Assalamualaikum . Maaf sudah lewat malam ini . Jam 11 malam tadi baru selesai muzakarah . Apa pun saya telah janji semalam Insyallah malam ini walau sedikit saya bahas harap Allah memberkati .
Sifat yang berkait dengan Allah yang wajib kita dalami bagi jalanan mazhab Imam Maturidiah adalah 20 yang WAJIB bagi ALLAH SWT . Dan wajib belajar 20 yang Mustahil yang tidak boleh ada pada Allah sekali-kali dan satu yang harus pada Hak Allah . Saya dah bahas diawal dulu
Tauhid Ahli sunnah adalah perkara yang berkait pada Allah , Rasul dan Samiyat .
Bukan 20 sahaja sifat wajib bagi Allah tetapi sangat banyak sifat kemulian yang wajib bagi Allah .
Wajib belajar 13 sifat wajib bagi ALLAH S WT atas pendapat Imam Abu Hassan , manakala Imam Abu Mansur berpendapat 20 yang wajib kita pelajari . Bukan berakna sifat wajib yang lain lain kita tolak dan bukan bermakna yang lebih dari sifat yang 2 tokoh ini tekankan tidak boleh pelajari . Boleh pelajari tapi kita tekankan yang 13 atau 20 ini dulu kerana ia merupakan sifat sangat penting perpenting .
Beza Wajib Akal dan wajib Syara .
Wajib akal ialah perkatara yang mesti ada atau mesti sungguh .
Seperti adanya Allah mesti sungguh ALLAH SWT ada dan tidak terima akal jikalau Allah tiada .
Adapun wajib syara itu andai kita mengerjakannya dapat pahala dan andai kita tinggal maka dihukum berdosa.Contohnya andai kita tidak solat fardhu 5 waktu hukumnya adalah doasa/fasiq.
Wajib akal ialah perkara yang mesti ada iaitu perkara yang mesti sungguh . Maksudnya tidak terima akal benda wajib itu tiada pada Allah .
Mustahil akal pula ialah perkara yang mesti tiada dan mesti tidak boleh sungguh .
Harus akal pula ialah perkara yang boleh terima ada /ada sungguh atau tidak /tiadak sungguh .
#Perhatian ***
Hukum akal yang sebenar bukan wajib , mustahil dan jaiz . Akan tetapi hukum akal adalah WUJUB , ISTIHALAH , dan JAWAS .
Wujub ertinya Mesti ada dan mesti sungguh sifat yang wajib bagi Allah dan Rasul .
Istihalah adalah perkara yang mesti tidak boleh ada dan mesti tidak boleh sungguh segala sifat mustahil pada ALLAH dan RASUL .
Maksiat undang bala daripada Allah
4 days ago
No comments:
Post a Comment