Ini adalah sebahagian petikan daripada kitab ‘Hadiqatu al-Azhar wa ar-Rayahin’, karangan seorang alim lagi terkenal di dalam dunia Melayu dan Islam, menguasai pelbagai bidang ilmu, mempunyai murid-murid yang tersohor, serta para guru termasyhur, Sheikh Ahmad al-Fathani. Sila tuan-tuan baca dengan teliti. Pihak penulis meletakkan tajuk dengan tanda […] berwarna biru bagi perenggan-perenggan yang sesuai. Insya-Allah, kitab akan di”scanned” kemudian.
[Wahabi Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]
“II. Dan setengah daripadanya fitnah taifah Wahabiyyah yang melampau mereka itu hingga merentah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia. Dan mereka itu satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i’tiqad yang mudarat.”
[Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]
“Dan adalah yang menghantar [penganjur] mazhab mereka itu yang keji dan yang meringkahkan dia, Muhammad anak Abdul Wahab dan asalnya daripada masyriq [timur: Najd] daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawa ia setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu di negeri Madinatu al-Munawwarah ‘ala sahibiha afdalu as-salati wa as-salam.”
[Ulama’ Telah Pun Menjangkakan Kejahatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dan Menghalang Orang Ramai Daripada Mengikut Beliau]
“Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh, demikian lagi saudaranya. Dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekelian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawa sanya lagi akan jadi daripadanya sesat dan menyesat dan zaigh dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa banyak masalah. Maka adalah mereka itu menakutkan akan manusia hampir kepadanya. Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu.”
[Sikap dan Pegangan Penganut Ajaran Wahhabi Yang Menyesatkan Orang Ramai]
“Maka meringkah ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin dan mengkafirkan ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukminin. Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah kan Qubur Nabi SAW dan auliya’ dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu. Dan mengharamkan ia akan berselawat atas Nabi SAW dan beberapa i’tiqad yang lain daripada demikian itu, dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun sehingga kepada masanya itu. Dan ialah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif [mengarang] ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat da beberapa dalil atas fahamnya yang sesat dan aqalnya yang tebal. Dan mengkesamaran [meengelirukan] ia dengan demikian itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka itu akan dia.”
[Wahhabi Berpakat Dengan Pemerintah dan Merampas Tanah Haram]
“Kemudian maka masuk ia kepada setengah raja-raja negeri masyriq dan diam ia di sisi mereka itu, mengaya-gaya [memujuk] ia akan mereka itu hingga tertipu daya mereka itu, maka menolong mereka itu akan dia. Dan tasallit [menguasai] mereka itu atas beberapa qaryah dan negeri hingga memerang mereka itu akan beberapa negeri yang besar-besar dan memilik mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan segala qura[kampong] keduanya.”
[Wahhabi Menghancurkan Kesan Sejarah Islam Dan Merompak Harta Umat Islam]
“Dan meroboh mereka itu akan segala qubbah tempat yang mulia-mulia dan kubur solihin, dan mengerasi mereka itu akan manusia atas masuk kepada mazhab mereka itu yang celaka. Dan merampas mereka itu akan segala pakaian Qubur Nabi dan segala barang yang di dalam qubbahnya yang maha mulia SAW dan segala barang di dalam Kaabah daripada segala perkakas dan perhiasan yang indah-indah.”
[Wahhabi Menawan Tanah Mekah]
“Dan masuk mereka akan Makkah pada tahun 1220. Dan telah menghasarkan [mengepung] mereka itu akan Makkah hingga lapar ahlinya dan makan setengah mereka itu akan anjing. Kemudian masuk mereka itu akan dia dan merentah mereka itu padanya 7 tahun. Dan adalah pada masa itu Daulah ‘Aliyyah Uthmaniyyah di dalam huru-hara yang amat sangat.”
[Kejatuhan Wahhabi - Pada Kali Pertama - Sebelum Kebangkitan Semula Selepas Perang Dunia Pertama]
“Kemudian keluar titah daripada Sultan kepada Muhammad Ali Pasha, Raja Masir dengan suruh memerangkan mereka itu. Maka diperangkan mereka itu hingga dibinasakan dan dihilangkan daulah mereka itu dan ditawankan raja mereka itu yang bernama Abdullah Ibnu Saud dan beberapa perdana menterinya dan dibawakan mereka itu ke Masir, kemudian ke Istanbul. Maka diarakkan mereka itu kemudian dibunuhkan mereka itu.”
ULASAN Kalaulah Sheikh Ahmad Fatani yang sempat melihat dan mendengar sendiri kebangkitan Wahhabi pada peringkat awal dan menghukum mereka dengan sesat, keji, celaka, melampau, jahat dan mudarat. Adakah kita yang tidak benar-benar mengenali sejarah Wahhabi dengan mudah membelakangkan kata-kata Syeikh Ahmad Fatani?!
Dan apabila Wahhabi dapat menguasai semula Tanah Mekah dan Madinah selepas Perang Dunia Pertama (iaitu selepas kewafatan Sheikh Ahmad Fatani). Adakah kita sanggup menyokong Wahhabi yang telah ditolak oleh para ulama’ seluruhnya kerana mereka berkuasa pada hari ini?
Adakah anda tidak bersetuju dengan kata-kata Sheikh Ahmad al-Fathani?!!! Kalau anda tidak bersetuju, maka anda masih belum mengenali beliau. Ini adalah kerana sekiranya anda mengenali dan membaca kisah hidup beliau, pasti anda tidak mampu menolak ulama’ seperti beliau.
Fikir-fikirkanlah.
Sumber bagi teks: Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah- Suatu Sorotan Berdasarkan Tulisan Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani (1857- 1908) oleh Abdullah Zaidi Bin Hassan
Maksiat undang bala daripada Allah
4 days ago
Itu pandangan beliau boleh hd benar boleh jd salah. Ramai sahaja ulama seperti Prof Dr Yusof Al Qaradawi r.h dan Prof Wahbah Zuhaili r.h menerima aliran wahabi sebagai sebahagian drp ahl sunnah yg luas. Tiada,masalah.
ReplyDelete