Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, July 27, 2010

KULIAH JUMAAT Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat; 02012008 03

Nisfu syaaban.



Kita Ahli Sunnah seluruh dunia menyambut malam nisfu syaaban
dengan tingkatkan amalan- amalan bagi menghormati hari kebesaran dalam Islam
Semalam boleh dikatakan seluruh masjid, surau dan rumah2 membaca yassin mohon pada Allah
ampun segala dosa , panjan umur dalam keberkatan , mati dalam iman dan lain2 lagi .
Fahaman wahabi menyekat atau melarang kita dari perkara ini . Hiraukan mereka . Kita beribadah menuntut pahala . Mengapa mereka larang orang beribadah sedangan yang buat maksiat malam nisfu syaaban mereka tak larang ???

RASULULLAH SAW BENTUK 6 PERKARA UNTUK KEMBANGKAN ISLAM SELURUH DUNIA




 RALSULULAH  BENTUK 6 PERKARA UNTUK KEMBANGKAN ISLAM SELURUH DUNIA
   1 MENYAMPAI ILMU
   2 BELAJAR /MENDALAMI ILMU
   3 IBADAH
   4 AKHLAK
   5 DAKWAH
   6 KHIDMAT

Enam benda ini pasti dilaksana dalam apa jua urusan perjuangan dan kehidupan beragama .
Andai ia tidak terlaksana tak akan berjaya , pasti tidak akan berjaya , akhir akan gagal !
Orang dakwah , orang politik , orang menuntut ilmu semua ada kekurangan , andai wujud 6 perkara ini terlaksana INSYALLAH barulahy sempurna . Islam akan kembali hebat andai semua orang dan pertubuhan berpegang teguh dengan enam ini . Lebih malang umat kita menyalahkan dan sesatkan satu sama lain kerana tak berpegan dengan 6 perkara sunnah ini . Andai terlaksana semua ini barulah sempurna ...
Kalau semua orang mengajar , siapa nak belajar ?
Maka perlu ada yang belajar dan dalami ilmu agama .
Mengajar dan brelajar tidak memada maka sewajibnya beramal dengan beribadah .
Ilmu tanpa amal dilaknat berdasarkan Hadith Rasulullah .
Belum sempurna 3 ini kita  perlu berakhlak seperti yang diajar Rasulullah SAW .
Adab dengan ALLAH , RASUL dan SESAMA MAKHLUK .
Ramai yang anggap 4 ini sudah memada sebagai hamba , belum lagi masih ada 2 perkara yang penting untuk kuatkan tunjang perjuangan yang disyariat pada kita setiap hamba .

Kita perlu berdakwah ...
Berdakwah dalam erti kata memberi penerangan berkaitan agama , tanggungjawab agama dan lain2 lagi supaya semua dapat mentauhidkan Allah dan faham apa itu Islam ?
Berdakwah bukan hanya mengajar sahaja , menulis , kelakuan dan perkara yang  membuat orang faham semua dari uslub dakwah .
Dakwah pula ada uslub2 ter4tentu ada kala perlu lembut dan hikmah , terkadang kita keras sedikit dan lain2 semuanya ada diajar dalam agama .

Ke 6 ini yang paling orang malas iaitu khidmat dalam menjayakan sesuatu pekerjaan agama .
Khidmat seperti tolong apa jua benda , memberi segala sumbangan yang termampu seperti harta , masa , tenaga , buah fikiran , membuka jalan kmudahan dan apa sahaja bentuk sumbangan bagi mencampai matlamatnya . Termasuk sokongan moral kita .
SEMUA INI ADA PAHALA ANDAI NIAT KERANA ALLAH SWT

PATUHI 6 PERKARA INI ANDAI KITA CINTAKAN ALLAH DAN RASUL SERTA AKHIRAT .....
Nasihat buat diri ana yang lalai

Habib Umar Bin Hafidh di Monas Bersama Majelis Rasulullah Bag 1

Qosidah Burdah bersama Shekh Yusuf Muhiddin Req Al-Bakhur Al-Hasani



USTAZ ZAINI P PINANG murid SYEIKHUNA SYEIKH YUSUF ada hubungi ana dan dia akan serah amalan zikir aurad Al Hassani pada ana .
Kepada sahabat2 yang nak amalan ini sili hubungi ana .
Ustaz Zaini akan akan serah pada ana kitab dan cd amalan SYEIKHUNA SYEIKH YUSUF AL HASSANI ...
Jiwa kita perlu dan sangat penting diisikan dengan amalan2 supaya hati kita tak keras dan tak gelap .

Wednesday, July 21, 2010

SEKADAR PERINGATAN HAL KELAKUAN AZAB KUBUR

MATI ...


RENUNGAN UNTUK DIRI KU YANG LALAI !!!!!!!
Berdakwah dalam blog atau facebook dakwah juga tetapi,
JANGAN LALAI TANGGUNGJAWAB DENGAN ALLAH DAN MAKHLUK ALLAH .
KEWAJIBAN TERHADAP DIRI , KELUARGA , MASYARAKAT DAN BERJUANG UNTUK NEGARA PERLU DISELARIKAN...
JANGAN SAMPAI MATI TAK TUNAI TANGGUNGJAWAB SEMUA INI .....
MATI AKAN DISOAL SEMUANYA!!!
MENGAJI , BERAMAL , BERDAKWAH , BERMASYARAKAT , BERJUANG MESTI SELARI.
SEMUA INI SUNAHTUL RASUL SAW DAN TANGGUNGJAWAB AGAMA YANG MESTI KITA LAKSANA SEBAGAI HAMBA YANG DITAKLIF DENGAN HUKUMAN SYARA

SOLAT TIANG AGAMA...IMAN DAN TAUHID ASAS AGAMA

Satu Renungan Untuk Semua !!

Terima Islam Kamu Selamat


1. Nabi saw ketika dihantar atau diutus oleh Allah swt berdepan dengan masyarakat Jahiliyyah kuno yang keras menentang Islam . Malah ummat manusia dalam keadaan berpecah antara satu sama lain . Mereka bertelagah dan bersengketa malah berbunuh - bunuhan antara satu sama lain . Dunia waktu itu porak peranda .


2. Nabi saw menghantar surat kepada semua pemuka - pemuka kaum dan pihak berkuasa negara supaya menerima Islam untuk menyelamatkan mereka dan generasi yang akan datang . Ummat manusia disatukan dengan Islam . Aslim Taslam : Kamu terima Islam kamu selamat .

3. Saya lihat hari ini , negara kita juga terjebak dalam kancah Jahiliyyah , cuma ia moden berbanding dulu . Maksiat bertambah , mungkar bertambah , rasuah berleluasa . Semuanya gara - gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam .

4. Tanpa Islam negara kita jadi begini . Sosialnya parah dan politiknya kejam . Ekonomi menindas dan tentunya rakyat marhain menjadi mangsa . Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan Penyelarasan semula subsidi kononnya .

5. Ringkasnya , dunia hari ini khasnya negara kita juga perlukan surat atau risalah Rasulullah saw ini iaitu Aslim Taslam . Ianya sesuai dihantar sewaktu UMNO dan BN ghairah mengajak PAS bersatu . Saya kata : Pelan Damai untuk ummat ini ialah Islam atau dalam erti kata lain ialah Aslim Taslam . Kamu Terima Islam Kamu Selamat . Pastinya ia merupakan seruan kepada semua bukan terhenti antara PAS dan UMNO tetapi kepada seluruh rakyat dalam negara ini dan juga semua parti dan NGO .

Dengan itu , saya berlepas diri ini dengan apa jua percubaan siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam Pelan Damai yang saya cadangkan kepada seluruh ummat Manusia dalam negara ini . Pelan saya mudah : Aslim Taslam : Islamlah nescaya kamu selamat

Tuesday, July 20, 2010

ESQ tak sejalan dengan jalanan Ulama Ahli Sunnah

ESQ??? HATI HATI KITA !

TN GURU HAJI SALLEH (SIK) SOKONG KENYATAAN MUFTI WILAYAH

Tn Guru pohon pada mufti2 berhati2 sebelum mengeluarkan fatwa .
Dalam isu ESQ nampaknya kajian mufti Wilayah sangat munasabah .
Dalam soal pendidikan agama kita mesti mengikut jalanan ulama salaf dahulu , jangan kita terpedaya dengan kemasukkan benda baru sebelum diselidik terlebih dahulu .
ESQ mereka orang berniaga nak untung sahaja ,
sedangkan ilmu mereka belum tentu mantap mengikut Aliran Ahli Sunnah yang kita ikut

Mufti wilayah persekutuan Malaysia menjelaskan alasan kesesatan ESQ

Dalam fatwanya Ary Ginanjar, berikut ringkasan fatMufti wilayah persekutuan Malaysia menjelaskan alasan kesesatan ESQ wanya:


•ESQ mendukung paham liberalisme yang menafsirkan nash-nash agama (al-quran dan sunnah) secara bebas.

•ESQ menuduh para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian dan ini bertentangan dengan aqidah Islam tentang Nabi dan Rasul.

•ESQ mencampuradukkan ajaran spritual bukan Islam dengan ajaran spiritual Islam.

•ESQ menekankan konsep ‘suara hati’ sebagai rujukan utama dalam menentukan baik atau buruknya sebuah perbuatan.

•ESQ menjadikan logika sebagai sumber rujukan utama.

•ESQ mengingkari mukjizat karena dianggap tidak dapat diterima akal.

•ESQ menyamakan bacaan Al-fatiha sebanyak 17 kali dalam shalat dengan ajaran Bushido Jepang yang berlatar belakang ajaran Buddha.

•ESQ menafsirkan kalimat syahadat dengan "triple one".
Demikian ringkasan singkat fatwa Mufti wilayah persekutuan Malaysia yang ditandatangani oleh Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh yang merupakan mufti resmi wilayah persekutuan Malaysia
Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya'

..................................................................................................................
http://www.muftiwp. gov.my/pmwp/ profail_jabatan_ files/fatwa_ esq.pdf
sumber : http://www.detiknew s.com/read/ 2010/07/07/ 093119/1394508/ 10/inilah- fatwa-lengkap- mufti-malaysia- tentang-esq- ary-ginanjar

Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) milik Ary Ginanjar Agustian sangat terkenal di Indonesia. Namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Malaysia menilai ESQ Ary melenceng dari ajaran-ajaran agama Islam.

Menurut Wikipedia, Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Inilah fatwa lengkap soal ESQ Ary yang dikutip dari situs www.muftiwp. gov.my:

'Fatwa Berkenaan dengan Kursus ESQ Leadership Training dan Fahaman yang Seumpama Dengannya'
(a) ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti yang berikut:

i. mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama (Al-Quran dan As-Sunnah) secara bebas, dan fahaman pluralisme-agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.

ii. mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah s.w.t semata-mata (al-Isthifaiyyah) , dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah) .
iii. mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, 'SQ' adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala 'God Spot' adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat Al-Quran
(Al-Hajj, ayat 46).

iv. menekanan konsep 'suara hati' atau 'conscience' sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristiani. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut 'In the main forms og Christianity, conscience is the absolutely inviolable and acrosanct center of the person as human as responsible for her or his decisions;. Konsep suara hati juga merupakan ajaran Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekandanda. Menurut Imam Abu al-Abbas, pendapat demikian adalah zindik dan kufur.

v. menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.

vi. mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulamak kerana ia bermakna mengingkari nas-nas Al-Quran dan Hadis Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi a.s .

vii. menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir Al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan 'submission' . Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat Al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.

viii. menyamakan bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang jepun yang berteraskan ajaran Buddha.

ix. mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumusan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s diselamatkan daripada Fir'aun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juru terbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini, merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekananda.

x. mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan 'triple one'. Ini adalah tafsiran bidaah dan sesat. Dalam konteks akidah, 'triple one' digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan konsep trinity. Buku 'Christianity For Dummies', ketika menghuraikan konsep ini menyatakan 'The Trinity: How 1+1+1 Equals 1. Christianity says that God is Trinity - one God expressed in three beings. The term trinity meands: three-oneness.

(b) mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman

sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan.

Bertarikh 10 Jun 2010 dan ditandatangani oleh Mufti wilayah persekutuan Malaysia, Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh tanggal 10 Juni 2010.(mok/nrl)

Friday, July 16, 2010

Qasidah Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad

Zikir ( amalan setiap hari Jumaat ) oleh Tuan Guru Nik Aziz

TN GURU HJ HASHIM PASIR TUMBUH



Nama : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :
Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang.

2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995

3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan

4. Anugerah pingat Dato' Paduka Sultan Kelantan 2010

                                                                   

PEMANGKU RAJA KELANTAN
lawat Tn Guru  Hj Hashim

Tn Guru Hj Hadi
Tn Guru Hj Hashim yang uzur

Pemangku raja
hadiri santapan rakyat di pondok Pasir Tumbuh

Wednesday, July 14, 2010

ULAMA PONDOK KEDAH BERSATU TEGUH BERSAMA PERJUANGAN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM , KEDAH SEJAHTERA , AGAMA SEJAHTERA !!!

 
TN GURU HJ FAHMI ZAM-ZAM
membaca doa dalam majlis perasmian PONDOK DARUL HIDAYAH
TN GURU HJ FAHMI, UST KHAIRUL , UST NASIR
SYEIKH ABDULLAH ketua ulama PAS Kedah , TN GURU HJ ABDULLAH , TN GURU HJ IZUDDIN
UST NASIR , UST KHAIRUL
KETUA ULAMA PAS KEDAH
MAJLIS PERASMIAN PONDOK

Tuesday, July 13, 2010

Melayu : Marilah bersatu dengan tali Allah!!!

1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .


dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .

dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .

2.Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .

3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]

4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :

dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :

Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan
 
8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .


9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .

10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia

Saturday, July 10, 2010

TAUHID ASYAIRAH BUKAN ALIRAN FALSAFAH YUNAN !!!

DR ASRI dan rakan2 wahabi lain mendawa tauhid aliran Asyairah adalah dari aliran falsafah Yunan tidak berasas . Wahabi perlu dakwa dengan hujjah bukan dengan fihnah yang bercampur dengan hawa nafsu kebencia terhadap sesuatu jemaah .
Tauhid Aliran Asyairah , adalah tauhid yang diterima pakai jumhur Ulama Ahli Sunnah dan tokoh2 ulama yang besar .
Tauhi Asyairah bermula dikembangakan atau dibawa dan dipekasa pada kurun ke7 hijrah secara zahirnya , akan tetapi TAUHID ini adalah dari RASULULLAH SAW .
Bezanya zaman Rasulullah tidak ada kitab khusus tentang ilmu tauhid ini .
Ilmu tauhi aliran Sunni ini digali  dan diambil dari Quran ,dan dalil setiap sifat wajib bagi Allah ada nas sahih dalam QURAN .TAUHID ALIRAN AHLI SUNNI  yang muktamadnya hanya 13 sifat yang wajib dipelajari dengan ditil kerana 13 sifat ini ada nas soreh dari QURAN dan merupakan  dalil ayat muhkamat dari QURAN .
Tauhid sifat 20 atas pendapat Maturidi , khilaf ini bedasarkan kaedah yang ulama rumuskan melalui ilmu alat iaitu ilmu makulat dan mantiq .

Zaman Rasulullah tidak ada lagi kitab tauhid Asyairah tetapi tauhid ini sudah sedia diajar oleh RASULULLAH ...
Mengapa wahabi nak sesatkan tauhid Asyairah ?
Mengapa wahabi tolak jumhur ulama ?
Mengapa wahabi asyik mempertahankan pendapat Imam ibnu taimiyah yang membawa aliran tauhid rububiyah , uluhiyah dan asma wasifat ?
Sedangakan adakah sah kita nak kata orang kafir pun bertauhid sedangakan mereka syirikan ALLAH?
Mengapa tauhid Asyairah yang diambil dari ajaran Rasulullah ditentang ?
Pelek2 wahabi ni ?

Walaupun IMAN AS YAARI DAN MATURIDI WUJUD KURUN KE 7 HIJRAH TETAPI , ILMU TAUHID INI SUDAH LAMA DIAJAR RASULULLAH IAITU BERIMAN PADA ALLAH , RASUL maka ini bersangkut paut dalam kalimah syahadah kita dan termasuk juga beriman kepada segala Rasul , malaikat , kitab , kiamat , qada qadar, syurga , neraka , dosa pahala , sirot , mizan dan sebagainya . Maka perkara yang RASULULLAH sampaikan wajib kita beriman

WAHABI kata tauhid ini dari falsafah YUNAN kerana dalam pembahasan ilmu tauhid aliran kita , ulama membahaskan sifat makhluk seperti arod , jirim . Selain itu mereka jahil dan tak tahu wujudi , hal ,amrun iqtabari , dan makdum , selain itu hukum akal wujub  , istihalah dan jawaz .Istilah istilah ini dari kaedah ulama untuk mengkuatkan iman kita dengan dalil .
Salahkah masyarakat ada ilmu banyak ?
Salahkahkah masyarakat nak dalami ilmu lebih ditil ?
Apabila kita faham semua ini maka kita bersihkan ALLAH dari sifat yang tidak layak bagi ALLAH


DYMM SULTAN KEDAH cemas dengan keadaan anak remaja sekarang ??? TN GURU HJ SALLEH (SIK) minta pihak atasan pantau remaja , beri didikan Agama !!!

DYMM SULTAN KEDAH SULTAN ABDUL HALIM
kecewa kerana Akhlak remaja sekarang sudah runtuh .
Ramai remaja terlibat zina dan melairkan anak luar nikah , selain itu membunag anak merata2 tempat .
Sultan Kedah bertitah di Maktab Mahmud Alor Setar baru2 ini .
TN GURU HJ SALLEH meminta agar kerajaan memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak remaja . Dengan kefahaman agama Insyallah remaja akan jadi baik , berakhlak dan kuat .
Tn Guru amat sedih kerajaan pusat masih mengekalkan pendidikan seks disekolah , ini menjadi punca terbesar anak2 muda terlibat zina ...
Kalau kerajaan pun fasiq maka inilah jadinya kata Tn Guru
Menjadi tanggungjawab kerajaan memantau dan menyelesaikan isu ini .
Kerajaan harus bertindak cepat sebelum parah .
Ibu bapa perlu memberi didikan agama dan akhlak dapa anak2 , ini kewajipan ibu bapa .
Kalau kerajaan baik , rumah tangga kita baik Insyallah kita akan sejahtera dunia akhirat .

Kepada kerajaan negeri Kedah , setakat ini Alhamdulillah sejahtera , tetapi kita mohon agar kerajaan dibawah MB yang kita kasihi Ustaz Azizan , memberi sedikit lagi tumpuan kepada penghayatan agama rakyat mlalui pogram2 peringkat negeri .


WAHABI ? Apa itu WAHABI ? Wahabi tak akan mengaku dirinya wahabi tapi kita dapat kenal dengan...???


Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:


Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dan lain-lain.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dan lain-lain.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dan lain-lain.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dan lain-lain.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya

Sedih 2 orang tokoh wahabi ini sentiasa menentang tauhid As Syairah yang diajar Rasulullah SAW


RASUL DAHRI sentiasa menyesatkan aliran SUNNI , Tauhid Aliran Asyairah , sehinggakan mengkufurkan atau menyesatkan ulama dan pengikut aliran Asyairah ...
Begitu berani dan celupar mulut Rasul Dahri .
Kenyataan ini ada bukti , kita boleh lihat dalam youtube ...
Mengapa Rasul Dahri begitu benci dengan aliran Asyairah ...
Dimana tak betulnya ?
Isu ini sensitif dan boleh memecah belahkan perpaduan ummat .
Kalau Rasul Dahri menyestkan Aliran Asyairah atau tauhid Aliran Asyairah dan Maturidi , maka ramai yang sesat dari sebelum merdeka dan selepas merdeka hingga sekarang ramai yang sesat Aqidah dan masuk neraka ,kerana mejoiti masyarakat Malaysia dan ulama -ulama Malaysia berpegan dengan tauhid sifat 20 atau aliran Asyairah atau Matuiridiah .
Rasul Dahri hanya mempertahankan pendapat Imam Ibnu Taimiyah yang berpegang denag tauhid 3 iaitu Rububiyah , Uluhiyah dan Asma wa sifat .
Kita Asyairah berpegang dengan TAUHID ALIRAN RASULULLAH SAW ...
Sifat yang wajib bagi Allah kita pelajari secara ditil dan halusi berdasarkan NAS QURAN , ayat Quran yang Muhkamat , tidak perlu ditawilkan lagi
13 sifat yang wajib bagi Allah yang kita pelajari ada dalil Quran yang muhkamat bagi setiap satu daripada sifat2 wajib itu .
Untuk mengkejapkan iman kita Ahli Sunnah ada dalil Quran dan dalil Akal .

DR ASRI (DR MANZA) begitu celupar mulut beliau menghina dan menolak tauhid aliran Ahli Sunnah , biadab ,sangat sangat tidak ada adab . Tidak hormati ulama . Imam-imam aliran sunni sangat wara dan sangat beradab , siapa Asri nak dibandingkan mereka ?
Ulama kita sangat wara dalam menjaga hukum Allah dan sangat beradab dalam menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu agama . Berpakaian sunnah , kuat beramal , betahjud , bersama Quran , mendampingi ulama soleh lagi wara , solat hajat sebelum mengarang . Nilailah saudara-saudara ku !
Sedih apabila kita ikuti syarahan ASRI dalam youtube yang menghina tauhid Aliran Asyairah ...

TN GURU HJ SALLEH ( SIK) berkata "wahabi ni kalau depa (mereka) tak reti (faham ) semua depa (mereka)kata kita (ahli sunnah ) tak betul dan sersat"

Wednesday, July 7, 2010

Maksud kalimah Syahadah mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah

Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan keislaman mereka.


Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.


Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:
1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.

Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan. Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak mengakui kebenaran Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, bahkan mereka mengenali baginda sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, namun disebabkan sikap degil dan bongkak mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda sallallahu`alaihi wasallam
                                                                 Makna Kalimah Syahadah Pertama:

                                                                                  أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ                     

“Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad (mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku mengiktiraf (mengakui) dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha tidak berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti tidak akan berlaku. Dia-lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya”.
Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah ta`ala iaitu: al-Wujud (ada), al-Qidam (sedia ada), al-Baqa’ (kekal), al-Mukhalafah lil-hawadith (bersalahan dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk), al-Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah (berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm (mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar (melihat) dan al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa), Kaunuhu Muridan (keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman (keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu Hayyan (keadaan Allah ta`ala yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar), Kaunuhu Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Allah ta`ala yang berkata-kata).

Makna Kalimah Syahadah Kedua

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ     

“Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi

Perkukuh akidah Ahli Sunah Wal Jamaah - Sultan Johor.

                                            

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru umat Islam memperkukuhkan akidah dan amalan hidup berdasarkan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

 KITA HARAPKAN SELURUH RAJA2 MELAYU BERTINDAK SEGERA TERHADAP ANCAMAN WAHABI ATAU FAHAMAN "TOLAKM ULAMA"

NUSAJAYA 1 Julai - Sultan Johor
Sultan Ibrahim menegaskan, ini kerana pegangan berkenaan sumber kekuatan bagi umat Islam berhadapan apa juga suasana dan cabaran.
"Kita perlu peka terhadap ancaman yang boleh membawa kepada perpecahan dan perselisihan antara ummah di negeri Johor ini.

"Seperti fahaman tidak mengamalkan doa qunut, talkin, wirid dan berdoa bersama-sama selepas solat berjemaah serta membaca Yasin pada malam Jumaat, ternyata mampu menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika perasmian pembukaan penggal ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.
Sultan Ibrahim berkata, usaha memperkukuh dan menjelaskan tentang fahaman yang boleh menjejaskan perpaduan ummah dari segi akidah, ibadah dan akhlak perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa.
"Saya ingin mengingatkan semua pihak berkuasa terutama polis, Bahagian Keselamatan Negara, pejabat daerah, Imigresen dan agensi penguat kuasa supaya membendung penularan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah," tegasnya

JALANAN AHLI SUNNAH , JALANAN ULAMA.WAHABI TOLAK ULAMA ?

Jalanan kita Ahli Sunnah adalah jalanan Ulama ...
ULAMA adalah PEWARIS RASULULLAH ...
Wahabi akan hasut kita , dengan perkataan yang biasa mereka lafaz " mengapa tak ikut Rasulullah , mengapa ikut ulama ?"
Ini sudah biasa bagi mereka .Wahabi menolak ijma dan qias .
Jalanan kita ahli sunnah adalah bersumberkan QURAN , HADITH , IJMA dan QIAS .
Kita sangat mencintaai Rasulullah dan martabatkan sunnah Rasulullah .
Kita sangat mendahulukan QURAN dan HADITH ...

Dalam masa yang sama kita perlu mengikut IJMA dan QIAS kerana bukan semua hukum disebut dalam AL QURAN dan HADITH .
Kita terpksa mengikuti  IJMA untuk mengeluarkan hukum dengan Kaedah2 Agama yang tidak bertentang dengan Agama .
Hal ini telah dilakukan oleh para SAHABT NABI SAW 1400 tahun dulu , dimana bida'hnya ?.

"عِلْمُ الدِّيْنِ لايُؤْ خَذُ بِا لْمُطَالَعَةِ مِنَ الْكُتُبِ لأَنَّهُ قَدْ يَكُوْنُ فِيْ هَذِهِ الْكُتُبِ الَّتِيْ يُطَالِعُهَا الشَّخْصُ دَسٌّ وَافْتِرَاءٌ عَلَى الدِّيْنِ أَوْ قَدْ يُفْهَمُ مِنْهَا أَشْيَاءٌ عَلَى خِلافِ مَا هِيَ عَلَيْهِ عِنْدَ السَّلَفِ وَالْخَلَفِ عَلَى مَا تَنَا قَلُوْهُ جَيْلٌ عَنْ جَيْلٍ مِنَ الأُمَّةِ فَيُؤَدِّيْ إِلَى عِبَادَةٍ فَاسِدَةٍ أَوْ يَقَعُ فِيْ تَشْبِيْهِ اللهِ بِخِلْقِهِ وَالتَّمْثِيْلِ وَالْكُفْرِ وَالضَّلالِ".

Maksudnya:

"Ilmu agama tidak diambil (tidak dipelajari) daripada mempelajari dengan kitab sahaja (tidak berguru) kerana sesungguhnya kadangkala (berkemungkinan besar) kitab yang ditelaah (dipelajari) itu telah ditokok tambah dan dibuat penipuan oleh seseorang atau kadangkala apa yang difahami itu bertentangan dengan apa yang telah difahami oleh ulama` Salaf dan Khalaf " menerusi apa yang dipindahkan (diwariskan) dari satu generasi ke satu generasi di dalam reality sesebuah umat. Maka hal tersebut akan membawa kepada ibadah yang fasidah (rosak) atau mengundang kepada penyerupaan Allah dengan makhluknya, dan turut boleh membawa kepada kekufuran dan kesesatan
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:


"لاتَبْكُوا عَلَى الدِّيْنِ إِذَا وَلِيَهُ أَهْلُهُ وَلَكِنْ ابْكُوا عَلَيْهِ إِذَا وَلِيَهُ غَيْرُ أَهْلِهِ".
Maksudnya:
"Jangan tangisi agama ini apabila masih ditangani oleh ahlinya, namun tangisilah agama ini apabila ditangani oleh orang yang bukan ahlinya".
[Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Thabarani]

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"إِذَاوَسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتِظَرِ السَّاعَةَ".

Maksudnya:

"Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan pakarnya maka perhatikanlah saat kebinasaannya". [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari]

Hairan2 orang sekarang memprtikai ulama dan mazhab ?
Bahaya semua ini . Kita berpecah dan umat makin banyak berpecah .
Kita berpecah kerana Wahabi yang tlampau syadid menyalahkan jalanan ulama .
Wahabi menyesatkan dan mengkufurkan kita yang mengikut jalan ulama .
Ulama adalah pewaris Rasulullah SAW . Maka ulama yang soleh sentiasa mengkehendaki semua  kita ke syurga , bukan ke neraka .
Amat malang bagi mereka yang menolak jalanan ulama yang ingin menyelamatkan agama dan memelihara hukum agama .
WAHABI mereka menentang ulama dan mereka berani menafsirkan AL QURAN dan HADITH mengikut akal fikiran dan nafsu mereka , ini bahaya boleh jadi sesat Aqidah dan berdosa . Kita perlu mengikut jalanan ulama salaffu soleh yang lebih hampir mereka dengan zaman Rasulullah SAW.



Hormatilah jumhur ulama . Jangan kita pandang hina pada mereka , jangan tolak ulama yang bermazhab , jangan kita sesatkan ulama As Syairah ...Jalanan mereka jalanan selamat ...Mereka terlebih hampir dengan ALLAH dan lebih MENCINTAI RASULULLAH SAW !!!

Sunday, July 4, 2010

RASUL DAHRI KAFIRKAN UMMAT ISLAM YANG DALAMI ILMU TAUHID ALIRAN AS SYAIRAH!!!?

RASUL DAHRI merupakan pendakwah wahabi yang sangat aktif sebarkan fahaman sesat beliau .
Dia tak mengaku dirinya wahabi , dia kata dia mengikut fahaman ahli sunnah !
Rasul Dahari penipu !
AWAS beliau adalah mazhab wahabi , mazhab mujassimah , dan mazhab zohiri yang telah terkeluar dari landasan ahli sunnah ...
Beliau gelarkan diri beliau bermazhab SALAFI , beliau PENIPU!

Salaf kita  ahli sunnah mesti bersumberkan AL QURAN HADITH , IJMA DAN QIAS ...
Adapun RASUL DAHARI dakwa kata salaf tapi salaf wahabi yang tidak taqwil ayat Quran dan isbatkan tuhan macam makhluk !
Salaf kita ahli sunnah tak taqwil dan semata2 serah kepada Allah maksud ayat dan kita tidak isbatkan tuhan berjisim !!!

BIADAB RASUL DAHRI ,BELIAU TELAH KAFIRKAN KITA !!!
INI KITAB BELIAU KARANG, DAN TELAH KAFIRKAN KITA
YANG BERPEGAN DENGAN TAUHID SIFAT 20 !!!
INI FAKTA TIDAK BOLEH DISEMBUNYIKAN LAGI
BELIAU TELAH BANYAK KALI MENYESATKAN BAHKAN MENGKAFIRKAN ULAMA KITA AHLI SUNNAH
Sekiranya diklik pada scan buku di atas akan tertera perkataan :

Termasuk dalam kategori ini (bid'ah iktikad) sebagaimana yang disepakati oleh ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh ialah : Syiah, Khawarij, Jahamiyyah, Murjiah, Muktazilah, Asy'ariyyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka adalah golongan yang bid'ah akidahnya yang mana di akhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka
SEDANGKAN KITA BAWA TAUHID YANG DIAJAR RASULULLAH SAW
ADALAH TAUHID YANG DIBAWA AHLI SUNNAH
Firman Allah ta`ala:

                                              "فَاعْلَمْ أَنَّهُ لآإِلَهَ إِِلا اللهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذََنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ"
                                                                        Maksudnya:
           “Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah
                dan mohonlah keampunan bagi dosamu, bagi muslimin dan muslimat”.
                                                             (Surah Muhammad : 19)

                  Rasulullah pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, lalu Baginda menjawab 
                                                                                       
                                                      أَفْضَلُ الأَعْمَالِ إِيـْمَانٌ بِاللهِ وَرَسُولِهِ".
                                                                       Maksudnya:
        “Perbuatan yang paling utama (secara mutlak) beriman kepada Allah dan Rasul-Nya”
                                               Diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari

                                   MAKA JALANAN ASYAIRAH DAN MATURIDI
                                                            ADALAH SAHIH ....                                       
                        MENGAPA RASUL DAHRI KUFURKAN ULAMA KITA ???
                        SEDANGAKAN TAUHID TIGA SERANGKAI YANG BELIAU
          PERTAHAN ADALAH  DARI IBNU TAMIYAH BUKAN RASULULLAH SAW ...

                       AWAS JANGAN TERPENGARUH DENGAN BELIAU !!!!!!!!!!!!!!!!

Masjid tidak makmur jika AJK tidak beriman

PETALING JAYA, 4 Julai: Sesebuah masjid gagal dimakmurkan jika ahli jawatankuasanya tidak beriman kepada Allah, kata ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya, ahli-ahli jawatankuasa masjid mestilah memenuhi beberapa ciri dalam usaha untuk memakmurkan masjid, antaranya beriman kepada Allah.

“Macam mana nak makmurkan masjid kalau AJK tidak beriman kepada Allah,” ujarnya ketika berucap pada Masjid Hi-Tea sempena Karnival Masjid Kota Damansara 2010 di pekarangan masjid itu, petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Katanya, dalam konteks beriman kepada Allah, AJK masjid hendaklah beriman sepenuhnya dengan apa yang diturunkan oleh Allah termasuk segala hukum hakam dan undang-undang-Nya.
Selain itu, jelasnya, setiap AJK masjid juga mestilah beriman kepada hari akhirat, mendirikan solat, tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah semata-mata serta mampu mengajak masyarakat kepada Islam.
Sehubungan itu, tambahnya, jangan ada di kalangan AJK masjid yang mempunyai kecenderungan untuk mendapat habuan daripada sumbangan yang diterima termasuk mendapat kontrak untuk menyediakan jamuan mahupun pembangunan masjid
“Jangan nak jadi AJK masjid kerana nak dapat kontrak buat bubur lambuk,” ujarnya seloroh.
Katanya lagi, sikap ahli jawatankuasa yang hanya pergi ke masjid setahun sekali juga antara punca sesebuah masjid itu gagal dimakmurkan.
Dalam nada sinis, katanya, kemungkinan ahli jawatankuasa masjid menunaikan solat kerana secara kebetulan telah masuk waktu semasa mesyuarat diadakan
Beliau juga menyarankan supaya pihak masjid mengadakan banyak aktiviti untuk menjinakkan golongan remaja dengan masjid.
“Kalau boleh, masjid perlu mengadakan program mingguan untuk kanak-kanak dan remaja seperti membetulkan solat, bacaan solat dan seumpamanya supaya mereka jinak dengan masjid,” ujarnya lagi.
Idris menekankan ibu bapa termasuk pihak masjid menitikberatkan anak-anak dan golongan remaja dengan solat bagi menghindari gejala sosial yang semakin parah hari ini.
“Kita kena ingat, apabila solat diabaikan, mereka akan mengikut hawa nafsu,” ujarnya

SYEIKHUNA AL ALIM AL ALAMMAH SYEIKH NURUDDIN AL BANJARI ...guru yang tekankan adab !!!

Syeikh Nuruddin merupakan guru yang sangat utamakan adab .
Dalam kitab TAQLIM MU TAALIM sebutkan tidak dapat ilmu orang yang tak beradab .
Syeikh Nuruddin sangat tekan adab kerana mjlis ilmu adalah majlis pusaka Rasulullah SAW. Ilmu sukar nak masuk kehati andai kita tidak ada adab ...
Saya ingin berkongsi pengelaman dengan saudara , pengelaman ini menjadi pengajaran buat diri saya selama2 dan saya akan ingat sampai bila2 . Pengalaman ini juga mendidik saya dan Insyallah semua saudara untuk kita lebih beradab dalam majlis ilmu dan dengan ulama ...

Saya bersama rakan2 diberi mandat oleh Tn Guru Hj Salleh untuk menguruskan majlis Daurah Ilmu Syeikh Nuruddin di pondok sik .
Maka dengan taufiq Allah selepas 2 kali bermesyuarat bersama Syeikh , pertama kalinya di Masjid Al Bukhary Alor Setar dan kali ke 2 di INTIM Perak maka Syeikh setuju ...
Syeikh mengambil keputusan supaya Daurah di PONDOK SIK diadakan seminggu sebelum raya haji dan berhari raya di Pondok Sik bersama Tn Guru Hj Salleh ...

Saya keletihan , sewaktu kuliah zohor saya terlena dalam majlis kuliah . Lalu saya dimarahi oleh Syeikh Nuruddin dengan suara yang kuat dan lantang" Helmi kalau nak tidur balik ke pondok!!!"
ALLAHHUAKBAR malu saya , semua rakan2 lihat saya , rakan dari Indon , Perak , Kelantan dan serata tempat semua lihat ke arah saya ...
Malu , mengiggil rasa takot dan sebagainya .
Oleh kerana keletihan menguruskan majlis daurah dalam kuliah yang sama selepas Syeikh memarahi saya Syeik meneruskan kuliah , saya tak sengaja terlelap buat kali kedua . Sekali lagi saya kena pekik dengan guru mulia saya Syeikh Nuruddin .
Saya tak kisah kerana kalau guru tak marah murid , nak marah siapa lagi dan ia sebagai pengajaran buat diri saya ...
Kawan saya Allahyarham Khalis Alor Setar pun pernah kena marah di Majlis kuliah di Masjid Al Bukhari kerana main pen dan tengok jam waktu kuliah .
Tingginya adab TN GURU SYEIKH NURUDDIN ...
Tetapi jika luar dari majlis ilmu Syeikh merupakan orang yang paling lembut .
Saya memangil beliau dengan panggilan "Abi"
Sangat tawaduk , sangat penyayang ...
Masyallah akhlak ulama terlalu tinggi .
Beliau nak bersahur bersama pelajar pada hari wukuf dan makan dagin korban bersama pelajar .
ULAMA PERWARIS RASULULLAH !!!

Saturday, July 3, 2010

SYEIKHUNA AL ALIM AL ALAMMAH SYEIKH YUSUF AL HASSANI ...ULAMA SUFI

Syeikh Yussuf Al Hassani merupakan guru saya yang membawa pembawakan  sufi ...
Sufi diambil dari ahli sufah ,  yang berasal dari Madinah yang zahid yang hanya tinggal dikaki lima Masjidil Nabawi masa zaman Rasulullah SAW dulu ...
Orang sekarang ramai yang gemar bersufi , atau kata lain bertasauf dan berhakikat .
Sebelum kita melangkah kearah sufi kita mestilah mendahului Iman atau tauhid .Mantapkan tauhid dahulu dan perlu memahami dan meamalkan kehidupan bersyariat dalam erti kata kita perlu mematuhi hukum agama wajibnya , haram , halal , harus makruh dan sebagainya dalam kehidupan ...

Dengan adanya ilmu dan penghayatan tauhid barulah kita boleh melangkah kearah jalanan sufi .
Kalau tidak ada tauhid kita akan sesat dan jalanan sufi kita akan gagal ...

Agama terbina atas 3 iaitu IMAN (ilmu tauhid) SYARIAT (ilmu fekah ) EHSAN (ilmu tasawuf atau sufi)...
Fahamnya disini kita mesti lengkapkan 3 ilmu ini barulah sampai hakikat breagama ...

Masyarakat sekarang asyik "gila sufi , gila tarikat" .Semu ini tidak salah syarat kenalah utamakan ilmu keimanan dahulu kemudian melangkah kepada syariat dan akhir barulah melengkapkan diri dengan latihan kesufian .
Berkata Tn Guru saya Tn Guru Hj Salleh (Sik) "HARAM BERTASAUF TANPA TAUHID" ...

Hati2 saudara seagama ku , ramai yang mendakwa mereka jalanan sufi tetapi tidak meamalkan syariat seperti solat , puasa , tak ikut hukum hakam munakahat , tidak ikut hukum hakam muamalat , maka jalanan ini sesat !
Kalau ada orang berkata "kita orang sufi orang hakikat tak solat tak puasa tak pa yang penting hati kita ingat Allah maka orang ini adalah sesat lagi membawa kufur !!!"

Sufi sebenar adalah menyempurnakan latihan kearah mendapat REDHA ALLAH dan mestilah dan wajib ada dan beramal dengan ilmu TAUHID , FEKAH dan TASAWUF!!!

TOKOH DAKWAH NEGERI KEDAH RISAU DENGAN KEDUDUKAN AGAMA SEKARANG

Saya menemani Tn Guru saya , TN GURU HJ SALLEH SIK pagi tadi menyampaikan kuliah mingguan di rumah YAB UST AZIZAN (MB KEDAH) ....
Tn Guru dalam sesi kuliah  mingguan pagi tadi bagi mengkhatamkan kitab WASAIL ILMU KALAM maka banyak nasihat yang diberikan ...
Tn Guru menyeru ahli kuliah kira-kira 300 orang yang hadir pagi tadi supaya berpegang teguh dengan agama dan ahli sunnah wal jamaah ...
Wahabi sangat bahaya bagi kita kerana aqidahnya tidak sejalanan dengan kita ...

Selain itu tn guru sedih kerana pemimpin negara tidak ambil peduli soal agama .
Tn Guru berkata kerajaan sekarang (BN) adalah fasiq ...
Rakyat buta agama. Zina menjadi2 .

Tn Guru MENYERU SUPAYA KITA AHLI PAS BANGUN BERJUANG !!!
"KITA BERJUANG KERANA TANGGUNGJAWAB, BUKAN KERANA MENANG"
Agama kita dah teruk , jangan biar puak UMNO FASIQ perintah lagi , berjuang betul2 pilihanraya 13 ini , usaha lebih INSYALLAH ALLAH tolong kita mudahan ...

TN GURU HJ SALLEH SIK nasihatkan kempimpinan PAS jaga cakapan , jangan keluarkan kenyataan mirip WAHABI !!!


Untuk memastikan PAS kukuh dan kuat kita perlu bersatu dan kuat .
Berucap didalam sesi kuliah di rumah YAB MB Kedah pagi tadi , Tn Guru seru pucuk pimpinan PAS jangan keluar kenyataan berunsur fahaman wahabi ...Tn Guru Hj Salleh minta pemimpin PAS agar berhati2 berdepan dengan pihak media.

Tidak dapat dinafikan PAS sekarang berpuak2 kerana berbeza aliran pendapat ...
PAS perlu kukuhkan perjuangan untuk meruntuhkan kerajaan UMNO/BN FASIQ ...
Oleh kerana itu PAS perlu kukuhkan jemaah , jangan keluarkan kenyataan berunsur wahabi !!!

Tn Guru menasihati pucuk pimpinan PAS agar hormati pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang telah dilaksanakan mengikut undang2 tubuh kerajaan dibawah naungan raja2 melayu selama ini , iaitu fekah mengikut mazhab Syafie manakala Tauhid mengikut mazhab Asyairah atau tauid sifat 20 ...
Jangan sekali2 keluarkan kenyataan yang menimbulkan kekeliruan dalam jemaah yang bukan semua memahai semua ini...

Pendidikan seks disekolah perlu ditolak ...kalau munakahat kita setuju


KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentang cadangan memperkenalkan mata pelajaran seks kepada pelajar sekolah yang disifatkannya sebagai tidak wajar dan boleh mendatangkan keburukan kepada golongan muda.

Menurutnya, pengenalan mata pelajaran itu hanya menggalakkan kegiatan seks di luar nikah kepada pelajar-pelajar sekali gus meningkatkan gejala sosial kepada pelajar.
Katanya, ajaran Islam sudah jelas yang menetapkan perlakuan seks dihormati dan dibolehkan mengikut tatatertib yang dibenarkan mengikut ajaran Islam.
“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita di wajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.
”Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan beberapa pihak supaya mata pelajaran seks diperkenalkan di sekolah bagi membendung gejala sosial seperti pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mencadangkan kerajaan menukar istilah seks bebas yang digunakan kini kepada zina bagi menunjukkan gejala itu salah dilakukan oleh masyarakat.
“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kadar pembuangan bayi yang semakin meningkat di negara ini, Nik Abdul Aziz menyalahkan Kerajaan Pusat yang gagal menggunakan kaedah Islam dalam membendung gejala itu

Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 2010...UMNO/BN KEPARAT HALALKAN JUDI .KERAJAAN BN FASIQ ...

Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 2010...ikuti laporan harakah

WAHABI fahaman memecah belahkan kesatuan ummah !!! YDP AGUNG DAN RAJA2 melayu perlu campur tangan SEKAT WAHABI !!!

TOK GURU HJ SALLEH SIK sokong kenyataan MURSYIDUL AM dalam isu PENDIDIKAN SEKS !!!

Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.
"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.
Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.
ampuni kami