Sekumpulan umat Islam yang menunaikan solat di Taman Bertam Kepala Batas pada Ahad lalu terkejut apabila mendapati beberapa keping gambar lucah diselitkan di beberapa Surah Yassin di masjid itu.
Gambar-gambar berkenaan dilekatkan dengan cara ayang agak teratur, kata pengerusi jawatankuasa masid Abdul Rahman Abdullah kepada tabloid berbahasa Melayu Sinar Harian.
Membidas tindakan itu, ahli exco bagi hal ehwal agama, perdagangan dalam negeri dan pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim meminta kerjasama polis supya bertindak segera terhadap dalang berkenaan.
Abdul Malik berkata tindakan itu tidak dapat diterima tanpa mengira bangsa, agama atau pegangan politik sesiapa sekalipun.
“Tanpa mengira niat mereka, tidak ada sesiapapun yang boleh menerima provokasi yang berbentuk perkauman yang cukup menghina ini.
“Bentuk provokasi seumpama ini biasanya hanya kita dapati di surat khabar milik Umno.”
Beliau mengulas kejadian dua hari lalu di mana kira-kira 100 jemaah Masjid At-Takwa di Taman Bertam Indah yang menjumpai gambar lucah di Surah Yassin milik masjid itu
Maksiat undang bala daripada Allah
4 days ago
No comments:
Post a Comment