daerah Sik .
Seluruh ahli kuliah Tn Guru dan jabatan-jabatan kerajaan Daerah Sik akan bersama pada 26/2/2011 ini bagi merayakan perayaan maulidul Rasul
Dianggarkan 5000 orang akan hadir .
Perarakan Maulidul Rasul SAW peringkat Pondok 1432
15/02/2011
Tn Guru , Hj Toyyib (rakan Tn Guru berumur 90 tahun) dan Yb Cik Uda Cik
Nik Ahli Parlimen Sik sedang berselawat dipentas utama





Yb Cik Uda Cik Nik memberi cenderamata
kenang-kenangan kepada Tn Guru Hj Salleh
Yb Cik Uda menyampaikan cenderamata kepada Hj Toyyib

Sebahagian pelajar pondok
Kenang-kenagan bersama Ulama dan Umara

Syeikh Habib Ziarah Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa , Sik Kedah

                                                   Kenangan Bersama Syeikh Habib -Jorden
Syeikh Habib menyampaikan tazkirah dan diterjemahkan oleh Syeikh Muslim


Syeikh Habib Bersama Tn Guru


Tuesday, February 15, 2011

Kelantan Samut Maulidul Rasul 1432 H








Maulidur Rasul: Buktikan kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad s.a.w

Untuk tujuan menyerlahkan lagi potensi manusia bernama Islam, para ulama’ bersepakat bahawa ia dapat diperolehi dengan mempelajari secara dalam Sirah Rasulullah s.a.w dengan penghayatan yang sebenarnya.
Ia bukan sahaja untuk mengetahui secara terperinci mengenai keperibadian baginda Rasulullah s.a.w, malah lebih daripada itu dengan memahami teknik pentadbiran negara yang ditunjukkan oleh baginda, konsep motivasi terhadap orang yang berada di sekelilingnya, aspek tarbiah kepada masyarakat serta membangun institusi tersebut, aspek ekonomi, politik, kejiranan, konsep Baitul Mal, teknik peperangan serta adab-adabnya dan banyak lagi yang membawa ummah ini menguasai bidang keduniaan dan ukhrawi (akhirat) yang tidak ada pada pemimpin dunia lain.

Perkara ini pernah ditegaskan oleh seorang pengkaji berbangsa Yahudi beraliran Orientalis, Michael H. Hart dalam buku The 100 : A ranking of the most influential persons in history, beliau dengan rasa tanggungjawab dan jujur menegaskan, telah meletakkan nama Rasulullah di tempat yang teratas sekali di kalangan pemimpin dunia, bahawa Muhmmad itu adalah seorang pemimin yang berjaya, kerana dia bukan sahaja memandu manusia untuk berjaya di dunia semata-mata, malah memandu mereka dengan kedua-dua aspek, iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat, inilah yang tidak dilakukan oleh mana-mana pemimpin dunia hari ini, mereka hanya memandu manusia untuk berjaya dalam mengumpul harta benda dan melupakan kehidupan di akhirat
.....................................................................................................................
Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta fadilatnya


Tindakan segelintir umat Islam dalam negara Malaysia yang tercinta sejak akhir-akhir ini, yang tidak menunjukkan sikap positif terhadap agama mereka sendiri, telah menyeret mereka dalam kancah perlakuan dosa-dosa besar, ia bermula dari ketidak-pelaksanaan undang-undang Allah yang termaktub dalam al-Quran beribu tahun lalu.

Ia terus dijejaki oleh individu dalam masyarakat umat Islam yang tidak terdidik dengan amalan cara hidup Islam, akibat penajaan persekitaran yang tidak Islamik yang dijana oleh sistem pemerintahan yang ada, hingga menjadikan individu tertentu berani bertindak menyanggah Allah melalui al-Quran dan Nabi Muhammad dengan mempertikaikan keperibadian serta ajarannya.
Maka terbentuklah suasana yang tidak mengarah kepada cintakan Islam dalam kepelbagaian bentuk dan pendekatannya, ini termasuklah untuk berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w yang merupakan salah satu cara untuk menjadi pengikut baginda yang terus beriltizam dengan ajaran Islam.
Program selawat kedengaran pada majlis tertentu seperti sambutan Maulidur rasul, namun selepas itu tindakan umat Islam seakan tiada hubungan dengan Rasulullah kerana pengucapan selawat ke atasnya terhenti.

Justeru, Islam melalui pendekatan al-Quran dan hadis-hadis nabi Muhammad, telah mengemukakan beberapa penjelasan dan fadilat berselawat ke atas baginda, bagi mereka yang berselawat, sesungguhnya mereka telah meraih beberapa kebaikan seperti di bawah ini ;

1. Sesungguhnya seorang individu yang berselawat itu, dia telah menepati Allah SWT dalam mengucapkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w seperti yang disebut dalam al-Quran.
2. Sesungguhnya orang yang berselawat itu telah menghiasi dirinya dengan akhlak para Malaikat yang sentiasa berselawat ke atas baginda Rasulullah.
3. Individu yang berselawat telah memenuhi arahan Allah yang termaktub dalam kitab suci-Nya al-Quran.
4. Sesiapa yang berselawat sekali sahaja ke atas baginda Rasulullah, sesungguhnya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat.
5. Kejahatan atau dosa yang dilakukan oleh orang yang berselawat ke atas nabi, akan dihapuskan dengan sebab dia berselawat.
6. Fadilat atau kelebihan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w adalah lebih daripada membebaskan seorang hamba sahaya.
7. Sesiapa yang banyak berselawat ke atas junjungan Rasulullah akan memperolehi syafaat abginda pada hari kiamat.
8. Sesiapa yang banyak berselawat ke atas nabi, Allah akan cukupkan segala urusan hidupnya di dunia dan akhirat.
9. Berselawat ke atas baginda nabi Muhammad s.a.w merupakan jambatan penghubung antara seorang hamba dengan Tuhannya pada hari kiamat.
10. Berselawat ke atas baginda nabi Muhammad s.a.w akan menjadi penyebab bagi nabi untuk menjawab salamnya selepas dia meninggal dunia.
11. Segala selawat yang diungkapkan oleh seseorang itu, akan diangkat oleh para Malaikat dan akan disampaikan pula kepada baginda nabi.
12. Banyak berselawat ke atas nabi, akan memudahkan perjalanan seorang itu untuk menyeberagi titian sirat setelah ramai manusi kecundang untuk melakukannya.
13. Orang yang banyak berselawat, akan dikabul dan disegerakan permohonannya di sisi Allah.
14. Berselawat ke atas nabi sebagai penyebab bertambahnya iman seseorang itu kepada Allah SWT.
15. Orang yang banyak berselawat, merupakan jenis manusia yang bersungguh-sungguh dalam setiap tindakan dan usahanya.

Ini kerana sesungguhnya, baginda Rasulullah s.a.w sahaja yang layak untuk diucapkan salam dan selawat ke atasnya, ini disebabkan pemilihan baginda sebagai nabi dan rasul terakhir yang melengkapkan sistem perundangan yang serba sempurna dengan keadilan, kejituan, keuniversalan yang mencakup segenap realiti hidup manusia di dunia ini

Tuesday, February 8, 2011

Perayaan Maulidul Rasul SAW , peringkat Pondok tahun ini (1432H)


Tolong Hebah
2 Kali majlis sambutan tahun ini

Pertama
Perayaan Maulidul Rasul Peringkat Pondok Ar Rahmaniah tahun ini adalah
12 Rabiul Awal 1432H  bersamaan 15 feb 2011
Hari Selasa
Jam 8 Pagi
Ceramah disampaikan oleh : TN GURU HJ SALLEH B MUSA (mudir pondok)

Aturcara
Isnin Jam 8.00 malam kuliah maulidul Rasul oleh Ust Yazid (anak tn Guru)
                9.00malam  kuliah Tn Guru Hj Toyyib Makkah (sahabat Tn Guru Hj Salleh berumur 90 tahun)
               10.00malam selawat , marhaban
                                   Jamuan

Selasa (Acara kemuncak )
8.00Pagi : Perarakan Maulidul Rasul SAW bersama Tn Guru
8.15 pagi: Ceramah Khas Maulidul Rasul SAW disampaikan oleh
                TN GURU HJ SALLEH B MUSA (SDK, BKM)
                 Mudir Madrasah Ar Rahmaniah , Penaung PPPT

......................................................................
Ke 2
Maulidul Rasul SAW peringkat daerah Sik akan disambut oleh semua kakitangan kerajaan di Pondok Ar Rahmaniah pada 23 Rabiul Awal 1432 H bersamaan 26 feb 2011 hari sabtu

Kitab Bakurah m/s 6 (Siri 11)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Pohon Maaf kepada seluruh pengikut setia blog ini kerana sudah hampir-hampir 2 minggu saya tidak mempembaharuai tulisan kerana banyak urusan terutamanya 2 rakan saya meninggal dunia dan urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan .
Insyallah saya kembali dengan Taufiq Allah SWT ...

Terus pada pembahasan (khulasah ) kitab Bakurah muka surat 6
Tn Kitab Syeikh Ismail Ra membahaskan hukum mendalami ilmu tauhid adalah wajib .
Ilmu tauhid sudah lama diajar oleh Rasulullah SAW bedasarkan ayat Quran yang kita baca .
Seperti pada bahasan siri ke 10 tempoh hari , kita jangan terpengaruh dengan dakwaan mereka-mereka yang menolak ilmu tauhid Assyairah , mereka yang menolak tauhid ini akan rugi dan sukar untuk mencapai hakikat kemanisan iman .

Tn Kitab menyebut hukum belajar ilmu tauhid adalah wajib disisi syara .
Andai kita tidak belajar hukumnya adalah dosa .
Cara belajar ilmu tauhid Ahli Sunnah adalah
1: Mendalami ilmu tauhid
   Sifat Allah , Sifat Rasul , dan perkara yang dicerita oleh Rasulullah Saw
2: Untuk meneguhkan kepercayaan maka kita perlu ada 2 dalil . Pertama Quran . Ke 2 Dalil Fikiran kita

Wajib bagi yang tidak tahu mendalami ilmu tauhid .
Wajib atas yang Alim mengajar ilmu tauhid ini
Tn kitab Bakurah , Syeikh Ismail menerangkan tanggungjawab atas orang jahil mendalami ilmu tauhid dan yang alim wajib menyampaikan andai dia mampu .
Maka ini tanggungjawab setiap individu kita .
Dalam kitab Bakurah menyebut wajib atas pemerintah mengajar ilmu tauhid ini kerana ia fardhu ain .

Andai suami wajib mengajar isteri , andai ayah wajib mengajar anak , jikalau tuan maka wajib mengajar hambanya . Andai suami atau ayah tidak mahir ilmu tauhid maka wajib mencari guru mursyid dalam ilmu tauhid  dan wajib menghantar isteri atau anak belajar . Wajib memberi wang sara mereka belajar . Andai tidak mengajar , andai tidak menghantar mereka belajar , andai tidak memberi wang untuk mereka belajar hukumnya adalah DOSA!

Asalnya wajib atas sultan mengajar agama pada rakyat . Apabila sultan melantik mufti maka peranan wajib ditanggung oleh mufti (perannan wajib atas sultan menjadi ringan sedikit), maka mufti wakil kepada pegawai agama daerah , pegawai agama mewakilkan kepada imam-imam masjid . Andai sultan tidak beperanan , mufti diam , pegawai agama daerah tidak laksana tugas hanya dipejabat tanpa turun padang , imam tidak mengajar maka semua mereka akan disoal Allah di Akhirat kelak . Maka peranan agama mesti dititik berat oleh pemerintah .
PERHATIAN UNTUK SEMUA ULAMA !!!
Mengajar ilmu tauhid kita tidak boleh meminta atau menuntut upahan dari murid kita !!!
Hukum mengajar ilmu tauhid bagi yang alim adalah wajib maka kita tidak boleh meminta upah khas .
Hanya kita boleh terima sumbangan atau sedekah sahaja !
Rasulullah SAW tidak ada upah bagi baginda kecuali pahala dari Allah .
Diantara ilmu yang kita pelajari tidak dapat diamalkan atau tidak dapat rasa kemanisan kerana guru yang kita peljari tidak ikhlas , hanya nampak duit . Ini bukan jalanan sebenar . Maka kita perlu mencontohi guru-guru atau ualam-ulama yang ikhlas menyampaikan ilmu tanpa mengharapkan habuan dunia hanya semata -mata menuntut keredaan Allah (Seperti jalanan ulama pondok) ...
Ini jalanan saya dan pendapat saya sepertimana wasiat guru mulia saya AL ALIM AL ALAMAH TN GURU HJ SALLEH BIN MUSA yang beliau terima wasiat ini dari guru beliau ALLAHYARHAM Tuan Kitab Bakurah , AL ALIM AL ALAMAH SYEIKH ISMAIL ra dan ini adalah jalanan ulama muktabar dahulu .
ampuni kami