Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Sudah 2 hari kita tidak bersama disebabkan saya banyak pogram di pondok dan diluar pondok .
Insyallah kita bincang semula kitab bakurah (m/s 5)
Tn Kitab membahaskan maksud kalimah Syahadah lagi di muka surat 5 .
Lafaz TUHAN itu mesti dikaji dari sudut ilmu tauhid .
Tuhan itu hanya satu , yang lain semua makhluk !
Maka yang dinamakan Tuhan itu mesti memiliki segala sifat kamalat /Kesempurnaan
TUHAN mesti ada padanya Sifat ISTIQNA (TERKAYA)
Tuhan mesti terkaya, iaitu tidak berhajat atau tidak perlu berkait dengan makhluk dalam erti kata ALLAH bebas dari segala-galanya tidak menumpang suatu pun dari makhluk ini .
Dalam kata lain TERKAYA TUHAN iaitu TUHAN tidak menumpang makhluk .
Sifat terkaya dari segala-gala makhluk ini, hanyalah ada pada Allah .
ALLAH terkaya dalam erti kata kaya zati , kaya yang jenis Tuhan iaitu tidak berkait dengan makhluk sekali-kali .
Kaya kita makhluk iaitu setiap orang yang ada memiliki harta banyak , ini dinamakan kaya (Mukhayad ) yang ada kaitan iaitu kaitan dengan benda , jika harta sudah binasa maka orang itu tidak kaya lagi .
Allah kaya yang zati yang tidak kait dengan benda sekali-kali . ALLAH MAHA TERKAYA !!!
Oleh kerana Allah terkaya, maka semua kita makhluk mesti tumpu dan berhajat kepada Allah ...
Kita tidak boleh kecualikan diri dari Allah .Semua mesti tumpu dan menghadapkan diri kepada ALLAH!
Tuhan tidak boleh sekali-kali berhajat dengan makhluk !
Maka kesimpulan kita,Tuhan mesti ada sifat kemuliaan , maka semua kita makhluk tidak boleh kecualikan diri kita dari takluk kekuasaan ALLAH
Sifat Istiqna yang wajib kita pelajari dan dalami hingga mantap Iman kita kesemuanya ada 11sifat.
Insyallah saya akan sambung semula ...
Petang ini saya kena temankan Tn Guru mengajar di masjid Al Bukhary Alor Setar ..
Maksiat undang bala daripada Allah
4 days ago
salam ustaz,
ReplyDeleteMengaji tauhid ni cukup lazat.....tak jemu2 nak memahami sifat2Nya.
wassalam
W slam cikgu
ReplyDeleteAllah , saya malu kat cik gu , sifat tawaduk cikgu ...tolong tegur dan bagi sokongan pada saya , terima kasih atas sokongan selama ini , harap jangan jemu bagi nasihat dan pandangan pada saya , wasalam