Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, October 29, 2010

Ustaz Rasul Dahri (Al Wahabi) tipu fakta ILMU TAUHID kerana beliau tidak mengkaji ilmu Tauhid secara ditel



ASSALAMUALAIKUM w.b
Saudara hati-hati dengan Ustaz Rasul Dahari Al Wahabi ini .
Bahaya beliau kerana beliau menghurai hadith Nabi SAW sesuka hati dan beliau sesuka hati beliau menghurai perkataan ulama kita Ahli Sunnah tanpa memahami maksud tersirat perkataa ulama kita  .
Fakta yang berbelit -belit , hurai tidak habis menyebabkan orang yang tidak asas tauhid akan terpengaruh dengan kesesetan beliau .
Beliau anggap diri beliau golongan salaf pada hal beliau telah duduk dijalan Salafi Wahabiah!!!
Imam Syafie beraliran SALAF , tetapi salaf Imam Syafie adalah Salaf Ahli Sunnah bukannya salafi Wahabi .
Ada perbezaan antara salafi dan salafi wahabi ini .....

Zaman RASULULLAH SAW , zaman Sahabat dan hingga zaman Imam Mazhab 4 Ahli Sunnah tidak ada ilmu Tauhid sifat 20 secara khusus .
Perlu difaham TAUHID ASYAIRAH adalah TAUHID yang diajar RASULULLAH .
Walaupun IMAM ABU HASSAN ASSYAIRAH baru membukukan kitab TAUHID tetapi tauhid ASYAIRAH telah wujud dizaman Rasulullah .....

Ust Rasul Dahri dan pengikut-pengikut aliran WAHABI telah keliru kerana mereka tidak mendalami ilmu tauhid secara mendalam !!!
Ini Hakikat , mereka hanya belajar TAUHID RUBUBIYAH , ULUHIYYAH dan ASMA WA SIFAT padahal mereka tidak pernah mendalami TAUHID ASYAIRAH yang membawa TAUHID ULUHIYYAH , NUBUWAH dan SAMIYAT ...
Disini saya hendak fokuskan bahasan TAUHID SALAF yang sebenar !!!

MENJAWAB SYARAHAN UST RASUL DAHRI diatas ,saya menilai dari sudut fakta ilmiah
Saya ingin menegaskan kenyataan Ust Rasul Dahri sebagai menghina ULAMA MAZHAB 4 TERUTAMANYA AL IMAM SYAFIE ...
IMAM SYAFIE bermazhab SALAFI YANG SAHIH tetapi Ust Rasul Dahri telah pandai-pandai menghurai perkataan Imam Syafie dan UST RASUL DAHRI TELAH MEFITHNAH IMAM SYAFIE DENGAN MENGATAKAN TUHAN  BERSEMAYAM ATAS ARASYAS sedangkan bukan begitu , Imam Syafie serah dan beriman dengan ayat Al Quran Bukan Imam Syafie hurai seperti Ust Rasul Dahri syarahkan !!!
Ust Rasul Dahri tipu fakta dan telah menipu ilmu agama kepada ummat !!!
Mudahan Allah memberi taufiq supaya Ust Rasul Dahri nampak secara jelas jalanan TAUHID AHLI SUNNAH YANG SEBENAR...
Saudara saya tidak mampu bahas secara didel disini kerana terlalu panjang bahasannya ...
Insyallah saya akan sambung bahasan malam ini ...
Tolong doa agar saya mendapat taufiq dan hidayah Allah dalam perjuangan ...w salam

Tauhid sifat 20 betulkah bukan dari Ahli Sunnah seperti didakwa Dr Asri? TAUHID SIFAT 20 kah kita atau TAUHID 3 SERANGKAI?



Assalamualaikum W.b
Sebenarnya isu "TOLAK TAUHID SIFAT 20 " oleh golongan Wahabi sudah sekian lama timbul , tetapi saya inging membangkitkan semula isu ini kerana niat saya hendak membela IMAM ABU HASSAN dari difithnah oleh puak-puak WAHABI yang merasa diri mereka alim dari kalangan Wahabi
WAHABI menolak TAUHID SIFAT 20 dengan alasan Tauhid sifat 20 adalah BIDAAH dan dari FAHAMAN FALSAFAH YUNANI dan  BUKAN dari AHLI SUNNAH

ADAKAH BETUL DAKWAAN WAHABI ?
Adakah benar Tauhid Sifat 20 dari Falsafah Yunani.

Saudara kita mesti mengkaji ilmu dengan cara mendalam atau secara ditel bukan baru sehari dua mengaji dah nak sesatkan ulama dulu-dulu seperti IMAM ABU HASSAN ASYARI dan ulama -ulama lain, ini BIADAP!!!
Mana adab ilmu kalian , dimanan  akhlak kalian dengan ulama salaf , kalian tidak amanah dengan ilmu !.
Jangan menghukum TAUHID 20  SESAT dan jangan kita hukum TAUHID 3 SERANGKAI sebelum kita mengkaji asal usul dan kesahihan . Kita perlu ubah minda kita , Jangan jadi seperti WAHABI yang mendakwa orang JUMUD pada hal mereka terlebih JUMUD kerana mereka suka salahkan ulama salaf dan tentang habis -habisan TAUHID SIFAT 20 .Padahal kalau kita bahas dari segi ilmiah TAUHID SIFAT 20 SANGAT MEMBERI KESAN KEKUATAN KEIMANAN berbanding TAUHID 3 SERANGKAI ...

Wahabi kata tauhid 3 serangkai itu adalah aliran AHLI SUNNAH , Sunni kata TAUHID SIFAT 20 dari aliran AHLI SUNNAH ...
Bagaimana kita hendak bezakan yang mana satu yang aliran Ahli Sunnah .....
Pekara ini kedu-dua ini dari ULAMA yang mana TAUHID 3 SERANGKAI (Rububiyah , Uluhiyyah dan Asma Wa Sifat ) ini dari IMAM IBNU TAMIYAH dan TAUHID SIFAT 20 dari IMAM ABU HASSAN ASYAIRAH ...Dua tokoh ini adalah ulama , mereka istimbad ilmu dari pemahaman mereka
Dua golongan ini mendakwa ahli sunnah ...
Maka kita ummat akhir zaman ini perlu berpegang dengan Hadith NABI SAW YANG MENYURUH KITA BERPEGANG DENGAN AHLI SUNNAH ...

JADI BAGAIMANA KITA ?
TAUHID SIFAT 20 ATAU TAUHID 3 SERANGKAI?

Bagi pendapat saya kita jangan bergaduh dalam soal ini , kembaali kita bersatu .Musuh Islam mengambil kesempatan dari perpecahan ummat .
Saya tetap pertahankan TAUHID SIFAT 20 dan saya tidak menafikan TAUHID 3 SERANGKAI walaupun TAUHID 3 serangkai ada sedikit percanggahan dari sudut kajian .

Saudara perlu ingat TAUHID ASYAIRAH BUKAN TAUHID SIFAT 20 SAHAJA TETAPI TAUHID YANG DIBAWA OLEH IMAM ABU HASSAN ASYAIRAH ADLAH TAUHID 3 JUGA iaitu tauhid ULUHIYAH, NUBUWAH dan SAMIYAT !!!!!
Saudara Ahli Sunnah perlu tahu soal ini , jangan hanya marah wahabi dan pertahan Tauhid Sifat 20 tetapi dalam masa yang sama tidak mengkaji dimana tidak betul, dan buat keadaan lebih buruk dengan perpecahan yang tidak menguntungkan ISLAM ...Kita mesti berhujjah secara ilmiah bukan dengan hawa nafsu

TAUHID TIGA SERANGKAI TIDAK LENGKAP...Ini kenyataan, dan tidak menyumbaang kearah pengukuhan Aqidah
TAUHID RUBUBIYAH , ULUHIYAAH dan ASMA WA SIFAT hanya pengajian IJMAL atau terlalu umum dan pendekatan TAUHID ASYAIRAH lebih mantap dan ditel bahasaannya !!!
Ini hakikat yang kita dapat hasil dari kajian saya !

Saudara yangt belajar TAUHID 3 SERANGKAI perlu tambah lagi ilmu dengan mendalami TAUHID ASYIRAH dan yang belajar TAUHID ASYAIRAH jangan tidak mendalami tauhid Asma Wa Sifat kerana sifat -sifat dan nama -nama Allah masih banyak kita belum mengkaji secara ditel ...

Bagi kajian ilmu saya kita perlu dalami TAUHID ASSYAIRAH kerana kesannya sangat ketara pada hati kita , kita mengakaji dengan ditel maka kita akan merasai kemanisan MAKRIFAHTULLAH .Dalam masa yang sama kita perlu tambah  belajar sifat-sifat ALLAH yang mulia yang lain sama bukan hanya 20 ini sahaja ...

MENJAWAB TUDUHAN DR ASRI AL WAHABI
YANG MENENTANG TAUHID SIFAT 20 dan BUAT TUDUHAN PALSU PADA IMAM ABU HASSAN ASSYAIRAH.....

Dr Asri jangan ego dengan ilmu yang ada . Memaang benar Dr Asri ada i,lmu tidak dinafikan tetapi jangan biadap mefithnah IMAM ABU HASSAN ASSYAIRAH YANG TELAH BANYAK BERJASA MELAHIRKAN ULAMA WALI ALLAH seperti IMAM GHAZALI( R.A), IMAM HAROMAIN , IMAM IBNU ARABI , IMAM SAYUTI , dan puluhan ribu bahkan rtusan ribu ulama berpegang dengan TAUHID ASYAIRAH .

Tauhid sifat 20 adalah tauhid Aliran Ahli Sunnah ,
BUKANYA TAUHID FALSAFAH YUNAN SEPERTI YANG DIDAKWA GOLONGAN WAHABI YANG MELAMPAU .
TAUHID ASSYAIRAH bukan sahaja TAUHID 20 tetapi TAUHID ULUHIYAH , NUBUWAH dan SAM'IYAT ...

SAYA INGIN TEGASKAN TAUHID ASYAIRAH BUKAN TAUHID FALSAFAH YUNANI !!!
Tolong jangan melampau!!!
Jangan seronok dengan perpecahan ummat disebabkan fakta-fakta tidak bertanggungjawab yang asyik menuduh TAUHID ASYAIRAH sesat!!!
Jangan menyekat golongan sunni yangt ingin mendalami Tauhid Asyairah .
Mengapa golongan WAHABI sangat takut ummat mendalami ilmu agama ?
Mengapa mereka tidak dakwah ummat yang jauh dengan agama ?
Mengapa suka ganggu ahli agama ?
Ini akan menyumbang kepada perpecahan ummah .....

Thursday, October 28, 2010

20 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM



Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan sebagai Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun Kerajaan Kelantan ke-20.


Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.
Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).


Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.


Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.Berikut adalah sebahagian gambar-gambar sempena Ulang Tahun Kerajaan Kelantan Ke-20

Aliran sesat di Indonesia


Assalamualaikmu W.b
Saudara  ingat sekarang ajaran sesat sangat banyak muncul dalam masyarakat kita ...
Kita perlu ada ilmu untuk menjaga Iman dan Islam kita agar kita tidak terpesong dengan ajaran sesat .
Kita perlu ada ilmu bagi mengukur sama ada kita dipihak benar atau batil .
Marilah kita dalami ilmu syara , marilah kita ikut jalanan Ulama Ahli Sunnah .

Umat Islam berpecah sekarang disebabkan perkara-perkara khilaf , ini buat kita lemah dan dalam masa itu musuh masuk untuk menyesatkan umat . Marilah kita bergabung selamatkan IMAN kita dan masyarakat kita , Agar selari dengan aliran yang dibawa Rasulullah SAW

Bantah MB Perak yang Rasmi acara kurafat

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kecewa dengan tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang didakwanya masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong dua minggu lalu.

Dalam majlis perasmian itu, Dr Zamri didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya. DUN Manong terletak dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Zawawi memberitahu demikian ketika ditanya mengenai langkah dewan itu menghantar memorandum bantahan mereka kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 22 Oktober lalu berhubung perkara itu.

Katanya, dewan itu hari ini turut menghantar bantahan yang sama kepada kesemua mufti di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, meminta penjelasan mengikut hukum Islam berhubung perkara ini.

Zawawi berharap para mufti dapat mengeluarkan ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam tidak terkeliru.

Menurutnya, gambar dan rakaman video ucapara tersebut boleh dilayari dalam lamanweb mereka dan Youtube.

Zawawi berkata, rombongan 15 orang anggota Pemuda PAS Perak menemui Harussani pada 22 Oktober lalu untuk menyampaikan memorandum bantahan tersebut.

Dalam pertemuan di pejabat tokoh agama itu, katanya, Pemuda PAS meminta Harussani menegur atau mengeluarkan fatwa terhadap tindakan Zambry itu.

Zawawi mendakwa mufti perak itu menyatakan rasa kecewanya terhadap tindakan Zambry itu dan berjanji akan menegurnya

Monday, October 25, 2010

Solat Hajat untuk DUN GALAS dan SEJAHTERA KEDAH , di Pondok Tn Guru Hj Salleh .Jumaat ini

SOLAT HAJAT ,MUNAJAT KEPADA ALLAH SWT
Untuk Pilihan Raya Dun Galas dan Kerajaan Negeri Kedah
Dipimpin sendiri oleh Tn Guru Haji Salleh bin Musa
Jumaat 29 oktober 2010
Jam : 8.00pagi
sebelum kuliah umum
Para pelajar diminta datang awal kerana kita akan belajar kitab seperti biasa , harap datang lebih awal dari hari biasa ...
Tolong sebarkan kepada rakan-rakan semua

Alhamdulillah !!! Adik Ipar Tony Blair peluk Islam

LONDON, 26 Okt: Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.







Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.
"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail Ahad lalu.

Beliau berkata, "sekarang ini saya tidak lagi makan babi dan saya membaca Al Quran setiap hari. Kini saya sedang membaca pada muka surat ke 60.
"Saya juga tidak minum alkohol dalam 45 hari ini, satu tempuh masa yang terpanjang dalam 25 tahun. Peliknya sejak saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam, saya tidak mahu lagi menyentuh alkohol," katanya.
Sebelum memeluk Islam, Booth sangat simpati dengan Islam dan menghabiskan masa yang lama di Palestine. Beliau juga menentang keras peperangan yang dipaksakan ke atas Iraq.

"Saya selalu kagum dengan kekuatan dan keselesaan yang diberi (oleh Islam)," katanya

Friday, October 22, 2010

Burdah bersama guru mulia , Al Habib Umar

Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas

GUA MUSANG, 22 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu adalah platfom baik buat PAS dalam menghadapi semula PRK itu 4 November nanti.
Menurutnya, kemenangan lalu itu memberikan kelebihan pada PAS untuk lebih mengenali masyarakat di kawasan itu dan tahu selok belok permasalahan mereka.

Kelebihan itu penting katanya, kerana PAS bukan saja berdepan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi juga berdepan dengan jentera Kerajaan Persekutuan.
“Tidak syak lagi mereka itu menggunakan jentera-jentera kerajaan.
“Oleh sebab itu kita terpaksa bekerja lebih kuat,” katanya kepada media selepas majlis perisytiharan calon malam tadi
PAS meletakkan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon mereka.




Perisytiharan calon itu dibuat sempena ceramah sambutan 20 tahun Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Wednesday, October 20, 2010

Habib Umar 2010 Malaysia's Tour

Du'a Al-Habib Umar Ben Hafez...Majlis Guru Mulia di Malaysia 2010

Majlis Guru Mulia di USJ

Masjid Nabawi: The Prophet's Mosque in Madina

Perutusan Haji 1431h- siri 5 . Hukum berkaitan lontar Jamrah



Assalamualikum  w .b .
 saudara seperti mana yang saya janji semalam , maka saya tuanikan pagi ini mengenai bahasan hukum lontar Jamrah yang selari dengan hukumnya ...
Saya sudah terangkan hukum lontar yang selari dengan hukum semalam,  pada bahasan Jamrah Aqabah .
Pagi ini saya inigin tambah bahasan mengenai hukum lontar jamrah .

WAKTU LONTAR JAMRAH
Mengikut pendapat ulama muktabar dalam mazhab Syafie maka waktu melontar masuk pada jam 12 am /malam 10 Zulhijjah (malam raya haji )
HARI RAYA PERTAMA kita lontar hanya JAMRAH AQABAH sahaja.
Ingat !!! lihat bahasan yang dibahaskan semalam , lontar  JAMRAH AQABAH ikut kedudukan asal bukan kedudukan baru sekarang . ..(lihat tulisan perutusan haji 1431h siri ke 4 dibawah )

Maka pada malam raya atau hari raya haji pertama, kita hanya lontar satu jamrah iaitu JAMRAH AQABAH sahaja , dan terus kita tahalul awal dan terus kita boleh salin pakainan , maka sudah boleh pakai pakaian yang bersarung .....tapi ingat tahalul awal masih dalam masa pantang larang ihram iaitu tidak boleh bersetubuh suami isteri , tidak boleh akad nikah lagi dan lain -lain .
Hanya tukar pakaian sahaja dulu ...

Maka hari 11, 12 , 13 Zulhijjah kita lontar ketiga-tiga jamrah , 3 jamrah kali tiga hari =9 jamrah bagi hari 11, 12 dan 13 tambah satu lagi  JAMRAH AQABAH  pada hari 10 maka jadi 10 kali  kita kena ulang-ulang lontar jamrah  =70 biji anak batu ...

RAMAI LONTAR TIDAK IKUT HUKUM!!!
Saudara !!!
Jangan niat lontar syaitan , ini tidak betul , saudara perlu niat ibadah haji , baru diterima lontaran itu !!!

WAKTU LONTAR bagi hari 11, 12 dan  13 Zulhijjah ,
JANGAN LONTAR LEPAS SUBUH !!!
WAKTU YANG MUKTAMAD BAGI PENDAPAT  ULAMA KITA SYAFIE ADALAH LEPAS WAKTU ZOHOR  BUKAN SUBUH ...
Ini ramai orang Malaysia suka ikut-ikut orang dengan beralasan selepas subuh  tidak sesak .
Saudara masuk waktu lontar lepas zohor !!!
mengapa hendak taqlid pendapat daif sedangkan kita nak haji yang kita kerjakan itu yang terbaik !!!  Buatlah yang terbaik . Masa panjang ,malam pun boleh lontar lagi , bahkan lebih selesa , mengapa  kita nak pergi lepas subuh , tunggulah masuk zohor terlebih dahul.
HARUS LONTARLAH LEPAS ZOHOR
Harus hanya pada Hari 13 diharuskan kita lontar selepas zohor dan kita  taqlid qaul daif , diharuskan kita lontar pagi sebelum zohor kerana dikhuatiri tertinggal bas yang akan bertolak ke Makkah , adapun hari 11 dan12 jangan lontar lepas subuh pastikan lontar selepas zohor .

Imam Habib Abdullah al-Haddad (r.a)

Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu.




Al-Habib pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi, supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu kuat dan banyak. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibubapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku”.



Walaupun Al-Habib (radhiAllahu ‘anhu) sering keluar ke kawasan sekitarnya dan perkampungan di sekeliling Tarim, beliau berkata “aku lebih seronok bersendirian demi kerana Allah kerana alangkah ne’matnya kelazatan (al-uns) bersama dengan Allah”.

Pada permulaan perjalanan hidup Al-Habib, beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para solihin, menziarahi pusara para ulama’ dan auliya’. Pada masa beliau berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut ‘Masjid Al-Hijriah’ dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim. Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau semenjak kecil lagi. Al-Habib sering membaca Surah Yaasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak. Keadaan demikian sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini. Inilah yang mendorong Sayyed Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya “Disinilah futuh (pembukaan) bagi Al-Habib”.

--------------------------------------------------------------------------------

AKHLAK DAN BUDI PEKERTI

Al-Imam Al-Haddad (rahimahullah) memiliki perwatakan badan yang tinggi, berdada bidang, tidak terlalu gempal, berkulit putih, sangat berhaibah dan tidak pula di wajahnya kesan mahupun parut cacar.

Wajahnya sentiasa manis dan menggembirakan orang lain di dalam majlisnya. Ketawanya sekadar senyuman manis; apabila beliau gembira dan girang, wajahnya bercahaya bagaikan bulan. Majlis kendalian beliau sentiasa tenang dan penuh kehormatan sehinggakan tidak terdapat hadhirin berbicara mahupun bergerak keterlaluan bagaikan terletak seekor burung di atas kepala mereka.

Mereka yang menghadhiri ke majlis Al-Habib bagaikan terlupa kehidupan dunia bahkan terkadang Si-lapar lupa hal kelaparannya; Si-sakit hilang sakitnya; Si-demam sembuh dari demamnya. Ini dibuktikan apabila tiada seorang pun yang yang sanggup meninggalkan majlisnya.

Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pembesar, beliau memberi haknya sebagai pembesar; kiranya didatangi orang lemah, dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya. Apatah lagi kepada Si-miskin.

Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat. Al-Habib tidak pernah jemu terhadap ahli-ahli majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kaseh sayang serta penuh rahmah; tanpa melalaikan beliau dari mengingati Allah walau sedetik. Beliau pernah menegaskan “Tiada seorang pun yang berada dimajlisku mengganguku dari mengingati Allah”.

Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat, perbincangan dalam soal keagamaan sehingga para hadhirin sama ada yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara perkara yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan faedah. Apa yang ditutur hanyalah zikir, diskusi keagamaan, nasihat untuk muslimin, serta rayuan kepada mereka dan selainnya supaya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau “Tiada seorang pun yang patut menyoal hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerana yang demikian adalah tidak wajar; sewajibnya masa diperuntuk sepenuhnya untuk akhirat sahaja. Silalah bincang perihal keduniaan dengan selain dariku.”

Al-Habib (rahimahullah) adalah contoh bagi insan dalam soal perbicaraan mahupun amalan; mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Al-Muhammadiah yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan. Al-Imam juga sentiasa menangani sebarang urusan dengan penuh keadilan dengan menghindari pujian atau keutamaan dari oramg lain; bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala tugasnya tanpa membuang masa. Beliau bersifat mulia dan pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelusuk kampung sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan hidangan yang tidak pernah putus semata mata mencari barakah Al-Imam. Tidak terputus pengunjung bertamu dengan beliau pada bulan mulia ini di rumah perkampungan beliau di Al-Hawi.

Al-Imam menyatakan “Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan”. Katanya lagi “Kiranya ditangan kita ada kemampuan, nescaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi, sesungguhnya permulaan agama ini tidak akan terdiri melainkan dengan kelemahan Muslimin”.

Beliau adalah seorang yang memiliki hati yang amat suci, sentiasa sabar terhadap sikap buruk dari yang selainnya serta tidak pernah merasa marah. Kalaupun ia memarahi, bukan kerana peribadi seseorang tetapi sebab amalan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib “Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku, aku telah maafkan; tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan”.
Al-Imam amatlah menegah dari mendoa’ agar keburukan dilanda orang yang menzalimi mereka. Sehingga bersama beliau terdapat seorang pembantu yang terkadangkala melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kemarahan Al-Imam. Namun beliau menahan marahnya; bahkan kepada si-Pembantu itu diberi hadiah oleh Al-Habib untuk meredakan rasa marah beliau sehinggakan pembantunya berkata: “alangkah baiknya jika Al-Imam sentiasa memarahiku”.

Segala pengurusan hidupnya berlandaskan sunnah; kehidupannya penuh dengan keilmuan ditambah pula dengan sifat wara’. Apabila beliau memberi upah dan sewa sentiasa dengan jumlah yang lebih dari asal tanpa diminta. Kesenangannya adalah membina dan mengimarahkan masjid. Di Nuwaidarah dibinanya masjid bernama Al-Awwabin begitu juga, Masjid Ba-Alawi di Seiyoun, Masjid Al-Abrar di As-Sabir, Masjid Al-Fatah di Al-Hawi, Masjid Al-Abdal di Shibam, Masjid Al-Asrar di Madudah dan banyak lagi.

Diantara sifat Al-Imam termasuk tawaadu’ (merendah diri). Ini terselah pada kata-katanya, syair-syairnya dan tulisannya. Al-Imam pernah mengutusi Al-Habib Ali bin Abdullah Al-Aidarus. “Doailah untuk saudaramu ini yang lemah semoga diampun Allah…”
--------------------------------------------------------------------------------

IBADAH DAN MUJAHADAH

Tiada siapa yang pernah menyatakan Al-Imam bersolat walau satu waktu bersendirian, atau tidak solat di awal waktu, sembahyang dalam situasi yang tergapah-gapah, atau meninggalkan qiamullail. Diantara sifat mulianya Al-Imam ialah tidak berbicara ketika menunggu waktu solat dan amat marah jika ada yang cuba berkata-kata di waktu itu. Bahkan beliau menegahnya serta memberi amaran kepada sahabatnya dari menegurnya ketika waktu tersebut. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Imam dengan katanya: “Kami keluar dengan penuh menghadhirkan diri dan meninggalkan segala kerunsingan”.

Dan tegasnya lagi: “Kami tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang solat sunat An-Nawaafil (solat sebelum dan selepas sembahyang fardhu) kecuali setelah hati kami benar-benar hadhir dan iqbal (menuju) kepada Allah”.

Al-Imam amat memeliharai amalan solat Ar-Rawaatib. Doa-doa serta wirid-wiridnya yang ma’thur dari amalan Raul S.A.W. termasuk mendirikan solat Ad-Dhuha sebanyak lapan rakaat dan solat Al-Isyraq sebanyak empat rakaat sebelumnya, solat Al-Awwaabin sebanyak dua puluh rakaat selepas sunat maghrib; dimana Al-Imam menyempurnakan empat rakaat sebelum setiap salam. Di waktu subuh pada hari Jumaat, Al-Imam berjemaah solat Fajar di masjid Al-Jame’ seterusnya beri’tiqaf sehingga solat Jumaat demi mendapat keutamaan berawal-awalan untuk solat tersebut.

Al-Imam juga amat sedikit tidur, sekadar merehatkan diri sahaja. Kebiasaan Al-Imam melambatkan solat witir sehingga hampir fajar; ini disebabkan Al-Imam tidur sedikit (qailulah) selepas solat-solat qiamullail. Kemudian barulah berwudu’ untuk solat witir sebelum subuh. Beliau sentiasa berzikir seumpama ‘La ila ha illallah’ yang terlalu banyak jumlahnya sehinggalah tidak pernah berhenti; Al-Imam membiasakan dirinya dengan ini walaupun diundang perbualan dengan sesiapa.

Al-Imam juga memperbanyakkan puasa, terutamanya pada hari yang diutamakan iaitu Isnin dan Khamis, Ayyaamul Baidh (hari ke 13, 14 dan 15 tiap-tiap bulan), hari ‘Asyura; hari ‘Arafah, enam hari dalam bulan Syawwal; sehinggalah terhentinya amalan ini apabila Al-Imam sudah berumur dan lemah.

Adapun pada bulan Ramadhan, Al-Imam telah menjelaskan kepada para sahabatnya “Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan amal, perkurangkanlah/tinggalkan sementara ilmu semata-mata untuk beribadah dalam bulan ini”. Seterusnya dapat dilihat orang-orang yang ramai mengurangan kelas-kelas ilmu kecuali selepas Asar, sebagai peringatan beliau kepada sahabat-sahabat yang utamakan amal bersungguh-sungguh dan membersihkan dalaman (batin).

Walaubagaimanapun Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali keadaan memaksakan seperti supaya ianya dijadikan tauladan kepada yang lain. Kata Al-Imam: “tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja, walaupun itu Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya’ (disebabkan orang mengetahui amalan aku). Ingatlah sebagaimana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan tentang perkara ini berlandaskan firman Allah (yang bermaksud) “Sama sekali aku tidak memuji diri ini dengan kebaikan, maka ketahuilah sesungguhnya inilah yang mendorongkannya kepada perbuatan buruk”.

Al-Imam juga telah menegaskan: “sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan, kecuali rambut”. Akhirnya Al-Imam mengekalkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasul S.A.W.

Al-Imam juga sering menziarahi Nabi Allah Hud, selawat dan salam keatasnya dan Nabi kita; dimana makam Nabi Hud terletak di Wadi Hadramaut. Sebanyak tiga puluh kali Al-Imam telah menziarahinya, kesemuanya pada bulan Sya’ban. Al-Imam telah pergi berjalan kaki bersama-sama sanak saudaranya, kaya dan miskin. Kebiasaannya Al-Imam berada dimaqam itu selalunya di waktu maghrib dari 12 haribulan hingga 15 haribulan Sya’ban. Dalam perjalanan ke sana, Al-Imam sering singgah di Ainat untuk menziarah As Syeikh Al-Kabir Abu Bakar bin Salim dan As-Syeikh Ahmad bin Al-Faqih Al-Muqaddam. Al-Imam juga menziarah maqam Basyar selepas solat Asar setiap hari Jumaat dan hari Selasa. Al-Imam menjelaskan: “pada mulanya, kebiasaan kami menziarahi Basyar ialah pada setiap hari Jumaat, tetapi setelah diantara sahabat kami bertemu Al-Faqih Al-Muqaddam dalam mimpinya dimana dia berkata: katakan kepada Al-Sayyed Abdullah Al-Haddad: “Ziarah Basyar pada hari Jumaat sahaja tidak memadai”; maka berdasarkan itu kami menziarahi juga Basyar pada hari Selasa juga”. Sebenarnya sebelum Allah menzahirkan kemuliaannya dan orang ramai berpusu-pusu kepadanya, memanglah Al-Habib menziarahi Basyar setiap hari Selasa.

Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Saiyidina Muhammad S.A.W., keluarganya dan sahabatnya serta selawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabatnya.

(Kata-kata diatas ini merupakan sedikit petikan yang diterjemahkan dari bahasa Arab dari kajian dan tulisan Ustaz Haji Muhammad Nooruddin Merbau Al-Banjari dari Kedah. Semoga Allah berkati beliau. InsyaAllah sambungan riwayat Al-Imam dapat dimuatkan dalam ruangan ini.

Terjemahan ini adalah sebahagian dari juz kedua kitab “Hadiah Dari Imam Al-Haddad”

Dikirim dalam Ahlulbait, Mutiara kalam Al-Imam Abdullah bin Alwi Alhaddad
Label: Al-Awwabin, Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad, Al-Muhammadiah, As-Syeikh Ahmad bin Al-Faqih Al-Muqaddam, Ayyaamul Baidh, kota Tarim, Masjid Al-Abdal di Shibam, Masjid Al-Abrar, Masjid Al-Fatah di Al-Hawi, Masjid Al-Hijriah’, Masjid Ba-Alawi, Nabi Hud, Nuwaidarah, Sayyed Abdullah Bilfagih, Seiyoun, selatan, Subir, tawaadu’, yaman

Sunday, October 17, 2010

Perutusan Haji 1431h . ke -4(bahasan JAMRAH AQABAH)



Assalamualaikum saudara saudara  yang dikasihi
2 hari lepas saya berjanji hendak bahas soal JAMRAH mengikut pendapat Mazhab Syafie dan pandangan ulama muktabar mengenainya ,
Saudara seperti mana saya nyatakan dulu kita semua bercita -cita hendak ibadah haji kita diterima Allah , maka kita hendak buat yang terbaik supaya ibadat kita diterima Allah ...
Jangan ibadah ikut -ikut sahaja tanpa ilmu , itu akan merugikan .
Mengikut pengajian saya dengan guru saya , Tn Guru Hj Salleh Sik yang merupakan Tokoh Dakwah Negeri Kedah 2009 , beliu dengan pendapat beliau tentang Jamrah ini . Maka saya ingin kongsi ilmu saya dengan saudara semua , mudahan kita sentiasa dalam hidayah Allah dan Rahmatnya Ameen .
Lontar Jamrah merupakan perkara  wajib haji , maka kita perlu lakukan mengikut hukum yang sempurna .

Lihat JAMRAH yang baru diluas oleh kerajaan Arab Saudi



Semua gambar diatas menunjukkan keadaan Mina dan Jamrah yang baru diubah suai oleh kerajaan Arab Saudi bagi tujuan keselamatan . Kita perlu syukur pada Allah dan beterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana menyediakan tempat yang selesa kepada jemaah haji .
Tetapi ada satu yang kita tidak puas hati kerana Jamrah Aqabah sekarang sudah jadi lain dari segi kedudukan .

Lihat ini Jamrah Aqabah yang lama
keadaan JAMRAH AQABAH seperti ini
Jamrah Aqabah dahulu pada mulanya ada bukit dan selepas itu ditukar dengan dinding . Sekarang sudah tiada bukit dan sudah dibuang dinding lama dan dibina dinding baru , yang sedih Kerajaan buka sebelah kiri , dahulu disebelah kiri tidak ada lubang , hanya londar dipihak kanan  sahaja , sekaran kiri dan kanan boleh kita lontar .


 Ulama berbahas dalam soal ini , kerajaan Arab hanya bagi luas atas faktor keselamatan , maka kita yang hendak ibadah haji kita tidak ragu-ragu maka lebih baik kita dapat nasihat dan fatwa dari ulama muktabar kita yang berpegang dengan mazhab syafie ...
Tn Guru saya , Tn Guru Hj Salleh berkata , pada Jamrah lain tidak ada masalah , tetapi Jamrah Aqabah kita kena jaga (pelihara hukum) , jikalau kita hendak lontaran kita diterima mengikut hukum , maka kita perlu ikut arah asal , tidak boleh lontar di dua-dua belah Jamrah , Kita kena lontar satu pihak sahaja , kerana ASAL  JAMRAH AQABAH ADA BUKIT !!! ...Tn Guru berfatwa kalau hendak lontar diarah yang tepat di Jamrah Aqabah maka semasa kita hendak lontar pastikan belakang badan kita membelakangi Qiblat , kita perlu membelakangi Makkah baru kedudukan itu betul.
jikalau kita lontar kearah Qiblat , iaitu kearah Makkah maka kedudukan itu tidak betul dengan kedudukan asal . Ini ramai orang tidak tahu , andai buat ibadah ikut orang maka kita risau ibadah kita kurang sempurna walaupun lontar jamrah ini hanya wajib haji sahaja , kita nak ibadah kita terbaik kerana banyak belanja kita habiskan untuk ke Makkah .

SAUDARA ADA LAGI BAHASAN HUKUM MELONTAR JAMRAH , RAMAI YANG LONTAR TIDAK SAH .....INSYALLAH SAYA AKAN BAHAS NATI DALAM PERUTUSAN HAJI 1431H SIRI KE 5...W salam

Perutusan Haji 1431h . ke -3 (bahasan MINA dan Bermalamnya )



Bermalam di Mina masuk dalam perkara WAJIB HAJI
Saudara perlu tahu , kebanyakan yang pergi dengan TABUNG HAJI semuanya BUKANNYA BERMALAM DI MINA !!!
Jemaah haji Malaysia ditempatkan di MUHAISIM bukannya Mina ...

GAMBAR DIBAWAH ADALAH
MUHAISIM , TEMPAT ORANG ASIA BERMALAM


HABIS , KITA NAK BUAT BAGAI MANA ?

JIKA ADA ILMU MUDAH ...
Kita terpakasa bermalam di Mina bagi elak dari kena dam .
Maka kita kita jangan ikut orang , kita cari kawan-kawan , kita berjalan secara jemaah dari tempat tidur yang disedia Tabung Hjai ke tempat berhampiran dengan tempat melontar maka kita selamat . Kita duduk santai-santai sambil berzikir selama setengah malam .....kalau kita pergi jam 10 malam kita pulang ke tempat kita jam 5 pagi, dah memada . Jangan tidur ditempat tabung haji sedia kerana itu bukan Mina .
Ulama berbahas perkara ini maka keputusan muktamat bagi ulam kita Syafie , pendapat ulama yang muktabar , kita perlu keluar setengah malam ke Mina , pendapat yang mengahruskan di Muhaisim adalah daif , boleh bermalam di Muhaisim (tempat tabung haji sediakan ) tapi pendapat ini daif .

SAUDARA TUNGGU , INSYALLAH
saya akan sambung bahasan lontar jamrah .
Ini sangat penting kita bincang dan kongsi , mudahan ibadah haji kita di terima Allah SWT .
Syarat kita perlu berusaha buat yang terbaik , memelihara hukum dengan berpegang dengan ilmu yang kita belajar dari ulama muktabar

Perutusan Haji 1431H -ke 2...(bahasan Sofa marwa')




Bagi bakal haji yang mulia
seperti mana yang saya janji , INSYALLAH saya tunaikan .
Sekarang kita bahas tentang hukum saei Safa Marwa'
Bagi saudara yang dikasihi , sedia kita maklum kerajaan Makkah sudah besarkan atau perluaskan  kawasan Saei Safa Marwa
Maka pelbagai pendapat ulama membahaskan hukum saei bagi tempat baru ini .
Maka kita Mazhab  Syafie bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah maka kita perlu rujuk masalah ini pada ulama kita yang muktabar .
Guru saya yang mulia Al Alim Al Allamah Tn Guru Hj Salleh berfatwa mengikut guru beliau ulama muktabar Makkah iaitu Syeikh Ismail Al Fatani , dengan fatwanya bedasarkan hujjah mantap dari Nas Quran .
Safa dan marwa' tersebut secara terang-terang dalam Quran ,maka kita perlu mengikut jalanan ulama muktabar kita untuk mendapat haji yang diterima Allah .
Soal ini khilaf,  maka kita yang ingin ibadah kita sempurna dan tidak ragu-ragu maka mari kita dengar nasihat dan berpegang dengan fatwa ulama muktabar ...

LIHAT INI GAMBAR SAFA MARWA'
YANG LAMA
(kawasan tidak luas )



INI GAMBAR SAFA MARWA BARU .
DI BUKA SANGAT LUAS

Fatwa ulama muktabar kita :
Kita perlu turun dari bukit safa rapat dengan dinding lorong kereta tolak bersebelahan masjid jangan rapat dengan dinding sebelah kiri yang menghala kepada pintu keluar .Kita perlu rapat dengan dinding kereta tolak kerana itu masuk dalam had laluan safa marwa

Perutusan Kepada Bakal Haji 1431H - SIRI 1

Assalamualaikum kepada bakal-bakal haji , tetamu Allah 1431H
Mudahan anda semua mendapat haji yang mabrur ...
Saudara perlu bersyukur kerana saudara dipilih menjadi tetamu Allah tahun ini . Oleh itu kerjakanlah haji dengan sebaik-baiknya ...Haji bukan perkara mudah , haji adalah ibadah bagi menyempurnakan rukun Islam yang yang terpenting .
Saudara harus bersyukur dan saudara perlu kerjakanya mengikut ilmu yang dipelajari.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan amat sukar bagi mereka menghimpunkan wang sebanyak munggkin untuk mengerjakan ibadat haji . Sekurang-kurang 12ribu kos seorang untuk mengerjakan haji sekarang ini . Alhamdulillah Allah beri rezeki kepada kita dan dapat kita pergi menunaikan rukun Islam ini .

Saudara perlu kuasai perkara yang berkait dengan haji , terutama rukun-rukunnya , perlu kita laksana dengan sebaik-baiknya
 Setiap rukun haji di bawah mestilah dilakukan jika tidak haji seseorang itu tidak sah.

NIAT
WUKUF
TAWAF
SA'EI
BERCUKUR ATAU BERGUNTING
TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN
Setiap wajib haji di bawah mestilah dilakukan jika tertinggal atau tidak melakukan salah satu daripada wajib haji tersebut akan dikenakan dam.

-ihram di Miqat
-Meninggalkan perkara larangan dalam masa ihram
-(mabit) di Muzdalifah
-Jamrah Al'Aqabah
-Bermalam (mabit) di Mina
-Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyrik


Saudara bukan mudah untuk mendapat haji yang makbul yang diterima Allah ...
Haji perlu kepada ilmu , tanpa ilmu ibadat kita tidak sempurna .
Dikesempatan ringkas ini saya ingin pesan 5 ke 6 perkara yang mesti saudara jaga supaya memenuhi syarat haji yang makbul ...jangan ibadat ikut-ikut orang kerana ramai yang buat ibadat bercanggah dengan hukum !
Perkara -perkara yang saya akan hurai ini , saudara perlu ambil perhatian !!!
1)Tawaf
2) Saei safa marwah
3) Bermalam di Mina
4) Melontar jamrah
5) Waktu melontar jamrah

Saudara semua maklum TABUNG HAJI mereka hanya bawa kita dan urus kita di Makkah dan Madinah , Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab dan mereka tidak akan pantau ibadah kita . Kita kena buat sendiri semua , masa di Makkah kita perlu berdikari , kecuali mereka yang pergi cara pakej , itupun bukan mereka nak pantau semuanya .
Kalau saudara pergi dibawah sistem muasassah maka saudara perlu berdikari di Makkah ,Sebaiknya bagi mereka yang kurang arif dalam hukum hakam haji makan saudara perlu mendampingi rakan-rakan yang arif dalam soal haji .

Kita perlu kerjakan haji dengan teliti agar ibadah kita berkualiti mengikut hukum seperti yang kita belajar
Banyak perkara yang ramai orang buat bercanggah dengan fatwa ulama muktabar kita .....
Saya ambil perkara-perkara penting saja secara umum , bukan secara khusus kerana ruang ini tidak meizinkan saya berbicara panjang .
kalau nak penjelasan lanjut hubungi saya 013 4044259
Guru Mulia saya , Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah semasa membaca kitab Manasik Haji wal Umrah banyak membongkar kesalahan-kesalan dalam ibadah haji yang umum orang tidak ambil berat .
1) TAWAF
Ramai beranggapan TAWAF itu mudah , kalau kita halusi dalam kiitab-kitab fekah maka ibadat haji yang paling rumit adalah Tawaf .
Tawaf mesti dimulakan berbetulan hajir Asuad  dan disudahai di hajarul Aswad .
Sebaiknya mula awal sedikit dari hijir  Aswad dan akhirkan tawaf kali ke 7 di pintu Kaabah . Cara ini lebih selamat . Ramai yang akhir tawaf kadang-kadang tidak sampai lagi hade hijir Aswar , maka tawaf itu tidak sah!. Tawaf pula perlu dalam keadaan berwuduk . Wajib ada wudu'. Saudara pakailah pendapat muktamat yang dihukum oleh ulama muktabar syafie kerana kita mazhab syafie di  Malaysia. Kita jangan terpengaruh dengan fatwa daif dari ustaz2 yang mengatakan" ketika darurat tak apa orang sentuh kita , air sembahyang tak batal" . Ya betul fatwa itu tapi pendapat itu daif  dalam mazhab kita syafie!!!. Kita nak tawaf rukun haji , maka kita buat yang terbaik , kita guna pendapat ulama kita yang muktabar agar ibadat yang kita buat tidak ada ragu-ragu lagi .
TAWAF
Syaratnya ada tersebut dalam kitab manasik haji wal umrah
Syarat yang ramai kita tidak tahu , diantaranya tawaf dengan qasad /kemahuan kita .
Kalau orang tolak kita dari belakang kita kena ulang semula perjalanan kita dimana kita kena tolak itu , maka disitu kita ulang semula bagi ganti yang kita kena tolak tadi sahaja  .
Diantara syarat lagi , kita perlu memelihara bahu kiri kita supaya tidak lari dari arah Kabbah . Andai bahu kita terpesong dari arah Kabbah kita perlu ulang perjalanan kita di tempat bahu kita terpesong tadi .


Jangan masuk dalam Hijir Ismail semasa tawaf kerana hijir Ismail termasuk juzuk kabah .Jangan pegan dinding atau tembok hijir Ismail , jangan pegang kabah semasa tawaf !!!
Tawaf kita batal, andai masuk dan pegang tembok hijir Ismail dan dinding kabah, kerana syarat tawaf diluar kabah .
SEMASA TAWAF JANGAN KUCUP HAJARUL ASWAD kerana ada minyak wangi , semasa dalam ihram jangan kucup hajar Aswar , kalau kucup maka terlelak minyak wangi pada kita maka wajib kita kena bayar dam atau denda !

Insyallah saya akan sambung bahasan Saei safa marwah ...tunggu kita bahaskan demi untu mendapat keredaan dan ibadah yang sempurna mengikut  hukum yang sahih

Friday, October 15, 2010

الدرس الحادي والعشرون من دروس التزكية

Memahami hadis tentang bidaah


KAEDAH ilmu menetapkan bahawa hadis-hadis Nabi SAW perlu ditafsir di antara sebahagiannya dengan sebahagian hadis yang lain dan perlu disempurnakan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Umat Islam perlu memahami sabda Nabi Muhammad SAW dengan pemahaman yang cermat, komprehensif dan sempurna. Ia juga mesti ditafsirkan dengan roh Islam dan difahaminya bertepatan dengan pendapat dan penelitian Ahli Nazar (Pakar-pakar pengkaji Islam).


\Oleh kerana itu, kita mendapati untuk memahami atau mentafsir banyak hadis, memerlukan kepada kecemerlangan akal, kecerdasan intelektual dan pemahaman yang mendalam serta disertai hati yang sensitif. Pemahamannya mesti berdasarkan syariat Islam. Di samping memerhatikan keadaan dan situasi umat Islam serta pelbagai keperluannya. Situasi dan keadaan umat memang harus diselaraskan dengan batasan-batasan kaedah Islam, nas-nas al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW tanpa terkeluar daripadanya.

Contohnya termasuklah hadis ini: “Setiap bidaah adalah sesat.” Untuk memahami hadis seperti ini dengan betul, kita mesti mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bidaah dalam hadis ini ialah bidaah sayyi’ah, iaitu bidaah yang salah dan menyesatkan. Yang tidak didasarkan kepada ajaran pokok agama Islam.

Pendekatan seperti ini atau apa diistilahkan sebagai taqyid (membataskan yang mutlak) juga digunakan pada hadis yang lain seperti hadis:”Tidak ada solat (yang sempurna) bagi tetangga masjid, kecuali (yang dilakukan) di dalam masjid.”

Hadis di atas, meskipun mengandungi hasr (pembatasan), iaitu menafikan solat tetangga masjid, tetapi kandungan umum daripada hadis-hadis lain mengenai solat, mengisyaratkan bahawa hadis tersebut perlu difahami dengan suatu qayyid atau pengikat. Maka pengertiannya ialah, “tidak ada solat (fardu) yang sempurna bagi tetangga masjid, kecuali di masjid.” Namun, tetap terdapat perselisihan pendapat di antara ulama dalam isu ini.

Begitu juga dengan hadis Rasulullah SAW ini: “Tidak ada solat di samping makanan (yang telah terhidang).” Maksudnya adalah “tidak sempurna solat di samping makanan yang telah terhidang.”
Pendekatan yang sama juga harus kita gunakan untuk memahami hadis berikut: “Tidak beriman seseorang kamu kecuali ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri.” Iaitu dengan erti kata, “tidak sempurna iman.”

Begitu juga hadis berikut: “Demi Allah! Tidak beriman. Demi Allah! Tidak beriman. Demi Allah! Tidak beriman (dengan keimanan yang sempurna).” Ada yang bertanya, “Siapakah (yang tidak sempurna keimanannya) itu, wahai Rasulullah?” Baginda SAW bersabda: “Orang yang jirannya tidak berasa aman dengan gangguannya.”

Demikian juga hadis-hadis ini: “Tidak masuk syurga pengadu domba.” “Tidak masuk syurga pemutus tali persaudaraan. Tidak masuk syurga orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya.”

Menurut tafsiran ulama, yang dimaksudkan dengan tidak masuk syurga itu adalah tidak masuk awal ke dalam syurga, atau tidak masuk syurga jika menghalalkan perbuatan mungkar tersebut. Justeru kita dapati, para ulama tidak memahami hadis tersebut menurut zahirnya, tetapi mereka memahaminya melalui dengan pendekatan takwil (melihat makna alternatif yang muktabar).

Maka hadis bidaah tersebut juga termasuk dalam bab ini. Keumuman kandungan pelbagai hadis lain dan amalan para sahabat RA memberikan kesan bahawa yang dimaksudkan dengan bidaah dalam hadis tersebut hanyalah bidaah sayyi’ah; yakni bidaah yang jelas tidak mempunyai landasan pokok daripada ajaran Islam; dan bukan semua bidaah.
Cuba pula kita perhatikan hadis berikut: “Sesiapa yang melakukan suatu Sunnah yang baik, maka ia berhak mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya hingga hari Kiamat.” Juga hadis, “Hendaklah kalian mengikut Sunnahku dan Sunnah para khalifah yang memberikan petunjuk.” Perhatikan juga perkataan Umar al Khattab RA mengenai solat Terawih (secara jemaah): “Sebaik-baik bidaah adalah perbuatan ini.”
ampuni kami