Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Pohon Maaf kepada seluruh pengikut setia blog ini kerana sudah hampir-hampir 2 minggu saya tidak mempembaharuai tulisan kerana banyak urusan terutamanya 2 rakan saya meninggal dunia dan urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan .
Insyallah saya kembali dengan Taufiq Allah SWT ...
Terus pada pembahasan (khulasah ) kitab Bakurah muka surat 6
Tn Kitab Syeikh Ismail Ra membahaskan hukum mendalami ilmu tauhid adalah wajib .
Ilmu tauhid sudah lama diajar oleh Rasulullah SAW bedasarkan ayat Quran yang kita baca .
Seperti pada bahasan siri ke 10 tempoh hari , kita jangan terpengaruh dengan dakwaan mereka-mereka yang menolak ilmu tauhid Assyairah , mereka yang menolak tauhid ini akan rugi dan sukar untuk mencapai hakikat kemanisan iman .
Tn Kitab menyebut hukum belajar ilmu tauhid adalah wajib disisi syara .
Andai kita tidak belajar hukumnya adalah dosa .
Cara belajar ilmu tauhid Ahli Sunnah adalah
1: Mendalami ilmu tauhid
Sifat Allah , Sifat Rasul , dan perkara yang dicerita oleh Rasulullah Saw
2: Untuk meneguhkan kepercayaan maka kita perlu ada 2 dalil . Pertama Quran . Ke 2 Dalil Fikiran kita
Wajib bagi yang tidak tahu mendalami ilmu tauhid .
Wajib atas yang Alim mengajar ilmu tauhid ini
Tn kitab Bakurah , Syeikh Ismail menerangkan tanggungjawab atas orang jahil mendalami ilmu tauhid dan yang alim wajib menyampaikan andai dia mampu .
Maka ini tanggungjawab setiap individu kita .
Dalam kitab Bakurah menyebut wajib atas pemerintah mengajar ilmu tauhid ini kerana ia fardhu ain .
Andai suami wajib mengajar isteri , andai ayah wajib mengajar anak , jikalau tuan maka wajib mengajar hambanya . Andai suami atau ayah tidak mahir ilmu tauhid maka wajib mencari guru mursyid dalam ilmu tauhid dan wajib menghantar isteri atau anak belajar . Wajib memberi wang sara mereka belajar . Andai tidak mengajar , andai tidak menghantar mereka belajar , andai tidak memberi wang untuk mereka belajar hukumnya adalah DOSA!
Asalnya wajib atas sultan mengajar agama pada rakyat . Apabila sultan melantik mufti maka peranan wajib ditanggung oleh mufti (perannan wajib atas sultan menjadi ringan sedikit), maka mufti wakil kepada pegawai agama daerah , pegawai agama mewakilkan kepada imam-imam masjid . Andai sultan tidak beperanan , mufti diam , pegawai agama daerah tidak laksana tugas hanya dipejabat tanpa turun padang , imam tidak mengajar maka semua mereka akan disoal Allah di Akhirat kelak . Maka peranan agama mesti dititik berat oleh pemerintah .
PERHATIAN UNTUK SEMUA ULAMA !!!
Mengajar ilmu tauhid kita tidak boleh meminta atau menuntut upahan dari murid kita !!!
Hukum mengajar ilmu tauhid bagi yang alim adalah wajib maka kita tidak boleh meminta upah khas .
Hanya kita boleh terima sumbangan atau sedekah sahaja !
Rasulullah SAW tidak ada upah bagi baginda kecuali pahala dari Allah .
Diantara ilmu yang kita pelajari tidak dapat diamalkan atau tidak dapat rasa kemanisan kerana guru yang kita peljari tidak ikhlas , hanya nampak duit . Ini bukan jalanan sebenar . Maka kita perlu mencontohi guru-guru atau ualam-ulama yang ikhlas menyampaikan ilmu tanpa mengharapkan habuan dunia hanya semata -mata menuntut keredaan Allah (Seperti jalanan ulama pondok) ...
Ini jalanan saya dan pendapat saya sepertimana wasiat guru mulia saya AL ALIM AL ALAMAH TN GURU HJ SALLEH BIN MUSA yang beliau terima wasiat ini dari guru beliau ALLAHYARHAM Tuan Kitab Bakurah , AL ALIM AL ALAMAH SYEIKH ISMAIL ra dan ini adalah jalanan ulama muktabar dahulu .
Maksiat undang bala daripada Allah
4 days ago
No comments:
Post a Comment