Pemergian seorang tokoh ulama besar , Tuan Guru Haji Salleh Musa adalah satu kehilangan permata yang amat bernilai ,dan seperti terpadamnya lampu yang sangat terang kepada masyarakat Kedah khusunya amnya Malaysia . Begitu juga dunia pondok , bukan sahaja pondok di Kedah Kelantan bahkan termasuk selatan Thailand. 18 Syawal 1437 Jumaat 8.15 malam adalah tarikh duka , ummah diuji oleh Allah dengan kehilangan permata ulama .
Seluruh penganut ahlus sunnah wal jamaah merasai pemergian Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Pemergian tuan guru hj Salleh Musa Sik kerahmatullah mendapat liputan luar biasa , dalam semua media RTM, Harakah , Metro, Utusan , Sinar Harian , Bernama dan lain lain lagi .
Kesedihan yang amat mendalam lebih dirasai bagi ahli keluarga , murid -murid dan para pecinta Ulama ahli sunnah wal jamaah.
Tuan Guru Haji Salleh Musa merupakan anak murid Syeikh Wan Ismail Fatani ( Pak Da Eil ) Ulama Makkah yang sangat disanjung ulama pondok tanah melayu .
Semasa hidup tuan guru tegas mempertahankan aqidah ahlus sunnah wal jamaah .
Sikap tuan guru yang tegas dan displin amanah dalam bab ilmu menyebabkan masyarakat menghormati tuan guru .
Selain itu sikap tuan guru yang ramah mesra dan suka membantu orang juga menyebabkan orang sayangkan tuan guru.
Bagi kita yang hidup teruskan belajar ilmu agama sehingg faham , amalkan , hayati , dan kita sama sama meneruskan perjuangan TGH Salleh Musa, dan perjuangan agama ini bukan sahaja dari tuan guru kita bahkan ia dari Rasulullah SAW.
Oleh itu sama sama kita baiki diri kita supaya kita menjadi orang yang sidiqin dalam mengamalkan kehidupan Islam.
Pesan tuan guru yang selalu diulang -ulang
1.Belajar untuk Kenal Allah
Belajar ilmu tauhid betui2 ( betul- betul ) sampai ( hingga ) faham , agar tidak tersalah aqidah.
2. Fikr sesuatu benda itu mudarat atau menafaat , barulah buat ( bertidak/ buat keputusan )
3. Fikiar keadaan kita setelah mati
beramal untuk bekalan di akhirat
Tuan Guru berpesan agar kita sebagai murid banyak amalan hadiahkan kepada tuan guru seperti bacaan quran tahli .
Moga Allah selamatkan kita dan istiqomahkan kita atas jalan agama yang lurus sehingga kita meninggal dalam kalimah tauhid. Insha Allah ameen
25 julai 2016
Al Fakir Helmi Assyafie ( Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan)
4 pagi