KUALA LUMPUR: Nadwah Ulama dan Kepimpinan NGO Islam yang terdiri dari tuan-tuan guru, ulama dan pemimpin NGO Islam dari seluruh negara bermuafakat bahawa perubahan pemerintahan di peringkat Pusat dan negeri dalam PRU13 adalah suatu tuntutan kepada umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Dengan isu-isu yang berbangkit sepanjang 1999 hingga 2013, Nadwah yang dihadiri lebih 400 alim ulama dan 16 NGO Islam seluruh negara berlangsung di Alor Setar, semalam.
Turut hadir adalah Tuan Guru Haji Saleh Bin Musa selaku Mursyid Nadwah(gambar), Syeikh Mohd. Zainol Asri Romli, Tuan Guru Haji Abdul Majid Abu Bakar An Nadwi, Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan, Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah Bukit Lada, Tuan Guru Haji Mohd Rejab Md. Akhir, Syeikh Mohd. Rodi Abdul Rahman Al Hafiz, Tuan Guru Khairul Anuar Shafii, Tuan Guru Haji Mohd. Nasir, Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Tuan Guru Haji Ahmad Abdullah, Tuan Guru Haji Yusuf Husin Pondok Penyarum dan Dr. Muhammad Fauzi Zakaria.
Para ulama, tuan guru dan pemimpin NGO Islam bersepakat bahawa kuasa pemerintah perlu berubah tangan pada PRU13 ini demi menyelamatkan negara dari terus menuju kepada kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara.
Mereka yang telah memegang kuasa telah mengkhianati mandat rakyat dengan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan pembolotan kekayaan negara di kalangan pemimpin elit negara.
Isu berikut adalah alasan kenapa rakyat perlu menolak BN dan memberi mandat kepada gabungan parti alternatif dari Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan Pusat dan negeri dalam PRU13:
1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk menimbulkan konflik,
2. Sentimen perkauman sempit semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara.
4. Status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah.
5. Campur tangan dalam institusi awam oleh parti politik yang keterlaluan.
6. Perbelanjaan kewangan negara yang tidak telus,
7. Membenarkan politik lucah, politik wang dan politik mengaibkan yang semakin mengotorkan demokrasi,
8. Membenarkan penghakisan budaya hidup dan kelunturan aqidah umat Islam dan kerosakan moral masyarakat yang semakin parah,
9. Menyalahurus ekonomi negara sehingga menyebabkan kos hidup rakyat meningkat, beban hutang negara meningkat kepada lebih RM500 bilion
10. Penswastaan keperluan hidup asasi rakyat sehingga merumitkan kehidupan golongan berpendapatan rendah,
11. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang semakin parah,
12. Kos hidup yang melibatkan makanan asas, khidmat kesihatan, khidmat pengangkutan, kos pendidikan, perumahan yang semakin meningkat,
13. Keselamatan sosial yang semakin tidak terjamin,
14. Gejala keruntuhan akhlaq generasi muda yang semakin serius,
15. Perbelanjaan kerajaan yang mencatat salahurus agensi kerajaan seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara berulang setiap tahun,
16. Keyakinan rakyat kepada agensi awam yang semakin luntur,
17. Politik kotor, politik wang, politik samseng dan politik lucah menjadi-jadi,
18. Kebocoran wang haram yang berjumlah berbilion ringgit keluar negara yang merugikan pendapatan negara dari segi cukai,
19. Salahurus penggunaan tabungan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Tabung Tentera,
20. Korporat penting negara seperti TNB, Petronas , Telekom, MAS, PNB yang disalahurus kerana campurtangan politik yang menyebabkan ada yang rugi dan ada yang disalahguna,
21. Pelbagai agensi awam diujudkan tetapi telah membebankan perbelanjaan negara tanpa memberi pulangan yang kepada rakyat seperti yang sepatutnya
22. Kedaulatan negara terjejas akibat kelemahan pertahanan negara yang menyebabkan banyak khazanah negara dicerobohi dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat terus mengguna kesempatan untuk menguasai ekonomi danolitik negara
23.Sektor media awam disalahguna sehingga kredbiliti agensi media awam terjejas teruk akibat campurtangan parti politik pemerintah yang melampau.
Pendukung deklarasi ulama.
NGO-NGO
1. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)
2. Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
3. Persatuan Ulama Kedah (Puk)
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
5. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
6. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
7. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)
8. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa)
9. Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah (Darul Mustafa)
10. Women’s Initiative For Research, Development & Advancement (Wirda)
11. Persatuan Kebajikan & Pendidikan Pelajar Islam Kedah (Persida)
12. Yayasan Paksi
13. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah)
14. Gerakan Sokong Syariah (Gesa)
15. Institut Pengembelingan Komuniti (Impak)
16. Institut Penyelidikan Syariah Malaysia (Isra)
Pondok dan sekolah agama
- Madrasah Al Rahmaniah Sik
- Maahad Darul Muhajirin Gajah Teriak
- Madrasah Darul Muhtadin Jeniang
- Madrasah Manabi’ Al-Ulum Al-Diniah Telaga Batu Jitra
- Madrasah Ahmadiah Addiniah Al Islamiah Pondok Ahmad Nahu
- Madrasah Al-Zuhudiah Parit Panjang
- Madrasah Ahmadiah Bukit Pinang
- Madrasah Islahiah Pondok Ustaz Adnan
- Madrasah Nurul Islam Charok Tok Uban Sik
- Ribat Nasrul Muhajirin Kg.Permatang Kaka
- Al Madrasah Al Imaniah Ad Dalawiyah Kg. Padang Buluh Nipis
- Madrasah Addiniah Al-Mardiyah Pondok Sg.Kob
- Maahad As-Syatirie Kg Sg. Dedap Yan
- Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah Kg Begia, Sik
- Madrasah Darul Ulum Al Barakah Kg Batu Besar Sik
- Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah Kg. Sungai Mati Lepai
- Madrasah Takwiyatul Islamiah Pondok Bukit Lada
- Pondok Tn.Guru Hj.Hussin Dol Guar Chempedak
- Madrasah Tahzib An Nufus Pondok Ust.Awang Lanai
- Madrasah Al-Hidayah Al-Hukmiah Pondok Permatang Nibong
- Madrasah Munawwarah Parit Panjang, Baling
- Madrasah Al-Falah Al-Samaniah Ad-Diniah Pondok Alor Janggus
- Madrasah At-Tarbiah Pondok Kg. Landai
- Pondok Darul Saadah Sg Limau Baling
- Pondok Semeling
- Pondok Hj Wan Soleh Jitra
- Pondok Penyarum Baru Tobiar, Pendang
- Madrasah Jaafarul Hasanah Lepai
- Pusat Pengajian Tarbiyatul Auladiyah Kilim Langkawi
- Sek Men Islam Darul Ulum (Smidu) Pokok Sena
- Madrasah At Taklimiah Al Khairiah Tok Keling,
- Sek Men Agama Al Baqiyatussolihat Langkawi,
- Madrasah An Nur Al Islamiah Gajah Mati Pendang
- Akademi Islam Haji Abdullah Suboh Kota Kuala Muda,
- Sekolah Menengah Agama Ihsaniah Belantik Sik,
- Sek Men Agama Makarimul Akhlak Langgar
- Maahad Tarbiah Islamiah Derang
- Madrasah Zubaidiyah Merbok
- Pusat Pendidikan Al-Islah Pinang Tunggal
- Madrasah Nurul Hidayah Kg.Tembak K.Ketil
- Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah Pondok Bandar Hilir
- Madrasah Saadatul Wathoniah Kg. Tembak K.Ketil
- Madrasah Misbahul Falah Parit Panjang
- Madrasah Nurul Islah Parit Panjang
- Maahad Tahfiz Al-Fityan Yan
- Maahad Tahfiz Al Quran Yayasan Al Huffaz Parit Panjang
- Institut Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Quran Abada Parit Panjang
- Pusat Tahfiz Al Amin Lunas
- Pusat Pengajian Islam Maahad Raudatul Ulum Serdang,Kedah
- Maahad Tahfiz Mutmainnah Sungai Petani
- Ma'ahad Al-Imam Al-Syafie Pendang
- Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu,Sg Petani
- Maahad Qiraat Amal Aimy Dzalifah
- Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim, Kedah
- Maahad Tahfiz Saidina Abu Bakar Kuala Nerang, Kedah
- Maahad As Solehah Kuala Kangkong Alor Setar
- Sek. Agama At-Toyyibah Changlun
- Madrasah Islahiah Diniah Memali Baling
- Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Sridu) Tandop Alor Setar
- Sek. Integrasi Faizin (Saif) Guar Chempedak
- Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Langkawi
- Sek. Ren Islam Burhanuddin Al-Helmi Alor Star
- Sek. Rendah Islam An-Nur Gajah Mati Pendang,
- Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Kupang, Baling
- Sek. Rendah Islam Raudhatul Muslimin Sg. Kembal Kuala Ketil
- Sekolah Rendah An-Naim Kuala Ketil
- Sek. Rendah Darul Hijrah Mukim Siong Baling
MURSYIDUL AM
MAJIS NADWAH ULAMA DAN NGO ISLAM
Tuan Guru Hj Salleh Bin Musa
Mudir Pondok Ar Rahmaniah dan
Penaung Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT - Kedah )
MURSYIDUL AM MAJLIS NADWAH ULAMA TUAN GURU HJ SALLEH MUSA bersama SYEIKH ALI ASSOBUNI KETUA KESATUAN ULAMA SYRIA
ULAMA FATHANI DARUSSALAMBersama Pakatan Rakyat ...Kelihatan Guru saya Tuan Guru Hj Abdul Karim Pondok DalaFathani merangkap Ketua Jamiyah Ulama Fathani ( Sebelah DSAI berkaca mata )
25 ULAMA PONDOK KEDAH bersama PAKATAN RAKYAT
20 ULAMA PONDOK KELANTAN bersama PAKATAN RAKYAT
Kenyataan Media TERAS25hb April 2013
PRU 13 ADALAH PELUANG UNTUK MERDEKA BANGSA MELAYUTERAS menyerukan para pengundi Melayu jadikan PRU 13 ini sebagai peluang untuk memerdekan bangsa dari politik sempit dan politik kotor yang selama ini disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular.Jika bangsa Melayu mahu merasai erti kebebasan tulin dan kemerdekaan yang sebenar , maka memenangkan calon yang menjiwai prinsip agama dari parti yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai dasar iaitu PAS adalah satu-satunya pilihan.
Di bawah perintahan sekular sekarang , demokrasi telah disalahguna oleh penguasa sewenangnya untuk mengekalkan kuasa sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik kotor.
Bangsa Melayu perlu insaf betapa parti nasionalisme sekular Umno tidak boleh menjamin keselamatan bangsa kerana ia telah sarat dijangkiti kuman perkauman assobiyah yang ditolak oleh Islam akibat dasar sekular parti tersebut.
Malah ia adalah parti yang bahaya kerana menanam budaya politik " matlamat menghalalkan cara". Budaya politik lucah dan fitnah serta politik samseng jelas kini berleluasa adalah kerana parti Melayu yang tidak berasaskan Islam.
Bangsa Melayu berhak untuk mendapat sebuah kerajaan yang berhasrat menjadikan landasan Islam sebagai pilihan daripada mengekalkan kerajaan yang sekular.
Teras berpendapat bangsa Melayu sudah terlalu lama berkerajaankan parti yang sekular dan berlandaskan nasionalisme sempit sebagai pegangan.
PRU 13 ini harus memberi peluang bangsa Melayu melakukan "Hurriyah Siasiyyah"( pembebasan politik ) untuk menubuhkan kerajaan yang sah dan bertunjangkan Islam .
Kerajaan yang membendung rakyat dengan ugutan , memanipulasi pilihanraya dan mengguna undang-undang yang menindas rakyat wajib diubah supaya dapat menghapuskan segala kezaliman.
Kezaliman ekonomi , politik , budaya , sosial , media , undang-undang dan atas nama keselamatan telah menyebabkan orang Melayu terbelenggu dalam minda feudal yang merosakkan.
Hanya dengan perubahan politik dalam PRU 13 ini , kehormatan dan maruah bangsa dapat dipulih.
Bangsa Melayu tidak harus ragu-ragu untuk menilai prestasi pemerintah dengan kritikal dan membuat keputusan menukar kerajaan tanpa rasa takut.
Pada asasnya orang Melayu mesti diberi kuasa memileh dengan bebas siapa yang mereka mahu untuk mengurus urusan mereka.
Pengundi Melayu berhak untuk memileh , mengkritik dan menamatkan kuasa pemerintah yang sedia ada jika terbukti parti yang memerintah melakukan pengkhianatan dan salahguna kuasa.
Cukuplah bangsa Melayu dihina dengan sogokkan wang untuk memberi undi kepada parti yang hanya mengkayakan beberapa kerat Melayu elit
Teras menegaskan bangsa Melayu memikul amanah menjaga kemuliaan agama dengan berusaha melaksanakan hukum Allah dan bukan menurut hawa nafsu memesongkan rakyat dari hukum Allah .
Inilah yang diperintah oleh Al Quran "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari suatu hukum yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (al-Maidah, 5;49)
Soalnya setelah sedemikian lama Parti nasionalis memerintah , hukum Allah bukan sahaja diketepikan malah telah ditomoh dan dimomokkan sebagai tidak sesuai dengan zaman dan dituduh sebagai hukum parti pembangkang.
Dengan memilih mereka yang tidak berhasrat melaksanakan hukum Allah bermakna menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.
Ketegasan Al Quran tidak dapat dimungkiri , “Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu wahai Muhammad kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (an-Nisa’, 4:105)
Sebab itu Teras menegaskan PRU 13 hendaklah memenangkan calon Muslim dari parti yang beriltizam untuk menegakkan hukum kebenaran dan keadilan.
Menolak mereka untuk dipileh dalam pilihanraya akan menyebabkan suara Islam dalam Parlimen dan DUN akan tersisih. Pengundi Muslim hendaklah turut menyokong parti Islam yang menambah bilangan calon Islam sebagai wakil rakyat .
Parti Islam yang berteraskan Islam wajib diterima sebagai alternatif kepada parti sekular yang menolak dasar Islam .
Memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada,mereka yang bertjuan menegakkan agama Allah adalah amal besar dalam Islam . Bangsa Melayu hanya selamat dengan Islam , tidak dengan yang lain.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Pengerusi NADWAH